Hantar Bantuan Skala Besar Ke Aceh Warga Indonesia Terharu Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia


Hantar Bantuan Skala Besar Ke Aceh, Warga Indonesia Terharu & Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia
Becana alam yang melanda Nusantara, termasuk Ribut Tropika Senyar baru-baru ini meninggalkan kesan yang cukup mendalam ke atas rantau Asia Tenggara.
Antara yang terkena dampak memusnahkan daripada badai ini adalah negara jiran tetangga, iaitu wilayah Acheh di Indonesia.
Bencana berupa banjir dan tanah longsor yang melanda Acheh menyaksikan angka korban meningkat kepada 96 orang dan nasib 76 orang mangsa yang hilang masih tidak diketahui sehingga ke saat ini.
Di wilayah-wilayah lain, angka korban akibat bencana yang sama mencecah ratusan nyawa seperti di Sumatera Utara iaitu 217 mangsa dan 129 mangsa di Sumatera Barat.
Situasi mendesak itu manyaksikan Gabenor Acheh, Muzakir Manaf terpaksa mengambil keputusan drastik mengisytiharkan darurat di wilayahnya selama 14 hari hari sehingga 11 Disember ini.
Menurut laporan SK sebelum ini, keputusan itu diambil oleh pentadbiran Acheh bagi mempercepatkan mobilisasi logistik, operasi pemindahan penduduk dan sokongan antara agensi dalam menangani bencana berskala besar tersebut.
Bantuan dari Malaysia, selaku jiran serumpun dan terdekat dengan Indonesia, turut mendarat di Acheh pada Sabtu lepas, kira-kira pukul 7 malam (waktu tempatan).
Bantuan tersebut yang merangkumi dua juta unit ubat-ubatan dan peralatan perubatan dengan jumlah berat kira-kira dua tan yang dihantar menggunakan pesawat kargo khas dari Kuala Lumpur.
Penghantaran ubat-ubatan dan peralatan perubatan itu disalurkan oleh Gomez Medical Services bersama pasukan kemanusiaan Blue Sky Rescue Malaysia.
Bantuan dihantar dari Malaysia itu merupakan penghantaran antarabangsa pertama yang tiba di Aceh sejak Badai Senyar melanda wilayah itu pada 22 November lepas.
Di media sosial, warga maya Indonesia melahirkan rasa terharu dan syukur dengan keprihatinan yang ditunjukkan negara ini, khususnya dalam tempoh-tempoh sukar yang sedang dilalui mereka.
Sentimen itu dapat dilihat menerusi ruangkan komen pada hantaran dibuat oleh CNN Indonesia di Instgram berkenaan penghantaran bantuan berkenaan.
Rata-ratanya berterima kasih dengan kebaikkan yang ditunjukkan oleh negara ini dan warganya kepada mereka.
“Alhamdulilah. Terima kasih Malaysia kerana peduli dengan situasi bencana di Indonesia,” kata sopihamzah.
“Soal kemanusiaan Malaysia memang terbaik,” kata abdulrochmn_.
“Terima kasih saudara jiran kami, kalian sangat peduli dengan keadaan kami,” ujar mahrujal.
“Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia dan semoga bantuan kalian kepada kami Bangsa Aceh jadi amal sedekah. Salam dari bangsa serumpun,” kata tu25_rubber pula.
Semoga situasi bencana di sana segera pulih.
Sumber: CNNIndonesia, Detik
The post Hantar Bantuan Skala Besar Ke Aceh, Warga Indonesia Terharu & Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/01/hantar-bantuan-skala-besar-ke-aceh-warga-indonesia-terharu-ucap-terima-kasih-kepada-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Perubatan Berskala Besar Dari Malaysia Tiba Di Aceh

Bantuan Perubatan Berskala Besar Dari Malaysia Tiba Di Aceh

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 187 hits
Bantuan Perubatan Berskala Besar Dari Malaysia Tiba Di Aceh Agensi Pengurusan Bencana Hidrometeorologi Aceh hari ini memaklumkan bahawa bantuan perubatan berskala besar dari Malaysia dilaporkan telah tiba di Aceh melalui Lapangan Terbang Su...
Banjir Hat Yai Pm Singapura Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia Thailand Bantu Rakyatnya

Banjir Hat Yai Pm Singapura Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia Thailand Bantu Rakyatnya

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 163 hits
Banjir Hat Yai PM Singapura Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia Thailand Bantu Rakyatnya KUALA LUMPUR 2 Dis Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong menyatakan penghargaan kepada pihak berkuasa Malaysia dan Thailand atas bantuan segera yang di...
Rakyat Thailand Terharu Bantuan Dari Malaysia Disambut Dengan Penuh Penghargaan

Rakyat Thailand Terharu Bantuan Dari Malaysia Disambut Dengan Penuh Penghargaan

papar berkaitan - pada 27/11/2025 - jumlah : 208 hits
HATYAI Menerusi beberapa perkongsian di media sosial termasuk Yala Group kelihatan konvoi bantuan dari Malaysia memasuki Thailand bagi misi membantu mangsa banjir di Hatyai Komuniti tempatan turut mengucapkan penghargaan Terima kasih atas p...
Tiga Rakyat Malaysia Tidak Dapat Dihubungi Dipercayai Berada Di Aceh Atau Sumatera Utara

Tiga Rakyat Malaysia Tidak Dapat Dihubungi Dipercayai Berada Di Aceh Atau Sumatera Utara

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 170 hits
Tiga Rakyat Malaysia Tidak Dapat Dihubungi Dipercayai Berada Di Aceh Atau Sumatera Utara KUALA LUMPUR 1 Dis Konsulat Jeneral Malaysia di Medan menerima laporan daripada orang awam mengenai tiga pelancong Malaysia dua lelaki dan seorang wani...
Terima Kasih Datuk Tolong Taja Yuran Pendaftaran Jasa Bung Moktar Dikenang Graduan

Terima Kasih Datuk Tolong Taja Yuran Pendaftaran Jasa Bung Moktar Dikenang Graduan

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 165 hits
Terima Kasih Datuk Tolong Taja Yuran Pendaftaran Jasa Bung Moktar Dikenang Graduan Pemergian Ahli Parlimen Kinabatangan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Jumaat lalu begitu dirasai Sejurus berita pemergiannya disampaikan ramai t...
Terima Kasih Mak

Terima Kasih Mak

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 150 hits
Terima Kasih Mak nbsp Bila demam atau tak sihat seluruh badan rasa lemah Tapi bila mak masakan bubur hati terus rasa lega Walaupun Bubur kosong sup kentang dan ayam goreng tapi penuh dengan kasih sayang Kadang kadang ubat terbaik bukan pil ...
Selamat Tinggal Terima Kasih Kepada Semua Insan Yang Terlibat Memudahkan Urusan Di Selangor Klcc

Selamat Tinggal Terima Kasih Kepada Semua Insan Yang Terlibat Memudahkan Urusan Di Selangor Klcc

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 232 hits
Selamat Tinggal Semua Gambar kami di KLIA Ucapan Terima Kasih Selamat Tinggal Ucapan selamat tinggal dan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang pernah membantu kami dalam urusan di UKM Permata Impian Shah Alam peniaga baazar di UKM surau U...
Ringgit Makin Kuat Media Indonesia Dakwa Ini 3 Senjata Rahsia Malaysia

Ringgit Makin Kuat Media Indonesia Dakwa Ini 3 Senjata Rahsia Malaysia

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 207 hits
Ringgit Makin Kuat Media Indonesia Dakwa Ini 3 Senjata Rahsia Malaysia Prestasi ekonomi Malaysia menunjukkan peningkatan ketara sejak beberapa bulan kebelakangan ini seiring dengan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS dan mata wang serant...
Menakjubkan Masjid Di Aceh Kekal Berdiri Teguh Selepas Dilanda Banjir Besar

Menakjubkan Masjid Di Aceh Kekal Berdiri Teguh Selepas Dilanda Banjir Besar

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 220 hits
Menakjubkan Masjid Di Aceh Kekal Berdiri Teguh Selepas Dilanda Banjir Besar Sebuah masjid di Aceh terus kekal teguh walaupun kawasan sekitarnya teruk dilanda banjir besar lapor portal iNews Ia merupakan satu fenomena menakjubkan tergambar d...
Titik Karbon Hijau Revolusi Nanoteknologi Lestari Berpotensi Dalam Rawatan Terapi Kanser

Lunch Santai Di A Decade Alamanda Putrajaya

Suria Klcc Raikan Musim Perayaan Dengan A Majestic Christmas Yang Penuh Magis

Don T Stop Us From Rejoicing Dap Disciplinary Chief Tells Crook Lovers

Best Best Pulled Beef Recipe Nz

Exchanger Berlesen Malaysia Kenapa Lesen Audit Penting Dalam Pelaburan Crypto

Bagi Payang Water Taxi Dan Bas Kite

Final Look Untuk Majlis Perkahwinan Adik Ipar


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Namplawan Berhantu

Kenapa Kita Sanggup Makan Menu Sama Rahsia Saintifik Psikologi Yang Mengejutkan

Isu Titah Adendum Tidak Sah Bersatu Dakwa Umno Pahang Kini Lemah Dan Sekadar Pegang Jawatan Utama Dalam Pentadbiran

The Privateer A Custom Husqvarna Norden 901 Expedition From The Pnw

Cara Semakan Baki Ptptn Online Tunggakan Terkini

Jamuan Roti Jala Kari Ayam Di Rumah Cik Ani