Resepi Nasi Lemak Dan Sambal Bilis Sedap Memang Sedap Mudah Disediakan


Yeahhh main masak-masak aku hari ni.. Hari ni aku buat nasi lemak.. Mood rajin tu datang tetiba-tiba.. Kalau tak, memang tak kuasa aku nak masak nasi lemak bagai.. Biasa paling rajin pun masak nasi goreng atau mee goreng aje pagi.. Hari ni jerk pelik sikit.. hehe... Eceli, aku tak pernah okeh buat nasi lemak.. Mesti korang tak percaya kan..?? Tapi itulah kenyataannya.. Aku memang tak pernah buat nasi lemak sepanjang hidup aku... Haha.. Hari ni lah firstime aku buat.. Alhamdulillah menjadik.. Risau jugak tak jadi kan.. Yela, dah tak pernah buat.. Biasa beli kedai aje.. Kikiki..

Resepi Nasi Lemak Dan Sambal Bilis Sedap
Inilah hasilnya.. Nasi Lemak Dan Sambal Bilis terlebih sedap... Untuk pertama kalinya ni, aku masak Sambal Bilis menggunakan pressure cooker... Agak susah sikit nak masak sebab tak dapat nak kontrol kepanasan... Pressure Cooker aku bukanlah yang jenis noxxa ye.. Tapi jenis kenwood sahaja.. Hehe.. Kalau guna dapur gas ni rasanya lebih mudah... Sebab boleh kontrol api.. Abaikan telur goreng tu ye.. Guna pressure cooker, telur tak berapa nak cantik bentuknya.. Kikiki.. Janji boleh makan.

Bebel dah panjang berjela... Tapi resepi belum aku perturunkan lagi kat sini.. Moh le kite pakat tengok Resepi Nasi Lemak dan Sambal Bilis Sedap ni.. Aku dapat resepi ni dari Blog Azie Kitchen ye... Tq Kak Azie...

******************
Nasi Lemak Sedap & Tahan Lamasumber : Azie Kitchen
Bahan-bahan :-Beras - dibasuh & toskan1 - 2 helai daun pandan - carik & simpulkan1 - 2 inci halia - hiris kasar1 cawan santan pekat @ 1 kotak santan kotak (aku guna santan kotak aje)Sedikit Garam
Cara-cara menyediakan nasi lemak yang sedapMasak nasi dengan air secukupnya.. Bergantung kepada jenis beras masing-masing. Biasanya paras air dalam kurang 1 inci atau satu paras garisan di jari

Masukkan sedikit garam dan juga daun pandan yang telah dicarik & disimpul tadi.. Masukkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa

Bila mendidih dan air hampir kering, masukkan hirisan halia dan santan pekat.. Kacau rata.. Sambung masak sehingga nasi masak sepenuhnya.

**Kak Azie siap sediakan video lagi uolls.. Memang terbaik.



Sambal Tumis Sedapsumber : Azie Kitchen
Bahan-bahan :-
1 mangkuk ikan bilis
1 biji bawang besar - dihiris
2 - 3 sudu besar gula pasir
Sedikit gula merah / gula melaka
1 sudu kecil pes asam jawa / asam keping
Garam 
Bahan kisar :-
1/2 mangkuk cili kisar / 20 tangkai cili kering - direbus dan ditoskan
2 biji bawang besar
1 inci halia (aku tak masukkan.. terlupa.. haha)
Sebesar ibu jari belacan bakar (ni pun terlupa nak masukkan.. huhu)
Cara-Cara menyediakan sambal tumis sedapPanaskan minyak yang banyak, tumis bawang besar hiris sehingga naik bau.. Masukkan bahan kisar dan kacau rata. Perlahankan api dan terus dikacau dengan api perlahan sehingga cili benar-benar masak dan pecah  minyak.

Ianya memakan masa yang agak lama. Jika minyak kurang, bolehlah ditambah ketika menumis. Macam mana nak tahu kalau ianya telah garing? Minyak tumisan akan mula berbuih sedikit. Itu tandanya dah garing.

Setelah bahan tumisan garing, masukkan sedikit gula dan kacau rata bertujuan untuk menjadikan warna sambal cantik dan berkilat.

Masukkan sedikit air mengikut kepekatan sambal yang disukai. Masukkan air asam jawa / asam keping, garam dan ikan bilis.

** Warna sambal akan lebih cantik jika menggunakan asam keping.

Kacau rata dan biarkan masak dengan api yang perlahan.

Akhir sekali masukkan gula selebihnya dan garam secukup rasa. Siap masak boleh la diangkat dan dihidangkan..

**Sambal lebih sedap jika disediakan sehari sebelumnya.


******************
Camtu la resepinya.. Aku lebih suka guna ikan bilis yang dah digoreng dan dimasukkan kedalam sambal.. Kalau ikan bilis yang belum digoreng tak syok rasanya... Hehe.. Korang boleh la try resepinya.. Memang best... Kalau nak lebih detail kena terjah page Kak Azie Kitchen la.. Banyak kot resepi kat sana.. Selamat mencuba.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.leaazleeya.com/2017/05/resepi-nasi-lemak-dan-sambal-bilis-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Nasi Daging Utara Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Nasi Daging Utara Yang Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 314 hits
Dah lama buat nasi daging ni sebenarnya waktu Cik Meya balik bercuti SEM baru baru ni tapi entri ni tak lepas lepas dek sebab kesibukan yang kekadang tu tak tahu kenapa Macam tak cukup jer hari yang diberikan 24 jam sekejap dah tengahhari d...
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Sedap Wajib Cuba

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Sedap Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 632 hits
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Sedap Wajib Cuba Berkurun dah kot tak masak resepi ayam masak lemak cili api ni Entah bila last aku masak masakan ni Cuti baru ni teringin pulak nak makan dan terus aje arahkan encik suami beli bahan bahan y...
5 Resepi Cup Cake Yang Pasti Sedap Mudah Nak Buat Dan Moist Sangat

5 Resepi Cup Cake Yang Pasti Sedap Mudah Nak Buat Dan Moist Sangat

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 735 hits
5 Resepi Cup Cake Yang Pasti Sedap Mudah Nak Buat Dan Moist Sangat Salam semua blog ini sedang dikemaskini yang mana nak edit tu memang kena edit kalau sesiapa nampak post entri lama naik newsfeed tu tu tandanya entri dikemaskini balik Kali...
Resepi Bubur Asyura Versi Utara Yang Sangat Sedap Dan Mudah

Resepi Bubur Asyura Versi Utara Yang Sangat Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 803 hits
Hi semua Tiba lah musim orang buat bubur Asyura Bubur Asyura ni biasa kita buat bila tiba tahun baru islam Iaitu pada bulan Muharam Sepanjang bulan Muharam ni memang ramai la yang buat bubur Asyura Di masjid masjid pun ada buat program masa...
Cara Mudah Masak Sambal Sotong Kembang Yang Sedap

Cara Mudah Masak Sambal Sotong Kembang Yang Sedap

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 541 hits
Pasti ramai yang suka makan Sambal Sotong Kembang Selalunya hidangan ini dimakan bersama nasi lemak atau nasi putih Namun ramai beranggapan hidangan ini susah nak disediakan Melalui perkongsian saudari Bahiah Saripuddin beliau kongsikan res...
Resepi Menu Makanan Berpantang Untuk Ibu Lepas Bersalin Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Menu Makanan Berpantang Untuk Ibu Lepas Bersalin Yang Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 403 hits
Menu berpantang untuk kaum ibu selepas bersalin bukanlah susah untuk di buat Ia bagaikan menu diet eat clean juga Kali ini aku nak kongsi menu berpantang yang aku dapat dari dalam facebook untuk di tatap dan di ikuti oleh para ibu yang baru...
Muntah Weh Noorkhiriah Termakan Sambal Lipas Terpaksa Upload Gambar Nasi Lemak

Muntah Weh Noorkhiriah Termakan Sambal Lipas Terpaksa Upload Gambar Nasi Lemak

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 1216 hits
Siapa yang tak bengang kalau terjumpa benda yang tidak sepatutnya dalam makanan yang kita makan lebih lebih lagi terjumpa lipas di dalam hidangan tersebut BACA Anak Tikus Dalam Makanan Yang Ditapau Wanita Ini Terus Hilang SeleraItulah yang ...
Resepi Ayam Masak Merah Mudah Dan Sedap

Resepi Ayam Masak Merah Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 835 hits
Ayam Masak Merah SedapSedapnya makan nasi panas dengan ayam masak merah Boleh bertambah makan dibuatnya hehe Menu ayam ini menjadi salah satu kegemaran Mai Yang penting cara menyediakan ayam masak merah adalah mudah Asal ada bahan asas sepe...
Goreng Dan Tumbuk Ni Dia Sambal Tumbuk Sedap Paling Mudah Dan Ekspres

Goreng Dan Tumbuk Ni Dia Sambal Tumbuk Sedap Paling Mudah Dan Ekspres

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 544 hits
Sambal tumbuk ni tengok rupa dah tahu sedap Dahlah sedap paling mudah dimasak Janji semua empat bahan tu digoreng dahulu dan kemudian ditumbuk Resipi yang dikongsikan oleh SheilaKitchen Home Cooks ni memang senang sangat dicuba Dahlah tu na...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii

Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun