Koleksi 13 Menu Pengantin Yang Sedap Boleh Buat Sendiri


 Terdesak tak ada orang nak masak masakan untuk pengantin, jangan risau ini RASA kongsikan sembilan menu super senang dan sedap.  Menu hari-hari tetamu diinovasikan sebagai makanan pengantin, teliur dibuatnya sebab tu, korang semua kena cuba buat. Bab hiasan ikut kreativiti. Sesuai sangat musin orang kahwin sekarang ni.

 SIAKAP LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap | siang dan bersihkan1 sudu teh lada hitam | kisar kasar1 biji bawang besar | hiris bulat3 ulas bawang putih| mayang halus2cm halia | mayang halus1 sudu makan  puri tomato1/2 sudu makan kicap pekat3 sudu makan kicap manisGaram secukup rasaMinyak secukupnya untuk menggoreng dan menumisCARA MEMASAK:
Gaulkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.Panaskan minyak, goreng hingga garing. Ketepikan.Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.Tumiskan hirisan halia, bawang putih, bawang besar hingga wangi.Kemudian masukkan puri tomato, kicap pekat dan kicap manis.Seterusnya perasakan dengan sedikit garam dan kacau rata.Setelah cukup rasa, tutup api, kemudian tuangkan sos lada hitam ke atas ikan goreng tadi.Ikan sedia dihidangkan.
SIAKAP MADU TIGA RASA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap  | siang dan besihkan1 biji tomato | dadu kecil1 keping nanas dalam tin | dadu kecil1/4 batang timun |  potong dadu1/4 lobak merah  | potong dadu1 sudu makan sos ciliGaram dan gula secukup rasaMinyak untuk menggoreng dan menumisBahan Kisar:
1 biji bawang besar2 ulas bawang putih2 biji cili merah5 tangkai cili padi1 batang serai1 sudu makan jus limau nipisCARA MEMASAK:
Gaulkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.Panaskan minyak (pastikan minyak banyak dan betul-betul panas), goreng ikan hingga garing. Ketepikan dalam pinggan.Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis. Tumis bahan kisar hingga wangi dan timbul minyak.Masukkan bahan sayur-sayuran yang telah dipotong dadu tadi. Kacau rata  lebih kurang tiga minit.Masukkan sos cili dan garam dan gula  secukup rasa.Akhir sekali, tuangkan sos atas ikan goreng tadi dan hidangkan.
AYAM GOLEK THAI SOS
BAHAN-BAHAN:
 Bahan Ayam Golek:
1 ekor ayam  | bersih dan tos1 sudu makan serbuk kunyit1 sudu teh serbuk  jintan manis1 sudu teh serbuk  jintan putihGaram secukupnyaMinyak secukupnya untuk menggorengBahan Sos Thai::
4 ulas bawang putih | cincang4 biji cili merah  | kisar kasar3 sudu makan sos cili2 sudu makan cukaGaram dan gula secukup rasaSedikit daun ketimbar | hirisMinyak untuk menumisCARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan semua bahan perapan  dan garam. Perapkan 30 minit.Panaskan minyak, goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali lain, tumiskan bawang putih hingga wangi.Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau hingga pecah minyakSeterusnya masukkan sos cili, cuka dan hirisan daun ketumbar.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Tutup api, tuangkan sos ke atas ayam dan hidangkan.
NASI BRIYANI  
BAHAN-BAHAN;
1kg beras basmati pusa | rendam 30 minit10gm rempah briyani2 helai daun pandan | simpul1 batang serai | titik2 biji bawang besar | kisar2 ulas bawang putih | kisar3cm halia  | kisar1 cawan susu cair1 liter air1 kiub pati ayamSedikit biji gajusSedikit kismisGaram secukup rasa1 sudu makan minyak sapi2 sudu makan minyak masakRempah Penumis:
1 batang kulit kayu manis2 kuntum bunga lawang3 ulas buah pelagaCARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk.Goreng biji gajus dan kismis. Ketepikan.Tumiskan bahan kisar, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun pandan hingga wangi.Baru masukkan rempah briayani. Kacau hingga pecah minyak.Seterusnya masukkan beras dan gaul rata. Kemudian masukkan air, susu cair, garam dan pati ayam.Tuangkan dalam periuk nasi elektrik dan biarkan nasi sehingga separuh masak.Kemudian masukkan buah gajus dan kismis yang telah digoreng tadi, gaul rata.Tutup semula periuk nasi dan biarkan nasi masak lebih kurang lima minit lagi.Setelah masak, hidangkan bersama lauk pauk.
AYAM PERCIK
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam:
1 ekor ayam | bersihkanGaram secukupnyaSedikit serbuk kunyit1 sudu teh serbuk ketumbar1 sudu teh serbuk jintan manis1 sudu teh serbuk jintan putih1 sudu teh lada sulahMinyak masak secukupnya untuk menggorengBahan Sos Percik:
1 liter santan pekat4 biji bawang besar | kisar3 ulas bawang putih | kisar4cm halia | kisar3cm lengkuas  | kisar3cm kunyit hidup | kisar3 biji cili merah | kisar3 batang serai  | kisarGaram  dan gula secukup rasa CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan ayam golek, gaulkan ayam dengan bahan perapan.Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 15 minit. Angkat dan ketepikan.Panaskan  minyak dalam kuali (minyak mesti banyak dan panas).Goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan letakkan di atas pinggan hidangan.Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak.Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.Masukkan pula santan, garam dan gula secukupnya.Apabila kuah mula pekat, kecilkan api. Biar kuah mereneh hingga timbul minyak.Akhir sekali, tutup api dan tuangkan kuah di atas ayam sebelum dihidangkan.
AYAM GOLEK SAMBAL MERAH
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam:
1 ekor ayam | bersih dan tosGaram secukupnyaSedikit serbuk kunyitBahan Sambal:
3 biji bawang besar | kisar3 ulas bawang putih | kisar6cm halia | kisar2 batang serai | kisar3 sudu makan pes cili kering100ml susu cair1 sudu makan air asam jawaGula secukup rasaGaram secukup rasaMinyak masak secukupnya  untuk menggoreng dan menumisRempah penumis:
1 batang kulit kayu manis1 kuntum bunga lawang3 biji buah pelagaCARA MEMASAK:
Untuk menyediakan ayam golek. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit.Panaskan pengukus, kukus ayam  lebih kurang 15 minit, angkat dan toskan.Panaskan minyak dalam kuali (pastikan minyak banyak dan panas), goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan siapkan dalam pinggan hidangan.Untuk menyediakan sambal.Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan pes cili. Kacau rata.Selepas beberapa minit, masukkan air asam jawa, susu cair, garam dan gula secukup rasa.Kecilkan api, biarkan kuah sambal mereneh seketika dan timbul minyak.Tutup api, dan tuangkan sambal di atas ayam golek yang telah digoreng tadi.
UDANG SOS OREN
BAHAN-BAHAN:
Bahan Udang Goreng:
500gm udang saiz XL | bersih dan toskan100 gm tepung jagung2 biji telur | kacau sebatiSecubit garamMinyak untuk menggorengBahan Sos:
1 ulas bawang putih | cincang1 sudu makan pati oren1/2 sudu makan gulaGaram secukup rasa½ sudu makan mentegaCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali (pastikan minyak banyak dan betul-betul panas).Celupkan udang dalam telur yang telah dikacau dengan sedikit garam. Kemudian golekkan udang dalam tepung jagung dan goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.Untuk menyediakan sos, gunakan kuali lain.Panaskan mentega, tumis bawang putih hingga keperangan.Masukkan pati oren, gula dan sedikit garam.Kacau seketika atas api sederhana.Apabila cukup rasa, angkat dan hidangkan sos bersama udang yang telah digoreng tadi.
SOTONG SUMBAT SRI ASTANA
BAHAN-BAHAN:
4 ekor sotong basah | bersihkan dan buang kulit luar.150ml pati santan1 helai daun pandanGaram dan gula secukup rasaBahan Sumbat;
2 biji tauhu | hancurkan1 pokok daun bawang | hiris1 biji bawang besar | cincang1 tangkai cili merah | cincang1 biji telurSedikit garamCARA MEMASAK:
Untuk menyediakan bahan sumbat. Masukkan tauhu dalam mangkuk bersama hirisan daun bawang, bawang dan cili.Seterusnya masukkan telur dan secubit garam. Kacau sebati.Setelah sebati dan cukup rasa, sumbatkan dalam sotong.Kemudian kemaskan hujung sotong dengan lidi. Lakukan hingga habis. Ketepikan.Masukkan santan dalam periuk bersama daun pandan.Perasakan dengan sedikit garam dan gula.Masak atas api sederhana, apabila mendidih masukkan sotong.Biarkan kuah mereneh dan kacau sekali sekala.Apabila kuah pekat dan melekat pada sotong angkat dan hidangkan.
BAWAL KICAP SRI PENGANTIN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal | bersih, kelar dan tos1 biji bawang besar | hiris bulat3 ulas bawang putih | hiris4 cm halia | hiris1 batang serai  | titik1 sudu makan pes cili kering1 sudu makan kicap manis½ sudu makan kicap pekatGaram dan perasa secukupnya secukup rasaMinyak untuk menggorengCARA MEMASAK:
Gaulkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.Tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi, masukkan pes cili kering, kacau hingga pecah minyak. Masukkan kicap pekat manis, kicap pekat, kemudian perasakan dengan sedikit garam (jika perlu kerana kicap sudah masin).Setelah secukup rasa, tuangkan sos kicap di atas ikan.Sebelum dihidangkan hias atasnya dengan hirisan daun bawang dan cili. 
UDANG PANJAT
BAHAN-BAHAN:
15 ekor udang  saiz besar | bersihkan1 biji nanas madu200gm tepung jagung3 biji telur ayam1 sudu teh lada sulahGaram secukup rasaMinyak masak secukupnya untuk menggorengLidi satay | untuk cucuk udang CARA MEMASAK:
Cucuk udang dengan lidi satay hingga habis.Pecahkan telur dalam mangkuk, kemudian kacau dengan sedikit garam dan lada sulah.Panaskan minyak (pastikan minyak banyak dan betul-betul panas).Celupkan udang dalam telur dan golekkan di dalam tepung jagung.Kemudian segera goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.Untuk menghias, potong dua nanas, ambil bahagian atas ( bahagian yang berpucuk).Letakkan dalam pinggan, kemudian cucukkan udang di sekeliling nanas seakan udang panjat.Udang sedia dihidangkan dengan sos pilihan.
SOTONG PANJAT
BAHAN-BAHAN:
6 ekor sotong basah saiz besar | bersihkan250 gm tepung jagung3 biji telur ayam10 biji telur burung puyuh10 biji tomato ceri warna merah10 biji tomato ceri warna kuning1 biji nanas madu1 sudu teh lada sulahGaram secukup rasa Minyak masak  secukupnya untuk menggorengLidi satay | untuk cucuk sotongCARA MEMASAK:
Cucukkan sotong pada lidi satay. Lakukan hingga habis.Pukul telur dalam mangkuk bersama sedikit garam dan lada sulah.Sementara itu panaskan minyak.Seterusnya, celup sotong dalam bancuhan telur, kemudian golekkannya di atas tepung  jagung dan segera goreng dalam minyak panas.Setelah garing angkat dan toskan minyak.Sambil itu, cucukkan tomato ceri warna merah, diikuti telur puyuh dan diakhiri dengan tomato ceri warna kuning.Potong nanas, ambil bahagian atas (bahagian pucuk). Kemudian cucukkan lidi sotong dengan tomato mengelilingi nanas  secara berselang seli dengan lidi buah tomato.Setelah siap bolehlah dihidangkan bersama sos cili di meja makan beradab pengantin.
NASI PANDAN
BAHAN-BAHAN:
1 kg beras basmathi pusa | rendam sekurang-kurangnya setengah jam3 helai daun pandan | simpul150ml air pandan60 ml susu cair1 liter air1 batang serai | titik3 biji bawang besar | kisar3 ulas bawang putih | kisar3cm halia muda | kisarSedikit pewarna hijauGaram secukup rasa1 sudu makan minyak sapi2 sudu makan minyak masakBahan Rempah Penumis:
1 batang kulit kayu manis2 kuntum bunga cengkih3 biji buah pelaga.CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk, tumiskan bahan kisar bersama daun pandan, serai dan rempah penumis hingga wangi.Masukkan beras, gaul rata kemudian masukkan air, susu cair, air daun pandan, pewarna hijau dan perasakan dengan garam.Setelah cukup rasa, pindahkan dalam periuk nasi elektrik dan masak lebih kurang 20-30 minit.Setelah masak, hidangkan bersama lauk pauk yang telah disediakan.
BAWAL  SAMBAL MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal siang dan bersihkan3 sudu makan pes cili kering1 biji bawang besar | kisar4 ulas bawang putih | kisar3cm halia  | kisar1 batang serai | kisar100 gm sos tomato100 gm sos cili1/2 cawan susu cairGaram dan gula secukup rasaMinyak secukupnya untuk menggoreng dan menumisCARA MEMASAK:
Gaulkan ikan bersama sedikit garam dan serbuk kunyit.Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ikan hingga garing. Ketepikan.Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.Tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.Masukkan susu cair, sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa.Kecilkan api, terus kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.Tutup api, tuangkan sos sambal di atas ikan goreng.Hidangkan panas-panas.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/11/koleksi-13-menu-pengantin-yang-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Resipi Roti Ringkas Sedap Boleh Buat Sendiri Sedap Mudah

3 Resipi Roti Ringkas Sedap Boleh Buat Sendiri Sedap Mudah

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 411 hits
Kalau anak anak korang suka sarapan dengan roti korang mesti cuba resipi yang ringkas dan senang ni kalau ada mesin pembuat roti lagi senang Pejam je mata gerenti jadi ye Apapun tiga menu roti yang dikongsikan ini sangat sedap dan shat Ia b...
Rugi Tak Cuba 5 Menu Ayam Ni Sedap Wei

Rugi Tak Cuba 5 Menu Ayam Ni Sedap Wei

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 535 hits
Bijak mengolah menu pasti ahli keluarga tidak jemu menikmati apa juga hidangan yang anda sediakan Apa kata kali ini anda pelbagaikan menu yang anda warisi dari ibu atau nenek dengan olahan baru sesuai dengan cita rasa moden dan ia lebih mud...
Anak Kurang Sihat Mama Boleh Sediakan 5 Menu Sup Ni Demam Makin Kebah

Anak Kurang Sihat Mama Boleh Sediakan 5 Menu Sup Ni Demam Makin Kebah

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 561 hits
Adakalanya bila anak demam mama pastinya menyediakan sup ayam yang panas bagi menaikkan semula sistem imun anak Sebenarnya bukan hanya sup ayam bahkan beberapa sup lain boleh diberikan kepada anak untuk menguatkan imun tubuhnya sekaligus me...
4 Olahan Menu Seafood Frozen Mudah Sedap

4 Olahan Menu Seafood Frozen Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 474 hits
Seafood Frozen atau makanan lauk sejuk beku semakin mendapat permintaan tinggi kerana ia terjamin bersih dan mudah disediakan Sesuai sangat untuk suami isteri yang sibuk dikejar masa Dengan menyimpan stok produk seafood frozen anda tidak pe...
3 Menu Autentik Ini Memang Terbaik Sedap Sungguh

3 Menu Autentik Ini Memang Terbaik Sedap Sungguh

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 345 hits
Bugi kalau tak pandai masak rendang tak pandai sedut siput sedut atau tak suka kari kerana semua menu sinonim dengan masyarakat Malaysia ini memang tak akan jemu makan Ia memang sedap Daripada makan di kedai lebih baik korang cuba masak sen...
Sedap Ke Menu Western Kat Loteng Teluk Cempedak

Sedap Ke Menu Western Kat Loteng Teluk Cempedak

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 1178 hits
Assalamualaikum Menjawab soalan di atas nak tahu sedap ke tidak kalau korang ke Kuantan jangan lupa singgah Pantai Teluk Cempedak Di situ korang akan ketemu dengan Restoran Loteng Restoran ini terletak di atas tingkat satu sebab itu namanya...
2 Menu Daging Bertumis Ni Sedap Senang Masak

2 Menu Daging Bertumis Ni Sedap Senang Masak

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 345 hits
Korang suka daging masak ringkas dan tak perlu ambil masa lama ini Rasa kongsikan dua resipi daging yang sedap masak senang dan gerenti tak tunggu dapur lama Apa lagi kalau saiz hidangannya kecil 15 minit pun boleh siap dan jamin sedap ye T...
Cara Buat Cili Flakes Sendiri Nampak Cantik Berkepingan Kecil Dan Sedap

Cara Buat Cili Flakes Sendiri Nampak Cantik Berkepingan Kecil Dan Sedap

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 478 hits
Sebelum ini sumpah aku memang hairan apabila lihat dan tengok sambal cili yang di jual berupa serbuk cili yang berkepingan cantik Sekarang baru aku tahu kena bakar dulu cili keringnya baru di kisar dan di buat sambal Cili flakes begini bole...
Puding Labu Terlajak Sedap Untuk Anak 2 Bahan Saja Dah Boleh Sediakan

Puding Labu Terlajak Sedap Untuk Anak 2 Bahan Saja Dah Boleh Sediakan

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 427 hits
Labu sememangnya makanan yang cukup berkhasiat malah baik untuk anak anak kita Anak pun suka kerana strukturnya yang lembut dan manis serta berlemak Selain jadikan kudapan ibu boleh juga variasikan resipi dengan menghidangkan resipi Puding ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik