Tiket Kidzania Murah
Bila masuk musim cuti sekolah ni, kita parents pastinya mencari cari aktiviti cuti sekolah anak anak kan. dan kalau area Kuala Lumpur ni, Kidzania adalah tempat aktiviti yang popular dan ramai akan pergi. Cuma tiket nak masuk ke Kidzania ni keras la sikit. Mujur la terjumpa website jual tiket Kidzania murah. dapatlah discount 20% untuk masuk. Oklah la kan jimat la sikit
Baru ni saya dengan kakak bawa anak anak kami dan anak sedara ke Kidzania. Cari cari tiket jumpa harga yang ok dengan discount 20%. Kat mana tu? Kami beli di Klook je. Proses nak beli pun cepat, mudah. So jangan risau okay. klik klik siapppp.
Awal pagi anak anak dengan sepupu mereka semangat bangun awal pagi. Punyalah excited nak pergi. 2 orang anak saya dah pernah pergi Kidzania tapi masa kecil. kali ni dah besar sikit lagi seronok la nak explore

Rombongan lawatan sambil belajar oleh Cikgu Aida dan Cikgu Ainul. hehehe.. jom kita gerakkk

daftar dan akan dapat duit Kidzania. Matawang kidzania iaitu Kidzos. Kat sini anak anak boleh bekerja untuk dapat duit dan berbelanja guna untuk yang ada.
Buat Animasi di KRU Studio

Panda Mart boleh pilih jadi Rider atau Grocery packer

lepas tu jadi Rider pulak

Team besar pulak jadi Rider

Jadi perkerja hotel. Housekeeper atau Waitress

lepas ni pandai la kemas katil sendiri ye. dan boleh la buat deco raya dining kita nanti hehe

kat Mission masak buat warp. Best dapat gift lagi. lupa nak snap gambar

Jadi Dentist. dahlia balik terus cakap nanti nak jadi dentist hihi

Kanak kanak besar pergi berlakon dan kena berlakon depan orang ramai. tak sangka pandai diaorang berlakon walaupun praktis 30min je.

Ada tempat makan ke? Ada dalam tu ada A&W, Zus, Tealive, Subway. Boleh la untuk lapik teruk

Surau ada ke? Surau pun ada dekat PandaMart cuma kecil je space dia.
Saya cadangkan kalau ke sini pergi awal sebab Kidzania buka 10pagi sampai 6 petang. Jadi main la bersungguh sungguh. penat tapi puas hati. Oh ya duit kidzos tu boleh tukar beli mainan ada dijual di kedai di sana. Paling murah mainan 60 kidzos kalau tak silap.
Siapa yang tak tahu nak kemana cuti sekolah ni. Boleh la bawa anak anak ke Kidzania. Mahal tapi berbaloi untuk pengalaman mereka. Ada banyak lagi yang mereka main. jadi polis, bomba, DJ, Pilot tapi penat nak upload semua gambar.
The post Tiket Kidzania Murah appeared first on Ainul Mustafa.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ainulmustafa.com/tiket-kidzania-murah/