Hukum Meminjam Wang Simpanan Tabung Haji Anak Untuk Dilaburkan Di Asb



SOALAN:
Saya ingin bertanya hukum ibu meminjam wang simpanan Tabung Haji anak untuk disimpan di Amanah Saham (ASB). Setelah mendapat dividen, ibu mengeluarkan semula nilai sama yang dipinjam daripada anak, dan menggunakan nilai dividen yang diperolehi untuk membayar yuran pengajian. Mohon pencerahan. Terima kasih.

JAWAPAN:
Tiada perselisihan ulama' berkaitan keharusan memberi pinjaman wang. Ia merupakan salah satu ibadah yang terpuji kerana membantu meringankan beban dan mencukupkan keperluan orang yang memerlukan, apatah lagi jika peminjam itu adalah ibu bapa kita sendiri. Daripada Abdullah bin Umar R.A menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لا يَظْلِمُهُ وَلا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari Kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari Kiamat.” [Riwayat al-Bukhari (2442)]

Daripada sudut pemiutang (pemberi hutang), keharusan memberi pinjam boleh berubah kepada wajib, harus mahupun haram melihat kepada tujuan pinjaman dilakukan. Berdasarkan situasi di atas, pinjaman dilakukan bertujuan melabur di ASB bagi membayar yuran pengajian apabila memperoleh dividen tahunan yang memberangsangkan.

Berkaitan hukum ASB, seiring dengan fatwa yang pernah dikeluarkan sebelum ini, hukumnya harus berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1-3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB dan seumpamanya.

Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus. Bertitik tolak daripada keharusan membuat pelaburan di ASB, maka diharuskan seorang anak memberi pinjaman wang termasuklah duit daripada simpanan Tabung Haji kepada ibunya.

Di sisi penghutang atau peminjam pula perlu memahami konsep hutang. Hutang wang atau disebut Qarḍ di dalam kitab Fiqh tergolong di bawah kategori yadd al-ḍhamān. Hukum yadd al-ḍhamān dalam bab pinjaman wang ialah perlu membayar dan memulangkan semula segala hutang piutang yang dipinjam daripada pemiutang. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 7/221)

Memandangkan setiap pelaburan termasuk ASB mempunyai risiko untung dan rugi, Syariah menetapkan seseorang yang melakukan pelaburan perlu bersedia menerima segala risiko kerugian yang mungkin timbul seperti pulangan yang rendah atau kerugian secara total. Sebagai timbal balik, Syariah memberikan hak untuk pelabur menerima segala imbuhan dan dividen sekiranya pelaburan yang dilakukan peroleh keuntungan. Ini berdasarkan kaedah fiqh:

الغُرْمُ بالغُنْمِ
“Risiko sejajar dengan keuntungan.” (Lihat: al-Ashbah wa al-Nazhair, 1/136)

Perkaitannya, tidak kira sama ada peroleh keuntungan atau kerugian, modal yang dipinjam untuk pembiayaan ASB perlu dipulangkan semula. Salah faham yang berlaku apabila memahami keperluan membayar hutang hanya apabila peroleh keuntungan, sedangkan apabila kerugian tidak perlu membayar hutang.

Kesimpulannya, sebelum melakukan sebarang transaksi pinjaman, umat Islam dinasihatkan untuk memahami konsep dan hukum yang terlibat seperti konsep memberi pinjaman, konsep membayar hutang, konsep pelaburan dan lain-lain yang berkaitan supaya segala tindak tanduk menepati panduan yang ditetapkan Syariah.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/hukum-meminjam-wang-simpanan-tabung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Buka Dah Akaun Tabung Haji Anak 9 Bulan Akhirnya

Dah Buka Dah Akaun Tabung Haji Anak 9 Bulan Akhirnya

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 360 hits
Lembaga Tabung Haji Pekan Pahang 5 Sept 2017 Perancangan untuk buka akaun Tabung Haji anak ni memang sejak dari kandungan lagi cuma menunggu masa dan kesempatan Irfan berumur 9 bulan 10 hari baru berkesempatan untuk buka akaun ni di kampung...
The Truth Tabung Haji Disabotaj

The Truth Tabung Haji Disabotaj

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 289 hits
Mujahid Yusof Rawa Menteri Agama PH telah membuat satu tuduhan melulu apabila mendakwa isu Tabung Haji menjadi bahan murahan kelompok tertentu dan kononnya kelompok ini miss out banyak perkara Realitinya beliau dan pegawai socmed TH yang ca...
Alahai Tabung Haji

Alahai Tabung Haji

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 442 hits
Jika Mujahid tak mampu kendali TH sila kemas barang Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan segera untuk membuat siasatan dan kajian secara terperinci mengenai permasalahan yang didakwa sedang melanda Tabung Haji Ketua Penerangan UMNO ...
Tabung Haji Untung Rm1 3 Bilion Hasil Pelan Pemulihan

Tabung Haji Untung Rm1 3 Bilion Hasil Pelan Pemulihan

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 249 hits
Berbeza dengan kutukan pembangkang kononnya Tabung Haji telah terjun ke dalam gaung kerugian Lembaga Tabung Haji dalam kenyataan medianya berkata organisasi itu berjaya mencatat keuntungan sebanyak RM1 3 bilion bagi tempoh sembilan bulan pe...
Tutup Hotel Ini Penjelasan Tabung Haji

Tutup Hotel Ini Penjelasan Tabung Haji

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 323 hits
KUALA LUMPUR Operasi empat Hotel Tabung Haji akan diteruskan di bawah pengurusan baharu iaitu UJ Property Management Sdn Bhd Menurut Lembaga Tabung Haji pengambilalihan operasi dan perkhidmatan rangkaian hotel oleh UJPM merupakan sebahagian...
Hukum Sedekahkan Wang Yang Diberikan Seseorang Untuk Tujuan Lain

Hukum Sedekahkan Wang Yang Diberikan Seseorang Untuk Tujuan Lain

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 222 hits
SOALAN Di sini ada satu pertanyaan mengenai duit insurans atas kematian rakan sepejabat keluarga arwah memberi sumbangan kepada kami rakan sekerja untuk buat makan makan Apakah dibolehkan untuk kami sedekah duit tersebut atas nama arwah ke ...
Siapa Khianat Tabung Haji Bn Atau Ph

Siapa Khianat Tabung Haji Bn Atau Ph

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 346 hits
oleh Ab Jalil Backer 1 Kemelut yang melanda Tabung Haji hari ini bukan berpunca dari penyelewengan curi duit atau pelaburan palsu seperti yang cuba digambarkan oleh Pakatan Harapan 2 Keuntungan Bersih TH pada 2017 ialah RM3 412 juta RM2 486...
Percanggahan Kenyataan Antara Tabung Haji Thhr Dan Mujahid

Percanggahan Kenyataan Antara Tabung Haji Thhr Dan Mujahid

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 353 hits
SETELAH tular surat penamatan operasi dan hospitaliti 4 Hotel Tabung Haji di bawah Kumpulan TH Hotel and Residence Sdn Bhd sehingga menimbulkan keresahan rakyat hari ini Lembaga Tabung Haji tampil menjelaskan melalui kenyataan medianya Namu...
4 Hotel Tabung Haji Tutup

4 Hotel Tabung Haji Tutup

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 519 hits
RASA CURIGA PENUTUPAN HOTEL TABUNG HAJI HOTEL LAIN OK JE PAS TUNTUT PENJELASAN PAS turut bimbang dengan nasib semua aset hartanah LTH bernilai RM1 4 bilion yang telah dipindahkan kepada UJSB antaranya tanah TRX KL Platinum Park dan tanah Pr...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa