Gulai Kuning Ikan Dan Sambal Nasi Berlauk Kelantan



Sempena cuti Hari Malaysia beberapa hari lepas, saya telah menyediakan gulai kuning sebagai lauk nasi berlauk bersama dengan sambal nasi berlauk. Gulai nasi berlauk ini juga dikenali sebagai gulai Kunyit Lengkuas di Kelantan. 

Telah lebih seminggu saya selsema dan batuk. Selera makan memang ke laut. Walaupun terasa lapar tetapi memang tak lalu. Waktu biasa pun, susah nak cari masakan yang menepati selera saya. Apa tah lagi masa badan tidak sihat seperti sekarang. 

Sebagai anak Kelantan yang membesar di Kelantan pastinya selera saya adalah selera Kelantan. Bersarapan dengan nasi berlauk, nasi dagang atau nasi kerabu. Ianya memang tak boleh dipisahkan sampai bila bila. 

Sarapan kami memang yang berat dan tahan sehingga ke petang. Maklumlah orang Kelantan ramai yang bertani jadi mereka memerlukan makanan seperti ini untuk membekalkan tenaga ketika di sawah atau di kebun. 

Hari ini saya menggunakan resepi sambal nasi berlauk yang diajar Kak Yah, rakan jemaah di Surau Ad Dhuha. Resepi yang digunakan oleh Bonda beliau yang berniaga nasi berlauk. Menurut Kak Yah lagi, nasi berlauk yang dijual sangat laris, pukul 9.00 pagi dah habis.  
Jom lihat resepi yang saya gunakan hari ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba... 


Gulai Kuning Kunyit Lengkuas 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
6 ekor ikan kembung
1 kotak santan kotak
1 biji kelapa parut 2 keping asam keping
Garam kasar
Sedikit gula - opsyenal

Bahan kisar:
5-6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih 5 tangkai cili kering - 1 sudu besar cili kisar
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup

Bahan hiasan:
Timun/kacang panjang
Lada hijau solok
Cili padi – jika suka

Cara cara;Ikan direbus dengan 4-5 keping asam keping dan 1/2 genggam garam kasar dengan paras air tenggelam ikan sahaja. Rebus sehingga air hampir kering. Nota: lebih sedap jika ikan rebus dibiarkan semalaman.

Kisar semua bahan kisar dan masak dengan air sehingga mendidih dan benar benar masak. Masak lama lama lagi sedap.



Setelah benar benar masak, masukkan santan, asam keping, garam dan gula. Sentiasa dikacau sehingga santan mendidih untuk mengelakkan kuah dari berketul. Boleh ditambah air jika terlalu pekat.

Setelah mendidih, baru dimasukkan ikan rebus, timun, lada hijau atau kacang panjang. Masak dengan api perlahan lama lama sehingga kuah pekat dan cantik. Boleh keluarkan asam keping takut terlebih masam. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih dan sambal nasi berlauk.

Nota:
Boleh juga guna ikan segar yang tidak direbus.



Sambal Nasi Berlauk
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:5 tangkai cili merah
5 tangkai cili kering – guna cili kering besar
3 tangkai cili padi – opsyenal
4 biji limau kasturi
2 sudu besar cuka 
1/2 sudu kecil garam atau secukup rasa 
3 sudu besar gula - masuk sikit sikit dulu dan rasa 
Cara cara:
Rebus cili kering sehingga kembang. Angkat dan tos. Cili merah dibuang biji dan limau kasturi dibuang biji.

Satukan semua bahan dan kisar kasar kasar dengan cuka, garam dan gula. Sesuaikan rasa dan tambah apa apa yang kurang. 

Nota: Sambal lebih tahan lama jika tidak dikisar dengan air. boleh simpan di dalam peti ais.







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/09/gulai-kuning-ikan-dan-sambal-nasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masak Gulai Lemak Kuning Ikan Talang Segar

Masak Gulai Lemak Kuning Ikan Talang Segar

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 2350 hits
Masak Gulai Lemak Kuning Ikan Talang Segar Assalamualaikum Hai korang Terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi memberi komen dekat entri ni Hari ini baru nak kongsi pasal masakan dari Sebelum ni Cik Ash pernah masak tu kali...
Resepi Nasi Lemak Dan Sambal Bilis Sedap Memang Sedap Mudah Disediakan

Resepi Nasi Lemak Dan Sambal Bilis Sedap Memang Sedap Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 543 hits
Yeahhh main masak masak aku hari ni Hari ni aku buat nasi lemak Mood rajin tu datang tetiba tiba Kalau tak memang tak kuasa aku nak masak nasi lemak bagai Biasa paling rajin pun masak nasi goreng atau mee goreng aje pagi Hari ni jerk pelik ...
Ikan Bakar Sambal Guna Oven Rasanya Cukup Menambat Selera

Ikan Bakar Sambal Guna Oven Rasanya Cukup Menambat Selera

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 432 hits
Ikan yang bersalut dengan sambal sedap bila dibakar memang padu ler Resipi perkongsian daripada Norhaziqah ni memang dibakar dalam oven aje Dalam 20 minit dah siap bakar yang pastinya isi ikan tak kering Berjus dan manis rasa ikan Usah diba...
Cucur Nasi Ikan Bilis

Cucur Nasi Ikan Bilis

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 442 hits
BAHAN BAHANNYA 2 cawan nasi2 cawan air2 1 2 cawan tepung gandum1 biji bawang besar hiris2 ulas bawang putih hiris1 2 biji bawang besar didadu1 2 cawan ikan bilis cuci dan rendam sekejap toskan1 biji lada merah hiris halus kak rose guna cili...
Kuah Kacang Aka Kuah Nasi Kapit Kelantan Yang Sangat Sedap

Kuah Kacang Aka Kuah Nasi Kapit Kelantan Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 798 hits
Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi makanan kegemaran saya iaitu Kuah Kacang Kelantan atau kuah nasi kapit Kelantan yang dimakan dengan nasi impit Sebelum masuk bab resepi kita bercerita dulu Kita banyak tertipu dengan kehidupan Sibuk...
Ikan Basung Rebus Kuning

Ikan Basung Rebus Kuning

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 905 hits
Ikan Basung Rebus Kuning Ikan Basung antara ikan yang terkenal dan digemari di kalangan penduduk Sabah Bukan sahaja harganya murah jika dibandingkan dengan harga ikan yang lain namun rasanya juga sangat sedap Selain masak rebus ikan basung ...
Nasi Goreng Ikan Bilis

Nasi Goreng Ikan Bilis

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 961 hits
Bila saya kongsikan video penyediaannya di Instagram IGTV ramai yang memberi komen yang mereka juga suka nasi goreng yang simple seperti ini Nasi Goreng Ikan Bilis Simple yang sedap Saya kalau nasi goreng memang feveret habis Boleh makan bi...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii