2 Kes Pertussis Bayi Dalam Masa 2 Minggu Hingga Ada Yang Maut Doktor Kesal Bila Selidik Puncanya


Pertussis atau batuk kokol boleh menjangkiti semua orang tanpa mengira usia. Namun, bayi merupakan golongan yang paling berisiko tinggi untuk dijangkiti hingga boleh maut. Bayi yang tidak divaksin adalah salah satu puncanya mereka dijangkiti.
Dr Muhamad Husni berkongsikan catatannya di Facebook mengenai kes yang dikendalikannya. Kisah pertama melibatkan bayi berusia sebulan manakala kisah dua pula ialah bayi berusia 5 bulan.
Hari ini hari Deepavali, sepatutnya semua orang bergembira kerana dapat bercuti hari ini, tetapi tidak bagi diriku, aku rasa sangat sedih dan bersalah… Seakan ingin aku menangis sepuas-puasnya.
Rasa sedih mengenangkan nasib anak-anak kecil yang bertarung nyawa untuk hidup, rasa bersalah kerana aku tidak mampu membantu mereka walau sudah sehabis baik aku mencuba. 2 kisah yang berlaku dalam selang masa 2 minggu ini sedikit sebanyak menyentuh perasaan aku sebagai seorang ayah dan doktor.

KISAH PERTAMA: CLINICAL PERTUSSIS
Kisah yang pertama berlaku pada 25/10/18, seorang budak lelaki berumur sebulan lebih telah dimasukkan ke ICU kanak-kanak kerana jangkitan kuman paru-paru yang teruk (clinical pertussis) sehingga memerlukan rawatan mesin bantuan pernafasan.
Paras karbon dioksida yang tinggi dalam darah beliau memerlukan penggunaan mesin HFOV serta merta, sel darah putih amat tinggi sekitar 80,000 memerlukan pertukaran darah (exchange transfusion) bagi membuang toksin yang ada.
Kesukaran untuk mendapatkan ‘line’ yang besar sehingga memerlukan bantuan pakar on call (thanks a lot) untuk memasukkan femoral line pada pukul 3am, melakukan ET selama 2 jam keesokan awal pagi tetapi akhirnya beliau meninggal dunia akibat ARDS.
KISAH KEDUA: PERTUSSIS (BATUK KOKOL/ BATUK SERATUS HARI)

Kisah kedua berlaku malam semalam, seorang budak lelaki berumur 5 bulan dimasukkan ke ICU kanak-kanak juga kerana jangkitan kuman paru-paru yang teruk.
Bacaan sel darah putih sangat tinggi hingga tidak dapat dibaca pada mulanya, setelah sampel darah diperiksa semula, bacaan sel darah putih adalah 130,000 kemudian 96,000 dan seterusnya 89,000.
Pertukaran darah turut dilakukan pada malam semalam setelah makmal mengesahkan pesakit positif pertussis (batuk kokol@batuk seratus hari), ada ketikanya ketika pesakit ‘ventilated’ batuk-batuk sehingga biru dan paras oksigen dalam darah menjadi sangat rendah.
Tekanan darah menjadi rendah sehingga memerlukan 4 ubat inotropes, air kencing semakin sedikit dan berkurangan, paras asid dalam darah meningkat, akhirnya memerlukan mesin bantuan pernafasan HFOV juga.
Pesakit pertama telah meninggal dunia setelah 2 hari dimasukkan ke ICU manakala pesakit kedua amat tenat sekarang ini, mungkin akan meninggal dunia pada bila-bila masa sahaja.
SENGAJA TIDAK DIVAKSIN

Bagi pesakit pertama, dia adalah anak bongsu daripada 6 adik beradik, kesemuanya tidak divaksinkan sejak lahir termasuklah pesakit pertama tersebut.  Ayahnya seorang penceramah agama, menjadi imam dan membaca khutbah di masjid. Bila ditanya kenapa tidak vaksinkan anak, katanya itu pilihannya sendiri. Lidahku kelu untuk mengeluarkan kata-kata berikutnya.
Pesakit kedua bila disiasat (melihat rekod kesihatan pesakit) juga hanya mendapat vaksin ketika lahir sahaja, vaksin pada umur 2,3 dan 5 bulan (termasuk vaksin pertussis diberi) tidak diambil. Atas sebab-sebab apa vaksin tidak diambil, hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui.
ADIK BERADIK JUGA MUNGKIN ADA PERTUSSIS
Bagi pesakit pertama, semua abang dan kakaknya mendapat jangkitan kuman paru-paru ketika itu (kemungkinan pertussis) namun disebabkan sistem imun mereka lebih kuat, keadaan mereka tidaklah teruk berbanding adik bongsunya.
Atau pada masa abang dan kakaknya kecil, perlindungan kelompok (herd immunity) masih tinggi yang secara tak langsung melindungi abang dan kakaknya ketika itu tetapi keadaan sebaliknya bagi adik bongsu mereka iaitu pesakit pertama, ramai yang menolak vaksin dan herd immunity pun menurun, oleh itu ramai kanak-kanak akan dijangkiti penyakit pertussis ini.
Pesakit kedua juga tidak mendapat vaksin yang sepatutnya diperolehi pada usianya. Jika divaksinkan setidak-tidaknya kemungkinan penyakit pertussis yang dialami tidaklah seteruk ini.
KEBANYAKAN KES MAUT PERTUSSIS ADALAH KERANA TIDAK DIVAKSIN

Kesimpulannya, semakin banyak kes2 penyakit seperti pertussis telah dimasukkan ke wad icu kanak-kanak dan kebanyakan mereka tidak divaksinkan. Kesemuanya mengalami komplikasi penyakit yang teruk dan membawa maut.
Saya sebagai seorang doktor kanak-kanak MERAYU kepada semua ibu bapa, tolonglah vaksinkan anak-anak anda terutamanya di bawah 1 tahun. Kasihanilah mereka ini. Dahulu anda juga telah divaksinkan oleh ibu bapa anda tetapi kenapa sekarang anda sanggup memperjudikan nasib anak2 anda untuk tidak divaksinkan. Janganlah anda berlaku zalim kepada anak-anak kecil yang tidak berdosa ini. Kelak anda semua akan dipertanggungjawabkan atas setiap tindakan yang anda lakukan.
Buat anak-anak syurga, maafkankanlah diriku, doktor yang cuba hendak menolongmu tetapi apakan daya diriku hanyalah insan yang kerdil, yang tidak berupaya melawan qada dan qadarNya.
Dengan linangan air mata, ku hadiahkan Al Fatihah buat semua ‘anak2-anakku’ yang telah pergi, yang pernahku jaga semasa di wad PICU, NICU, Onkologi etc. Sesungguhnya kalian banyak mengajarku erti sebenar kehidupan.
Andai kata doktormu ini berada di neraka suatu hari nanti, kasihanilah dan bantulah diriku wahai anak-anak syurga sebagaimana diriku cuba membantumu sewaktu di dunia ini supaya kita dapat bergembira di syurga yang kekal abadi.
Al Fatihah
Sumber: Dr Muhamad Husni
The post 2 Kes Pertussis Bayi Dalam Masa 2 Minggu Hingga Ada Yang Maut. Doktor Kesal Bila Selidik Puncanya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/2-kes-pertussis-bayi-dalam-masa-2-minggu-hingga-ada-yang-maut-doktor-kesal-bila-selidik-puncanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Stres Masa Hamil Boleh Buat Bayi Kerap Menangis Dan Mungkin Boleh Berlarutan Hingga Umur 2 Tahun

Stres Masa Hamil Boleh Buat Bayi Kerap Menangis Dan Mungkin Boleh Berlarutan Hingga Umur 2 Tahun

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 487 hits
Membesarkan seorang insan baru di dalam rahim kita bukanlah tugas yang mudah Walaupun wanita bukan pertama kali melaluinya mereka tetap akan berhadapan dengan pelbagai masalah yang berbeza dengan kehamilan pertama Maka stres dan pergolakan ...
Tiada Hukuman Mati Pelaku Kes Bunuh Bayi Zara

Tiada Hukuman Mati Pelaku Kes Bunuh Bayi Zara

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 440 hits
Tiada Hukuman Mati Pelaku Kes Bunuh Bayi Zara Tiada Hukuman Mati Pelaku Kes Bunuh Bayi Zara
Akibat Lewat Bayar Upah Pengasuh Dera Bayi 14 Bulan Hingga Sawan Dan Kritikal

Akibat Lewat Bayar Upah Pengasuh Dera Bayi 14 Bulan Hingga Sawan Dan Kritikal

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 409 hits
Akibat Lewat Bayar Upah Pengasuh Dera Bayi 14 Bulan Hingga Sawan Dan KritikalAkibat Lewat Bayar Upah Pengasuh Dera Bayi 14 Bulan Hingga Sawan Dan Kritikal
Masalah Pengurusan Ram Pixel 3 Akan Diselesaikan Menerusi Kemaskini Dalam Masa Beberapa Minggu

Masalah Pengurusan Ram Pixel 3 Akan Diselesaikan Menerusi Kemaskini Dalam Masa Beberapa Minggu

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 271 hits
Google Pixel 3 dan 3XL tidak mengikut trend semasa kerana hanya disertakan dengan RAM sebesar 4GB Menurut Google ini sudah mencukupi dan sama seperti yang ditemui pada iPhone Pengguna awal Pixel 3 dan 3XL walau bagaimanapun melaporkan masal...
Pijak Kepala Bayi 6 Bulan Sehingga Maut Kanak Kanak Didakwa Membunuh

Pijak Kepala Bayi 6 Bulan Sehingga Maut Kanak Kanak Didakwa Membunuh

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 315 hits
Pijak kepala bayi 6 bulan sehingga maut kanak kanak didakwa membunuhKanak kanak perempuan berusia 10 tahun di Wisconsin didakwa membunuh selepas dia memijak kepala bayi lelaki berusia 6 bulan sehingga meninggal dunia Menurut pihak berkuasa ...
Ini Manfaat Menyusukan Bayi Dalam Masa Sejam Selepas Bersalin Yang Mama Wajib Tahu

Ini Manfaat Menyusukan Bayi Dalam Masa Sejam Selepas Bersalin Yang Mama Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 718 hits
Bagi kebayakan ibu impian untuk menyusukan si kecil dirancang sejak awal lagi Namun adakah ibu ibu turut menyenaraikan langkah penyusuan bermula dari bilik bersalin 1 jam pertama Sebaik sahaja bayi lahir sama ada secara normal mahupun cease...
Doktor Salahkan Nurse Nurse Salahkan Doktor Gara2 Kecuaian Hospital Kaki Bayi 4 Bulan Bengkak Dan Jadi Hitam

Doktor Salahkan Nurse Nurse Salahkan Doktor Gara2 Kecuaian Hospital Kaki Bayi 4 Bulan Bengkak Dan Jadi Hitam

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 575 hits
Seorang bayi berusia 4 bulan tak pasal pasal kena menanggung kesakitan kerana kecuaian pihak hospital apabila kakinya membengkak dan ditumbuhi gelembung hitam yang mengandungi air Doktor salah masuk line masa jalani pembedahan hernia Meneru...
Kalau Bayi Batuk Berkahak Doktor Pesan Periksa 5 Faktor Ini

Kalau Bayi Batuk Berkahak Doktor Pesan Periksa 5 Faktor Ini

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 421 hits
Masalah bayi batuk berkahak membuatkan ibu ayah susah hati dan bimbang Apatah lagi kalau terkena pada bayi yang baru 20 hari lahir Agaknya macam mana cara nak hilangkan kahak yang membuatkan si kecil batuk batuk Kasihan melihat dia tercunga...
Tidak Berhenti Di Persimpangan Bayi 11 Bulan Dan Wanita Maut Tercampak Keluar Dari Kereta

Tidak Berhenti Di Persimpangan Bayi 11 Bulan Dan Wanita Maut Tercampak Keluar Dari Kereta

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 426 hits
Tidak berhenti di persimpangan bayi 11 bulan dan wanita maut tercampak keluar dari keretaBayi perempuan berusia 11 bulan dan wanita berusia 24 tahun maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan yang membabitkan tiga buah kenderaan di Si...
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad