Ini Masa Paling Sesuai Untuk Pelabur Asing Datang Ke Malaysia Tun M


TOKYO: Ini adalah masa yang paling sesuai untuk golongan pelabur dan peniaga asing mengembangkan perniagaan mereka di Malaysia, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, walaupun dasar Malaysia sejak dahulu lagi memang mesra kepada perniagaan, namun, Kerajaan Pakatan Harapan akan bersikap lebih terbuka dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan asing ke negara ini.
Ini, jelas Perdana Menteri lagi, termasuk memastikan segala rintangan dan permasalahan yang dihadapi pelabur asing di negara ini dapat diatasi, serta jaminan perniagaan mereka akan dilindungi undang-undang sedia ada.
“Saya beri jaminan bahawa Kerajaan Malaysia memang mahu membantu anda lebih berjaya. Anda datang ke Malaysia, kami akan layan anda sebagai tetamu, kami akan melihat dan menyelesaikan segala masalah anda.
“Kami juga adalah kerajaan yang berpegang teguh pada undang-undang. Walaupun mungkin ada sesetengah undang-undang agak tegas dan menekan, tetapi percayalah bahawa kami akan juga mewujudkan undang-undang yang akan membantu perniagaan anda lebih berkembang,” katanya sewaktu menyampaikan ucaptama di Persidangan Bersama dan Forum Perniagaan Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (Majeca) dan Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (Jameca) kali ke-36, di Tokyo, hari ini. Persidangan itu merupakan antara kemuncak hari kedua lawatan kerja beliau selama tiga hari, yang bermula semalam.
Terdahulu, Dr Mahathir berkata, Malaysia asalnya merupakan sebuah negara yang amat miskin, dan bergantung harap sepenuhnya pada industri biji timah dan getah.
Namun, jelas Perdana Menteri lagi, kedua-dua industri itu tidak dapat berkembang selari dengan peredaran zaman, sekali gus menyebabkan kerajaan mencari alternatif dalam menambah sumber pendapatan, termasuk mengambil kesempatan terhadap perkembangan pesat sektor pembuatan dan digital.
“Sebab itu kami mahu melaksanakan kembali dasar mengindustrikan negara. Dan memandangkan kami tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang mencukupi, kami harus bergantung kepada pelabur-pelabur asing seperti anda semua.
“Dan kini kami memerlukan lebih banyak pelaburan dalam industri berteknologi tinggi, serta berasaskan teknologi maklumat, yang mana kami rasa dapat membantu memajukan dan mengembangkan ekonomi Malaysia dengan lebih pantas,” katanya lagi.
Sehubungan itu Perdana Menteri berkata, beliau mengharapkan agar persidangan Jameca-Majeca kali ini dapat memberi tumpuan yang lebih serta melihat peluang yang ada di bawah kerajaan baharu Malaysia.
“Saya beri jaminan, di bawah Malaysia baharu, kerajaan Malaysia akan sentiasa menjaga anda. Perniagaan anda akan menjadi lebih maju kerana polisi di bawah kerajaan ini, kerajaan yang didirikan oleh pihak yang dahulunya merupakan parti pembangkang, tetapi berpegang teguh pada prinsip demokrasi, kebebasan, dan kedaulatan undang-undang,” katanya lagi.
The post Ini Masa Paling Sesuai Untuk Pelabur Asing Datang Ke Malaysia – Tun M appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/ini-masa-paling-sesuai-untuk-pelabur-asing-datang-ke-malaysia-tun-m/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelabur Asing Mula Kembali Tun Mahathir

Pelabur Asing Mula Kembali Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 463 hits
Posted By on October 30 2018Pelabur asing kembali ke Malaysia kerana mereka tidak lagi perlu memberi rasuah untuk membolehkan mereka berniaga kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Banyak pelabur yang enggan melabur di Malaysia kini sudah...
God Of War Ps4 Malaysia Part 1 Game Paling Best Abad Ini

God Of War Ps4 Malaysia Part 1 Game Paling Best Abad Ini

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 642 hits
Assalamualaikum Hairangers Yes Permainan video game God of War 2018 sememangnya sangat terbaik dari segi pertarungan jalan cerita yang menarik pembangunan karakter yang berkesan dan yang paling best adalah watak Kratos Gameplay Part 1 God o...
Malaysia Singapura Negara Berkembar Hubungan Baik Diteruskan Tun M

Malaysia Singapura Negara Berkembar Hubungan Baik Diteruskan Tun M

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 417 hits
SINGAPURA Malaysia berharap untuk meneruskan hubungan baik dalam bidang ekonomi dan saling menghormati dengan Singapura kata Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri yang tiba di sini hari ini untuk melakukan lawatan rasmi dua hari menyifatk...
Power Couple Ini Dia Pasangan Selebriti Paling Berpengaruh Di Malaysia Yang Kedua Memang Sweet Dan Bersemut Sangat

Power Couple Ini Dia Pasangan Selebriti Paling Berpengaruh Di Malaysia Yang Kedua Memang Sweet Dan Bersemut Sangat

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 757 hits
Sebut je pasangan selebriti paling berpengaruh pasti akan terus terbayangkan 11 pasangan ini Mereka ini digelar Power Couple bukan saja kerana kekayaan dan popular tetapi mereka ini saling melengkapi dan berjaya mencipta nama masing masing ...
Ada Ahli Umno Datang Secara Kumpulan Mahu Masuk Pakatan Harapan Kata Tun Mahathir

Ada Ahli Umno Datang Secara Kumpulan Mahu Masuk Pakatan Harapan Kata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 392 hits
PUTRAJAYA Terdapat pelbagai cara digunakan oleh Ahli UMNO yang mahu menyertai Pakatan Harapan kata Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad Ada yang nak masuk dengan satu kumpulan tidak boleh sebab dia akan jadi lebih besar dari kita Kalau nak ...
Tun M Mahu Malaysia Teroka Teknologi Baharu

Tun M Mahu Malaysia Teroka Teknologi Baharu

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 480 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu Malaysia meneroka teknologi baharu termasuk menghasilkan dron buatan sendiri dan industri kepintaran buatan Beliau berkata untuk mencapai status negara maju Malaysia perlu menjadi pe...
Ekonomi Makin Malap Pelabur Menjauhi Malaysia

Ekonomi Makin Malap Pelabur Menjauhi Malaysia

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 429 hits
Umum mengetahui bahawa dengan pembatalan progek projek besar seperti ECRL dan HSR membuatkan Malaysia semakin dijauhi pelabur kerana kurang yakin dengan kemampuan kerajaan sekarang dalam menguruskan hal ehwal ekonomi negara Perkara ini menj...
Ini Solusi Anies Jika Kenaikan Ump Tak Sesuai Ekspektasi Buruh

Ini Solusi Anies Jika Kenaikan Ump Tak Sesuai Ekspektasi Buruh

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 386 hits
Gubernur DKI Jakarta Anies Baswedan menjanjikan para pekerja alias buruh mendapatkan kenaikan Upah Minimum Provinsi dan subsidi pemerintah lewat kartu pekerja Anies mengatakan apabila kenaikan UMP nanti tidak sesuai ekspektasi buruh maka Pe...
10 Artis Wanita Bertudung Paling Comel Di Malaysia No 1 Paling Sopan Dan Comel Bermata Bulat

10 Artis Wanita Bertudung Paling Comel Di Malaysia No 1 Paling Sopan Dan Comel Bermata Bulat

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 2562 hits
Malaysia memang terdapat ramai artis wanita yang comel namun artis bertudung selalu menjadi pilihan peminat kerana lebih comel ayu sopan dan lain2 Kami mengumpulkan gambar top 10 artis bertudung yang paling comel terbaik untuk anda Walaubag...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Rayhana Oo Rayhana

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kabinet Kerajaan Madani

The Running Man 2025 Pertaruhan Nyawa Dalam Dunia Hiburan

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya