Tiada Prospek Kejayaan Agc Tarik Balik Rayuan Terhadap Pembebasan Rosmah


KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang melepaskan dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada 17 pertuduhan pengubahan wang haram, setelah berpuas hati bahawa tiada prospek kejayaan sekiranya rayuan diteruskan di Mahkamah Rayuan.
Dalam kenyataan, AGC memaklumkan jabatan itu telah menerima rekod rayuan daripada Mahkamah Tinggi pada 30 Oktober 2025 berhubung keputusan terbabit selepas meneliti sepenuhnya alasan penghakiman yang diperoleh.
Menurut AGC, antara faktor yang diambil kira adalah sekiranya rayuan diteruskan, pihak pendakwaan tidak akan dapat membuktikan kes melampaui keraguan munasabah sebagaimana diperlukan dalam pembuktian sesuatu perbicaraan jenayah, memandangkan saksi-saksi penting yang diperlukan untuk membuktikan pertuduhan terhadap Rosmah telah meninggal dunia dan tidak lagi dapat dikesan.
“Dalam keadaan sedemikian, kesalahan predikat terhadap tertuduh juga tidak dapat dibuktikan,” menurut kenyataan itu.
Jabatan berkenaan menegaskan bahawa semua aspek utama kes, termasuk isu fakta dan undang-undang telah diteliti sebelum keputusan untuk tidak meneruskan rayuan diambil, dengan Notis Penarikan Balik Rayuan difailkan pada 9 Disember lepas.
Semalam, media melaporkan bahawa Notis Penarikan Balik Rayuan yang dikemukakan pendakwa raya di Mahkamah Rayuan pada 9 Disemebr, menyatakan mereka tidak berhasrat untuk meneruskan rayuan itu.
Bagaimanapun, AGC memaklumkan keputusan untuk menarik balik rayuan terbabit tidak menjejaskan prosiding lain yang masih berjalan, termasuk kes rasuah berkaitan projek solar hibrid melibatkan tertuduh yang tetap diteruskan dan kini berada pada peringkat Mahkamah Rayuan.
“Tertuduh sebelum ini telah disabitkan dan dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 September 2022 atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek solar bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak, dengan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta.
“Pelaksanaan hukuman tersebut telah ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan tertuduh di Mahkamah Rayuan,” menurut kenyataan itu.
AGC turut menegaskan komitmen berterusan untuk menjalankan fungsi pendakwaan secara bebas, adil dan berintegriti, serta keputusan dibuat sentiasa berlandaskan undang-undang dan bukti yang tersedia, demi memastikan keadilan ditegakkan dan kepentingan awam sentiasa terpelihara.
Pada 19 Disember tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi, K Muniandy (kini Hakim Mahkamah Rayuan) melepaskan dan membebaskan Rosmah, 74, daripada pertuduhan terbabit, selepas membenarkan permohonan untuk membatalkan kesemua tuduhan terhadapnya atas alasan tuduhan itu tanpa asas dan pendakwaan tidak mengemukakan sebarang unsur kesalahan dalam tuduhan dikenakan.
Isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu memfailkan permohonan untuk membatalkan tuduhan terbabit pada September 2023 dan perbicaraan bermula pada 24 Ogos 2023, dengan dua saksi telah memberikan keterangan di mahkamah.
Pada 4 Oktober 2018, Rosmah mengaku tidak bersalah terhadap 12 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, cawangan Bangunan Getah Asli, Aras Bawah, 148 Jalan Ampang, di sini antara 4 Disember 2013 hingga 8 Jun 2017, dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini antara 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.
Pertuduhan pengubahan wang haram dikemukakan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, yang boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil haram terbabit atau RM5 juta, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika disabitkan.
Pertuduhan berkaitan pengelakan cukai pula dibuat di bawah Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967, yang mewajibkan beliau mengemukakan borang taksiran pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah LHDN selewat-lewatnya pada 30 April untuk 2014, 2015, 2016, 2017, dan 2018, tanpa alasan munasabah, melanggar seksyen 112 akta tersebut.
Sumber : BERNAMA
The post Tiada Prospek Kejayaan, AGC Tarik Balik Rayuan Terhadap Pembebasan Rosmah appeared first on The Malaysian Update.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/12/12/tiada-prospek-kejayaan-agc-tarik-balik-rayuan-terhadap-pembebasan-rosmah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendakwaan Tarik Balik Rayuan Rosmah Kekal Bebas Tuduhan Pengubahan Wang Haram Elak Cukai

Pendakwaan Tarik Balik Rayuan Rosmah Kekal Bebas Tuduhan Pengubahan Wang Haram Elak Cukai

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 177 hits
Pendakwaan Tarik Balik Rayuan Rosmah Kekal Bebas Tuduhan Pengubahan Wang Haram Elak Cukai KUALA LUMPUR 11 Dis Pihak pendakwaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang melepas dan membebaskan Datin Seri Rosmah Ma...
Pertikaian Undang Undang Dengan Kerajaan Pahang Selesai Pekebun Durian Raub Tarik Balik Rayuan Dalam Notis Pengusiran

Pertikaian Undang Undang Dengan Kerajaan Pahang Selesai Pekebun Durian Raub Tarik Balik Rayuan Dalam Notis Pengusiran

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 177 hits
KUANTAN Pertikaian undang undang antara pekebun durian Raub Kerajaan Negeri Pahang dan beberapa agensi berhubung notis pengusiran berakhir hari ini selepas para pekebun menarik balik rayuan mereka Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai D...
Tekanan Warga Pondok Desak Tindakan Terhadap Dua Tuan Guru Ditarik Balik

Tekanan Warga Pondok Desak Tindakan Terhadap Dua Tuan Guru Ditarik Balik

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 158 hits
HarapandailyDecember 15 2025Surat penamatan kontrak terhadap Tuan Guru Syeikh Wazir Al Makki serta surat pertukaran melibatkan Tuan Guru Syeikh Aziz Che Man didakwa telah ditarik balik susulan tekanan kuat daripada institusi pondok dan masy...
No Realistic Chance Of Success Says Agc On Not Appealing Rosmah S Acquittal

No Realistic Chance Of Success Says Agc On Not Appealing Rosmah S Acquittal

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 164 hits
Attorney General s Chambers says Rosmah Mansor s RM1 25 billion corruption case related to a solar energy project for rural schools in Sarawak remains ongoing its appeal against Rosmah Mansor s acquittal on money laundering and terrorism fi...
Eu Lancar Siasatan Terhadap Penggunaan Data Google Untuk Ai

Eu Lancar Siasatan Terhadap Penggunaan Data Google Untuk Ai

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 212 hits
Kesatuan Eropah pada Selasa mengumumkan bahawa mereka telah membuka siasatan untuk menilai sama ada Google melanggar peraturan antitrust dengan menggunakan kandungan dalam talian daripada media dan penerbit lain untuk melatih serta menyedia...
Semakan Mrsm 2026 Tarikh Tawaran Rayuan Permohonan

Semakan Mrsm 2026 Tarikh Tawaran Rayuan Permohonan

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 248 hits
Semakan Tawaran Bagi Kemasukan MRSM Tingkatan 1 4 Bagi Sesi 2025 2026 boleh dibuat melalui pautan rasmi MARA atau terus ke pautan pantas berikut Tingkatan 1 atau Tingkatan 4 Seperti yang kita sedia maklum sistem satu saluran pengambilan pel...
Menyemai Ilmu Menuai Inovasi Memperkasa Kesedaran Komuniti Terhadap Pertanian Pintar Di Taman Semarak

Menyemai Ilmu Menuai Inovasi Memperkasa Kesedaran Komuniti Terhadap Pertanian Pintar Di Taman Semarak

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 199 hits
Laporan Dr Nurhidaya Mohamad Jan Dr Siti Munirah Mohd Pensyarah Kanan Kolej PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia BANDAR BARU NILAI 29 November Kumpulan penyelidikan dari Universiti Sains Islam Malaysia telah menganjurkan Program Ke...
Polis Marang Terima Dua Aduan Kes Amang Seksual Terhadap Pelajar Oku

Polis Marang Terima Dua Aduan Kes Amang Seksual Terhadap Pelajar Oku

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 164 hits
Polis Marang Terima Dua Aduan Kes Amang Seksual Terhadap Pelajar OKU MARANG 8 Dis Polis menerima dua laporan berhubung dakwaan kes amang seksual terhadap dua pelajar Orang Kurang Upaya di asrama lelaki di sebuah sekolah di daerah ini semala...
Semakan Keputusan Rayuan Sbp Sekolah Khusus 2026

Semakan Keputusan Rayuan Sbp Sekolah Khusus 2026

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 224 hits
Info Semakan Keputusan Rayuan SBP 2026 e Rayuan SBP SMKA SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KHUSUS TAHUN 2025 Bila tarikh semakan keputusan Sekolah Khusus SBP Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah beriku...
Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju

I Simpan Kwsp Syarat Mencarum Kaedah Caruman

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Zohran Mamdani Angkat Sumpah Sebagai Datuk Bandar New York

Uec What It Means To Take An Exam Your Own Country Won T Accept

Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple

Rebutan Formulir Bazar Ramadan Ricuh Pedagang Serbu Kantor Majelis Daerah Besut

Last Supper In 2025 Hello 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Tiket Kidzania Murah

Top Commentators Of December 2025 Tahniah Blogger Na

Selamat Tahun Baru 2026 You All

Variation Top On Slot Gacor Hari Ini Agent

Ideas Mexican Beef Stew Recipe Instant Pot

Anniversary 01 Januari 2026