Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026


Contoh soalan MUET 2026 merangkumi keempat-empat komponen iaitu Listening, Speaking, Reading dan Writing. Layari portal rasmi Majilis Peperiksaan Malaysia (MPM) untuk mengetahui mengenai pendaftaran, jadual waktu penuh dan tarikh ujian MUET 2026 di pautan berikut: www.mpm.edu.my/
Malaysian University English Test atau lebih dikenali dengan singkatan (MUET) mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia pada tahun 1999 dan peperiksaan ini dikendalikan oleh Malaysian Examinations Council atau Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Rujuk info lanjut mengenai contoh soalan MUET dan format terkini 2026 di bawah.
Pengenalan MUET MUET, atau Malaysian University English Test, merupakan ujian kemahiran Bahasa Inggeris yang diwajibkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk semua calon yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Untuk kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda di IPTA, kebanyakan kursus memerlukan calon mencapai sekurang-kurangnya Band 3.0 hingga Band 4.0.
Manakala, beberapa program kritikal seperti Perubatan, Undang-undang, atau TESL mungkin menetapkan syarat lebih tinggi, iaitu Band 4.5 atau Band 5.0.  
Tarikh Pendaftaran MUET 2026 Berikut ialah Kalendar Pendaftaran dan Ujian MUET 2026:

Komponen Ujian MUET Kertas yang ditawarkan dalam ujian MUET meliputi empat kertas seperti yang berikut:
Kod KertasNama Kertas 800/1 Listening (50 minit) 800/2 Speaking (30 minit) 800/3 Reading (75 minit) 800/4 Writing (75 minit) Format Terkini MUET 2026 Format MUET yang terkini (diperkenalkan pada tahun 2021) direka untuk menjajarkan ujian Bahasa Inggeris di Malaysia dengan piawaian global, iaitu Common European Framework of Reference (CEFR).
Ujian MUET terbahagi kepada empat kertas dengan pemberatan markah yang sama rata (25% setiap satu):
Kod KertasKomponen UjianMarkah PenuhPemberatanTempoh Ujian800/1Listening (Mendengar)9025%±50 minit800/2Speaking (Bercakap)9025%±30 minit800/3Reading (Membaca)9025%75 minit800/4Writing (Menulis)9025%75 minitJumlah Agregat360100% Kertas 800/1: Mendengar (Listening) Jumlah Soalan: 30 soalan objektif. Jumlah Bahagian: 5 bahagian (Pelbagai jenis teks, termasuk dialog dan monolog). Cara Pelaksanaan: Audio akan dimainkan sebanyak DUA (2) kali. Calon dikehendaki memindahkan jawapan ke borang OMR. Fokus Ujian: Menguji pemahaman calon terhadap maklumat spesifik, tujuan, fungsi linguistik, dan kesimpulan. Kertas 800/2: Bercakap (Speaking) Ini adalah satu-satunya komponen yang diuji secara bersemuka (atau dalam talian) dan biasanya diadakan pada tarikh yang berasingan daripada tiga komponen bertulis.
Jumlah Tugas: 2 tugasan (Tugasan Individu dan Perbincangan Kumpulan). Tugasan A: Individual Presentation (2 minit persediaan + 2 minit persembahan). Calon akan diberi topik dan masa untuk membuat persediaan ringkas (bercakap secara monolog). Tugasan B: Group Discussion (3 minit persediaan + 8 hingga 12 minit perbincangan). Empat calon (atau tiga) akan berinteraksi dan berbincang untuk mencari penyelesaian atau mencapai persetujuan mengenai topik yang diberikan. Fokus Ujian: Menguji kelancaran, interaksi, sebutan, tatabahasa, perbendaharaan kata, dan keupayaan menyokong hujah. Kertas 800/3: Membaca (Reading) Jumlah Soalan: 40 soalan objektif. Jumlah Bahagian: 7 bahagian yang terdiri daripada 10 petikan teks pelbagai jenis (akademik, umum, dan teknikal). Jenis Soalan: Pelbagai pilihan (multiple-choice questions) yang menguji kefahaman tersurat dan tersirat (inferens). Fokus Ujian: Menguji pemahaman keseluruhan, maklumat terperinci, inferens, dan hubungan antara idea dalam teks. Kertas 800/4: Menulis (Writing) Fokus Ujian: Menulis esei penuh mengenai topik isu semasa yang diberikan, menguji keupayaan untuk membentangkan hujah, menyokong dengan bukti, dan membuat kesimpulan yang kuat.
Jumlah Tugasan: 2 tugasan.
Tugasan 1: Respons kepada stimulus (Laporan Ringkas atau E-mel).
Keperluan: Sekurang-kurangnya 100 patah perkataan. Masa Dicadangkan: ±25 minit. Fokus Ujian: Menulis e-mel/surat balas berdasarkan prompt atau nota yang diberikan. Tugasan 2: Esei Argumentatif/Pendapat.
Keperluan: Sekurang-kurangnya 250 patah perkataan. Masa Dicadangkan: ±50 minit. Contoh Soalan MUET Berikut dikongsikan contoh soalan MUET yang disediakan oleh MPM:

Dapatkan contoh penuh set soalan MUET dengan memuat turun PDF di bawah:
SAMPLE_QUESTIONS MUETDownload Muat Turun Contoh Soalan MUET 2022 NO.DOCUMENT NAME 1Test Specifications & Regulations for 2021 onwardLihat |  Muat Turun2Sample QuestionsLihat |  Muat Turun Maklumat lanjut sila rujuk Regulations, Test Specifications, Test Format, and Sample Questions yang dapat diperoleh melalui Portal Majlis Peperiksaan Malaysia.
Achieve A MUET Trial Assessment Selain contoh soalan MUET, anda juga boleh cuba buat soalan trial MUET yang disediakan oleh MPM di pautan berikut: https://achievea.mpm.edu.my/
Band MUET Sistem pemarkahan MUET menggunakan skor agregat (keseluruhan) daripada empat komponen ujian (Mendengar, Bercakap, Membaca, Menulis) untuk menentukan Band calon.
Sistem ini diselaraskan dengan piawaian antarabangsa Common European Framework of Reference (CEFR).
Skor AgregatBand MUETTahap CEFR331 – 3605+C1+294 – 3305.0C1258 – 2934.5B2211 – 2574.0B2164 – 2103.5B1123 – 1633.0B182 – 1222.5A236 – 812.0A21 – 351.0A2
​ Kadar Bayaran MUET Bayaran untuk menduduki ujian MUET bagi tahun 2026 adalah seperti yang berikut:
Kategori CalonBayaran Yuran Ujian MUET (Tahun 2026)Calon Warganegara MalaysiaRM150.00Calon Bukan WarganegaraRM350.00 Pembayaran Yuran & Pendaftaran Calon Persendirian Individu Pembayaran yuran pendaftaran untuk menduduki ujian MUET bagi calon persendirian individu adalah secara dalam talian sahaja, iaitu melalui pautan berikut: https://muetj3.mpm.edu.my/
PIN MEC tidak boleh dibeli dan digunakan oleh calon persendirian individu untuk tujuan pendaftaran.
Pembayaran Yuran Pendaftaran Calon Sekolah/Institusi i. Pembayaran yuran pendaftaran untuk menduduki ujian MUET bagi calon sekolah/institusi adalah dengan membeli PIN MEC.
ii. PIN MEC boleh dibeli secara kaedah yang berikut.
a.Pembelian secara pukal oleh Setiausaha Peperiksaan/Penyelaras MUET sekolah/institusi di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.b.Pembelian oleh calon sekolah/institusi sendiri secara perbankan internet melalui pautan https://mypay.com.my/web/mpm, dan PIN MEC tersebut hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan/Penyelaras MUET di sekolah/institusi masing-masing untuk pendaftaran secara dalam talian.
Nota: Caj tambahan bagi setiap pembelian nombor PIN MEC akan dikenakan (tertakluk kepada institusi perbankan).c.Bayaran pembelian PIN MEC yang dibuat oleh calon sekolah/institusi tidak akan dikembalikan sekiranya calon gagal mendaftar pada tarikh yang telah ditetapkan dan tidak boleh digunakan lagi untuk pendaftaran MUET sesi yang berikutnya. Bayaran yang telah dibuat akan terpapar pada Penyata Pendaftaran MUET untuk rujukan calon.
Syarat & Tempoh Sah Laku Sijil MUET Tiada sebarang syarat kelayakan khusus yang dikenakan untuk menduduki ujian MUET. Ia terbuka kepada semua calon tanpa had umur atau status pelajar.
Tempoh sah laku sijil MUET bergantung pada tarikh keputusan dikeluarkan.
Keputusan MUET yang dikeluarkan sebelum tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah sehingga 18 Julai 2013 manakala keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.
Sijil MUET kini dikeluarkan dalam bentuk e-Sijil melalui portal rasmi MPM (https://sijil.mpm.edu.my/) dan hanya boleh dimuat turun untuk ujian yang diduduki dalam tempoh 5 tahun ke belakang.​
Permohonan sijil untuk MUET lebih 5 tahun ke belakang perlu dibuat secara khas melalui borang MUET/S2 di portal MPM.​
Jika sijil MUET anda telah melebihi tempoh sah laku, anda perlu menduduki semula MUET untuk mendapatkan keputusan yang masih sah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/contoh-soalan-muet/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=contoh-soalan-muet

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semakan Slip Muet 2026 Pertukaran Pusat Ujian

Semakan Slip Muet 2026 Pertukaran Pusat Ujian

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 111 hits
Slip Muet atau Slip Daftar MUET untuk ujian MUET 2026 boleh disemak pada 13 Februari 2026 iaitu 6 minggu sebelum tarikh ujian MUET dijalankan Semakan slip MUET boleh dilakukan di portal Majlis Peperiksaan Malaysia Selain itu permohonan pert...
Surat Surat Pernyataan Untuk Mendaftar Petugas Haji Ppih 2026

Surat Surat Pernyataan Untuk Mendaftar Petugas Haji Ppih 2026

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 133 hits
Berikut adalah Surat surat Pernyataan Yang Dibutuhkan Untuk Mendaftar Petugas Haji PPIH 2026 Silahkan save atau langsung print juga boleh Surat Pernyataan Mampu Mengoperasikan AplikasiSURAT PERNYATAAN MAMPU MENGOPERASIKAN APLIKASI KOMPUTER ...
Ns 3 0 2026 Series 1 List Out Recruits Must Confirm By Dec 25

Ns 3 0 2026 Series 1 List Out Recruits Must Confirm By Dec 25

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 117 hits
The list of trainees recruited for the National Service training programme 3 0 Series 1 for 2026 can be reviewed starting 4pm today BERNAMA PICKUALA LUMPUR The list of trainees recruited for the National Service training programme 3 0 Serie...
Rembayung Restoran Khairul Aming Dibuka Januari 2026

Rembayung Restoran Khairul Aming Dibuka Januari 2026

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 187 hits
Rembayung adalah restoran pertama Khairul Aming yang akan dibuka pada Januari 2026 Setelah berjaya menguasai pasaran digital dengan Sambal Nyet kini usahawan terkenal ini melangkah ke dunia perniagaan fizikal dengan pelaburan mencecah RM4 J...
Program Fast Track Spm Huffaz Negeri Selangor 2026

Program Fast Track Spm Huffaz Negeri Selangor 2026

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 150 hits
Jabatan Agama Islam Selangor melalui Bahagian Pendidikan Islam dengan kerjasama Persatuan Institut Tahfiz al Quran Negeri Selangor mempelawa pelajar Tahfiz persendirian negeri Selangor mengikuti Program Laluan Pantas SPM 2026 yang boleh dip...
Proton Phev 2026 Kelebihan Rekaan Harga Kuasa Bateri

Proton Phev 2026 Kelebihan Rekaan Harga Kuasa Bateri

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 140 hits
Proton eMas 7 PHEV hadir sebagai model PHEV pertama Proton menandakan langkah besar jenama nasional memasuki dunia elektrifikasi Dengan rekaan SUV lebih premium teknologi hibrid EM i yang efisien dan jangkaan harga kompetitif model ini dija...
Hampir Bebas Kemiskinan Tegar Pm Anwar Tegaskan Kerajaan Madani Komited Capai Sifar 2026

Hampir Bebas Kemiskinan Tegar Pm Anwar Tegaskan Kerajaan Madani Komited Capai Sifar 2026

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 137 hits
Malaysia kini berada di landasan tepat untuk melakar sejarah apabila diiktiraf di peringkat dunia sebagai antara negara yang hampir berjaya menoktahkan kemiskinan tegar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kadar kemiskinan t...
Shout Out 2026 Bantu Usahawan Atasi Last Minute Marketing Menjelang Ramadhan Raya

Shout Out 2026 Bantu Usahawan Atasi Last Minute Marketing Menjelang Ramadhan Raya

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 101 hits
Bagi majoriti usahawan musim Ramadhan dan Aidilfitri merupakan tempoh perniagaan paling kritikal Namun realitinya ramai jenama masih bergelut dengan masalah sama setiap tahun nbsp perancangan kempen yang dibuat pada saat akhir mengakibatkan...
Senarai Pelepasan Cukai 2025 Untuk Efiling 2026

Senarai Pelepasan Cukai 2025 Untuk Efiling 2026

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 111 hits
Seperti setiap tahun pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri akan mengeluarkan senarai pelepasan cukai bagi individu menerusi laman web Berikut adalah senarai pelepasan yang boleh dituntut dalam pengiraan cukai atau e filing yang akan dihantar ke ...
Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

Why Financial Literacy Is The Most Important Skill You Were Never Taught

Bunga Telang Putih

Bermain Badminton Waktu Malam Boleh Dapat Serangan Jantung

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Silenced In The Office Why Toronto Employees Delay Reporting Harassment And What It Costs Them


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Asus V600 Aio Kini Boleh Didapatkan Pada Rm3599

Celcomdigi Dan Ppum Jayakan Pembedahan Ent Secara Langsung Berasaskan 5g

Ai Makin Menguasai Tapi 3 Pekerjaan Ini Diramal Akan Selamat

Misi Bantuan Ai Cha Santuni Keluarga Dan Cawangan Terjejas Banjir

Projector Maafkanlah Aku Chord

Zaliha Na Im Gugur Dari Kabinet Anwar