Ibu Perlu Bersedia Untuk Hamil Bukan Termengandung Tanpa Sengaja Doktor Jelaskan Pilihan Kaedah Perancang Keluarga


Untuk hamil, sebaik-baiknya ibu-ibu perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Sekiranya baru bersalin, pastikan tubuh pulih sepenuhnya dan menyusukan bayi. Doktor Muhammad Izzat menerangkan mengenai menggunakan kaedah perancangan keluarga untuk menjarakkan kehamilan dan jenis-jenisnya.
Apabila seorang ibu hamil, ia bermakna tubuhnya akan bekerja keras untuk menyokong perkembangan janin. Sekiranya tidak bersedia dari segi mental dan fizikal, maka ia mungkin boleh menggugat proses kehamilan dan meningkatkan risiko pelbagai komplikasi.

Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan berkongsi info mengenai kaedah merancang keluarga yang boleh digunakan untuk menjarakkan kehamilan.
Perancangan keluarga perlu bagi setiap pasangan supaya setiap kehamilan itu dihargai. Perancangan keluarga perlu untuk menjarakkan anak, supaya ibu dapat pulih sepenuhnya.
SEBAB PERANCANG KELUARGA PERLU Sekiranya ada luka jahit sewaktu bersalin, luka dapat pulih dengan sempurna. Ia juga dapat menggalakkan penyusuan susu ibu yang lebih lama dan menguatkan ikatan kasih sayang antara ibu dan anak. Pastikan anda betul-betul bersedia untuk hamil lagi, bukannya hamil secara ‘tidak sengaja’
Kebanyakan wanita keliru dengan kaedah untuk merancang keluarga. Sekiranya ujian air kencing menunjukkan positif hamil, sudah terlambat untuk melakukan kaedah perancangan keluarga.
Setiap keluarga berhak mempunyai bilangan anak yang mereka idamkan, tetapi jarak diantara satu anak dengan anak yang lain boleh dirancang dengan menggunakan kaedah-kaedah perancang keluarga
JENIS KAEDAH PERANCANG KELUARGA Berikut, merupakan antara kaedah yang boleh digunakan. Sila pastikan anda memahami setiap kaedah dan risikonya sebelum membuat keputusan.
Anda boleh gunakan kaedah-kaedah pencegah kehamilan berikut ketika anda masih menyusukan bayi:
Kondom untuk lelaki atau wanita; Pil mini; Suntikan; Implan; Alat intrauterine (IUD) #1 KONDOM Kondom adalah kaedah yang paling mudah digunakan, samada anda masih menyusu badan ataupun tidak. Kondom untuk wanita diletakkan di dalam faraj sebelum melakukan hubungan kelamin. Kondom untuk wanita mungkin tidak begitu selesa berbanding kondom untuk lelaki. Jika digunakan dengan betul, kondom untuk lelaki adalah 98 peratus berkesan dan kondom untuk wanita 95 peratus berkesan.
Anda mungkin dapati faraj anda sedikit kering selepas bersalin. Jika anda mahu bersama suami tetapi rasa kurang selesa kerana kekeringan, cuba gunakan jel pelincir. Jeli ini haruslah larut air (water-based) supaya ia tidak membocorkan kondom.
#2 PIL MINI (MINI PILL) Anda boleh guna pil mini jika anda masih menyusukan bayi kerana ia tidak mengganggu bekalan susu anda. Anda boleh mula mengambilnya 21 hari selepas bersalin.
Pil mini juga dikenali sebagai pil progestin (progestogen-only pill – POP). Ia mengandungi hormon progesterone sintetik . Pil mini adalah lebih daripada 99 peratus berkesan. Namun untuk ia memberi kesan seperti ini, anda perlu mengambilnya pada waktu yang sama setiap hari. Ini boleh jadi sukar jika anda sibuk menjaga bayi yang baru lahir. Mungkin tidak sesuai untuk wanita yang pelupa dan seumpama denganya.
Gambar hiasan. #3 SUNTIKAN Suntikan berkesan selama beberapa minggu. Terdapat dua jenis suntikan:
Depo-Provera, yang berkesan selama 12 minggu Norethisterone – yang berkesan selama 8 minggu Jika anda aktif menyusu badan, sebahagian kecil progestogen akan dirembeskan ke dalam susu ibu. Walaubagaimanapun kuantiti yang sedikit ini tidak akan membahayakan bayi anda.
Adalah lebih baik untuk menunggu sehingga 6 minggu selepas bersalin sebelum mula mengambil suntikan. Ini bagi mengurangkan kemungkinan haid anda jadi tidak menentu dan darah keluar dengan banyak. Masalah pendarahan adalah salah satu keburukan kaedah ini.
Kaedah suntikan semakin popular kebelakangan ini kerana keberkesanannya yang tinggi (lebih daripada 99 peratus) dan mudah untuk didapati. Tetapi jika anda mahu hamil lagi dengan segera selepas berhenti menggunakan pencegah kehamilan, kaedah ini mungkin tidak sesuai untuk anda. Hal yang demikian kerana kesuburan anda akan mengambil masa beberapa bulan untuk kembali sediakala.
Gambar hiasan. #4 IMPLAN Kaedah implan kekal selama tiga tahun, jadi anda perlu fikir masak-masak samada ini adalah kaedah yang sesuai untuk anda. Dalam kaedah implan, Nexplanon yang berupa tiub plastik fleksibel yang kecil dan nipis bersaiz kira-kira 4 cm panjang dan berdiameter 2mm akan dimasukkan ke bawah lengan. Tiub ini mengandungi hormone progestogen. Anda boleh mengambil implan 21 hari selepas bersalin. Anda masih boleh menyusu badan kerana hanya sedikit sahaja progestogen yang masuk ke dalam susu anda, dan selamat untuk bayi
Doktor akan memasukkan implan ini ke bawah lengan anda. Ia boleh dikeluarkan apabila anda mengambil keputusan untuk menukar kaedah mencegah kehamilan atau apabila anda mahu cuba untuk hamil lagi. Kaedah implan berkesan lebih daripada 99 peratus.
#5 ALAT DALAM RAHIM Alat dalam Rahim (intrauterine device) atau IUD boleh digunakan selama 3 hingga 5 tahun bergantung kepada jenis yang digunakan.
Anda boleh mula menggunakan IUD pada bila-bila masa daripada empat minggu selepas bersalin. Doktor atau jururawat akan memasukkannya untuk anda. Anda boleh menggunakan IUD samada anda bersalin secara normal atau caesarean. Keberkesanan IUD adalah lebih daripada 99 %
Jangan Terlalu AWAL Jangan Terlalu LEWAT Jangan Terlalu RAPAT
PESANAN DOKTOR  Setiap Anak…..
Yang dianugerahkan oleh Allah adalah anak yang diingini dan ditunggu-tunggu oleh kedua ibu bapanya
Setiap Anak….
Berhak menikmati kehidupan berkeluarga yang aman dan bahagia
Setiap Anak….
Adalah anak yang dikehendaki dan disayangi
Setiap Kehamilan…
Adalah kehamilan yang dirancang, bukannya kehamilan secara ‘accident’
Sumber: Dr Muhammad Izzat Abdul Razak
 
The post Ibu Perlu Bersedia Untuk Hamil & Bukan ‘Termengandung’ Tanpa Sengaja! Doktor Jelaskan Pilihan Kaedah Perancang Keluarga appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/ibu-perlu-bersedia-untuk-hamil-bukan-termengandung-tanpa-sengaja-doktor-jelaskan-pilihan-kaedah-perancang-keluarga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Ada Diabetes Masa Hamil Doktor Syorkan Ambil Susu Rendah Lemak Ia Pilihan Paling Baik

Kalau Ada Diabetes Masa Hamil Doktor Syorkan Ambil Susu Rendah Lemak Ia Pilihan Paling Baik

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 442 hits
Ibu hamil amat memerlukan zat zat nutrisi seimbang demi memastikan tahap kesihatan dan pertumbuhan bayi berada pada tahap optimum selaras dengan umur kehamilan Keperluan nutrien semasa hamil meningkat terutamanya semasa trimester kedua dan ...
Ramai Ibu Hamil Akan Mengalami Penyakit Ini Sila Berhati Hati Ikuti Langkah Pencegahan Ini

Ramai Ibu Hamil Akan Mengalami Penyakit Ini Sila Berhati Hati Ikuti Langkah Pencegahan Ini

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 317 hits
Ramai di kalangan ibu hamil yang mengalami praeklampsia atau tekanan darah tinggi dan kelebihan kadar protein dalam urin sewaktu kehamilan Penyakit ini adalah sangat serius kerana ia berlaku pada sekitar 5 daripada populasi wanita hamil dan...
9 Manfaat Omega 3 Untuk Ibu Hamil Penting Untuk Ibu Bayi

9 Manfaat Omega 3 Untuk Ibu Hamil Penting Untuk Ibu Bayi

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 330 hits
Tahukah kita kepentingan manfaat Omega 3 untuk ibu hamil Pengambilan Omega 3 dalam makanan bukan sahaja dapat menyokong kesihatan ibu sepanjang kehamilan malah ia juga membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi sejak dalam kandungan lagi Om...
Tumpah Darah Lepas Bersalin Bukan Hal Biasa Biasa Boleh Sebabkan Kematian Ibu Hamil Perlu Ada Ilmu

Tumpah Darah Lepas Bersalin Bukan Hal Biasa Biasa Boleh Sebabkan Kematian Ibu Hamil Perlu Ada Ilmu

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 544 hits
Kes kematian ibu selepas melahirkan anak bukanlah hal biasa yang boleh dipandang ringan oleh ahli keluarga Disebabkan itulah orang orang lama selalunya menasihatkan ibu berpantang supaya ditemani suami atau ahli keluarga ketika berpantang S...
Makan 3 Kali Sehari Tip Kawal Selera Makan Ibu Hamil Yang Ada Penyakit Diabetis Gdm

Makan 3 Kali Sehari Tip Kawal Selera Makan Ibu Hamil Yang Ada Penyakit Diabetis Gdm

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 321 hits
Glukosa atau glukos adalah bahan yang menjadi sumber tenaga bagi kehidupan seharian Walau bagaimana pun jika tahap glukos dalam darah berlebihan ia akan memberi kesan buruk kepada organ dalaman tubuh Misalnya merosakkan lapisan retina di ba...
Tak Semua Yang Melahirkan Pada Tarikh Jangkaan Ibu Hamil Perlu Tahu Risiko Kandungan Lebih Hari

Tak Semua Yang Melahirkan Pada Tarikh Jangkaan Ibu Hamil Perlu Tahu Risiko Kandungan Lebih Hari

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 657 hits
Ibu hamil yang menanti saat saat melahirkan tentu tidak sabar menanti cahaya mata setelah doktor memberi tarikh jangkaan bersalin Namun tidak semua melahirkan pada tarikh yang dijadualkan Ada yang awal dan ada juga yang melebihi tarikh jang...
It S All About You Domino S Pilihan Keluarga Kami

It S All About You Domino S Pilihan Keluarga Kami

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 471 hits
Selamat Hari Deepavali kepada semua kaum India di seluruh Malayisa Cuti panjang ini kami sekeluarga mereput di rumah Nak keluar pun malas dan tak tahu nak tuju ke mana Anak anak dah bising mama mama kita duduk rumah saja ke Bhahaha mama kel...
Menyesal Nak Mati Bila Doktor Kata Susu Kultur Itu Penyebab Saluran Suara Anak Jadi Bengkak Ibu

Menyesal Nak Mati Bila Doktor Kata Susu Kultur Itu Penyebab Saluran Suara Anak Jadi Bengkak Ibu

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 458 hits
Menyesal nak mati bila doktor kata susu kultur itu penyebab saluran suara anak jadi bengkak IbuSemalam seorang ibu meluahkan rasa kebimbanganya mengenai kesihatan anak perempuan beliau yang lemah selepas disahkan tidak sihat kerana minuman ...
Awas Salah Posisi Tidur Boleh Menyebabkan Bayi Mati Mengejut Ibu Hamil Mesti Berhati Hati

Awas Salah Posisi Tidur Boleh Menyebabkan Bayi Mati Mengejut Ibu Hamil Mesti Berhati Hati

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 506 hits
Posisi tidur memberikan impak besar kepada janin dalam kandungan Silap kedudukan boleh buat bayi mati dalam kandungan Menginjak ke trimester kedua dan ketiga ibu hamil lazimnya akan menghadapi masalah untuk tidur kerana saiz kandungan yang ...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Berebut Kasih

Reaching Out

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

Calon Pn Kuala Kubu Baru Ceo Syarikat Tutup

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024

Prk Kkb Pertandingan Parti Atau Pertandingan Kaum

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Piza Potato Gnocchi Di The Spot By Chinoz Tiada Tandingan