Bantuan Perubatan Berskala Besar Dari Malaysia Tiba Di Aceh
Bantuan Perubatan Berskala Besar Dari Malaysia Tiba Di Aceh
Agensi Pengurusan Bencana Hidrometeorologi Aceh hari ini memaklumkan bahawa bantuan perubatan berskala besar dari Malaysia dilaporkan telah tiba di Aceh melalui Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, Blangbintang, Aceh Besar.
Menurut portal Antara News, bantuan berkenaan mendarat kira-kira jam 7 malam (waktu tempatan) pada Sabtu lalu.
Difahamkan, bantuan itu merangkumi dua juta unit ubat-ubatan dan peralatan perubatan dengan jumlah berat kira-kira dua tan yang dihantar menggunakan pesawat kargo khas dari Kuala Lumpur, Malaysia.
Penghantaran ubat-ubatan dan peralatan perubatan itu disalurkan oleh Gomez Medical Services bersama pasukan kemanusiaan Blue Sky Rescue Malaysia.
Gabenor Aceh mengisytiharkan status darurat bencana
Bantuan tersebut merupakan penghantaran antarabangsa pertama yang tiba di Aceh sejak Badai Senyar melanda wilayah itu pada 22 November 2025, mengakibatkan kerosakan teruk di pelbagai kawasan.
Badai tersebut membawa hujan lebat melebihi 400 milimeter dalam tempoh dua hari, mengakibatkan banjir lumpur dan tanah runtuh di banyak kawasan terjejas.
Gabenor Aceh, Muzakir Manaf telah mengisytiharkan status darurat bencana selama 14 hari bermula 28 November hingga 11 Disember 2025 bagi mempercepatkan mobilisasi logistik, operasi pemindahan penduduk dan sokongan antara agensi dalam menangani bencana berskala besar tersebut.
Menurut Antara News, laporan awal di Aceh mencatatkan 47 kematian dan 19 orang hilang setakat ini. Manakala puluhan ribu penduduk terpaksa dipindahkan bagi mengelakkan risiko keselamatan akibat bencana.
BACA: “Saya Redha…” Wanita Kongsi Keadaan Rumah Dinaiki Banjir Sehari Selepas Dapat Kunci
BACA: “Boleh Rosakkan…” Mat Saleh Kongsi Pengalaman, Dedah Sebab Tak Perlu Lawat Malaysia
Sumber: Antara News
The post Bantuan Perubatan Berskala Besar Dari Malaysia Tiba Di Aceh appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/11/30/bantuan-perubatan-berskala-besar-dari-malaysia-tiba-di-aceh/