Tabung Haji Untung Rm1 3 Bilion Hasil Pelan Pemulihan



Berbeza dengan kutukan pembangkang kononnya Tabung Haji telah terjun ke dalam gaung kerugian, Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan medianya berkata, organisasi itu berjaya mencatat keuntungan sebanyak RM1.3 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama 2019 susulan pelaksanaan pelan penstrukturannya.
Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJ) berkata, bagi tempoh sama, jumlah asetnya turut meningkat dan melebihi liabiliti pada jumlah RM2.3 bilion.
“Menerusi pakej pemulihan bagi melindungi kepentingan penyumbang dan membantu TH kembali stabil, ia tidak lagi perlu menanggung kerugian aset bernilai RM10 bilion kerana kerugian ini akan ditanggung oleh UJ dan Kerajaan Malaysia.
“TH juga tidak perlu lagi menanggung beban dan risiko kerugian berterusan ke atas aset-aset yang telah dipindahkan ini,” kata kenyataan itu.
Dalam penjelasan selanjutnya, UJ, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan berkata, susulan perubahan kerajaan pada 2018, PricewaterhouseCoopers (PwC) yang dilantik mengendalikan kajian semula kedudukan kewangan TH, telah mendapati pelbagai langkah diambil oleh pentadbiran terdahulu bagi memalsukan peningkatan dan memanipulasi keuntungan dana terbabit.
Ini termasuk tidak merekodkan kerugian rosot nilai aset dan transaksi kewangan yang mencurigakan bagi mencatatkan keuntungan berganda untuk membayar hibah.
Laporan PwC turut menyatakan bahawa liabiliti-liabiliti TH telah melebihi aset-asetnya dan memerlukan pelaksanaan pelan pemulihan dan penstrukturan semula oleh kerajaan demi memastikan kesinambungan dana TH.
Susulan itu, pakej pemulihan telah dicadangkan oleh TH dan dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof yang kemudiannya diluluskan oleh Kabinet.
“Pakej ini kemudiannya dibentangkan di Parlimen pada 10 Disember 2018. Sebagaimana diusulkan dalam pelan pemulihan itu, UJ telah memperoleh aset-aset bernilai RM9.63 bilion daripada TH pada jumlah RM19.9 bilion melalui terbitan 2 siri sukuk dan tunai kepada TH.
“Ini bermakna Kerajaan telah membayar sebanyak tambahan RM10.3 bilion untuk memulihkan TH,” katanya.
Aset-aset yang dipindahkan kepada UJ termasuk campuran ekuiti tersenarai, 29 hartanah dan satu aset tidak tersenarai, termasuk meliputi empat hotel yang beroperasi iaitu TH Hotel Kota Kinabalu; TH Hotel Bayan Lepas; TH Hotel & Convention Centre Alor Setar dan TH Hotel & Convention Centre Kuala Terengganu. Walau bagaimanapun, pindahan milik ini tidak termasuk hartanah atau aset milikan TH Plantations (yang sahamnya kekal dimiliki oleh TH).
Sejajar sebahagian pelan untuk mempergiat dan meningkatkan prestasi kewangan aset-aset yang diperolehi, UJ juga telah menubuhkan anak syarikat milik penuh, UJ Property Management Sdn Bhd (UJPM) bagi meneruskan operasi keempat-empat hotel tersebut.
Sehubungan itu, UJ menegaskan, usaha itu tidak membabitkan pertindihan di TH Hotel & Residence Sdn Bhd (THHR) kerana kira-kira 90 peratus daripada pekerja sedia ada akan diserap ke dalam UJPM manakala baki 10 peratus pula diambil oleh THHR Kelana Jaya.
Malah, di bawah pengurusan baharu, hotel terbabit akan beroperasi serta kekal patuh Syariah di bawah nama baharu Raia Hotel mulai 1 April, 2020 dan UJ turut meluluskan dana bagi mempertingkat kemudahan dan kualiti perkhidmatan hotel tersebut.
Pada masa sama, UJ menafikan segala dakwaan palsu dan berniat jahat oleh pihak tertentu terhadap Kementerian Kewangan atau Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang dituduh tidak bertanggungjawab dengan menutup hotel-hotel TH dan memberhentikan pekerja-pekerja terbabit.
“UJ mengutuk segala tuduhan palsu di media sosial yang memfitnah Menteri Kewangan, termasuk satu ugutan bunuh.
“Menteri Kewangan tidak terlibat dengan sebarang keputusan berkenaan penstrukturan semula atau keputusan yang berkaitan dengan UJ dan beliau juga tidak menghadiri sebarang mesyuarat berkaitan UJ,” katanya.
Pengurusan UJ dan aset-aset di bawahnya adalah ditadbir oleh Lembaga Pengarah UJ yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ahmad Badri Mohd Zahir dan semua ahli-ahli Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutifnya Izad Sallehuddin serta barisan pengurusan kanan UJ merupakan golongan profesional beragama Islam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/26431

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasib Tabung Haji Bawah Kerajaan Ph

Nasib Tabung Haji Bawah Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 399 hits
oleh Ab Jalil Backer Dalam satu ciapan Twitter semalam saya menyarankan supaya ditutup sahaja Tabung Haji jika ia sangat menyusahkan kerajaan PH Sejak mengambil alih pentadbiran Mujahid selaku menteri bertanggungjawab kepada TH telah membua...
Ph Harus Segera Tunaikan Janji Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji

Ph Harus Segera Tunaikan Janji Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 298 hits
Farhana Malek KUALA LUMPUR Muafakat Nasional mendesak agar Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat segala dakwaan salahlaku penyelewengan dan skandal dalam Lembaga Tabung Haji sebagaimana janji Pakatan Harapan segera ditubuhkan bagi meng...
Umno Pas Desak Kerajaan Ph Tubuh Rci Siasat Tabung Haji

Umno Pas Desak Kerajaan Ph Tubuh Rci Siasat Tabung Haji

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 436 hits
PETALING JAYA Muafakat Nasional PAS Umno mendesak kerajaan agar menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat semua dakwaan salah laku penyelewengan dan skandal dalam Lembaga Tabung Haji seperti yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan ...
4 Tabung Haji Hotels To Close After Govt Takeover

4 Tabung Haji Hotels To Close After Govt Takeover

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 395 hits
Tabung Haji hotels in Kota Kinabalu Penang Alor Setar and Kuala Terengganu are to close in April PETALING JAYA Four hotels owned by the pilgrims board Tabung Haji are to be closed in April according to a company circular posted by former pr...
Tahukah Siapa Yang Bertanggung Jawab Atas Kejatuhan Nilai Tabung Haji Najib

Tahukah Siapa Yang Bertanggung Jawab Atas Kejatuhan Nilai Tabung Haji Najib

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 306 hits
Tahukah siapa yang bertanggung jawab atas kejatuhan nilai Tabung Haji sehingga kerajaan PH kata mereka perlu gunakan RM17 8 bilion untuk bail out Saya kongsikan semula Sebenarnya propaganda PH pada suku ke 4 tahun 2018 untuk menyerang BN te...
Apakah Lembaga Tabung Haji Tenat

Apakah Lembaga Tabung Haji Tenat

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 436 hits
Tutup operasi 4 hotel Najib persoal apakah TH tenatPETALING JAYA Najib Razak mempersoalkan apakah hotel yang mempunyai kaitan dengan Lembaga Tabung Haji ketika ini berada dalam tenat hingga bertindak menamatkan operasi dan perkhidmatan 4 ra...
Kini Anda Boleh Semak Baki Tabung Haji Dengan Melalui Internet Sahaja

Kini Anda Boleh Semak Baki Tabung Haji Dengan Melalui Internet Sahaja

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 390 hits
Berita baik kepada pengguna Tabung Haji dimana sekarang korang dah boleh semak baki tabung haji dengan melalui internet sahaja Korang tak perlu lagi pergi ke kaunter Tabung Haji dan beratur untuk membuat urusan Segalanya disediakan di platf...
Bajetterengganu2018 Rm1 996 Bilion Diperuntukkan

Bajetterengganu2018 Rm1 996 Bilion Diperuntukkan

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 130 hits
Kerajaan negeri mengumumkan peruntukan RM1 996 bilion untuk Bajet 2018 yang bertemakan Masa Hadapan Yang Lestari Pada pembentangan bajet terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke 14 itu Terengganu mengganggarkan hasil sebanyak RM1 815 bilion se...
As 7 Bilion Hasil Rasuah Di Zimbabwe Disorok Di Luar Negara

As 7 Bilion Hasil Rasuah Di Zimbabwe Disorok Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 195 hits
AS 7 bilion hasil rasuah di Zimbabwe disorok di luar negara Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 26 Feb 2020 11 00PM
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Diabetes Bayi Pun Boleh Kena Jenis Penyakit Yang Tak Kenal Usia

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Memikirkan The Unknown

Produk Nestle Naik Harga Harga Milo Dan Nescafe Akan Meningkat Ikuti Senarai Produk Nestle Malaysia

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman



Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan


Warrant Woes In El Paso An Attorney Can Help You Get Back On The Road

Media Orang Ramai Diingatkan Tidak Sebar Video Nahas Helikopter Tldm

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Tak Perlis Lah Kalau Tak Makan Harumanis

Helikopter Terhempas 10 Dilaporkan Terkorban

Resepi Tortilla Wrap