Kuih Lopes Yang Sangat Sedap



Bagi setiap ibubapa, tiada yang lebih mengembirakan melainkan kejayaan dan kebahagiaan anak anak. Begitu juga dengan saya. Buat masa sekarang, 3 orang anak saya masih belajar. Nana sedang membuat master untuk melayakkan dia menjadi seorang doktor pakar. Juita dan Aween masih mengikuti pengajian di peringkat ijazah. 

Setiap kali anak anak menduduki peperiksaan, saya akan menjadi ikut sama risau dan bimbang dan akan sentiasa berdoa supaya mereka diberikan kemudahan. Saat saat mereka menerima keputusan peperiksaan adalah juga saat yang mendebarkan buat saya. Ada kala terbawa bawa ke dalam tidur. 

Mungkin itulah yang pernah dialami oleh kedua ibubapa saya. Ketika saya menghadiri temuduga untuk jawatan selepas tamat pengajian, arwah bapa pernah bermimpi berjaya menangkap seekor burung yang sangat besar dan cantik sehingga ramai orang kampung yang melihatnya memuji muji. Keesokannya, mereka memberitahu saya yang mereka yakin saya akan berjaya dalam temuduga. 

Begitulah kasih sayang ibubapa pada anak anak. Semoga kita sebagai anak anak tidak lupakan ibubapa samada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia. 

Hari ini saya mahu kongsikan satu lagi antara kuih kegemaran saya iaitu, Kuih Lopes Daun Pisang. Setiap hari balik kerja, jika singgah di Restoran Wau, pasti kuih yang menjadi pilihan saya ialah kuih lopes. 

Kuih lopes yang pernah saya kongsikan sebelum ini di SINI. Tapi kali ini mencuba versi zaman dulu dulu yang membalut menggunakan daun pisang. Ketika dibuka tudung periuk, semerbak bau daun pisang. 

Kuih lopes daun pisang yang disediakan dengan daun pisang mengikut cara lopes zaman dulu ini sangat sedap. Pulutnya lembut dan ditambah rasa lemak lemak dari kelapa parut dari kelapa muda dengan rasa masin garam serta manis dari air gula. Semua rasa sebati dan bersatu di dalam mulut. Waaah heaven gituu. 
Terasa seronok sangat bila dapat menyediakan kuih muih yang sedap buat hidangan petang. Ianya berbeza dengan kuih lopes yang pulutnya dimasak terlebih dahulu. 
Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini dan juga video cara penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba. 


Kuih Lopes Daun PisangOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:2 cawan beras pulut susuAir abu/abu changSedikit pewarna hijau - opsyenalDaun pisang Abu Lidi secukupnya
Bahan air gula:1 senduk gula apong - atau gula melaka1-2 sudu besar gula pasir1/2 sudu kecil garam2 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan air1 helai daun pandan
Bahan kelapa:Kelapa parut secukupnyaGaram
Cara cara:Beras pulut direndam dengan sedikit abu chang dalam 20 minit. Atau guna sedikit air kapur. 
Basuh beras pulut dan tos. Titiskan sedikit pewarna, jika suka. 

Buat kelongsong tiga segi menggunakan daun pisang. Masukkan beras pulut tadi. Balut dengan cara dilipat lipat menjadi tiga segi dan akhir sekali dicucuk dengan lidi. 



Masukkan dalam inner pot periuk tekanan Noxxa dan rebus dengan setting rice selama 20 minit. 
Sementara itu, sediakan air gula dengan memasak gula apong dengan air secukupnya. Masukkan daun pandan dan garam. Kacau sehingga mendidih. 

Masukkan air bancuhan tepung jagung untuk memekatkannya. Jika belum manis, tambah gula pasir. Masak sehingga sedikit likat. 
Setelah kuih lopes masak, keluarkan dari periuk tekanan. Tos hingga kering. 

Buka balutan daun pisang dan masukkan kuih ke dalam kelapa parut yang telah digaul dengan garam. Kacau sehingga kuih bersalut rata dengan kelapa. 


Masukkan ke dalam pinggan atau bekas hidangan. Tuang air gula ketika hendak dimakan. Sedia untuk dinikmati. 
Nota:Jika guna daun pisang abu, bila masak luar pulut akan menjadi warna hijau dan pulut dalam warna putih. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/09/kuih-lopes-yang-sangat-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Cha Bang Ang Dessert Thai Viral Yang Sangat Sedap

Resipi Cha Bang Ang Dessert Thai Viral Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 1975 hits
Nampak sedap Cha Bang Ang ni Ia adalah antara manisan Thailand yang sedang viral Bahan bahan yang digunakan sangat simple Bagi yang nak cuba resipi perkongsian saudari Acik Siti ni antara yang mudah Jom lihat bahan bahan yang diperlukan CAR...
Resipi Ikan Siakap Masak Kengsom Mudah Sangat Sedap

Resipi Ikan Siakap Masak Kengsom Mudah Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 1136 hits
Bestnya lauk Siakap Masak Kengsom ni Bagi anda yang tercari cari resipi untuk masak untuk keluarga perkongsian dari saudari Sarah Saie ni antara yang terbaik boleh dicuba CARA MASAK IKAN SIAKAP MASAK KENGSOMBAHAN BAHAN 1 ekor ikan siakap bi...
Cara Buat Nutella Homemade Yang Sangat Mudah Sedap

Cara Buat Nutella Homemade Yang Sangat Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 364 hits
Anak anak memang sukakan coklat Nutella Selain disapu pada roti makan macam tu je pun boleh habis satu balang Jadi bolehlah cuba buat Nutella homemade perkongsian Puan Danita Daniels ni Mudah sahaja Malah kebersihan terjamin dan lebih jimat...
Kuih Sedap Minum Petang Di Warung Di Apit Nangka

Kuih Sedap Minum Petang Di Warung Di Apit Nangka

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 391 hits
Jom makan sedap di Kampung Bukit Kapar Klang Untuk makluman di area Bukit Kapar terdapat banyak lokasi untuk minum petang Pelbagai hidangan dan menu disediakan mengikut selera Antara lokasi yang menarik ialah Warung Di Apit Nangka yang terl...
Resepi Biskut Nestum Yang Sangat Rangup Dan Sedap Sukatan Cawan

Resepi Biskut Nestum Yang Sangat Rangup Dan Sedap Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 763 hits
Resepi Biskut Nestum Yang Sangat Rangup Dan Sedap Sukatan Cawan Biskut yang tak payah terap Salam semua sebulan berpuasa lepas tu sebulan Syawal beraya sampai sekarang masih lagi terasa kemeriahan raya ya lah kan ini bulan 7 lagi bulan depa...
Koleksi 6 Kuih Inti Manis Disukai Ramai Sedap Sesangat

Koleksi 6 Kuih Inti Manis Disukai Ramai Sedap Sesangat

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 731 hits
Teringin makan kuih berinti manis untuk teman secawan kopi di petang hari Ini RASA bawakan empat jenis kuih muih tempatan berinti manis mudah disedia dan ringkas bahan bahannya Paling penting rasa tidak pernah mengecewakan memang berbaloi b...
Resepi Bubur Asyura Versi Utara Yang Sangat Sedap Dan Mudah

Resepi Bubur Asyura Versi Utara Yang Sangat Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 803 hits
Hi semua Tiba lah musim orang buat bubur Asyura Bubur Asyura ni biasa kita buat bila tiba tahun baru islam Iaitu pada bulan Muharam Sepanjang bulan Muharam ni memang ramai la yang buat bubur Asyura Di masjid masjid pun ada buat program masa...
5 Resepi Cup Cake Yang Pasti Sedap Mudah Nak Buat Dan Moist Sangat

5 Resepi Cup Cake Yang Pasti Sedap Mudah Nak Buat Dan Moist Sangat

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 735 hits
5 Resepi Cup Cake Yang Pasti Sedap Mudah Nak Buat Dan Moist Sangat Salam semua blog ini sedang dikemaskini yang mana nak edit tu memang kena edit kalau sesiapa nampak post entri lama naik newsfeed tu tu tandanya entri dikemaskini balik Kali...
Kuih Cara Manis Versi Jagunglah Pulak Perggh Lebih Jagung Lagi Sedap Ni

Kuih Cara Manis Versi Jagunglah Pulak Perggh Lebih Jagung Lagi Sedap Ni

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 627 hits
Dah nama pun kuih cara jagung jadi kalau nak letak lebih jagung hiris tu lagilah sedap Kalau min suka jagung manis Resipi perkongsian Zura Zul ni nampak sedap Jom kita cuba KUIH CARA JAGUNGBAHAN BAHAN 2 cawan tepung gandum1 biji telur gred ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya