Chinese Muslim Food Festival Anjuran Pasar Eatai Membuktikan Makanan Halal Tak Semestinya Mahal


Assalammualaikum semua! Terus-terang Ruby kongsikan masa datang ke Chinese Muslim Food Festival ni, Ruby memang tak ada niat langsung nak ambil gambar cantik-cantik, nak kira berapa booth ada, atau nak study menu satu per satu.

Harga pun Ruby tak tengok sangat. Nampak gerai, nampak orang beratur panjang, Ruby pun join. Hahaha. Zero knowledge. Datang dengan perut kosong dan hati terbuka.

Dan entah macam mana… semuanya sedap dan harga mesra poket. New flavor unlocked! 😄 
The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture And Tourism Festival @ Chinese Muslim Food Festival

Baru Ruby tahu rupa-rupanya Chinese Muslim Food Festival anjuran Pasar EatAi ini sudah memasuki tahun ketiga, berlangsung dari 25 Disember 2025 hingga 4 Januari 2026. 

📍 Lokasi: 1 Utama Shopping Centre, LG E-Street 
⏰ Waktu: Bermula 11.00 pagi 

Kadang-kadang yang kita tak rancang itulah yang paling melekat dalam ingatan. 






Halal Tak Semestinya Mahal, Seisi Keluarga Boleh Menikmati Semua Makanan
Apa yang buat Ruby benar-benar terkesan ialah profil rasa makanan di festival ini.

✨ Rempahnya earthy.
✨ Tidak pedas menyengat.
✨ Tidak berlebihan.

Rasa dia seimbang dan tenang — bukan jenis makanan yang “menjerit”, tapi makanan yang memujuk selera perlahan-lahan. Mungkin sebab itu Ruby rasa sangat ngam. Setiap lidah berbeza. Dan bagi Ruby, ini jenis makanan yang selesa dinikmati seisi keluarga. Sharing is Caring!





Harga Yang Buat Kita Rasa Adil 
Ini bahagian yang Ruby memang nak highlight. Harga makanan di festival ini sangat berbaloi. Ruby boleh cuba banyak jenis makanan, beli lebih dari satu, dan masih rasa tenang semasa membuat bayaran.

Berbeza dengan kebanyakan festival makanan yang terlalu mahal, di sini Ruby benar-benar rasa makanan kembali kepada fungsinya. Untuk dinikmati, dikongsi, dan menggembirakan, bukan untuk buat kita berkira atau stress.

Ruby boleh bawa seisi keluarga, makan sama-sama, dan pulang dengan perut kenyang. Alhamdulillah.

Kenapa Festival Seperti Ini Penting 
Sebagai Muslim yang suka travel, isu makanan halal sering menjadi kebimbangan utama. Festival seperti ini membuka mata Ruby bahawa: 

✨ Makanan halal itu luas 
✨ Ia wujud di pelbagai budaya seluruh dunia
✨ Dan ia boleh jadi jambatan antara komuniti beragama Islam

Bila tahu betapa banyaknya makanan halal di China, Ruby sendiri mula terfikir mungkin satu hari nanti, China pula dalam senarai travel keluarga kami. Tidak mustahil kan?

Wilayah China Yang Mesra Muslim & Kaya Makanan Halal
Untuk yang berimpian ke China, ini antara kawasan yang terkenal dengan komuniti Muslim dan makanan halal: 

✨ Gansu – Laluan Silk Road, masakan Muslim Hui 
✨ Ningxia – Majoriti Muslim Hui, mudah cari restoran halal 
✨ Xinjiang – Masakan Uyghur, kebab & pilaf 
✨ Xi’an (Muslim Quarter) – Street food halal yang sangat terkenal 
✨ Beijing & Shanghai – Banyak restoran halal di kawasan tertentu 

Mengetahui ini sahaja sudah cukup buat hati rasa lebih yakin untuk merancang trip pelancongan kami. Hehehe. Kadang-kadang pengalaman paling bermakna datang bila kita datang tanpa expectation. Cukup buka hati, buka selera dan biarkan rasa bercerita sendiri. 

Chinese Muslim Food Festival ini bukan sekadar tempat makan bagi Ruby, tetapi satu peringatan bahawa dunia ini luas, dan rezeki halal itu hadir dalam pelbagai bentuk, budaya dan rasa. 
Berjumpa Mr Ma RuXiang @ Shoaib Ma
Satu lagi momen manis, Ruby berpeluang bertemu dan bergambar dengan Mr Ma RuXiang, atau nama Islam beliau Shoaib Ma. 

Beliau berasal dari Gansu, China, satu wilayah penting di sepanjang Silk Road. Ia adalah laluan perdagangan yang suatu ketika dahulu menjadi nadi pertemuan tamadun besar seperti Dinasti Han, Tang dan Ming. Kawasan ini juga di antara tempat awal penyebaran syiar Islam di China.

Menariknya, Mr Ma bukan sekadar food influencer. Beliau juga terlibat dalam bisnes pelancongan dan kini membawa makanan halal dari China ke Malaysia, supaya masyarakat di sini dapat merasai sendiri kepelbagaian masakan Muslim China.

Bila tahu latar belakang ini, pengalaman makan di Chinese Muslim Food Festival terasa lebih bermakna. Usaha memartabatkan makanan Halal di dunia seharusnya kita sokong! 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2025/12/chinese-muslim-food-festival-anjuran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktiviti The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture Tourism Festival Ppim 25 12 2025

Aktiviti The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture Tourism Festival Ppim 25 12 2025

papar berkaitan - pada 27/12/2025 - jumlah : 183 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture Tourism Festival yang berlangsung pada Khamis 25 Disember di E Street 1 Utama Shopping Mall sekali gus menyerlahkan sokongan terhadap usa...
Kasih Suami Jaga Isteri Dalam Pantang Undang Sebak Video Food Festival Kembali Tular

Kasih Suami Jaga Isteri Dalam Pantang Undang Sebak Video Food Festival Kembali Tular

papar berkaitan - pada 28/12/2025 - jumlah : 159 hits
JOHOR BAHRU Sebuah video menyentuh hati yang memaparkan kasih sayang seorang suami terhadap isterinya kembali tular di media sosial sekali gus mengundang sebak dalam kalangan warganet Video berkenaan asalnya dikongsi oleh akaun TikTok mr yo...
Perbezaan Ayam Gepuk Ayam Geprek Ayam Penyet Panduan Lengkap Menarik Untuk Peminat Makanan

Perbezaan Ayam Gepuk Ayam Geprek Ayam Penyet Panduan Lengkap Menarik Untuk Peminat Makanan

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 168 hits
Dalam dunia kulinari Nusantara hidangan berasaskan ayam sentiasa menjadi kegemaran ramai Sejak beberapa tahun kebelakangan ini tiga nama sering disebut sebut dan viral di media sosial iaitu Ayam Gepuk Ayam Geprek dan Ayam Penyet Ramai yang ...
Jangan Salah Pilih Ketahui Maksud Label Pada Produk Makanan Anda

Jangan Salah Pilih Ketahui Maksud Label Pada Produk Makanan Anda

papar berkaitan - pada 24/12/2025 - jumlah : 128 hits
Jangan Salah Pilih Ketahui Maksud Label Pada Produk Makanan Anda Dalam kehidupan seharian kita pemilihan makanan di kedai runcit ataupun pasar raya menjadi salah satu rutin penting yang mempengaruhi kesihatan perbelanjaan dan kualiti hidup ...
Ramai Tak Sedar Pakar Usus Dedah Makanan Ini Punca Masalah Pencernaan

Ramai Tak Sedar Pakar Usus Dedah Makanan Ini Punca Masalah Pencernaan

papar berkaitan - pada 30/12/2025 - jumlah : 101 hits
Ramai Tak Sedar Pakar Usus Dedah Makanan Ini Punca Masalah Pencernaan Kini keinginan untuk menikmati makanan ringan telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup masyarakat moden Dalam kesibukan harian ramai yang menjadikan makanan ringan se...
Mayat Bayi Perempuan Ditemui Dalam Plastik Belakang Pasar Raya Polis

Mayat Bayi Perempuan Ditemui Dalam Plastik Belakang Pasar Raya Polis

papar berkaitan - pada 21/12/2025 - jumlah : 125 hits
Ruwaida Md ZainFoto IPD Shah AlamSHAH ALAM Mayat bayi perempuan ditemukan dalam plastik dipercayai ditinggalkan di tepi lorong belakang sebuah pasar raya di Jalan Ria 25 62 Seksyen 25 di sini pagi tadi Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten K...
Inspektor Sheila Kembali Tular Cetus Kekecohan Di Premis Makanan

Inspektor Sheila Kembali Tular Cetus Kekecohan Di Premis Makanan

papar berkaitan - pada 31/12/2025 - jumlah : 133 hits
KUALA LUMPUR Nama pegawai polis yang kini digantung tugas dikenali sebagai Inspektor Sheila sekali lagi menjadi perhatian warganet susulan penularan sebuah video yang memaparkan wanita itu mencetuskan kekecohan di sebuah premis perniagaan M...
Empat Kereta Terbakar Di Parkir Berhampiran Kompleks Makanan

Empat Kereta Terbakar Di Parkir Berhampiran Kompleks Makanan

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 123 hits
Empat Kereta Terbakar Di Parkir Berhampiran Kompleks Makanan BUKIT MERTAJAM 22 Dis Empat kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta berhampiran sebuah kompleks makanan di Jalan Song Ban Kheng di sini musnah dalam kebakaran petang ini ...
Wanita Berperwatakan Kelakian Tampil Ayu Di Hari Nikah 7 Tahun 11 Bulan Berakhir Dengan Ikatan Halal

Wanita Berperwatakan Kelakian Tampil Ayu Di Hari Nikah 7 Tahun 11 Bulan Berakhir Dengan Ikatan Halal

papar berkaitan - pada 2/1/2026 - jumlah : 114 hits
KUALA LUMPUR Tidak semua kisah cinta bermula dengan kesempurnaan dan tidak semua perjalanan itu mudah Ada yang melalui fasa salah faham jarak perubahan diri dan pengorbanan emosi sebelum akhirnya dipertemukan dalam satu ikatan yang sah Begi...
Mn Akan Ditolak Umno Pas Tu Nak Tumpang Kepimpinan Orang Lain Hadi Awang Tak Mampu Untuk Jadi Pm

Top Commentators Of December 2025 Tahniah Blogger Na

Best Attorney For Car Accidents Securing Your Future

Jejak Manusia Purba Di White Sands 23 000 Tahun Yang Lalu

Variation Top On Slot Gacor Hari Ini Agent

Masakan Kampung Pahang Warisan Sedap Yang Ramai Tak Kenal Wajar Dihidupkan Semula

Anniversary 01 Januari 2026

I Topup Kwsp Syarat Caruman Kaedah Mencarum


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Jumaat Pertama Langkah Baru

Chinese Muslim Food Festival Anjuran Pasar Eatai Membuktikan Makanan Halal Tak Semestinya Mahal

Attorney For Car Accident In Houston Expert Support

Tahun Baru Harapan Baru Tak Perlu Drastik Pun Janji Konsisten

Backdrop Printing Apa Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Tempah

Perancangan Strategik Nfdp Membentuk Hala Tuju Dan Visi Melalui Kerjasama Jurulatih Dan Kakitangan Teknikal