Sambal Kelapa Aka Sambal Nyor Nasi Impit Kelantan



Sambal Nyor atau Sambal Kelapa Kelantan adalah antara makanan Kelantan kegemaran saya. Ianya dimakan dengan nasi impit, memang sangat sedap. Saya boleh makan nasi impit dengan sambal kelapa tanpa rasa jemu pun. Boleh makan berulang ulang. Lagi sedap kalau sambal kelapa itu sedikit lembap. 

Masih ingat lagi resepi Kuah Kacang Kelantan aka kuah nasi kapit yang saya sediakan sebelum ini di SINI. Itu kira keeper recipe untuk saya. Ianya adalah makanan kegemaran saya dulu, kini dan selamanya. Saya buat baru ini, hasilnya agak banyak. Jadi saya simpan di dalam peti sejuk. Masih ada lagi baki. 
Antara BFF bagi nasi kapit di Kelantan selain dari kuah kacang ialah Sambal Kelapa atau dipanggil sebagai Sambal Nyor. Saya boleh makan nasi impit hanya dengan dicicah sambal kelapa sahaja. Suapan pertama terasa seperti nak nanges sebab sedap giler. Itulah kalau tekak Kelantan. 
Ada pelbagai cara menyediakannya walaupun bahan yang digunakan adalah sama. Boleh klik di SINI untuk entri saya sebelum ini. Kali ini saya gunakan cara yang dikongsikan di SINI. Menurut penulis, ianya adalah masakan yang disediakan oleh arwah nenek beliau yang berniaga di kantin sekolah, iaitu nasi impit kuah kacang dengan sambal kelapa. 
Saya harap dengan perkongsian resepi di blog akan membolehkan makanan ini kekal digemari dan boleh disediakan oleh generasi anak anak saya di masa hadapan. Maklum anak anak zaman sekarang tidak menggemari makanan tradisional seperti ini. 
Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini di bawah ini. Cara penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...


Sambal Kelapa Kelantan Oleh: Azie Kitchen 
Bahan bahan: 2 ekor ikan selayang/ikan kembung1 biji kelapa parut
Bahan tumbuk: 3 biji bawang merah 1/4 inci halia 2 batang serai serai - hiris nipis1 keping gula Melaka 1/2 sudu besar gula 1/2 sudu kecil garam 
Cara cara: Rebus ikan dengan 3 keping asam keping dn 1 sudu garam dengan air separas ikan. Asingkan isi dan tulang. Kemudian goreng isi ikan tanpa minyak hingga kering airnya supaya tidak berbau hanyir. 

Goreng kelapa dengan api perlahan sehingga keperangan dan garing. Kelapa telah garing, bila dipegang keras dan rangup. Kemudian tumbuk kelapa sekadar lumat sahaja. 

Tumbuk bawang merah, halia dan serai sehingga lumat. Masukkan gula Melaka dan tumbuk sehingga seperti berair sedikit, masukkan gula dan garam. 


Bila gula hancur, masukkan isi ikan rebus dan tumbuk sehingga sebati antara keduanya. 

Masukkan bahan tumbuk ke dalam bekas kelapa goreng. Gaul sebati kedua duanya menggunakan sudu. Selepas itu, ditumbuk supaya ianya sebati. 

Nota: 
Untuk memastikan sambal tahan lama, jangan terkena tangan, gaul samada menggunakan sudu atau guna sarung tangan plastik. Sambal boleh tahan sebulan jika disimpan dalam peti sejuk dan boleh tahan 4-5 hari jika dil uar peti sejuk. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/09/sambal-kelapa-aka-sambal-nyor-nasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuah Kacang Aka Kuah Nasi Kapit Kelantan Yang Sangat Sedap

Kuah Kacang Aka Kuah Nasi Kapit Kelantan Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 799 hits
Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi makanan kegemaran saya iaitu Kuah Kacang Kelantan atau kuah nasi kapit Kelantan yang dimakan dengan nasi impit Sebelum masuk bab resepi kita bercerita dulu Kita banyak tertipu dengan kehidupan Sibuk...
Gulai Kuning Ikan Dan Sambal Nasi Berlauk Kelantan

Gulai Kuning Ikan Dan Sambal Nasi Berlauk Kelantan

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 1167 hits
Sempena cuti Hari Malaysia beberapa hari lepas saya telah menyediakan gulai kuning sebagai lauk nasi berlauk bersama dengan sambal nasi berlauk Gulai nasi berlauk ini juga dikenali sebagai gulai Kunyit Lengkuas di Kelantan Telah lebih semin...
Resepi Nasi Lemak Dan Sambal Bilis Sedap Memang Sedap Mudah Disediakan

Resepi Nasi Lemak Dan Sambal Bilis Sedap Memang Sedap Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 543 hits
Yeahhh main masak masak aku hari ni Hari ni aku buat nasi lemak Mood rajin tu datang tetiba tiba Kalau tak memang tak kuasa aku nak masak nasi lemak bagai Biasa paling rajin pun masak nasi goreng atau mee goreng aje pagi Hari ni jerk pelik ...
Beza Nasi Dagang Kelantan Terengganu

Beza Nasi Dagang Kelantan Terengganu

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 1026 hits
Nasi dagang yang begitu terkenal di Terengganu dan Kelantan Namun tahukah anda terdapat perbezaan di antara nasi dagang yang dibuat di Terengganu serta nasi dagang yang dibuat di Kelantan Nasi Dagang TerengganuNasi Dagang Terengganu secara ...
Nasi Goreng Daging

Nasi Goreng Daging

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 567 hits
Asalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari ni kisah nasi dalam mug yang ada belen the day before tu kan dah kata nak buat nasik goreng dan memang sayang lah kan kalau terbuang macam tu jer baik jadikan menu yang lain dan yang pali...
Acah Acah Makan Nasi Lemak

Acah Acah Makan Nasi Lemak

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 607 hits
Hi korang Apehal plak main acah acah makan nasi lemak ni Hahaha korang kan tau SA x leh makan pedas kan sambal nasi lemak ni sedikit pedas pada SA sebab tu SA acah2 je makan sambal tu buat bagi perasa kata orang Bukan la SA langsung tak ble...
13 Makanan Kita Nasi Lemak Kuih Cincin Teh Tarik Diabadikan Dalam Setem Sempena Hari Malaysia

13 Makanan Kita Nasi Lemak Kuih Cincin Teh Tarik Diabadikan Dalam Setem Sempena Hari Malaysia

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 809 hits
Tepuk dada tanya selera Nak ABC atau ais krim gula apong nasi lemak atau roti canai kuih cincin atau kuih ketayap Biarpun selera kita berbeza tapi kita semua setuju makanan kita tiada tolok bandingnya Kerana itulah untuk Hari Malaysia tahun...
Ambil Nasi Lauk Apa Saja Hanya Rm5 90 Saja Restoran Cikgu

Ambil Nasi Lauk Apa Saja Hanya Rm5 90 Saja Restoran Cikgu

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 899 hits
Berniaga sambil bersedekah itulah konsep yang diamalkan oleh Restoran Cikgu ini yang sedang viral di media sosial pada waktu ini Ambillah lauk apa saja banyak mana harganya hanya RM5 90 Air minuman pula percuma Buka setiap hari kecuali Juma...
Resipi Nasi Daging Sesuai Dijamu Seisi Keluarga

Resipi Nasi Daging Sesuai Dijamu Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 251 hits
Nasi daging adalah salah satu hidangan yang sedap dan mampu membangkitkan selera Baunya sahaja sudah menusuk rongga hidung dan membuatkan terliur untuk menikmatinya Nasi daging adalah antara kegemaran ramai disebabkan rasanya yang sedap dan...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik