Lirik Lagu Perlu Mendidik Bukan Merosakkan Mufti Wilayah Persekutuan


Lirik Lagu Perlu Mendidik, Bukan Merosakkan – Mufti Wilayah Persekutuan
Lagu merupakan salah satu bentuk hiburan yang paling dekat dengan kehidupan seharian kita.
Setiap lirik lagu yang dihasilkan juga kadangkala memberi pelbagai mesej, pesanan ataupun nasihat mengenai pelbagai perkara kepada pendengar.
Jadi, jika baik liriknya, maka baik juga pandangan para pendengar terhadap lagu tersebut. Oleh sebab itu, penting bagi setiap penggiat seni memanfaatkan kemampuan mereka untuk menghasilkan karya yang memberi kebaikan kepada pendengar.
Namun, tidak dinafikan juga, ada segelintir lagu yang kadangkala memberi mesej yang kurang menyenangkan untuk didengari. Bukan itu sahaja, lirik lagu yang dihasilkan juga tidak mempunyai sebarang maksud yang boleh memberi manfaat kepada pendengar.
Berkaitan ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil tampil memberikan pandangan. Ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Tinta Mufti Bil. 56/2025: Lirik Lagu Yang Mendidik, Bukan Merosakkan Seni dan hiburan merupakan sebahagian daripada fitrah manusia yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan seharian. Islam sebagai agama yang syumul tidak menolak hiburan secara mutlak, bahkan mengiktiraf peranan seni sebagai medium penyampaian mesej, pengukuhan emosi dan pembinaan jiwa.
Namun demikian, Islam menetapkan garis panduan yang jelas agar seni dan hiburan tidak menyimpang daripada tujuan asalnya, iaitu membawa manusia kepada kebaikan, bukan melalaikan atau merosakkan akhlak
Dalam konteks ini, lirik lagu dan karya seni bukan sekadar rangkaian kata-kata, tetapi memiliki pengaruh besar terhadap pemikiran, emosi dan tingkah laku masyarakat khususnya golongan muda.
Justeru, perbincangan mengenai lirik yang mendidik dan beretika amat penting agar seni yang dihasilkan menjadi wasilah kebaikan, selari dengan tuntutan syariat dan nilai kemanusiaan sejagat. Hal ini turut ditegaskan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam kenyataannya.
Larangan berkenaan bentuk hiburan yang melalaikan dan mendorong ke arah dosa serta maksiat telah dijelaskan menerusi dalil dalam al-Quran. Allah SWT berfirman:
وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا ۚ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُّهِينٌ
Maksudnya: “Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan, yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.”
Surah Luqman (6)
Imam al-Ghazali dalam membahaskan berkenaan hiburan ini memberikan contoh bentuk hiburan yang dilarang dalam Islam.
BACA: Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum “Coach” Cerai Jelas beliau, hiburan yang berbentuk lagu, nyanyian dan peralatan muzik yang boleh mendorong pendengarnya untuk meminum arak adalah haram kerana memiliki unsur tasyabbuh dengan perkara-perkara maksiat.
Pandangan ini kemudiannya disokong oleh tokoh sarjana kontemporari seperti Sheikh Yusuf al-Qardawi. Beliau telah menggariskan beberapa syarat, adab dan etika yang mesti dipatuhi demi memastikan hiburan tersebut menepati tuntutan syarak.
Antaranya ialah penegasan beliau bahawa hiburan sama ada dalam bentuk permainan mahupun nyanyian mestilah tidak menyalahi adab dalam Islam.
Sekiranya hiburan tersebut mendorong kepada perkara-perkara yang haram seperti meminum arak, berzina, homoseksual dan seumpamanya, maka hukum mendengarnya juga adalah haram.
Sementara dari perspektif maqasid syariah pula, perbuatan menghasilkan lirik, menyanyi dan mendengar lagu yang berunsur maksiat, zina dan membangkitkan syahwat adalah bercanggah dengan Maqasid al-Tadayyun.
Hal ini kerana, Allah SWT mensyariatkan agama agar manusia dapat menghidupkan syiar-Nya dalam kehidupan. Perbuatan mencipta, menerbi, dan menyanyikan lagu berlirik lucah adalah bertentangan dengan hikmah. pensyariatan.
la merosakkan kualiti penghayatan agama seseorang dan menjauhkan masyarakat daripada nilai kesantunan yang dituntut oleh Islam.
Tanggungjawab Sosial Pengkarya dan Penyebar Kandungan
Allah SWT berfirman:
مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ
Maksudnya: “Tidaklah seseorang itu mengucapkan suatu perkataan melainkan ada di sisinya malaikat yang mencatat.”
Surah Qaf (18)
Setiap penulis lirik, penyanyi dan penerbit memikul amanah sosial dan moral. Karya yang disebarkan bukan sekadar hiburan peribadi, tetapi memberi kesan luas kepada masyarakat.
Teguran ini bukan untuk menjatuhkan atau menghukum mana-mana pihak, sebaliknya sebagai satu usaha nasihat dan bimbingan demi memperbaiki keadaan.
Para pengkarya seni diseru agar memanfaatkan bakat dan kreativiti yang dikurniakan Allah SWT sebagai wasilah kebaikan, dengan menghasilkan karya yang bukan sahaja menghiburkan, bahkan mendidik, menyantuni nilai kemanusiaan dan membina jiwa masyarakat.
Pada masa yang sama, mereka hendaklah menjauhkan diri daripada unsur-unsur lucah dan tidak bermoral yang boleh mencemarkan kesucian nilai Islam serta adab budaya timur.
Sesungguhnya, seni yang bersih, beretika dan berteraskan akhlak mulia bukan sahaja lebih diberkati, malah akan lebih dihormati, diterima masyarakat dan berkekalan nilainya sepanjang zaman.
Wallahu a’lam
BACA: Mufti WP Jelaskan Hukum Solat Qada Bagi Wanita Alami Istihadah Berterusan Sumber: Mufti WP
The post Lirik Lagu Perlu Mendidik, Bukan Merosakkan – Mufti Wilayah Persekutuan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2026/01/03/lirik-lagu-perlu-mendidik-bukan-merosakkan-mufti-wilayah-persekutuan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum Coach Cerai

Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum Coach Cerai

papar berkaitan - pada 27/12/2025 - jumlah : 143 hits
Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum Coach Cerai Tidak dinafikan alam perkahwinan sering digambarkan sebagai satu fasa kehidupan yang penuh dengan kebahagiaan kasih sayang dan harapan untuk hidup bersama sehingga ke akhir hayat Malah se...
Lirik Lagu Cinta Abadi Erra Fazira

Lirik Lagu Cinta Abadi Erra Fazira

papar berkaitan - pada 22/12/2025 - jumlah : 158 hits
Meminta Pada yang ada Merajuk dan bermanja Pada yang kasih Kau bagi ku satu harapan oh Di bawah Rimbun kasih mu Terukir cita cita Warna beribu Kau harapanku Kau segalanya oh Selagi ada Bintang dan bulan Selagi mentari Memberikan sinaran Sel...
Lirik Lagu Mengukir Kenangan Amirul Fauzan Ft Haadi Razali

Lirik Lagu Mengukir Kenangan Amirul Fauzan Ft Haadi Razali

papar berkaitan - pada 24/12/2025 - jumlah : 146 hits
Di sini bermula sebuah ceritaTawa dan tangis kita bersamaNamun waktu tak pernah menungguHari ini kita berpisah juaSetiap langkah meninggalkan jejakSetiap kata terpahat di jiwaSelamat tinggal kau yang ku hargaiDoaku mengiringi perjalananmuJi...
Lirik Lagu Toksik Khai Bahar Yulia Kamelia

Lirik Lagu Toksik Khai Bahar Yulia Kamelia

papar berkaitan - pada 22/12/2025 - jumlah : 180 hits
Kau hadir bagai langit terang Ku tiba dari bumi kelam Cinta hadir Jiwa jadi Yakin pada takdir ini Kita berdiri atas nama Cinta kita yang telah terbina Namun rasa Tetap sendiri Haruskah kita begini Kau dan aku saling melengkapi Juga sama men...
Cuti Umum Hari Thaipusam Hari Wilayah Persekutuan 2026 Bagi Pekerja Swasta

Cuti Umum Hari Thaipusam Hari Wilayah Persekutuan 2026 Bagi Pekerja Swasta

papar berkaitan - pada 31/12/2025 - jumlah : 94 hits
Cuti Umum Hari Thaipusam Hari Wilayah Persekutuan 2026 Bagi Pekerja Swasta Kerajaan Persekutuan mewartakan dua hari kelepasan am bagi tahun 2026 iaitu Hari Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutuan yang jatuh pada 1 Februari 2026 menurut kenya...
Lirik Lagu Seri Medan

Lirik Lagu Seri Medan

papar berkaitan - pada 4/1/2026 - jumlah : 66 hits
Buatkan saya lirikTAJUK LAGU SERI MEDANBermula ia 1920anSebuah pekan kecil Yg dimomokkan kawasan banjirPekan ini sejarahnya ada lombong besiWaktu itu bunyi siren kerap berbunyi Memberi isyarat sesuatuPuluhan kampung ada di siniBerkebun sawi...
Lirik Lagu Take Me Home Amir Masdi

Lirik Lagu Take Me Home Amir Masdi

papar berkaitan - pada 24/12/2025 - jumlah : 167 hits
When you run away It hurts cause I ve been broken in two Couldn t live my days I miss the little things that you do Maybe we didn t see it through Maybe I forget to forget you Take me home I m lost without your love I promises to myself Tha...
Sprm Siasat Bekas Menteri Berkait Kelulusan Projek Di Wilayah Persekutuan

Sprm Siasat Bekas Menteri Berkait Kelulusan Projek Di Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 24/12/2025 - jumlah : 149 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memulakan siasatan terhadap seorang bekas menteri berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa hampir sedekad lalu susulan penemuan petunjuk baharu Ketua Pesuruhjaya SPRM Az...
Thaipusam Hari Wilayah 2026 2 Hari Cuti Gantian Untuk Pekerja Wilayah Persekutuan

Thaipusam Hari Wilayah 2026 2 Hari Cuti Gantian Untuk Pekerja Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 224 hits
Thaipusam Hari Wilayah 2026 menjadi perhatian apabila Hari Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutuan jatuh pada tarikh yang sama iaitu 1 Februari 2026 Situasi ini memberi implikasi kepada pekerja di Wilayah Persekutuan khususnya berkaitan kela...
Chinese Muslim Food Festival Anjuran Pasar Eatai Membuktikan Makanan Halal Tak Semestinya Mahal

Perubahan Besar Kwsp Untuk Tahun 2026 Apa Yang Perlu Tahu

Attorney For Car Accident In Houston Expert Support

Tahun Baru Harapan Baru Tak Perlu Drastik Pun Janji Konsisten

Best Car Accident Attorneys Near Me For Your Needs

Backdrop Printing Apa Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Tempah

Perancangan Strategik Nfdp Membentuk Hala Tuju Dan Visi Melalui Kerjasama Jurulatih Dan Kakitangan Teknikal

Customer Tak Jumpa Kedai Anda Sebab Apa


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Luahan Rindu Kamal Adli Terhadap Hawra Undang Perhatian Netizen Puji Sikap Matang Adik Ipar I Miss You So Much Anak

Kpdn Johor Siasat Dakwaan Curi Ron95 Nombor Plat Singapura Ditutup Guna Selotape

Maduro Akan Dibawa Ke New York Trump

Azian Mazwan Bukan Belas Bukan Simpati Chord

Pegawai Tentera Didakwa Bayar Rm23 000 Selepas Noda Gadis

Kuching Chinese Cemetery Turns Crime Scene As Father Killed Son Left Critical