Mahkamah Paris Batalkan Award Akhir Kes Sulu Arah Bayar Kos Kepada Malaysia


Mahkamah Paris Batalkan ‘Award Akhir’ Kes Sulu, Arah Bayar Kos Kepada Malaysia
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) — Mahkamah Rayuan Paris membatalkan sepenuhnya “Award Akhir” yang dikeluarkan oleh penimbang tara Gonzalo Stampa pada 28 Feb 2022, dan mengarahkan penuntut Sulu membayar kos berjumlah €200,000 kepada Malaysia.
Dalam kenyataan hari ini, War Room Sekretariat Khas Sulu yang bertindak bagi pihak Kerajaan Malaysia mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan Paris disampaikan pada 9 Dis, dan kerajaan menerima penghakiman rasmi berkenaan pada awal pagi tadi.
Mahkamah mendapati Stampa tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan ‘Award Akhir’ itu kerana tiada perjanjian timbang tara yang sah mengikat Malaysia.
“Sehubungan itu, mahkamah membatalkan sepenuhnya keputusan yang didakwa sebagai ‘Award Akhir’ yang dikeluarkan oleh penimbang tara. Malaysia yakin kemenangan ini akan menamatkan semua cubaan tidak berasas daripada penuntut Sulu (serta pembiaya litigasi mereka, Therium) untuk memeras wang dan aset daripada rakyat Malaysia,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut menegaskan bahawa Malaysia akan terus mempertahankan dirinya dengan tegas terhadap sebarang tindakan undang-undang selanjutnya yang difailkan oleh penuntut Sulu.
Mahkamah Rayuan Paris sebelum ini telah menolak pengiktirafan dan pelaksanaan ‘Partial Award’ pada 6 Jun 2023, dan Mahkamah Agung Perancis mengekalkan keputusan tersebut pada 6 Nov 2024.
Kenyataan itu memaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia terus berkomitmen mempertahankan kedaulatan, imuniti dan kepentingan negara daripada tuntutan tidak berasas ini.
Sebelum ini, lapan warganegara Filipina yang mendakwa waris Kesultanan Sulu yang telah pupus memulakan prosiding timbang tara di Sepanyol, menuntut pampasan berjumlah berbilion terhadap Malaysia berhubung Sabah.
Pada Mac 2019, sebuah mahkamah di Madrid melantik Stampa sebagai penimbang tara bagi kes tersebut.
Pada 28 Feb 2022, Stampa mengeluarkan ‘Award Akhir’ berjumlah USD14.9 bilion memihak penuntut, melalui proses timbang tara yang tidak sah kerana pelantikannya telah dibatalkan oleh mahkamah Sepanyol.
Sumber: BERNAMA
The post Mahkamah Paris Batalkan ‘Award Akhir’ Kes Sulu, Arah Bayar Kos Kepada Malaysia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/10/mahkamah-paris-batalkan-award-akhir-kes-sulu-arah-bayar-kos-kepada-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Sulu Keputusan Mahkamah Paris Kemenangan Besar Buat Malaysia Azalina

Kes Sulu Keputusan Mahkamah Paris Kemenangan Besar Buat Malaysia Azalina

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 91 hits
Kes Sulu Keputusan Mahkamah Paris Kemenangan Besar Buat Malaysia Azalina KUALA LUMPUR 10 Dis Keputusan Mahkamah Rayuan Paris membatalkan sepenuhnya Award Akhir dalam tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah ...
Kes Sulu Mahkamah Rayuan Paris Sahkan Keputusan Arbitrator Sepanyol

Kes Sulu Mahkamah Rayuan Paris Sahkan Keputusan Arbitrator Sepanyol

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 157 hits
Update Kes Sulu Mahkamah Rayuan Paris telah memutuskan bahawa arbitrator Sepanyol Gonzalo Stampa tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan final award berjumlah US 14 9 bilion Secara ringkas keputusan tersebut tidak sah dan tidak bervalid ma...
Mh370 Mahkamah Beijing Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan Kepada Waris Penumpang

Mh370 Mahkamah Beijing Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan Kepada Waris Penumpang

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 105 hits
MH370 Mahkamah Beijing Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan Kepada Waris Penumpang Sebuah mahkamah di Beijing pada Isnin memaklumkan bahawa ia telah mengarahkan Malaysia Airlines membayar pampasan kepada keluarga lapan penumpang pesawat MH...
Terbongkar Sindiket Pekerja Asing Di Malaysia Didedahkan Di Mahkamah Bangladesh

Terbongkar Sindiket Pekerja Asing Di Malaysia Didedahkan Di Mahkamah Bangladesh

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 118 hits
B Nantha KumarSeorang ejen dari Bangladesh mengakui kewujudan sindiket pemerdagangan manusia melibatkan jutaan ringgit hasil penghantaran pekerja Bangladesh ke Malaysia Pengakuan itu dibuat di hadapan Mahkamah Metropolitan Dhaka SM Rafiq 66...
Chery Malaysia Umum Tawaran Akhir Tahun Hebat Sertakan Waranti Bateri Tambahan Percuma Untuk Phev

Chery Malaysia Umum Tawaran Akhir Tahun Hebat Sertakan Waranti Bateri Tambahan Percuma Untuk Phev

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 123 hits
KUALA LUMPUR 8 DISEMBER 2025 Chery Malaysia menyambut musim perayaan dengan salah satu promosi akhir tahun paling menarik setakat ini menawarkan rakyat Malaysia peluang terbaik untuk menyambut tahun 2026 dengan kenderaan baharu Pelanggan bo...
Agc Arah Kes Kematian Kadet Palapes Diklasifikasi Mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Agc Arah Kes Kematian Kadet Palapes Diklasifikasi Mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 107 hits
AGC Arah Kes Kematian Kadet PALAPES Diklasifikasi Mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan KUALA LUMPUR 2 Dis Jabatan Peguam Negara mengarahkan kes kematian ahli kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Syamsul Haris Shamsudin diklasifikasikan di...
Akui Kalah Dengan Malaysia Ini Kata Menteri Kewangan Indonesia

Akui Kalah Dengan Malaysia Ini Kata Menteri Kewangan Indonesia

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 110 hits
Akui Kalah Dengan Malaysia Ini Kata Menteri Kewangan Indonesia Menteri Kewangan Indonesia Purbaya Yudhi Sadewa mengakui bahawa corak pelaburan di negara itu masih belum teratur Menurut beliau Indonesia masih jauh ketinggalan berbanding bebe...
Trump Sekali Lagi Cakap Pasal Malaysia

Trump Sekali Lagi Cakap Pasal Malaysia

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 92 hits
Trump Sekali Lagi Cakap Pasal Malaysia Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyatakan hasratnya untuk melihat kereta ultra kompak dibina dan digunakan di AS selepas beliau melihat banyak model seumpamanya semasa lawatan ke Asia kira kira...
Retain Sosma Fortifying Malaysia S National Security Architecture

Retain Sosma Fortifying Malaysia S National Security Architecture

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 87 hits
MALAYSIA S Security Offences Act 2012 continues to occupy a contentious place in national discourse Since replacing the Internal Security Act SOSMA has been scrutinised for its implications on civil liberties with critics urging its repeal ...
Erra Fazira Nikah Dengan Ezwan Zain Dalam Majlis Tema Serba Putih

Yufid Kids Ada Untuk Anak Anak Kita Ayo Dukung Tim Yufid Kids

Tiada Prospek Kejayaan Agc Tarik Balik Rayuan Terhadap Pembebasan Rosmah

Irresistible Beef Meatball Recipe No Dairy

Konvokesyen Universiti Malaya Ke 65

Rightist Akmal Slammed For Politicising Uec Casting Unfounded Fear Of Uec A Threat To National Edu Policy

Kehebatan Efootball Mobile Hari Perlawanan 2 Di Fifae World Cup 2025

Aku Bukan Ceplos Beebayar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Yamaha Lc V8 Upgrade Uma Racing Back Pressure Exhaust Air Filter Tuneboss Ecu

Lazada S Christmas Promotion

Writing Love Letters That Feel Honest Not Overwritten Or Fake

Seni Makan Sedap Ketika Kenikmatan Bertemu Kesukaran Buang Air Besar

Pm Thailand Bubarkan Parlimen Pulangkan Kuasa Ke Rakyat Demi Demokrasi Yang Kembali Seimbang

Pengguna Android Dikesan Jadi Sasaran Perisian Hasad Droidlock