Bajet 2022 Tidak Pinggirkan Belia Pm Ismail Sabri
Bajet 2022 Tidak Pinggirkan Belia – PM Ismail Sabri
Bajet 2022 bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” yang dibentangkan di Dewan Rakyat, semalam tidak meminggirkan golongan belia dalam negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata Bajet 2022 adalah inklusif dan mencakupi kesemua lapisan masyarakat melibatkan semua golongan seperti masyarakat yang menetap di bandar atau luar bandar, di samping membabitkan semua kaum serta agama.
Katanya kerajaan tidak pernah meminggirkan belia meskipun mengakui terdapat beberapa komen yang agak negatif menerusi laman sosial daripada golongan itu kerana kononnya kerajaan meminggirkan kumpulan itu dalam Bajet 2022.
“Kerajaan tidak pernah dan tidak akan mengenepikan golongan belia dalam apa sahaja yang diumumkan untuk Malaysia, negara kita. Pastinya golongan belia diberikan keutamaan, sebab itu saya katakan tadi bahawa masa depan negara ini bergantung kepada golongan belia hari ini.
“Tak mungkin kita akan pinggirkan dan mengenepikan golongan belia, dalam bajet yang diumumkan semalam terdapat 25 insentif kepada anak muda melalui bajet ini sama ada secara langsung atau tidak langsung,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Belia Negara 2021 Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.
Ismail Sabri menjelaskan bajet untuk belia tidak diletakkan di bawah satu topik khusus untuk golongan itu tetapi boleh dijumpai dalam topik antaranya melibatkan orang kurang upaya (OKU), warga emas dan wanita.
Sebagai rekod, pada 6 Sept lepas, Mahkamah Tinggi Kuching, Sarawak memerintahkan SPR dan kerajaan melaksanakan Undi18 menjelang 31 Dis ini.
Pesuruhjaya Kehakiman Alexander Siew How Wai dilapor membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman lima anak muda yang menggesa kerajaan melaksanakan segera pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.
Beliau turut membenarkan permohonan kelima-lima anak muda untuk mendapatkan perintah certiorari bagi membatalkan keputusan responden (Perdana Menteri ketika itu, kerajaan dan SPR) yang menangguhkan pelaksanaan Seksyen 3 berkenaan selepas September 2022.
Mengulas lanjut, perdana menteri berkata pendaftaran pemilih secara automatik bakal tingkatkan bilangan pengundi muda berumur 30 tahun ke bawah yang sehingga 31 Dis ini dianggarkan seramai 3.9 juta, dengan 1.3 juta daripadanya berumur 18 hingga 20 tahun.
Katanya pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan Perkara 119 berkenaan dan juga Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 yang menurunkan julat usia belia daripada 15 hinga 40 tahun kepada 15 hingga 30 tahun bakal menjadi penanda aras baharu dalam kepimpinan negara dan transisi kepimpinan warga belia.
“Sebenarnya bukan itu sahaja, bagi tunjuk keyakinan kerajaan kepada kemampuan anak muda dalam menentukan kepimpinan negara pada masa akan datang, maka bukan sahaja Undi18 kita pinda, tetapi dalam pindaan ini umur calon pilihan raya juga akan bermula dari 18 tahun dan ke atas.
“Untuk itu para pemimpin belia perlu sediakan pemimpin pelapis berkaliber supaya dapat diketengahkan dalam pilihan raya umum akan datang nanti,” katanya.
Ismail Sabri juga berkata kerajaan akan terus meningkatkan semangat kesukarelawan dan melestarikan kesejahteraan mental pada era pascapandemik COVID-19, misalnya menerusi kempen Mental Health Matters dan program Rakan Muda Comfort Room serta Young Mind yang menyasarkan lebih 1,000 Kaunselor Muda sebagai pelatih.
Dalam majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) bagi beberapa kategori kepada Aiman Hafizi Abu Bakar (Anugerah Khas), Mohamad Shafizal Mohamad Shafee (Anugerah Emas Remaja Perdana) dan Ammielyya Jusnieza Ahmad Jafri (Individu Wanita).
Anugerah turut disampaikan kepada Mohd Adib Anas Md Noor (Individu Lelaki) dan Persatuan Belia Felda Jerangau, Terengganu bagi kategori Pertubuhan Belia.
Hari Belia Negara biasanya disambut pada 15 Mei setiap tahun tetapi tahun ini, sambutan secara fizikal terpaksa ditangguhkan berikutan penularan pandemik COVID-19.
Sambutan tahun ini bertemakan Dekad Ini Dekad Anda, sebagai lambang pengiktirafan kerajaan kepada sumbangan, komitmen, daya usaha, daya bangkit dan kecemerlangan belia. – BERNAMA
Bajet 2022 Tidak Pinggirkan Belia – PM Ismail Sabri
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
Meta nama baru Facebook
Islam boleh menang – Khabib
Adakah saya makan Tun Daim, minum wanita Belanda?
Umno jangan masuk lubang biawak kali kedua – Puad
Asyraf jawab kritikan Mokhtar Senik
Pelanggan Maybank dakwa duit dalam bank hilang
‘1980-an dulu satu episod RM800, sekarang RM250, kenapa kejam!’
Dewan Ulama PAS bidas Muhyiddin, lambang pilihan raya dasar parti
Resepi asam pedas ikan kembung pekat
Shopee 11.11 : Jualan Hebat kembali
Sajat dikecam pakai bikini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia bantu mahasiswa memerlukan – Ismail
Ancaman China meningkat setiap hari
The post Bajet 2022 Tidak Pinggirkan Belia – PM Ismail Sabri appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/10/30/bajet-2022-tidak-pinggirkan-belia-pm-ismail-sabri/