Kes Sulu Keputusan Mahkamah Paris Kemenangan Besar Buat Malaysia Azalina


Kes Sulu: Keputusan Mahkamah Paris Kemenangan Besar Buat Malaysia – Azalina
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) — Keputusan Mahkamah Rayuan Paris membatalkan sepenuhnya ‘Award Akhir’ dalam tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah disifatkan sebagai kemenangan besar kepada negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kemenangan itu bukan sahaja kejayaan undang-undang, malah kemenangan maruah, kedaulatan dan hak seluruh rakyat Malaysia terutama rakyat Sabah.
“Bagi pihak War Room Sekretariat Khas Sulu, saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, rakan-rakan Kabinet Kerajaan MADANI, pasukan perundangan Jabatan Peguam Negara (AGC), Wisma Putra, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta semua agensi kerajaan yang berganding bahu dalam menjalankan amanah demi kepentingan rakyat dan negara.
“Ia membuktikan iltizam Kerajaan MADANI mempertahankan negara dengan berprinsip dan berpaksikan undang-undang,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Mahkamah Rayuan Paris membatalkan sepenuhnya ‘Award Akhir’ yang dikeluarkan oleh penimbang tara Gonzalo Stampa pada 28 Feb 2022, dan mengarahkan penuntut Sulu membayar kos berjumlah €200,000 kepada Malaysia. War Room Sekretariat Khas Sulu yang bertindak bagi pihak Kerajaan Malaysia mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan Paris disampaikan pada 9 Dis, dan kerajaan menerima penghakiman rasmi berkenaan pada awal pagi tadi.
Mahkamah mendapati Stampa tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan ‘Award Akhir’ itu kerana tiada perjanjian timbang tara yang sah mengikat Malaysia.
Mahkamah Rayuan Paris sebelum ini telah menolak pengiktirafan dan pelaksanaan ‘Partial Award’ pada 6 Jun 2023, dan Mahkamah Agung Perancis mengekalkan keputusan itu pada 6 Nov 2024.
Sebelum ini, lapan warganegara Filipina yang mendakwa waris Kesultanan Sulu yang telah pupus memulakan prosiding timbang tara di Sepanyol, menuntut pampasan berjumlah berbilion terhadap Malaysia berhubung Sabah.
Pada Mac 2019, sebuah mahkamah di Madrid melantik Stampa sebagai penimbang tara bagi kes berkenaan.
Pada 28 Feb 2022, Stampa mengeluarkan ‘Award Akhir’ berjumlah USD14.9 bilion memihak penuntut, melalui proses timbang tara yang tidak sah kerana pelantikannya telah dibatalkan oleh mahkamah Sepanyol.
Sumber: BERNAMA
The post Kes Sulu: Keputusan Mahkamah Paris Kemenangan Besar Buat Malaysia – Azalina appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/10/kes-sulu-keputusan-mahkamah-paris-kemenangan-besar-buat-malaysia-azalina/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Sulu Mahkamah Rayuan Paris Sahkan Keputusan Arbitrator Sepanyol

Kes Sulu Mahkamah Rayuan Paris Sahkan Keputusan Arbitrator Sepanyol

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 157 hits
Update Kes Sulu Mahkamah Rayuan Paris telah memutuskan bahawa arbitrator Sepanyol Gonzalo Stampa tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan final award berjumlah US 14 9 bilion Secara ringkas keputusan tersebut tidak sah dan tidak bervalid ma...
Mahkamah Paris Batalkan Award Akhir Kes Sulu Arah Bayar Kos Kepada Malaysia

Mahkamah Paris Batalkan Award Akhir Kes Sulu Arah Bayar Kos Kepada Malaysia

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 92 hits
Mahkamah Paris Batalkan Award Akhir Kes Sulu Arah Bayar Kos Kepada Malaysia KUALA LUMPUR 10 Dis Mahkamah Rayuan Paris membatalkan sepenuhnya Award Akhir yang dikeluarkan oleh penimbang tara Gonzalo Stampa pada 28 Feb 2022 dan mengarahkan pe...
Bantuan Perubatan Berskala Besar Dari Malaysia Tiba Di Aceh

Bantuan Perubatan Berskala Besar Dari Malaysia Tiba Di Aceh

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 148 hits
Bantuan Perubatan Berskala Besar Dari Malaysia Tiba Di Aceh Agensi Pengurusan Bencana Hidrometeorologi Aceh hari ini memaklumkan bahawa bantuan perubatan berskala besar dari Malaysia dilaporkan telah tiba di Aceh melalui Lapangan Terbang Su...
Terbongkar Sindiket Pekerja Asing Di Malaysia Didedahkan Di Mahkamah Bangladesh

Terbongkar Sindiket Pekerja Asing Di Malaysia Didedahkan Di Mahkamah Bangladesh

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 118 hits
B Nantha KumarSeorang ejen dari Bangladesh mengakui kewujudan sindiket pemerdagangan manusia melibatkan jutaan ringgit hasil penghantaran pekerja Bangladesh ke Malaysia Pengakuan itu dibuat di hadapan Mahkamah Metropolitan Dhaka SM Rafiq 66...
Sheikh Hasina Dikenakan Hukuman Tambahan Selepas Keputusan Mahkamah

Sheikh Hasina Dikenakan Hukuman Tambahan Selepas Keputusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 28/11/2025 - jumlah : 114 hits
Selepas dijatuhi hukuman mati bekas Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina kini berdepan tambahan 21 tahun penjara Mahkamah mendapati beliau telah menyalahgunakan kuasa dan merampas tanah milik kerajaan untuk kepentingan keluarganya Kes i...
Poomsae Campuran Harapan Pingat Malaysia Diragut Keputusan Juri

Poomsae Campuran Harapan Pingat Malaysia Diragut Keputusan Juri

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 90 hits
Poomsae Campuran Harapan Pingat Malaysia Diragut Keputusan Juri BANGKOK 10 Dis Sandaran utama skuad taekwondo negara Jason Loo Jun Wei Nur Humaira Abdul Karim bagi menjelmakan kilauan pingat emas dalam acara poomsae berpasangan campuran Suk...
Yusuf Azmi Tewas Tko Yunus Martin Raih Kemenangan Sulung Di Malaysia

Yusuf Azmi Tewas Tko Yunus Martin Raih Kemenangan Sulung Di Malaysia

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 242 hits
KUALA LUMPUR Aksi kemuncak Warzone World Championship di N9 Arena Nilai malam Ahad benar benar panas bila Pengasas Semboyan Yusuf Azmi tewas kepada petinju Indonesia Yunus Martin menerusi kemenangan technical knockout Aksi Awal Berapi Yusuf...
Mh370 Mahkamah Beijing Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan Kepada Waris Penumpang

Mh370 Mahkamah Beijing Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan Kepada Waris Penumpang

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 105 hits
MH370 Mahkamah Beijing Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan Kepada Waris Penumpang Sebuah mahkamah di Beijing pada Isnin memaklumkan bahawa ia telah mengarahkan Malaysia Airlines membayar pampasan kepada keluarga lapan penumpang pesawat MH...
Hantar Bantuan Skala Besar Ke Aceh Warga Indonesia Terharu Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia

Hantar Bantuan Skala Besar Ke Aceh Warga Indonesia Terharu Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 137 hits
Hantar Bantuan Skala Besar Ke Aceh Warga Indonesia Terharu Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia Becana alam yang melanda Nusantara termasuk Ribut Tropika Senyar baru baru ini meninggalkan kesan yang cukup mendalam ke atas rantau Asia Tenggara ...
Erra Fazira Nikah Dengan Ezwan Zain Dalam Majlis Tema Serba Putih

Yufid Kids Ada Untuk Anak Anak Kita Ayo Dukung Tim Yufid Kids

Tiada Prospek Kejayaan Agc Tarik Balik Rayuan Terhadap Pembebasan Rosmah

Irresistible Beef Meatball Recipe No Dairy

Konvokesyen Universiti Malaya Ke 65

Rightist Akmal Slammed For Politicising Uec Casting Unfounded Fear Of Uec A Threat To National Edu Policy

Kehebatan Efootball Mobile Hari Perlawanan 2 Di Fifae World Cup 2025

Aku Bukan Ceplos Beebayar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Yamaha Lc V8 Upgrade Uma Racing Back Pressure Exhaust Air Filter Tuneboss Ecu

Lazada S Christmas Promotion

Writing Love Letters That Feel Honest Not Overwritten Or Fake

Seni Makan Sedap Ketika Kenikmatan Bertemu Kesukaran Buang Air Besar

Pm Thailand Bubarkan Parlimen Pulangkan Kuasa Ke Rakyat Demi Demokrasi Yang Kembali Seimbang

Pengguna Android Dikesan Jadi Sasaran Perisian Hasad Droidlock