Rumah Mesra Rakyat 2026 Semakan Permohonan


SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB) adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Sejajar dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB yang diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia.
Bantuan ini adalah bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah kurang daripada RM5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah bertujuan untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
@ecentral.my Buat rumah sendiri dengan harga RM55,000 sahaja! Ini cara mohon Rumah Mesra Rakyat 2024. #rumahmesrarakyat #rumahmesrarakyat2024 #bantuanperumahan #bantuanrumah #bantuankerajaan
♬ Hip Hop Background(814204) – Pavel Program Rumah Mesra Rakyat 2026 diwujudkan daripada kesinambungan Program Rumah Mesra Rakyat sedia ada bagi mempertingkatkan lagi pemilikan rumah kepada golongan B40 melalui bayaran secara tunai atau pinjaman dari institusi kewangan.
Dalam artikel ini akan dikongsikan dengan lebih lanjut tentang Rumah Mesra Rakyat, syarat kelayakan serta cara membuat permohonan bagi tahun 2026.
Pengenalan Rumah Mesra Rakyat (RMR) Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM 5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
SPNB akan membina Rumah Mesra Rakyat mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dalam lampiran di bawah.
PERKARASEMENANJUNG MALAYSIAPULAU DI SEMENANJUNG MALAYSIASABAH / SARAWAK/ LABUANKaedah permohonanPermohonan secara online (laman web SPNB)KonsepRumah sesebuah satu (1) tingkat, 3 bilik tidur dan 2 bilik airKeluasan rumah750 kps750 kps750 kpsKeluasan tanah(tertakluk kepada rekabentuk)3,000 kps(279 mps)3,000 kps(279 mps)3,000 kps(279 mps)HargaRM 75,000RM 85,000Bermula RM 75,000Subsidi (pembinaan)RM 20,000Jumlah pinjamanTertakluk kepada kaedah pinjaman yang disediakan oleh SPNBAnggaran bayaran bulananKaedah pembiayaanI. Pembiayaan dan kutipan diuruskan oleh SPNB
II. Pembayaran balik melalui kaunter BSN/Bank Islam dan Sistem JompayDokumen perjanjian dan sekuritiFirma guaman berdaftar dengan SPNBPelaksanaan pembinaanI. Kontraktor Gred G1-G7
II. Pembekal utama produk
III. Berdaftar dengan SPNB dan CIDB Syarat Kelayakan Warganegara Malaysia. Pemohon mestilah berumur 18 dan ke atas. Pendapatan bulanan seisi rumah di antara RM750 hingga RM5,000. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna. Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk). Tertakluk kepada peruntukan kewangan. Tempoh bayaran bulanan (16 tahun hingga 25 tahun) Jumlah bayaran bulanan (RM300 di semua kawasan). NOTA:
Keperluan penama kedua berumur 18-43 tahun bagi pemohon yang berumur melebihi 42 tahun di seluruh Malaysia. Bagi permohonan penama kedua, pemohon perlu memberikan maklumat pasangan serta jumlah tanggungan. Harga & Rekabentuk Rumah Mesra Rakyat Konsep binaan RMR adalah rumah sesebuah 1 tingkat dengan 3 bilik dan 2 bilik air. Harga RMR adalah seperti berikut:
Contoh Rekabentuk
Cara Permohonan Rumah Mesra Rakyat @ecentral.my Replying to @AinnnVintage_ Tutorial cara mohon Rumah Mesra Rakyat 2024 online. Kalau nak mohon secara manual pun boleh. Kena isi borang permohonan dan hantar ke Pejabat SPNB. #rumahmesrarakyat #rumahmesrarakyat2024 #bantuanperumahan #bantuanrumah #bantuankerajaan #rumahmurah #ConSantanderConecto
♬ Aesthetic – Tollan Kim Pemohonan RMR boleh dibuat secara online atau manual.
Borang manual boleh didapati di Cawangan SPNB dan dimajukan kembali kepada SPNB selepas permohonan dilengkapkan.
Bagi membuat permohonan online, sila rujuk cara berikut:
BUKA LAMAN WEB – Layari http://rmr.spnbonline.com.my KLIK PENDAFTARAN BARU – Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap PENERIMAAN LOGIN ID DAN KATA LALUAN – Kata laluan akan dihantar kepada pemohon LOG MASUK KE LAMAN UTAMA – Gunakan login ID (email) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR MELENGKAPKAN BORANG ONLINE – Isi maklumat ke dalam sistem SELESAI MENGISI BORANG ONLINE – Klik Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang MAJUKAN BORANG DAN DOKUMEN KEPADA SPNB – Memajukan borang berserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan SEMAKAN DAN PENILAIAN OLEH PIHAK SPNB – Maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan NOTA:
Borang permohonan berserta dokumen sokongan perlu dimajukan ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan dengan tapak cadangan bagi tujuan penilaian. Rujuk manual lengkap di pautan di bawah: https://rmr.spnbonline.com.my/Manual_Pengguna_RMR.pdf
Manual_Pengguna_RMRDownload Baca juga: Rumah Selangorku: Permohonan, Semakan Status & Projek Terkini
Dokumen Yang Diperlukan Dokumen yang perlu disertakan untuk permohonan Rumah Mesra Rakyat adalah seperti berikut:
Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan) Salinan kad pengenalan tuan tanah Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan) Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua* Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang* Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah Salinan sijil nikah pemohon Borang laporan tapak bergambar NOTA:
Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa Format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB Keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan Semakan Status Kelulusan Mengikut prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan. Manakala kelulusan hanya dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan. Bagi pembinaan rumah pula, tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong / perjanjian tertakluk kepada termas dan syarat. Baca juga: Permohonan Rumah PPR (Program Perumahan Rakyat) Online
Tanggungjawab Pemohon Pemohon Rumah Mesra Rakyat adalah bertanggungjawab untuk:
Mengisi dan melengkapkan borang permohonan Menyediakan jalan masuk ke tapak & tapak pembinaan mengikut spesifikasi Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan Membuat pinjaman kepada bank/institusi kewangan (jika perlu) Pembayaran RMR Secara Online Anda boleh membayar pinjaman RMR melalui JOMPAY. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
Cari logo JomPay dan Biller Code pada surat arahan pembayaran yang diterima daripada SPNB. Terdapat 40 Bank yang berdaftar dengan JomPay. Daftar masuk ke Bank pilihan anda dan klik JomPay. Masukkan maklumat yang berdaftar dan sahkan. Cara-cara bayaran balik pembiayaan Rumah Mesra Rakyat (RMR): Biller Code: (Rujuk Kod Pembayaran JomPay)
Amount (RM): Jumlah Pembayaran
Ref-1: No Akuan RMR
Ref-2: No Kad Pengenalan
Kod Pembayaran JOMPAY:
RMR 2002 – RMR 2019
Semenanjung / Pulau:
RM100, RM150, RM270, RM360
Sabah & Labuan:
Pembayaran bermula dari RM150 sehingga RM360 Pembayaran boleh dilakukuan di BSN/ melalui JOMPAY.

Kod JOMPAY adalah 13987 (untuk semua negeri)

RMR 2020 – RMR 2022
Semenanjung: RM300.00
Sabah & Labuan: Pembayaran Bulanan bermula dari RM300 sehingga RM370 Pembayaran boleh dilakukan di Bank Islam/ melalui JOMPAY.
*Kod JOMPAY mengikut negeri adalah:
Selangor,KL,Putrajaya : 631085 Perlis : 158394 Johor : 296053 Kedah, P.Pinang : 546879 Melaka : 560128 Sembilan : 691543 Terengganu : 775239 Pahang : 781252 Kelantan : 783597 Perak : 789446 Sabah,Labuan : 106526 *Pembayaran Kod Jompay RMR adalah merujuk kepada lokasi negeri Rumah Mesra Rakyat yang telah dibina.

Untuk maklumat bil dan bayaran terdahulu, sila layari: https://rmrportal.spnbonline.com.my/
Soalan Lazim RMR 1. Di manakah borang RMR boleh diperolehi? Melalui laman sesawang SPNB/Pejabat Cawangan SPNB.
2. Apakah yang perlu dibuat jika terlupa kata laluan? Sila hubungi SPNB di talian 03-7849200 (Jabatan Rumah Mesra Rakyat).
3. Berapa lamakah tempoh kelulusan dan pembinaan rumah? Mengikut prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan. Manakala kelulusan hanya dibuat tertakluk kepada perutukan kewangan tahunan Bagi pembinaan rumah pula, tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong / perjanjian tertakluk kepada termas dan syarat.
4. Bolehkah menggunakan tapak tuan tanah yang telah meninggal dunia? Tidak boleh, kesemua tuan tanah mestilah hidup dan memberi kebenaran serta tidak boleh mempunyai sebarang sekatan untuk pendaftaran gadaian.
5. Bolehkah memohon sekiranya tanah mempunyai banyak tuan tanah? Boleh sekiranya kesemua tuan tanah (masih hidup) memberi kebenaran.
6. Apakah sebab permohonan ditolak? Antara sebab utama permohonan ditolak adalah:
1. Pendapatan seisi rumah melebihi syarat kelayakan
2. Telah memiliki rumah yang masih berkeadaan baik
3. Tapak cadangan tidak sesuai
4. Geran hakmilik mempunyai masalah / sekatan
7. Siapa yang bertanggungjawab untuk penyediaan tapak dan penyambungan air
/elektrik? Pemohon perlu menyediakan tapak dan membuat penyambungan air dan elektrik. SPNB hanya membina rumah sahaja.
8. Bolehkah rumah diubahsuai? Boleh. SPNB hanya akan membina rumah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan ubahsuai yang tidak melibatkan struktur boleh dipertimbangkan melalui permohonan kepada SPNB. Ubahsuai yang berlaku tanpa pengetahuan SPNB adalah di bawah tanggungjawab pemohon.
9. Bagaimana membuat pembayaran bulanan? Pemohon perlu membuka akaun dan membuat bayaran melalui kaunter BSN, Pejabat Pos, JOMPAY, Agen BSN, dan mesin CDM BSN. Pembayaran di Pejabat Cawangan juga boleh dilakukan.
10. Jika pemohon meninggal dunia, siapa yang perlu bayar bayaran bulanan? Jika simati telah diinsuranskan, maka pinjaman tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Insurans. Jia tidak, pemohon kedua/tuan tanah/pewaris perlu meneruskan pembayaran bulanan.

Anda boleh rujuk soalan lazim yang lain di sini : https://spnb.com.my/soalan-lazim/
Maklumat Lanjut Untuk maklumat lanjut tentang Rumah Mesra Rakyat SPNB, rujuk laman web rasmi https://spnb.com.my/
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Telefon : +603-7849 2000 E-mel: [email protected] Facebook: SPNB Instagram : spnb_official Twitter: spnb_official Youtube: spnb_official Alamat:
Level 1, Blok C, Dataran PHB Saujana Resort, Seksyen U2,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Waktu urusan:
Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi – 5.30 petang)
IBU PEJABAT
Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
E-mel: [email protected]
SENARAI CAWANGAN
CAWANGAN KEDAH
No.28 & 29, Jalan UJ 2 Taman Universiti Jaya, Semeling, 08100 Bedong, Kedah.
Tel: 04-4500375 / 04-4500376
Faks: 04-4500379
E-mail: [email protected]
CAWANGAN MELAKA
No 76 & 78 Jalan LP 2, Taman Limbongan Permai, 75200 Melaka.
Tel: 06-3369751 / 06-3369752
Faks: 06-3369753
E-mail: [email protected]
CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
No 24, Jalan Pusat Komersial Saujana 1, Pusat Komersial Saujana, Seremban 2 Height, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel: 06-601 4498 / 06-601 4350
Faks: 06-601 3507
E-mail: [email protected]
CAWANGAN TERENGGANU
No.K-5,Ruang Niaga Semarak Felda, Komplek Felda Wilayah Terengganu, Mukim Kuala Nerus, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6660010 / 09-6660054
Faks: 09-6627312
E-mail: [email protected]
CAWANGAN PERAK
No.9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya, 30200 Ipoh, Perak.
Tel: 05-5264188 / 05-5263876
Faks: 05-5264319
E-mail: [email protected]
CAWANGAN PAHANG
A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel: 09-573 3222
Faks: 09-573 3666
E-mail: [email protected]
CAWANGAN JOHOR
Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-2259900 / 07-2259911
Faks: 07-2223233
E-mail: [email protected]
CAWANGAN KELANTAN
No. PT2240, Taman Merbau Utama, Batu Tinggi Bukit Merbau, 16810 Pasir Puteh, Kelantan.
Tel: 09-7886546 / 09-788754509-7886546 / 09-7887545
Faks: 09-7885545
E-mail: [email protected]
CAWANGAN SARAWAK
Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub,
93050 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-230032 / 082-240032
Faks: 082-230055
E-mail: [email protected]
CAWANGAN SABAH
Lot S01, S02 & S03, Vista Seri Melalin, Jalan Kompleks JKR Tuaran, 89208 Tuaran, Sabah.
Tel: 088-791610 / 088-791612
Faks: 088-791613
E-mail: [email protected]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/rumah-mesra-rakyat-2026/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rumah-mesra-rakyat-2026

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekolah Seni Malaysia Sekolah Sukan Semakan Keputusan Permohonan 2026

Sekolah Seni Malaysia Sekolah Sukan Semakan Keputusan Permohonan 2026

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 159 hits
Semakan keputusan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia dan Sekolah Seni Malaysia Program Pendidikan Seni boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang eSSEM bermula 22 Disember 2025 hingga 9 Januari 2026 Berikut dikongsikan syarat ...
Rakyat Kelantan Boleh Mohon Lesen Mendulang Mulai 1 Jan 2026

Rakyat Kelantan Boleh Mohon Lesen Mendulang Mulai 1 Jan 2026

papar berkaitan - pada 31/12/2025 - jumlah : 81 hits
Rakyat Kelantan Boleh Mohon Lesen Mendulang Mulai 1 Jan 2026 KOTA BHARU 31 Dis Rakyat Kelantan yang berminat menjadi pendulang boleh membuat permohonan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri dan Pejabat Tanah Jajahan mulai esok kata Timbalan Me...
Permohonan Bantuan Usahawan Maju Johor 2026

Permohonan Bantuan Usahawan Maju Johor 2026

papar berkaitan - pada 30/12/2025 - jumlah : 128 hits
Kerajaan Negeri Johor menerusi Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd menawarkan bantuan geran perniagaan berupa mesin dan peralatan sehingga RM5 000 00 di bawah Bantuan Usahawan Maju Johor 2026 yang boleh dipohon menerusi Mengenai Bantuan Usaha...
Panduan Beli Rumah Pertama Tahun 2026

Panduan Beli Rumah Pertama Tahun 2026

papar berkaitan - pada 29/12/2025 - jumlah : 197 hits
Anak anak muda sekarang ni rajin bekerja rajin menyimpan tapi bila bab nak beli rumah ramai yang jadi takut Takut salah pilih takut tak mampu bayar takut loan tak lulus Sis faham sangat sebab beli rumah ni bukan macam beli telefon Silap lan...
Tahun Baharu Perubahan Baharu Perkara Yang Menanti Rakyat Malaysia Pada 2026

Tahun Baharu Perubahan Baharu Perkara Yang Menanti Rakyat Malaysia Pada 2026

papar berkaitan - pada 2/1/2026 - jumlah : 75 hits
Tahun Baharu Perubahan Baharu Perkara Yang Menanti Rakyat Malaysia Pada 2026 KUALA LUMPUR Tahun 2026 bukan sekadar tentang azam baharu tetapi juga menuntut rakyat supaya lebih peka dan bersedia menghadapi pelbagai perubahan baik daripada ko...
Semakan Tawaran Kemasukan Ke Sekolah Khusus Dan Maktab Rendah Sains Mara Tahun 2026

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Sekolah Khusus Dan Maktab Rendah Sains Mara Tahun 2026

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 147 hits
Semakan Tawaran Kemasukan ke Sekolah Khusus dan Maktab Rendah Sains MARA Tahun 2026 bagi murid Tingkatan 1 Tingkatan 4 dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia akan dibuka mulai 26 Disember 2025 hingga 13 Januari 2026 melalui pautan berikut 1 ...
Budi Madani Diesel 2026 Semakan Tarikh Bayaran

Budi Madani Diesel 2026 Semakan Tarikh Bayaran

papar berkaitan - pada 31/12/2025 - jumlah : 93 hits
Budi Madani Diesel adalah sebahagian daripada inisiatif BUDI MADANI yang diperkenalkan kerajaan sebagai langkah penyasaran semula subsidi bahan api khususnya diesel Semak kelayakan dan tarikh bayaran bulanan subsidi diesel di portal rasmi B...
Mahkamah Tolak Permohonan Najib Berhubung Isu Tahanan Rumah Dalam Titah Adendum

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Berhubung Isu Tahanan Rumah Dalam Titah Adendum

papar berkaitan - pada 22/12/2025 - jumlah : 173 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan semakan kehakiman Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung titah adendum yang didakwa membenarkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara beliau di bawahan tahana...
Memori 2026 Ukhuwah Silaturahim Di Rumah Adik Bongsu

Memori 2026 Ukhuwah Silaturahim Di Rumah Adik Bongsu

papar berkaitan - pada 3/1/2026 - jumlah : 48 hits
Bacaan Tahlil dan Doa Selamat di rumah adik Bongsu di Taman Bersatu Keningau Bermula Cerita Kehidupan 2026 Permulaan Yang Bahagia Januari 02 2026 hari Jumaat baru dapat updated blog ini sedangkan entri sebelum ini adalah pada 31 12 2025 Ber...
Mangsa Lemas Teruja Berkelah Di Pantai Sebelum Tragedi

Mn Akan Ditolak Umno Pas Tu Nak Tumpang Kepimpinan Orang Lain Hadi Awang Tak Mampu Untuk Jadi Pm

Dense Fog Disrupts Flights Across Northern And Eastern India Including New Delhi

Ambang 2026 Pdrm Perteguh Keselamatan Jalan Raya Ribuan Saman Dikeluarkan Di Selangor Dan Negeri Sembilan

Nanti Saya Call Balik Lelaki Kongsi Penyesalan Tak Sempat Jumpa Ibu Sebelum Pergi

Pas Akan Terus Perjuangkan Islam Sebagai Asas Utama Pemerintahan Sanusi

Meronda Sdary Cari Landmark Imbau Nostalgia

Penggunaan Fotografi Beresolusi Tinggi Dan Teknik Analisis Gambar Moden Dalam Kimia


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Memori 2026 Ukhuwah Silaturahim Di Rumah Adik Bongsu

Ideas Recipe Italian Beef Sandwich Chicago

Consumer Group Urges End To Fare Bargaining In E Hailing Calls For Minimum Fare Regulation The Vibes 31 12 2025

Drama Susuk Rupawan

Euro Menetapkan Paras Kemenangan

Afieq Shazwan Oh Tuhan Chord