Poomsae Campuran Harapan Pingat Malaysia Diragut Keputusan Juri


Poomsae Campuran: Harapan Pingat Malaysia Diragut Keputusan Juri
BANGKOK, 10 Dis (Bernama) — Sandaran utama skuad taekwondo negara, Jason Loo Jun Wei-Nur Humaira Abdul Karim bagi menjelmakan kilauan pingat emas dalam acara poomsae berpasangan campuran Sukan SEA 2025 di Thailand dihampakan dengan keputusan juri pada aksi suku akhir hari ini.
Para juri menganugerahkan kemenangan kepada pasangan tuan rumah Chonlakorn Chayawatto-Thana Kiewailerd berdasarkan aspek persembahan, walaupun kedua-dua pasangan terikat 8.460 mata pada aksi yang berlangsung di pusat beli-belah Fashion Island.
Malaysia membantah keputusan itu namun tidak berjaya, dengan pihak juri tetap mempertahankan keputusan mereka.
Jason berkata persembahan mereka konsisten dan tidak berbeza daripada sesi latihan, sambil menegaskan dia dan Nur Humaira melaksanakan rutin seperti yang dirancang walaupun keputusan juri berpihak kepada lawan.
“Markah kami ditentukan berdasarkan persembahan serta ketepatan, dan menurut apa yang dimaklumkan oleh pengurus pasukan, kami tewas dengan perbezaan 0.04 mata.
“Apa yang berlaku sudah pun berlaku. Kami telah melakukan segala yang termampu, jurulatih kami, pengurus pasukan, semua sudah berusaha sebaik mungkin. Keputusan (juri) muktamad, tidak boleh diubah,” katanya kepada pemberita di sini.
Sementara itu, Nur Humaira menyifatkan prestasinya dan Jason cukup baik, memberi skor sembilan daripada 10, walaupun menghadapi cabaran menyesuaikan diri dengan suasana pertandingan, terutama keadaan lantai yang agak licin. Nur Humaira berkata mereka beryakinan tinggi sebelum turun ke gelanggang selepas menewaskan pasangan Thailand dalam satu kejohanan antarabangsa di Austria pada Jun, namun beliau mengakui sifat subjektif dalam pemberian markah.
Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim berkata kontinjen negara sememangnya kecewa dengan keputusan tersebut lebih-lebih lagi Jason-Nur Humaira turun dengan status sebagai pemenang gangsa Kejohanan Dunia Poomsae 2024 di Hong Kong.
Menyedari ia sebahagian daripada adat pertandingan, Adam Adli turut berterima kasih kepada pengurus skuad taekwondo negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang berusaha sehabis baik dalam mengemukakan bantahan terhadap keputusan juri.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Jefri Ngadirin pula menyifatkan keputusan juri sebagai tidak adil selepas merasakan wakil negara menampilkan persembahan yang baik dan mahu penganjur memperbaiki mutu pengadilan selepas ini.
“Kita bukan mahu pastikan semua atlet kita menang, tapi mana-mana yang membuat persembahan yang terbaik sepatutnya diberikan mata yang setimpal,” katanya.
Sumber: BERNAMA
The post Poomsae Campuran: Harapan Pingat Malaysia Diragut Keputusan Juri appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/10/poomsae-campuran-harapan-pingat-malaysia-diragut-keputusan-juri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Sulu Keputusan Mahkamah Paris Kemenangan Besar Buat Malaysia Azalina

Kes Sulu Keputusan Mahkamah Paris Kemenangan Besar Buat Malaysia Azalina

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 97 hits
Kes Sulu Keputusan Mahkamah Paris Kemenangan Besar Buat Malaysia Azalina KUALA LUMPUR 10 Dis Keputusan Mahkamah Rayuan Paris membatalkan sepenuhnya Award Akhir dalam tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah ...
Banjir Hat Yai Pm Singapura Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia Thailand Bantu Rakyatnya

Banjir Hat Yai Pm Singapura Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia Thailand Bantu Rakyatnya

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 137 hits
Banjir Hat Yai PM Singapura Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia Thailand Bantu Rakyatnya KUALA LUMPUR 2 Dis Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong menyatakan penghargaan kepada pihak berkuasa Malaysia dan Thailand atas bantuan segera yang di...
Intel Umum Pelaburan Tambahan Rm860 Juta Jadikan Malaysia Pusat Operasi Pemasangan Pm Anwar

Intel Umum Pelaburan Tambahan Rm860 Juta Jadikan Malaysia Pusat Operasi Pemasangan Pm Anwar

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 126 hits
Intel mengumumkan pelaburan tambahan bernilai RM860 juta bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi pemasangan dan ujian mereka Perdana Menteri Dato 8217 Seri Anwar Ibrahim berkata pelaburan itu berdasarkan keyakinan Intel terhadap pera...
Tak Tahu Nak Buat Apa Lepas 3 Hari Lelaki Rusia Hairan Kenapa Malaysia Jadi Tumpuan Pelancong

Tak Tahu Nak Buat Apa Lepas 3 Hari Lelaki Rusia Hairan Kenapa Malaysia Jadi Tumpuan Pelancong

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 144 hits
Tak Tahu Nak Buat Apa Lepas 3 Hari Lelaki Rusia Hairan Kenapa Malaysia Jadi Tumpuan Pelancong Setiap individu membawa perspektif dan pengalaman yang berbeza apabila menjejakkan kaki ke negara lain Pengembaraan ke destinasi luar negara serin...
Aurzen Zip Projektor Poket Tri Lipat Pertama Dunia Dilancarkan Di Malaysia

Aurzen Zip Projektor Poket Tri Lipat Pertama Dunia Dilancarkan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 147 hits
Aurzen ZIP Projektor Poket Tri Lipat Pertama Dunia Dilancarkan Di Malaysia KUALA LUMPUR MALAYSIA 27 November 2025 Aurzen peneraju global dalam hiburan ultra mudahalih hari ini mengumumkan pelancaran rasmi serta ketersediaan segera projektor...
Terbongkar Sindiket Pekerja Asing Di Malaysia Didedahkan Di Mahkamah Bangladesh

Terbongkar Sindiket Pekerja Asing Di Malaysia Didedahkan Di Mahkamah Bangladesh

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 122 hits
B Nantha KumarSeorang ejen dari Bangladesh mengakui kewujudan sindiket pemerdagangan manusia melibatkan jutaan ringgit hasil penghantaran pekerja Bangladesh ke Malaysia Pengakuan itu dibuat di hadapan Mahkamah Metropolitan Dhaka SM Rafiq 66...
Malaysia As An Aged Nation An Economist S Case For Working Longer

Malaysia As An Aged Nation An Economist S Case For Working Longer

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 118 hits
MALAYSIA is getting older faster than it is getting richer By 2034 the country will cross the threshold into an aged society with more than 14 of citizens over 65 The labour force is already shrinking pension funds are under strain and mill...
Opposition Coalition To Hold Convention To Chart Malaysia S Future

Opposition Coalition To Hold Convention To Chart Malaysia S Future

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 105 hits
Members of the 11 party Ikatan Prihatin Rakyat will discuss Malaysia s core economic policies including the cost of living education national security and unity Azmin Ali who heads the secretariat of Ikatan Prihatin Rakyat said they discuss...
Genting Malaysia Tanda Tangani Perjanjian Kolektif Ke 14 Gaji Faedah Pekerja Ditingkatkan

Genting Malaysia Tanda Tangani Perjanjian Kolektif Ke 14 Gaji Faedah Pekerja Ditingkatkan

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 165 hits
Genting Malaysia Berhad memuktamadkan Perjanjian Kolektif ke 14 bersama Kesatuan Pekerja Pekerja GENM dalam majlis menandatangani yang berlangsung di Wisma Genting Majlis ini disaksikan oleh YB Tuan Steven Sim Chee Keong Menteri Sumber Manu...
Keputusan Piala Fa 2025 Jdt Lawan Sabah Fc

Pelajar Maut Dirempuh Motosikal Dalam Kampus

Along Kemalangan 11 12 2025

Kerajaan Negeri Melaka Mcmc Meterai Mou Rm310 Juta Perkukuh Infrastruktur Digital Negeri

Hadir Ke Majlis Pertunangan Jeevan Khoghilaah Thevi

2 Girls Die In Motorcycle Accident Near Seremban

Lelaki Cedera Ditarik Gajah Ke Dalam Gaung

Ultimate Beef Zharkoye Recipe


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Hati Hati Dengan Call Scammer Jenis Tak Bercakap

Semuanya Pinjaman Pesakit Endometriosis

Cannondale Caad10

55 Ucapan Selamat Natal Dan Tahun Baru Inspirasi Terindah Penuh Berkat Sukacita Damai Sejahtera Dan Harapan Baru

Jasa Besar Dr Yahya Awang Diiktiraf Terima Ijazah Doktor Kehormat Universiti Monash

Dating Berdua Dengan Dania Di Nasken Coffee Dataran Centrio Seremban 2