Mh370 Mahkamah Beijing Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan Kepada Waris Penumpang


MH370: Mahkamah Beijing Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan Kepada Waris Penumpang 
Sebuah mahkamah di Beijing pada Isnin memaklumkan bahawa ia telah mengarahkan Malaysia Airlines membayar pampasan kepada keluarga lapan penumpang pesawat MH370, lebih sedekad selepas pesawat itu dilaporkan hilang.
Mahkamah Rakyat Daerah Chaoyang dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa 47 lagi tuntutan telah ditarik balik selepas keluarga terlibat mencapai penyelesaian di luar mahkamah bersama Malaysia Airlines dan anak syarikat antarabangsa syarikat itu, Malaysia Airlines International.
Menurut mahkamah, pampasan yang diputuskan pada Jumaat lalu merangkumi kos pengebumian, tekanan emosi serta kerugian lain, dengan setiap keluarga menerima lebih 2.9 juta yuan (sekitar RM1,685,480).
Daripada 78 kes tuntutan asal yang difailkan oleh keluarga mangsa selepas insiden tersebut, mahkamah di Beijing memaklumkan bahawa 23 kes masih belum selesai.
Keluarga mangsa dalam kes berkenaan “sama ada belum memohon pengisytiharan kematian atau belum menyelesaikan proses pengisytiharan tersebut”, menurut mahkamah.
Lapan penumpang yang keluarganya menerima pampasan telahpun diisytiharkan meninggal dunia secara sah. Pengumuman mahkamah itu dibuat beberapa hari selepas pihak berkuasa Malaysia mengumumkan bahawa usaha pencarian pesawat berkenaan akan disambung semula pada akhir Disember — keputusan yang dialu-alukan oleh Kementerian Luar China serta keluarga mangsa.
Untuk info, pesawat Boeing 777 yang membawa 239 orang itu hilang daripada radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Walaupun operasi pencarian terbesar dalam sejarah penerbangan telah dijalankan, pesawat tersebut masih belum ditemui.
Dua pertiga penumpang terdiri daripada warganegara China, manakala selebihnya adalah rakyat Malaysia, Indonesia dan Australia, selain India, Amerika Syarikat, Belanda dan Perancis.
BACA: Kanak-kanak Maut Terperangkap Dalam Istana Belon
Sumber: AFP
The post MH370: Mahkamah Beijing Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan Kepada Waris Penumpang  appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/08/mh370-mahkamah-beijing-arah-malaysia-airlines-bayar-pampasan-kepada-waris-penumpang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Paris Batalkan Award Akhir Kes Sulu Arah Bayar Kos Kepada Malaysia

Mahkamah Paris Batalkan Award Akhir Kes Sulu Arah Bayar Kos Kepada Malaysia

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 100 hits
Mahkamah Paris Batalkan Award Akhir Kes Sulu Arah Bayar Kos Kepada Malaysia KUALA LUMPUR 10 Dis Mahkamah Rayuan Paris membatalkan sepenuhnya Award Akhir yang dikeluarkan oleh penimbang tara Gonzalo Stampa pada 28 Feb 2022 dan mengarahkan pe...
Terbongkar Sindiket Pekerja Asing Di Malaysia Didedahkan Di Mahkamah Bangladesh

Terbongkar Sindiket Pekerja Asing Di Malaysia Didedahkan Di Mahkamah Bangladesh

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 122 hits
B Nantha KumarSeorang ejen dari Bangladesh mengakui kewujudan sindiket pemerdagangan manusia melibatkan jutaan ringgit hasil penghantaran pekerja Bangladesh ke Malaysia Pengakuan itu dibuat di hadapan Mahkamah Metropolitan Dhaka SM Rafiq 66...
Beijing Flags Grave Concerns Over Malaysia Us Trade Deal Report

Beijing Flags Grave Concerns Over Malaysia Us Trade Deal Report

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 160 hits
China has voiced complaints to Malaysia over the trade agreement inked with the United States last month with Chinese authorities urging Putrajaya to properly handle the matter Bloomberg today reported that during a meeting with Malaysian o...
Beijing Nyata Kebimbangan Serius Terhadap Perjanjian Malaysia As

Beijing Nyata Kebimbangan Serius Terhadap Perjanjian Malaysia As

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 184 hits
China melalui MOFCOM menyuarakan kebimbangan serius terhadap perjanjian perdagangan baharu Malaysia AS khususnya klausa kawalan eksport sekatan teknologi dan penapisan pelaburan yang selaras dengan dasar Washington Beijing bimbang komitmen ...
Kes Sulu Keputusan Mahkamah Paris Kemenangan Besar Buat Malaysia Azalina

Kes Sulu Keputusan Mahkamah Paris Kemenangan Besar Buat Malaysia Azalina

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 97 hits
Kes Sulu Keputusan Mahkamah Paris Kemenangan Besar Buat Malaysia Azalina KUALA LUMPUR 10 Dis Keputusan Mahkamah Rayuan Paris membatalkan sepenuhnya Award Akhir dalam tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah ...
Hantar Bantuan Skala Besar Ke Aceh Warga Indonesia Terharu Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia

Hantar Bantuan Skala Besar Ke Aceh Warga Indonesia Terharu Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 139 hits
Hantar Bantuan Skala Besar Ke Aceh Warga Indonesia Terharu Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia Becana alam yang melanda Nusantara termasuk Ribut Tropika Senyar baru baru ini meninggalkan kesan yang cukup mendalam ke atas rantau Asia Tenggara ...
Malaysia Daftar Pakar Pertama Patologi Genetik Di Bawah Pembaharuan Sektor Penjagaan Kesihatan

Malaysia Daftar Pakar Pertama Patologi Genetik Di Bawah Pembaharuan Sektor Penjagaan Kesihatan

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 146 hits
Malaysia Daftar Pakar Pertama Patologi Genetik Di Bawah Pembaharuan Sektor Penjagaan Kesihatan PUTRAJAYA 1 Dis Malaysia mendaftarkan pakar pertama dalam bidang patologi genetik sekali gus menandakan satu lagi detik penting dalam pelaksanaan...
Bantuan Perubatan Berskala Besar Dari Malaysia Tiba Di Aceh

Bantuan Perubatan Berskala Besar Dari Malaysia Tiba Di Aceh

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 155 hits
Bantuan Perubatan Berskala Besar Dari Malaysia Tiba Di Aceh Agensi Pengurusan Bencana Hidrometeorologi Aceh hari ini memaklumkan bahawa bantuan perubatan berskala besar dari Malaysia dilaporkan telah tiba di Aceh melalui Lapangan Terbang Su...
Opensys Perkenal Palmwav Revolusi Pembayaran Imbas Tapak Tangan Pertama Di Malaysia

Opensys Perkenal Palmwav Revolusi Pembayaran Imbas Tapak Tangan Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 239 hits
OpenSys Perkenal PalmWav Revolusi Pembayaran Imbas Tapak Tangan Pertama Di Malaysia OpenSys Technologies Sdn Bhd anak syarikat kepada OpenSys Bhd telah memperkenalkan PalmWav sebuah prototaip inovatif yang menggunakan teknologi pengecaman t...
Keputusan Piala Fa 2025 Jdt Lawan Sabah Fc

Pelajar Maut Dirempuh Motosikal Dalam Kampus

Along Kemalangan 11 12 2025

Kerajaan Negeri Melaka Mcmc Meterai Mou Rm310 Juta Perkukuh Infrastruktur Digital Negeri

Hadir Ke Majlis Pertunangan Jeevan Khoghilaah Thevi

2 Girls Die In Motorcycle Accident Near Seremban

Lelaki Cedera Ditarik Gajah Ke Dalam Gaung

Ultimate Beef Zharkoye Recipe


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Hati Hati Dengan Call Scammer Jenis Tak Bercakap

Semuanya Pinjaman Pesakit Endometriosis

Cannondale Caad10

55 Ucapan Selamat Natal Dan Tahun Baru Inspirasi Terindah Penuh Berkat Sukacita Damai Sejahtera Dan Harapan Baru

Jasa Besar Dr Yahya Awang Diiktiraf Terima Ijazah Doktor Kehormat Universiti Monash

Dating Berdua Dengan Dania Di Nasken Coffee Dataran Centrio Seremban 2