Kuah Kacang Aka Kuah Nasi Kapit Kelantan Yang Sangat Sedap



Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi makanan kegemaran saya iaitu Kuah Kacang Kelantan atau kuah nasi kapit Kelantan yang dimakan dengan nasi impit. 
Sebelum masuk bab resepi, kita bercerita dulu. Kita banyak tertipu dengan kehidupan. Sibuk dengan urusan itu dan ini sehingga masa pantas berlalu tanpa kita sedari. Termasuklah diri saya sendiri. Di zaman ekonomi digital ini, kita perlu bersedia untuk melakukan perubahan. Perubahan pada minda dan sikap paling utama. Kepada anak anak, jangan lagi mengharapkan untuk makan gaji. Kita pun tidak pernah terfikir banyak pekerjaan yang telah obsolete seperti jurutaip, operator telefon dan mungkin lepas ini lagi banyak. Wujudnya peluang kerja yang lain di alam ekonomi  digital seperti taxi grab, food grab, peniaga atas talian dsb. Semua orang boleh berniaga di zaman ini, tak perlu kedai, tak perlu ada syarikat.
Dah masuk topik ini, saya juga ingin memberitahu semua pembaca dan follower semua yang saya dan anakanda saya Juita, telah mengeluarkan tudung bawal atas jenama Eeze Cantiq yang dihasilkan setiap helai dengan kualiti sebagai keutamaan. Tiada machine atau jalan pintas untuk menghasilkan tudung bawal seperti mana tudung bercorak atau bercetak. Seperti mana saya memakai hanya tudung berkualiti, begitu lah juga tudung keluaran saya. 


Tudung bawal Eeze Cantiq diperbuat dari kain bawal mahal yang berkualiti dan menggunakan batu kristal swarovski original. Namun begitu, harga bagi setiap tudung bawal saya sangat berpatutan. Tudung bawal adalah tudung ekslusif yang dihasilkan untuk menjadikan tudung anda versatile sepanjang zaman, sesuai untuk semua peringkat usia, mudah dan memudakan penampilan anda. Untuk membuat pembelian secara online, jangan lupa untuk singgah di Instagram @eeecantiq atau facebook EEze Cantiq. 

Kuah kacang Kelantan dipanggil juga sebagai kuah nasi kapit biasanya dihidangkan sebagai hidangan sarapan pagi. Ianya dihidangkan dengan nasi impit atau nasi kapit dan juga dengan beberapa cucuk sate. Kebiasaannya ia dijual dalam bungkusan yang telah diselit sekali sate. 

Saya sangat suka rasa kuahnya yang pekat tapi cair cair dan rasa manis tersebut. Memang sangat nostalgia dan terasa rasa bagaimana rasanya kuah nasi kapit tersebut. Tak boleh nak diterangkan, melainkan setelah kita merasainya sendiri. Kepada mereka yang belum pernah merasainya, saya sangat syorkan anda cuba menyediakannya sendiri.

Selain kuah kacang, nasi impit Kelantan juga dimakan dengan sambal kelapa atau sambal nyor yang wallaaa sedap dengan rasa manis manis masin serta wangi serai. Yang ini juga feveret saya sepanjang zaman, dulu kini dan selamanya.  

Saya belajar resepi ini dari sahabat baik saya Puan Maznah yang merupakan resepi turun temurun keluarga nenda beliau yang juga merupakan hidangan wajib di hari raya. Apa bezanya kuah kacang Kelantan dengan kuah kacang di Kuala Lumpur atau di tempat lain. Hmm yang pasti saya tidaklah menghirup kuah kalau kuah kacang di sini, banyak sangat minyaknya. Keduanya, kalau kuah kacang Kelantan, menggunakan santan. Rasa lemak dari santan, kacang tanah sangat sebati di dalam mulut.

Serious sangat sedap rasa kuah kacang Kelantan saya hari ini, saya boleh katakan 90% menyamai apa yang saya biasa makan di gerai gerai di Kelantan. Saya makan menambah nambah sehingga kenyang tak hengat gitu. Kalau ikutkan tekak, saya nak makan tanpa henti tapi perut dah kekenyangan. Haa boleh bayangkan tak betapa sukanya saya pada salah satu masakan yang saya biasa makan sejak kecil di kampung.
Jom layan resepi yang saya telah olah dan cuba di bawah ini. Jangan lupa melihat video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...

Kuah Kacang KelantanOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:500 gram kacang tanah 1 biji kelapa parut - 900 ml santan 2 keping gula Melaka - saiz sederhana7-8 sudu besar gula1-1 ½  sudu besar garam kasar 1-1 ½  cawan minyak - boleh tambah
Bahan kisar:2 biji bawang besar 3 biji bawang merah 2 ulas bawang putih3 sudu besar cili kering kisar - boleh kurangkan jika tak suka pedas4 batang serai1 inci halia
Cara cara:Kacang tanah digoreng dengan sedikit minyak sehingga garing dan wangi. Kisar dengan air sehingga sederhana hancur. Rebus kacang tanah kisar sehingga kembang dan air kering. 

Sebahagian kacang ditumbuk kasar supaya ada tekstur kacang tanah dalam kuah kacang. 

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga benar benar garing dan terbit minyak. Nota: lebihkan air supaya bahan tumisan tidak meletup letup ketika dikeringkan. 


Setelah bahan tumisan garing dan terbit minyak, masukkan kacang tanah yang direbus, kacang tanah tumbuk, gula Melaka, gula dan garam. Kacau rata rata sebelum dimasukkan santan. 

Masak atas api perlahan sehingga kuah pekat dan cantik berminyak. Sesuaikan rasa, baru ditutup api. Kuah akan menjadi lebih pekat selepas ditutup api, jadi agak agaklah kepekatannya supaya tidak terlalu pekat ketika sejuk. 
Nota:Kena ada rasa manis dan pekat, baru sedap. Bila kuah pekat, ia akan melekat lekat dekat nasi impit dan sate. 
Bila hendak dipanaskan, tak perlu tambah air. Hanya panaskan dengan api kecil sahaja. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/09/kuah-kacang-aka-kuah-nasi-kapit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambal Kelapa Aka Sambal Nyor Nasi Impit Kelantan

Sambal Kelapa Aka Sambal Nyor Nasi Impit Kelantan

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 2009 hits
Sambal Nyor atau Sambal Kelapa Kelantan adalah antara makanan Kelantan kegemaran saya Ianya dimakan dengan nasi impit memang sangat sedap Saya boleh makan nasi impit dengan sambal kelapa tanpa rasa jemu pun Boleh makan berulang ulang Lagi s...
Resepi Bubur Nasi Campur Ayam Dan Jagung Sedap Walaupun Sakit Tekak Dan Batuk

Resepi Bubur Nasi Campur Ayam Dan Jagung Sedap Walaupun Sakit Tekak Dan Batuk

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 722 hits
Di musim berjerebu ini sakit tekak dan batuk senang menjangkiti orang ramai Kelmarin aku mula terasa sakit tekak dan batuk Alahai sakitnya tekak untuk menelan dan batuk yang gatal sungguh di tekak apabila di tahan Akibat dari batuk tu aku k...
Kuih Lopes Yang Sangat Sedap

Kuih Lopes Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 1203 hits
Bagi setiap ibubapa tiada yang lebih mengembirakan melainkan kejayaan dan kebahagiaan anak anak Begitu juga dengan saya Buat masa sekarang 3 orang anak saya masih belajar Nana sedang membuat master untuk melayakkan dia menjadi seorang dokto...
Resepi Bubur Asyura Versi Utara Yang Sangat Sedap Dan Mudah

Resepi Bubur Asyura Versi Utara Yang Sangat Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 803 hits
Hi semua Tiba lah musim orang buat bubur Asyura Bubur Asyura ni biasa kita buat bila tiba tahun baru islam Iaitu pada bulan Muharam Sepanjang bulan Muharam ni memang ramai la yang buat bubur Asyura Di masjid masjid pun ada buat program masa...
Koleksi Resepi Nasi Ayam Paling Popular Dan Sedap

Koleksi Resepi Nasi Ayam Paling Popular Dan Sedap

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 870 hits
1 Resepi Nasi Ayam Paling SenangResepi nasi ayam paling senang ni untuk hidangan 10 orang makan Ayam seekor jangan potong1biji bawang besar3ulas bawang putih1inci halia blend dan lumur pada ayam perap jap 1 2 jam atau lebih Rebus ayam dalam...
Resepi Nasi Lemak Dan Sambal Bilis Sedap Memang Sedap Mudah Disediakan

Resepi Nasi Lemak Dan Sambal Bilis Sedap Memang Sedap Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 543 hits
Yeahhh main masak masak aku hari ni Hari ni aku buat nasi lemak Mood rajin tu datang tetiba tiba Kalau tak memang tak kuasa aku nak masak nasi lemak bagai Biasa paling rajin pun masak nasi goreng atau mee goreng aje pagi Hari ni jerk pelik ...
Gulai Kuning Ikan Dan Sambal Nasi Berlauk Kelantan

Gulai Kuning Ikan Dan Sambal Nasi Berlauk Kelantan

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 1167 hits
Sempena cuti Hari Malaysia beberapa hari lepas saya telah menyediakan gulai kuning sebagai lauk nasi berlauk bersama dengan sambal nasi berlauk Gulai nasi berlauk ini juga dikenali sebagai gulai Kunyit Lengkuas di Kelantan Telah lebih semin...
Resepi Nasi Daging Utara Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Nasi Daging Utara Yang Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 314 hits
Dah lama buat nasi daging ni sebenarnya waktu Cik Meya balik bercuti SEM baru baru ni tapi entri ni tak lepas lepas dek sebab kesibukan yang kekadang tu tak tahu kenapa Macam tak cukup jer hari yang diberikan 24 jam sekejap dah tengahhari d...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids