Kalau Ada Diabetes Masa Hamil Doktor Syorkan Ambil Susu Rendah Lemak Ia Pilihan Paling Baik


Ibu hamil amat memerlukan zat-zat nutrisi seimbang demi memastikan tahap kesihatan dan pertumbuhan bayi berada pada tahap optimum selaras dengan umur kehamilan. Keperluan nutrien semasa hamil meningkat terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga. Selain karbohidrat, anda juga memerlukan protein, lemak, kalsium, asid folik, zink, Vitamin B, C, D, E dan pelbagai mikronutrien lain.
Menurut Dr Maiza Tusimin, Ketua Jabatan dan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, semasa hamil anda memerlukan lebih kurang 1,000mg kalsium setiap hari. Menurut laporan USDA, ibu hamil disyorkan untuk mengambil 3 cawan susu atau produk tenusu setiap hari. Secawan susu mengandungi kira-kira 305mg kalsium. Maka, 3 cawan susu dapat membantu anda memenuhi keperluan kalsium harian yang diperlukan ketika hamil.
Susu merupakan sumber kalsium yang penting. Kalsium yang terkandung dalam susu penting untuk pembentukan gigi dan tulang bayi dalam kandungan. Selain itu, kalsium juga memiliki peranan penting dalam membantu melancarkan rangsangan pada saraf dan otot bayi. Selain kalsium, susu juga mengandungi vitamin D, nutrisi penting untuk mencegah masalah bayi kurang berat dan pertumbuhan bayi terbantut (IUGR) dan mengurangkan risiko ibu hamil mendapat penyakit preeklampsia.
Di samping itu, susu mengandungi asid folik dan DHA yang memainkan peranan dalam pembentukan saraf serta otak bayi. Perubahan fisiologi ketika hamil menyebabkan anda cenderung untuk mengalami masalah pedih ulu hati dan gastrik. Jadi, pengambilan susu dapat melegakan simptom ini kerana susu adalah sejenis antasid.
Umum mengetahui, kepentingan pengambilan susu ketika hamil, namun persoalan yang sering diajukan oleh ibu hamil adalah susu yang mana lebih baik? Jom ketahuinya.
1. Susu penuh krim
Susu penuh krim memiliki hampir 3.5% kandungan lemak dan 149 kalori secawan. Ia juga mengandungi sekitar 5gm lemak tepu untuk satu cawan penyajian.
2. Susu lembu yang dipasteur
Pasteurisasi adalah satu proses pemanasan makanan atau minuman dengan tujuan membunuh organisma seperti bakteria dan ia juga adalah suatu proses untuk melambatkan pertumbuhan mikrob pada makanan. Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC), menyarankan agar semua wanita hamil menghindari makanan yang diperbuat daripada susu yang tidak melalui proses pasteurisasi.
3. Susu rendah lemak
Susu rendah lemak adalah pilihan yang tepat oleh ibu hamil. Di samping mengandungi nutrien dan zat yang mencukupi, ia juga rendah kalori. Malah, ia amat baik untuk ibu hamil yang menghidap penyakit kencing manis ketika mengandung (GDM).
Pengambilan susu rendah lemak yang dipasteur adalah disarankan supaya kenaikan berat badan tidak berlebihan daripada skala normal. Dalam pada itu, pengambilan susu yang diformulasikan khas untuk ibu hamil secawan sehari adalah tidak memudaratkan bagi ibu hamil yang tidak mempunyai apa-apa masalah perubatan.
Bagi ibu yang menghidap kencing manis ketika hamil (GDM) pengambilan susu formulasi adalah tidak digalakkan kerana ia mengandungi sukros yang boleh menyebabkan kawalan gula dalam badan ibu GDM menjadi tidak terkawal dan menyebabkan hyperglisemia.
The post Kalau Ada Diabetes Masa Hamil, Doktor Syorkan Ambil Susu Rendah Lemak. Ia Pilihan Paling Baik appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/kalau-ada-diabetes-masa-hamil-doktor-syorkan-ambil-susu-rendah-lemak-ia-pilihan-paling-baik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Perlu Bersedia Untuk Hamil Bukan Termengandung Tanpa Sengaja Doktor Jelaskan Pilihan Kaedah Perancang Keluarga

Ibu Perlu Bersedia Untuk Hamil Bukan Termengandung Tanpa Sengaja Doktor Jelaskan Pilihan Kaedah Perancang Keluarga

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 389 hits
Untuk hamil sebaik baiknya ibu ibu perlu bersedia dari segi mental dan fizikal Sekiranya baru bersalin pastikan tubuh pulih sepenuhnya dan menyusukan bayi Doktor Muhammad Izzat menerangkan mengenai menggunakan kaedah perancangan keluarga un...
Doktor Pesan Kena Bengkokkan Diri Macam Udang Masa Meneran Barulah Mudah Melahirkan

Doktor Pesan Kena Bengkokkan Diri Macam Udang Masa Meneran Barulah Mudah Melahirkan

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 692 hits
Ketika dalam proses kelahiran ramai berpesan para ibu untuk tidak sesekali mengangkat punggung Untuk itu Dr Maiza Tusimin Ketua Jabatan dan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia mene...
2 Kes Pertussis Bayi Dalam Masa 2 Minggu Hingga Ada Yang Maut Doktor Kesal Bila Selidik Puncanya

2 Kes Pertussis Bayi Dalam Masa 2 Minggu Hingga Ada Yang Maut Doktor Kesal Bila Selidik Puncanya

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 408 hits
Pertussis atau batuk kokol boleh menjangkiti semua orang tanpa mengira usia Namun bayi merupakan golongan yang paling berisiko tinggi untuk dijangkiti hingga boleh maut Bayi yang tidak divaksin adalah salah satu puncanya mereka dijangkiti D...
Netflix Bakal Bereksperimen Dengan Pilihan Pelan Berharga Lebih Rendah Di Beberapa Buah Negara

Netflix Bakal Bereksperimen Dengan Pilihan Pelan Berharga Lebih Rendah Di Beberapa Buah Negara

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 326 hits
Netflix merupakan perkhidmatan penstriman video yang popular di dunia dimana ia menawarkan sejumlah kandungan berbentuk siri TV dan juga filem Malah baru baru ini Netflix telah mengatakan bakal hadir dengan sekitar 17 siri asli dari Asia se...
Biarlah Rahsia 8 Bulan Hamil Julia Ziegler Masih Belum Tahu Jantina Anak Nak Suprisekan Masa Lahir

Biarlah Rahsia 8 Bulan Hamil Julia Ziegler Masih Belum Tahu Jantina Anak Nak Suprisekan Masa Lahir

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 635 hits
Mahu jadikan ia sebagai kejutan pelakon Julia Ziegler mengakui tidak melakukan pemeriksaan jantina anak yang dikandung walaupun kini sudah hamil lapan bulan Mungkin bagi sesetengah pasangan lain teruja nak ketahui jantina anak tapi baginya ...
Jerawat Penuh Di Muka Masa Hamil Jom Kecutkan Jerawat Cara Selamat

Jerawat Penuh Di Muka Masa Hamil Jom Kecutkan Jerawat Cara Selamat

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 529 hits
Kebanyakan produk bagi masalah jerawat dipasaran boleh membahayakan ibu hamil dan bayi dalam kandungan Saya kongsikan cara untuk atasi masalah jerawat semasa hamil yang semulajadi dan selamat tapi berkesan
Ini Masa Paling Sesuai Untuk Pelabur Asing Datang Ke Malaysia Tun M

Ini Masa Paling Sesuai Untuk Pelabur Asing Datang Ke Malaysia Tun M

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 407 hits
TOKYO Ini adalah masa yang paling sesuai untuk golongan pelabur dan peniaga asing mengembangkan perniagaan mereka di Malaysia kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Beliau berkata walaupun dasar Malaysia sejak dahulu lagi memang mesra...
Stres Masa Hamil Boleh Buat Bayi Kerap Menangis Dan Mungkin Boleh Berlarutan Hingga Umur 2 Tahun

Stres Masa Hamil Boleh Buat Bayi Kerap Menangis Dan Mungkin Boleh Berlarutan Hingga Umur 2 Tahun

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 523 hits
Membesarkan seorang insan baru di dalam rahim kita bukanlah tugas yang mudah Walaupun wanita bukan pertama kali melaluinya mereka tetap akan berhadapan dengan pelbagai masalah yang berbeza dengan kehamilan pertama Maka stres dan pergolakan ...
Isteri Mengidam Nasi Lemak Airasia Nasib Baiklah Netizen Baik Hati Nak Tolong

Isteri Mengidam Nasi Lemak Airasia Nasib Baiklah Netizen Baik Hati Nak Tolong

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 512 hits
Please follow and like us 0 Wanita hamil ada macam macam ragamnya Antara ragam paling suami suami kat luar sana kena tahan ialah nafsu mengidam mereka yang macam macam Nak makan itu ini kesian pulak kan Baru baru ni viral di Twitter kisah
Wanita Tidak Berbaju Berkeliaran Di Sebatang Jalan Raya Di Jontien

Dinner Di Grill Haven Ingatkan Kedai Jepun Rupanya

Selepas Himpunan Turun Anwar Apakah Ada Langkah Seterusnya

Aplikasi Web Yang Makan Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

The Rise Of Virtual Influencers Redefining Fame In The Digital Age

Allah Tahu Segalanya Walau Tak Pernah Kita Luah

Kesihatan Lelaki Cabaran Kesedaran Dan Langkah Penjagaan Diri

Jom Jumpa Lagenda Edwin Van Der Sar Di Aeon Mall Active Beat 3 0


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kereta Idaman Keluarga Tak Sampai Pegawai Bank Hilang Ratusan Ribu Kwsp Terpedaya Scammer

Makan Nasi Lemak Sambal Paru Di Restoran Nasi Lemak Sambal Ibuku Sayang

Kuasa Adam

Zilliv Origin

Top 7 Dashcam Kereta Dengan Night Vision Bukti Ketika Kecemasan

Cara Tebus Bantuan Tunai Rm100 Sara Guna Mykad