Percanggahan Kenyataan Antara Tabung Haji Thhr Dan Mujahid




SETELAH tular surat penamatan operasi dan hospitaliti 4 Hotel Tabung Haji di bawah Kumpulan TH Hotel and Residence Sdn Bhd (THHR), sehingga menimbulkan keresahan rakyat, hari ini Lembaga Tabung Haji tampil menjelaskan melalui kenyataan medianya.
Namun, setelah meneliti kenyataan rasmi pihak TH tersebut, ternyata wujudnya percanggahan antara kenyataan awal pihak THHR yang tular, kenyataan rasmi TH bahkan dengan kenyataan YB Menteri Dr Mujahid sendiri termasuk kenyataan Blogger upahan yang dimuatnaik oleh Menteri dalam status Facebook beliau.
Persoalannya:
1. Kenapa begitu jelas percanggahan kenyataan TH Hotel (THHR) dan kenyataan YB Menteri dengan kenyataan terbaru TH? (Dalam kenyataan THHR, 4 hotel TH telah ditamatkan operasinya, sedangkan TH dakwa tidak tamat, hanya tukar pengendali operasi manakala Menteri pula kata terpaksa dijual kerana tidak berdaya maju!)
2. Apakah maksud TH tidak menutup operasi dan hanya memindahkan milik hotel-hotel terbabit kepada UJSB?Bukankah dalam dokumen perjanjian Sukuk, TH selaku pemegang Sukuk tidak mempunyai sebarang hak atau klaim ke atas sebarang keuntungan atas aset-aset yang telah dipindah milik kepada UJSB?
3. Dengan kata lain, TH secara asasnya sudah hilang pemilikan ke atas aset-aset atau hotel-hotel terbabit? Bahasa mudah difahami orang awam sudah terjual! Lebih jelas apabila namapun bukan lagi TH Hotel tapi Raia Hotel!
4. Apakah jaminan hotel-hotel yang begitu dekat dengan hati umat Islam ini tidak akhirnya jatuh pemilikannya ke tangan orang lain setelah jelas pemilikannya kini berada di bawah UJSB?
5. Apakah keperluan UJ Property Management Sdn Bhd ditubuhkan oleh Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) walhal SPV yang diwujudkan dibawah Kementerian Kewangan itu sepatutnya berperanan hanya untuk menstrukturkan kembali kewangan TH dengan mengurangkan komitmen Kerajaan dan bukannya menambah risiko yang boleh menjejaskan pemulihan aset TH?
6. Apakah keperluan untuk UJSB syarikat milik Kementerian Kewangan tiba-tiba menubuhkan UJ Property Management Sdn Bhd yang terlibat secara langsung dalam industri perhotelan sedangkan alasan awal diwujudkan SPV UJSB hanyalah untuk memulihkan kewangan TH, bukan akhirnya semacam bersaing pula dengan THHR? Adakah penubuhan syarikat pengurusan ini satu langkah untuk memudahkan proses penjualan 4 hotel tersebut dengan cara menjual semua kepentingan saham dalam syarikat ini kepada pihak swasta?
Persoalan-persoalan di atas perlukan jawapan tuntas YB Menteri dan pihak TH kerana kenyataan media terbaru dilihat semacam cuba melakukan pusingan U setelah terkantoi dengan tularan surat awal berkenaan penamatan operasi Hotel-hotel TH.
Lebih merisaukan ialah tiada lagi jaminan ke atas pekerja-pekerja THHR setelah berpindah hak milik hotel kepada UJ Property Management Sdn Bhd.
YB Menteri juga tidak boleh lagi cuba berselindung di sebalik tentera siber upahan dengan menafikan sebarang penjualan hotel-hotel terbabit setelah disahkan sendiri oleh kenyataan rasmi TH ini. Tampillah sebagai PEJUANG! – UMNO-ONLINE
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/02/19/percanggahan-kenyataan-antara-tabung-haji-thhr-dan-mujahid/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=percanggahan-kenyataan-antara-tabung-haji-thhr-dan-mujahid

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apakah Lembaga Tabung Haji Tenat

Apakah Lembaga Tabung Haji Tenat

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 503 hits
Tutup operasi 4 hotel Najib persoal apakah TH tenatPETALING JAYA Najib Razak mempersoalkan apakah hotel yang mempunyai kaitan dengan Lembaga Tabung Haji ketika ini berada dalam tenat hingga bertindak menamatkan operasi dan perkhidmatan 4 ra...
4 Tabung Haji Hotels To Close After Govt Takeover

4 Tabung Haji Hotels To Close After Govt Takeover

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 483 hits
Tabung Haji hotels in Kota Kinabalu Penang Alor Setar and Kuala Terengganu are to close in April PETALING JAYA Four hotels owned by the pilgrims board Tabung Haji are to be closed in April according to a company circular posted by former pr...
Tahukah Siapa Yang Bertanggung Jawab Atas Kejatuhan Nilai Tabung Haji Najib

Tahukah Siapa Yang Bertanggung Jawab Atas Kejatuhan Nilai Tabung Haji Najib

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 359 hits
Tahukah siapa yang bertanggung jawab atas kejatuhan nilai Tabung Haji sehingga kerajaan PH kata mereka perlu gunakan RM17 8 bilion untuk bail out Saya kongsikan semula Sebenarnya propaganda PH pada suku ke 4 tahun 2018 untuk menyerang BN te...
Kenapa Perlu Hentikan Operasi Hotel Hotel Tabung Haji Asyraf Wajdi

Kenapa Perlu Hentikan Operasi Hotel Hotel Tabung Haji Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 617 hits
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng menjelaskan kenapa empat hotel milik Kumpulan TH Hotel and ...
Empat Hotel Tabung Haji Ditutup April

Empat Hotel Tabung Haji Ditutup April

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 347 hits
MALAYSIAKINI Empat buah hotel yang dimiliki Lembaga Tabung Haji dikatakan telah menutup operasi Ini selepas notis dalaman oleh TH Hotel Residence Sdn Bhd yang mengumumkan perkara itu tular di media sosial Hotel berkenaan adalah TH Hotel Kot...
Umno Pas Desak Kerajaan Ph Tubuh Rci Siasat Tabung Haji

Umno Pas Desak Kerajaan Ph Tubuh Rci Siasat Tabung Haji

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 512 hits
PETALING JAYA Muafakat Nasional PAS Umno mendesak kerajaan agar menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat semua dakwaan salah laku penyelewengan dan skandal dalam Lembaga Tabung Haji seperti yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan ...
Nasib Tabung Haji Bawah Kerajaan Ph

Nasib Tabung Haji Bawah Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 462 hits
oleh Ab Jalil Backer Dalam satu ciapan Twitter semalam saya menyarankan supaya ditutup sahaja Tabung Haji jika ia sangat menyusahkan kerajaan PH Sejak mengambil alih pentadbiran Mujahid selaku menteri bertanggungjawab kepada TH telah membua...
Jumlah Kadar Pendapatan Peratus Bonus Tabung Haji Th 2019 2020

Jumlah Kadar Pendapatan Peratus Bonus Tabung Haji Th 2019 2020

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 320 hits
Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pd 19 Januari 2020 jam 09 49 PM Lembaga Tabung Haji dijangka akan mengumumkan bonus thnan
Hapus Subsidi Haji Mujahid Kena Jawab

Hapus Subsidi Haji Mujahid Kena Jawab

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 203 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Dr Mujahid Mohd Yusof digesa menjawab pendedahan sebuah media yang mendakwa Lembaga Tabung Haji akan mula menghapuskan subsidi bagi Jemaah Haji kecuali golongan B40 pada tahun depan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf ...
Pondok Abuya

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga

5 Pulau Terbaik Untuk Percutian Keluarga Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raya Gaya Kita

33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check