Aku Bukan Ceplos Beebayar


 
Fahmi Rezza.




"Semua kerajaan pun kau kritik dan lawan, semua PM tak kena kat mata kau, apa yang kau nak sebenarnya?"









Apa yang aku nak sebenarnya? 


Aku nak mereka kembalikan kuasa kepada rakyat. REAL DEMOCRACY dan PEOPLE POWER.


Pada tahun 2013 aku ikut serta dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) anjuran Pakatan Rakyat (PR) di Stadium Merdeka pada 12 Januari 2013. Beratus ribu orang membanjiri Stadium Merdeka.


Aku hadir bawak sepanduk protes yang berbunyi, "WE WANT REAL CHANGE & REAL DEMOCRACY, NOT JUST A CHOICE BETWEEN COKE & PEPSI" seperti dalam gambar di bawah.


Aku tak masuk dalam stadium, hanya berdiri di luar dengan sepanduk aku. Aku hadir bukan untuk dengar ucapan2 yang membosankan dari tikus2 kantor dan elit2 politikus Pakatan Rakyat macam Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Lim Guan Eng, Mat Sabu, Nik Aziz, Saifuddin Nasution dan tikus2 lain yang hanya menunggang kemarahan rakyat, dan mempergunakan rakyat untuk dapatkan kuasa. Himpunan ni adalah propaganda mereka sebelum PRU-13 tahun tu.


Aku hadir dengan sepanduk aku sebagai tanda solidariti dengan rakyat biasa yang sudah bosan dengan sistem demokrasi di Malaysia yang hanya memberi kita pilihan antara BN atau PR, Najib atau Anwar, Coke atau Pepsi.


Sepanduk protes aku turut dipetik dalam laporan di blog Siasah Daily:
"Tetapi perlu diakui juga bukan semua peserta di bawah kawalan pihak PR, kerana elemen anarkis dan yang lebih radikal yang semakin banyak menyertai perhimpunan seperti ini. Salah satu sepanduk yang menarik perhatian dalam perhimpunan ini bertulis, "We want real change and real democracy, not just a choice between Coke and Pepsi," dengan gambar wajah Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim diletakkan di posisi bertentangan."


Kalau korang tengok gambar close-up sepanduk tu, korang boleh nampak muka dua orang tikus2 bangsat yang aku umpamakan sebagai Coke & Pepsi.


Banyak orang ada banyak interpertasi masing2 tentang slogan yang aku tulis dalam sepanduk ni. 


Sebenarnya yang aku cuba sampaikan ialah kita rakyat bukan mahu lebih banyak pre-determined & ready-made choices, bukan mahu lebih banyak pilihan yang dah ditetapkan oleh penguasa, bukan mahu lebih banyak pilihan parti-parti politik atau lebih banyak pilihan calon2 yang berebut2 nak jadi YB macam kat Sabah hari tu.


Tapi kita mahu agar rakyat biasa ada hak dan kuasa untuk terlibat sama dalam proses menentukan apa yang kita nak, to be the part of the decision-making process, bukan hanya hak untuk memilih wakil elit2 politikus atau parti yang akan buat semua keputusan untuk kita. Rakyat terlibat sama. Ini baru "REAL DEMOCRACY".


Bukan setakat pilihan antara Parti A dengan Parti B. Bukan setakat pilihan antara Najib dengan Anwar. 


REAL DEMOCRACY seharusnya tidak bersifat elitis dimana hanya segelintir elit2 politikus memiliki kuasa untuk membuat semua keputusan tanpa partisipasi terus dan langsung daripada rakyat biasa.


REAL DEMOCRACY wujud bila rakyat biasa diberi suara dan kuasa untuk turut serta berpartisipasi dalam proses membuat keputusan2 politik seperti proses pembuatan dasar2 dan penggubalan undang2, bukan setakat berpartisipasi untuk memilih parti pemerintah lima tahun sekali sahaja.


Sebagai contoh di Brazil, rakyat di peringkat tempatan terlibat secara langsung dalam menentukan pengagihan bajet di bandar mereka. Di Malaysia hanya tikus2 kantor yang tetapkan dan bentangkan bajet, rakyat hanya perlu akur dan terima keputusan mereka.


Di Kanada, rakyat di peringkat akar umbi terlibat secara langsung dalam menggubal dan mengusulkan sistem pilihan raya yang baharu di peringkat tempatan. Di Malaysia kita masih pakai sistem pilihan raya yang lapuk peninggalan penjajah British.


Di Iceland, rakyat terlibat secara langsung dalam proses penggubalan perlembagaan baharu mereka. Di Malaysia kita masih pakai perlembagaan yang lapuk peninggalan penjajah British.


Di Switzerland, sebelum sesuatu rang undang2 yang telah diluluskan oleh wakil2 rakyat di parlimen menjadi akta, ia perlu diluluskan dulu oleh rakyat melalui proses referendum di mana rakyat mengundi secara langsung untuk meluluskan atau menolak akta tersebut. Di Malaysia semua rang undang2 perlu dapat perkenan daripada Agong, tapi Agong tak ada kuasa untuk menolak mana2 akta yang dah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Agong tak function.


Ini hanya beberapa contoh. Sila Google sendiri "participatory democracy" atau "direct democracy" untuk contoh-contoh lain dimana rakyat diberi suara dan kuasa untuk berpartisipasi secara langsung dalam proses membuat keputusan.


Ingat, dalam negara demokrasi, RAKYAT ADALAH BOSS. Sudah tiba masa untuk kita rakyat tidak lagi berharap pada tikus2 kantor dan elit2 politikus bangsat dengan parti2 politik bangsat mereka. Sudah tiba masa untuk kita rakyat biasa memahami sistem demokrasi yang digunapakai di Malaysia sekarang supaya kita boleh sama2 ubah sistem ini untuk kembalikan kuasa kepada rakyat, ke arah REAL DEMOCRACY dan PEOPLE POWER.


P.S. Setiap kali aku tulis panjang2 macam ni, aku tak pasti sama ada orang baca sampai habis atau tidak, sama ada orang cuba fahamkan atau tidak. Mungkin sebab tu aku lebih banyak melukis dari menulis sebelum ni sebab lagi ramai orang mudah faham lukisan aku 😁






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/12/aku-bukan-ceplos-beebayar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wow Ceplos 8k Sebulan Hebat Ya Patut La Ketiadaan Rafizi Sebagai Panglima Perang Jangan Pkr Nafikan

Wow Ceplos 8k Sebulan Hebat Ya Patut La Ketiadaan Rafizi Sebagai Panglima Perang Jangan Pkr Nafikan

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 169 hits
Zuwairi Md YusofRafizi Ramli Di Sini Sana Mana2 2Pemimpin Sialan macam Shamsul memang akan menerima akibat dari percaturan dia dan rakan2 KARTEL DAMAI PKR same ade cepat atau lambat kerana janji Allah itu pasti dan jelas tiada kaburnya Pemi...
Ceplos Berbayar Pkr 2

Ceplos Berbayar Pkr 2

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 85 hits
Zuwairi Md YusofBadut sarkas CEPLOS menyerang Rafizi di ciapannya https x com tjerealjoker status 1998083299068244214 pasal teguran YB Pandan isu gang HIRUK di siasat SPRM sebab gang DAMAI buat report mengadu pada SPRM Ini jebon yang perang...
Tunjuk Parang Dalam Panggilan Video Minta Wang Pelajar Tingkatan Tiga Ditahan

Jasad Bayi Dijumpai Dalam Lori Sampah Di Bukit Jalil

Lirik Lagu Aku Bukan Cinta Nyanyian Pasya

Kes Sulu Mahkamah Rayuan Paris Sahkan Keputusan Arbitrator Sepanyol

Rrsepi Sup Ekor Ala Thai

Simple Beef Tips And Rice Recipe With Brown Gravy

Pizza Roket Roti Pelangi Cuti Umum Bersama Syabil Syarif

5 Kesilapan Biasa Dalam Reka Bentuk Packaging Yang Perlu Dielakkan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kalau Pintu Rezeki Ditutup

Bahagian Penting Perlu Dijaga Ditukar Vario 160

Erra Fazira Nikah Dengan Ezwan Zain Dalam Majlis Tema Serba Putih

Tiada Prospek Kejayaan Agc Tarik Balik Rayuan Terhadap Pembebasan Rosmah

Hiburan Anak Perempuan Bekas Tahanan Isa Maut Akibat Kemalangan Di Melbourne

Aku Bukan Ceplos Beebayar