Doktor Pesan Kena Bengkokkan Diri Macam Udang Masa Meneran Barulah Mudah Melahirkan


Ketika dalam proses kelahiran, ramai berpesan para ibu untuk tidak sesekali mengangkat punggung. Untuk itu, Dr Maiza Tusimin, Ketua Jabatan dan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia menerangkan cara yang betul patut anda lakukan semasa melalui detik penting tersebut.
Proses melahirkan cahaya mata secara normal merupakan suatu proses yang dinamik melibatkan kontraksi rahim, bukaan serviks dan penurunan kepala bayi ke perineum. Proses meneran bermula pada fasa kedua kelahiran (second stage of labour).
Pada fasa ini, anda akan mengalami kontraksi yang lebih kerap dengan intensiti yang maksimum. Ini membuatkan anda berasa sakit atau tekanan yang kuat di punggung, belakang dan perut. Pada yang sama merasai desakan untuk meneran bayi keluar daripada faraj. Ketika crowning iaitu satu fasa di mana kepala bayi telah kelihatan di permukaan perineum dan kulit di sekeliling perineum meregang, anda akan merasai miss V akan pecah!
Persiapan mental & fizikal Fasa kedua adalah paling kritikal bagi kelahiran secara normal. Dalam keadaan kesakitan yang amat, terdapat segelintir ibu yang secara tidak sengaja hilang mengawal emosi dan tindak balas pergerakan tubuh. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan koyakan perineum yang teruk. Persiapan mental dan fizikal semasa hamil merupakan kunci utama untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko kecederaan teruk kepada perineum.
Bagi pasangan yang bakal melalui pengalaman kelahiran pertama, menghadiri kelas antenatal akan menyediakan anda berdua dengan ilmu bersalin agar anda mempunyai persediaan mental yang baik dan tahu apa yang perlu dilakukan ketika melalui proses kelahiran. Ilmu meneran yang betul ketika fasa kedua adalah amat penting untuk mengelakkan koyakan perineum.
Posisi membengkok seperti udang disarankan Sebagaimana kontraksi berlaku, bermula daripada bahagian atas (fundus) dan tersebar ke hujung rahim, proses meneran perlu melibatkan abdomen ke punggung ibarat membuang air besar. Posisi seperti udang membengkok adalah posisi yang betul untuk meneran. Anda perlu mengangkat kepala, rapatkan dagu ke dada dan halakan pandangan mata ke perut.
Pastikan anda memegang pergelangan kaki agar punggung tidak terangkat ketika meneran. Kawal emosi dan elakkan diri daripada mengeluarkan suara ketika meneran kerana ini akan menghabiskan tenaga.
Fokus ke arah perut dan meneran daripada abdomen ke bawah seperti yang diarahkan oleh doktor atau bidan. Semasa kontraksi bermula, anda perlu tarik nafas dan teran selama yang boleh (dalam kiraan 10), kemudian berhenti seketika untuk menarik nafas (curi nafas) dan ulangi meneran, 2 – 3 kali dalam satu tempoh kontraksi. Anda perlu menarik nafas dalam melalui mulut dan lepaskan nafas secara perlahan-lahan bagi mengelakkan kepala bayi masuk kembali.
Cara meneran Anda perlu kekalkan pernafasan yang tenang dan hanya meneran apabila mendapat isyarat daripada doktor/bidan. Anda kena sentiasa pastikan agar punggung tidak terangkat sepanjang proses meneran.
Ketika kepala bayi mula kelihatan (crowning), doktor/bidan akan menggunakan pad untuk melindungi perineum yang menegang dengan tujuan untuk meminimumkan koyakan perineum. Pada ketika ini, hubungan dinamik doktor – ibu amat penting agar anda teruskan meneran tetapi dengan kawalan secara perlahan-lahan agar kelahiran kepala bayi lebih terkawal. Peranan suami sebagai pendamping sepanjang kelahiran amat penting untuk memberi sokongan dan membantu mengawal emosi anda. Bagi yang beragama Islam, mengamalkan zikir dan doa juga membantu melancarkan proses kelahiran.
The post Doktor Pesan Kena Bengkokkan Diri Macam Udang Masa Meneran. Barulah Mudah Melahirkan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/doktor-pesan-kena-bengkokkan-diri-macam-udang-masa-meneran-barulah-mudah-melahirkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menu Udang Idea Masak Yang Mudah Sedap Mak Mak Boleh Cuba Ni

Menu Udang Idea Masak Yang Mudah Sedap Mak Mak Boleh Cuba Ni

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 451 hits
Mak mak kalau rasa kelam kabut kerana banyak hal perlu disetelkan tetapi tak mau culas masak Ini RASA kongsikan dua menu udang yang sangat mudah dan cepat boleh disediakan untuk anak anak dan suami TUMIS UDANG BERSAMA DAUN KETUMBARBAHAN BAH...
Cara Mudah Bersihkan Udang

Cara Mudah Bersihkan Udang

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 438 hits
Ramai yang tidak tahu cara sebenar membersihkan udang Ada yang membuang kepala kerana menyangka kotoran udang berada di kepala Padahal kepala udang Adalah bahagian yang boleh dimakan terutama bagi udang yang bersaiz besar Kekotoran sebenar ...
Bila Suhu Badan 39 C Segera Buat Pemeriksaan Doktor Pesan Jangan Pandang Ringan Demam Semasa Hamil

Bila Suhu Badan 39 C Segera Buat Pemeriksaan Doktor Pesan Jangan Pandang Ringan Demam Semasa Hamil

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 486 hits
Bahaya atau tidak demam yang dialami semasa hamil adalah bergantung kepada jenis jangkitan kuman Tambahan lagi pada masa kini terlalu banyak jangkitan baru Oleh itu paras bahaya atau tidak demam itu kepada anda yang sedang hamil adalah berg...
Jangan Berkira Bercuti Masa Anak Kecil Macam Macam Ragam Kenangan Ni Akan Di Ingat Selalu

Jangan Berkira Bercuti Masa Anak Kecil Macam Macam Ragam Kenangan Ni Akan Di Ingat Selalu

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 672 hits
Biasanya alasan yang selalu diberikan bila nak bawa anak kecil bercuti susah nak urus Lagi lagi dengan macam macam ragam Kalau nak diikutkan rugi sangat berkira bercuti dengan anak atas sebab leceh melayan kerenah dia orang Ini kerana kita ...
Harga Diri Pelakon Veteran Macam Besi Buruk Jalil Hamid

Harga Diri Pelakon Veteran Macam Besi Buruk Jalil Hamid

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 596 hits
Pelakon veteran Jalil Hamid menjadi perhatian industri hiburan selepas meluahkan kekecewaannya mengenai tawaran harga rendah bagi menjayakan watak tertentu dalam sebuah produksi Susulan itu Jalil 61 ditempelak segelintir pihak kononnya dia ...
5 Cara Mudah Cari Semangat Diri

5 Cara Mudah Cari Semangat Diri

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 977 hits
5 Cara Mudah Cari Semangat Diri Pernah jadi kat diri sendiri tak bila bangun pagi tiba tiba kita rasa bersemangat dengan apa yang kita nak lakukan pada hari tu Semangat setinggi gunung Kita dah bayangkan apa perlu kita capai dan otak dah mu...
Kalau Bayi Batuk Berkahak Doktor Pesan Periksa 5 Faktor Ini

Kalau Bayi Batuk Berkahak Doktor Pesan Periksa 5 Faktor Ini

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 432 hits
Masalah bayi batuk berkahak membuatkan ibu ayah susah hati dan bimbang Apatah lagi kalau terkena pada bayi yang baru 20 hari lahir Agaknya macam mana cara nak hilangkan kahak yang membuatkan si kecil batuk batuk Kasihan melihat dia tercunga...
Kumpul Bareng Sopir Angkot Kapolda Sumut Pesan Jangan Mudah Diadu Domba

Kumpul Bareng Sopir Angkot Kapolda Sumut Pesan Jangan Mudah Diadu Domba

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 302 hits
Dia mengatakan apabila ada kegiatan mogok polisi yang kewalahan untuk membantu menggantikan transportasi yang tidak bisa dipakai Sebab selama 2 tahun Agus di Medan baru satu kali dan diharap jangan ada lagi aksi mogok
Kalau Ada Diabetes Masa Hamil Doktor Syorkan Ambil Susu Rendah Lemak Ia Pilihan Paling Baik

Kalau Ada Diabetes Masa Hamil Doktor Syorkan Ambil Susu Rendah Lemak Ia Pilihan Paling Baik

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 513 hits
Ibu hamil amat memerlukan zat zat nutrisi seimbang demi memastikan tahap kesihatan dan pertumbuhan bayi berada pada tahap optimum selaras dengan umur kehamilan Keperluan nutrien semasa hamil meningkat terutamanya semasa trimester kedua dan ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi