Koleksi Resepi Nasi Ayam Paling Popular Dan Sedap


1# Resepi Nasi Ayam Paling Senang
Resepi nasi ayam paling senang ni untuk hidangan 10 orang makan

➡Ayam seekor jangan potong
1biji bawang besar
3ulas bawang putih
1inci halia
 *blend dan lumur pada ayam perap jap 1/2 jam
  atau lebih
➡Rebus ayam dalam air panas menggelegak  5-6 minit. Air sudah panas baru masuk ayam. Kalau nak kulit cantik glowing wajib tutup periuk
 wkwkw
 ➡angkat ayam dan sapu dengan
5sudu sos tiram
2sudu kicap manis
1 sudu madu
1sudu minyak bijan
*lepastu gantung jap ayam dalam 1/2 jam atau lebih bagi ayam kering jap..nanti goreng kulit cantik dan tidaklah meletup2.
*
NASI➡beras 4pot
*1biji bawang besar
*3ulas bawang putih
*1inci halia
Semua *diblend
Kiub ayam 2
Garam 2sudu
➡Cairkan majerin 2sudu..tumis bahan blend dan daun pandan..masuk kiub ayam dan garam..serbuk kunyit hujung sudu teh..masuk air rebusan ayam..dan masuk beras
Sukatan air 2kali ganda dari masak nasi biasa

SOS CILI
Cili kering dah blend 1/2 senduk nasi
Cili merah besar 4biji blend dengan 5ulas bawang putih
Sos cili 1/2 cawan
Gula lebih..garam..cuka
➡Masak semua bahan tambah air sikit
Dah masak cili letak air tepung jagung agak2 nak pekat mana

KICAP AYAM
Bawang putih 5ulas cincang
Sos tiram 1/2 cawan
Kicap manis 1/2 cawan
Gula lebih
➡tumis bawang putih.minyak sikit je..masuk kicap sos tiram gula n tambah air..n pekatkan dengan air tepung jagung.


SUMBER: FACEBOOK SUR AIDA

#2 Resepi Nasi Ayam Simple
Ayam separuh jer saya buat ni...beli ayam hat gemok sikit noh... mcm tuan dia..isi byk..kikii..nak potong ikut suka laaa besar mana..masa potong ayam sila kumpul lemak2 dia...nk guna lemak ni untuk buat minyak ayam...dlm  stengah mangkuk kecik .

Untuk nasi.....
4 cwn nasi rendam dlm setengah jam..basuh bersih

Panaskan air.. agak2 untuk  masak dgn beras nanti.. panas sampai mendidih... baru masukkan ayam.. biar ayam masak..jgn lama sangat takut ayam kecut..

...seinci halia ..ptg nipis
3 biji bwg merah. Ptg halus
4 ulas bwg putih potong halus
Sebtg kulit kayu manis hat kecik ja
Bunga lawang
Cengkih sikit
Lemak ayam yg kita kumpul tadi
1 sudu mkn margerin/ butter
1 ketul kiub ayam
Sikit jer kunyit..byk sgt kuning sgt tk lawa
Daun pandan simpul
Garam

Caranya.....
Masukkan lemak ayam dlm periuk nasi.. bukak api sederhana.. biarkan lemak bertukar jadi minyak...
....masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, bwg putih, merah dan halia... tumis jap jer jgn sampai garing..bg layu jer..
...masukkan beras yg dibasuh, pati ayam, margerin , daun pandan  dan garam... goreng jap semua bhn ni sampai sebati..
.... masukkan air rebus ayam tadi bersama sikit kunyit...sukatan air mcm biasa...jgn byk nanti dia lembik tk best..
 ... tanak sampai masak

Bhn untuk ayam.
3 ulas bwg putih
Setengah inci halia
( tumbuk 2 bhn ni.. perah ambik air...)
... 2 sudu sos tiram
Kicap manis secukupnya
Setengah sudu gula merah/ gula kabung
Garam..ikutla kalau rasa tk masin
1 sudu kecik pati ayam..

Caranya..gaul semua bhn sebati.. perap sekurang2nya sejam lg lama lg sdp.. goreng dgn api perlahan..kena selalu alihkan ayam spy tk hangit.
Masak jgn lama sangat tkt ayam tk juicy..
Siap goreng keluarkan minyak....
Masukkan ayam dlm kuali dgn sikit kuah perap ayam tadi tambah satu sudu madu/ kalau tk der letak marjerin sikit nk bg kilat jerr... gaul ayam tgk kilat jer angkat...

Untuk sambal.
5-7 biji  cili besar
Nk pedas blh letak cili api merah
Gula secukupnya
Garam
5 ulas bwg putih
Limau nipis agak2 masam nk
Sos cili 2- 3 sudu

Caranya..
Blander semua bhn..masak sekejap atas api sampai mendidih..rasakan..tk cukup apa2 tambah...siap

Untuk kicap.... kuah lebih tadi tambah air rebus ayam dan kicap secukupnya..
Masak kejap atas api..

Untuk sup..
Kaki ayam..tulang..tengkuk.. kita rebus sampai masak.. masukkan sekeping kulit kayu manis yg kecik jer.
Bunga lawang dan cengkeh..sikit jer.nk buat sup kosong jerr.
Masukkan pati ayam..cukup rasa maggie.. lada sulah...garam.. biarkan menggelegak..rasakan jgn masin nanti tk sdp..
Hidang bersama hirisan daun sup, daun bwg dan bwg goreng.

Nasi ayam sedap dihidang bersama salad, timun, carrot dan tomoto.

SUMBER: FACEBOOK ROSMA ROS


#3 Resepi Nasi Ayam Kicap Sedap Paling Simple
Resepi Nasi

Bahan
4 ulas bawag putih (diketuk)
1 inci halia (diketuk)
2 helai daun pandan (dibuat simpul)
3 sudu besar mentega (boleh guna minyak je)
garam secukup rasa
1 hujung sudu kecil gula
4 cawan geras

Cara-cara
1. Beras dibasuk dan masukkan air seperti masak nasi putih
2. Panaskan kuali dan tumiskan semua bahan kecuali garam dan gula.
3. Jika sudah agak kuning, tutup api
4. Masukkan semua tumisan serta garam dan gula ke dalam periuk berisi beras tadi. Tunggu nasi masak

Resepi Ayam Kebabommm
7-8 ketul ayam
5 ulas bawang putih (diketuk)
2 inci halia (diketuk)
1/2 cawan kicap lemak manis
3 sudu besar madu (boleh guna 1 sudu besar gula bila tak ada madu)
1 kiub ayam
garam secukup rasa

Cara-cara
1. Masukkan ke semua bahan ke dalam kuali. Tak perlu diperap.
2. Tambah secawan air sehingga tenggelam ayam.
3. Masak hingga ayam empuk. Ayam akan bertukar jadi hitam sebab bahan-bahan dah masuk di dalamnya.
4. Dalam kuali lain, panaskan minyak. Goreng sekejap ayam tu agar berkilat dan berkaramel. Jangan lama sebab ayam dah masak. Ayam ni sedap sebab berperisa isinya.

Cara Buat Kuah Kicap
1. Ambil kuah rebusan ayam tadi. Tapiskan dan masakkan semula di atas api. Tambah sikit air agar tak terlalu pekat. Masak hingga mendidih, lepastu tutup api. Kuah kicap siap disediakan.

Resepi Sos Cili
Bahan
4 biji cili merah (buang bijinya)
2-3 ulas bawang putih
1/2 bawang besar
2 sudu besar cuka
1 1/2 sudu besar gula
1 cawan air
garam secukup rasa

Cara-cara
1. Blenderkan semua bahan dan masak sekejap di atas api sehingga kuah menjadi pekat. Tak payak letak minyak

Selamat mencuba.

SUMBER: https://rebrand.ly/resepb441


#4 Resepi Nasi Ayam Madu
Resepi nasi ayam madu in the house, caranya tersangatlah mudah, sebenarnya boleh buat dengan pelbagai cara seperti goreng, panggang, dan bakar... tpulang..
Chicken rice for our lunch today..
Alhamdulillah syukur dah kenyang pun..
menu fuv anak2.. untuk hari minggu

Nasi Ayam Madu
cepat,mudah dan insyaallah sedap

Bahan-bahan diperlukan:
NASI
2 cawan beras
3 ulas bawang putih
2 sudu mentega
1/2 halia
sehelai daun pandan
air rebusan ayam

SUP
1/2 ekor ayam
1 kuib ayam
halia
3 ulas bawang putih
bebola ayam / ikan
daun sup & bawang

SOS
3 ulas bawang putih
3/4 biji cili kecil
2 biji cili besar
sedikit halia
sos cili thai

KICAP
kicap pekat
kicap kipas udang
madu
minyak bijan
sos tiram

ULAMAN
bawang goreng
daun salad/timun

Cara menyediakan dan memasak:
Bersih ayam. Potong ikut suka
Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
Keluarkan ayam.
Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
Untuk sos blander semua bahan..
selamat mcuba..
#homemadebyshaianne

SUMBER: FACEBOOK SHAI ANNE AHEMED


#5 Resepi Nasi Ayam Hainan

Untuk ayam :
🐥 1 ekor ayam
🐥 Halia muda
🐥 Daun bawang
🐥 Sebiji bawang besar di belah 4
🐥 1 sudu minyak bijan

Cara Memasak:
1. Ayam tak perlu potong.. Bersihkan ayam dan lumurkan garam pada ayam.
2. Masukkan halia, daun bawang dan bawang besar dlm ayam.. Rebus dlm periuk yg mana ayam kene tenggelam dlm air. Masak sampai ayam tu betul betul masak lebih kurang 30 min.
3. Selepas ayam masak.. Keluar dan rendam ayam dlm air ais.

UNTUK NASI :
1. guna beras basmathi. Kalau guna kan beras biasa pun boleh. Rendam beras lebih kurang 25 minit lps tu toskan.
2. Tumiskan halia, bawang putih. Masukkan air rebus ayam td. Dah didih baru masuk beras. Letak myk bijan sesudu dan juga daun pandan.

Utk sos cili :
🐥 1 sudu Air perahan limau nipis
🐥 2 sudu air rebusan ayam
🐥 2 sudu kecil gula
🐥 2 sudu besar sos cili
🐥 cili padi sikit
🐥 4 ulas bawang putih
🐥 Garam
***Kisar semua..kemudian masakkan atas api..

Utk sos ayam:
🐥 1 sudu besar myk bijan
🐥 5 sudu besar sos soya light
🐥 1 1/2 sudu besar gula
🐥 Sedikit sos tiram
🐥 3 sudu besar air rebusan ayam.

***Campur semua.. Boleh lumur pd ayam sebelum di hidang.

Siapp !
Selamat mencuba 🤗🤗
Jangan lupa like, comment dan share tauu 💕💕

SUMBER: Syurwati mustapha

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.adichannel.com/2019/09/resepi-nasi-ayam.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+adichannel%2FJRDq+%28Adi+Channel%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Cara Berbeza Koleksi Resepi Ayam Penyet Popular

3 Cara Berbeza Koleksi Resepi Ayam Penyet Popular

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 408 hits
Pertama Resepi Nasi Ayam Penyet Sumber norazlitaaziz blogspot com 1 ekor ayam dipotong mengikut kesesuaian Cuci ayam bersih bersih Ayam kemudian di rebus hingga empuk Tambahkan kiub ayam ketika merebus ayam Baca Bila dah empuk angkat ayam d...
Resepi Bubur Nasi Campur Ayam Dan Jagung Sedap Walaupun Sakit Tekak Dan Batuk

Resepi Bubur Nasi Campur Ayam Dan Jagung Sedap Walaupun Sakit Tekak Dan Batuk

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 722 hits
Di musim berjerebu ini sakit tekak dan batuk senang menjangkiti orang ramai Kelmarin aku mula terasa sakit tekak dan batuk Alahai sakitnya tekak untuk menelan dan batuk yang gatal sungguh di tekak apabila di tahan Akibat dari batuk tu aku k...
Resepi Ayam Masak Merah Mudah Dan Sedap

Resepi Ayam Masak Merah Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 835 hits
Ayam Masak Merah SedapSedapnya makan nasi panas dengan ayam masak merah Boleh bertambah makan dibuatnya hehe Menu ayam ini menjadi salah satu kegemaran Mai Yang penting cara menyediakan ayam masak merah adalah mudah Asal ada bahan asas sepe...
Resepi Bubur Nasi Ayam Ala Mcd

Resepi Bubur Nasi Ayam Ala Mcd

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 582 hits
Siapa suka Bubur Nasi Ayam McD angkat tangan Mama dari dulu especially kalau tak sihat memang cari bubur McD je Dulu mama memang suka makan bubur nasi dan mama secara tak sengaja terbuat bubur yang rasanya macam bubur McD Senang sangat cara...
Resepi Nasi Lemak Dan Sambal Bilis Sedap Memang Sedap Mudah Disediakan

Resepi Nasi Lemak Dan Sambal Bilis Sedap Memang Sedap Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 543 hits
Yeahhh main masak masak aku hari ni Hari ni aku buat nasi lemak Mood rajin tu datang tetiba tiba Kalau tak memang tak kuasa aku nak masak nasi lemak bagai Biasa paling rajin pun masak nasi goreng atau mee goreng aje pagi Hari ni jerk pelik ...
Resepi Ayam Goreng Pedas Sedap Sangat

Resepi Ayam Goreng Pedas Sedap Sangat

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 544 hits
Resepi ayam lagi balik balik saya share Hihi Ayam kan sedap Kalau ada resepi yang best saya suka share biar semua dapat mencuba kan Kali ni saya share resepi ayam goreng pedas ala berlada mudah sangat nak buat yang penting rasanya sedap men...
Wow Tunku Azizah Komen Mi Bandung Sg Lembing Paling Sedap Di Dunia Tauke Kedai Buntu Macam Mana Nak Kongsi Resepi Ni

Wow Tunku Azizah Komen Mi Bandung Sg Lembing Paling Sedap Di Dunia Tauke Kedai Buntu Macam Mana Nak Kongsi Resepi Ni

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 787 hits
Tunku Azizah komen mi bandung Sg Lembing paling sedap di dunia tauke kedai buntu macam mana nak kongsi resepi ni Tunku Azizah yang mahu resepi mi bandung di Kedai Makan Wan Masturah di Sungai Lembing di Kuantan Pahang MI bandung di Sungai L...
Resepi Nasi Daging Utara Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Nasi Daging Utara Yang Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 314 hits
Dah lama buat nasi daging ni sebenarnya waktu Cik Meya balik bercuti SEM baru baru ni tapi entri ni tak lepas lepas dek sebab kesibukan yang kekadang tu tak tahu kenapa Macam tak cukup jer hari yang diberikan 24 jam sekejap dah tengahhari d...
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Sedap Wajib Cuba

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Sedap Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 632 hits
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Sedap Wajib Cuba Berkurun dah kot tak masak resepi ayam masak lemak cili api ni Entah bila last aku masak masakan ni Cuti baru ni teringin pulak nak makan dan terus aje arahkan encik suami beli bahan bahan y...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids