Dah Lama Tunggu Bas Kisah Seram Siapakah Sebenarnya Delaila



Cuaca petang masih lagi cerah walau jam sudah menginjak ke pukul enam setengah petang. Jelita masih lagi duduk di perhentian bas. Sekejap-sekejap dia menjengah ke tengah jalan raya dan kemudian beralih mengerling jam dipergelangan tangan. Novel yang sentiasa diusungnya juga sudah tidak menarik minat untuk dibaca. Dia sudah jelak menanti bas. Sudah hampir satu jam dia menanti namun bayang kenderaan itu masih tidak kunjung tiba.

Keluhan diluah kasar. “Time aku tunggu, tak ada pula kau lalu. Kalau tak ditunggu elok je bertali arus.” Rungutnya sendirian.

“Dah lama tunggu bas?” tegur satu suara yang entah dari mana dan bila munculnya. Jelita terhinggut bahu dek terkejut. Lambat-lambat diukir senyum buat gadis cantik yang sudah pun duduk disebelahnya.

“Bas dekat sini memang lambat.” Ujar gadis itu lagi.

Jelita mengangguk. “Itulah, selalunya waktu macam ni dah lalu dah.” Tambahnya pula.

Dikerling gadis disebelahnya itu. Cantik berbusana kebarung putih dipadankan dengan kain batik lepas. Rambutnya yang hitam disanggul kemas dan dihiaskan dengan klip rambut sederhana berbentuk kerawang melengkapkan fesyennya.

“Awak selalu tunggu bas dekat sini?” soal gadis itu.

Jelita mengangguk. “Saya baru tiga minggu kerja dekat area sini. Baru tiga minggu la tunggu bas. Awak? Memang tinggal dekat-dekat sini ke?”

Gadis itu mengangguk kecil. “Itu, bas dah sampai.”

Jelita buru-buru bangkit dari duduknya dan bergerak ke bahu jalan menahan pengangkutan awam tersebut. Seketika dia terlupa tentang gadis yang turut bersamanya tadi.

*****

Jelita menghayun langkah menuju kerusi batu yang disediakan ditaman permainan yang berhadapan dengan rumah sewanya. Cuti hujung minggu terasa bosan apabila tiada aktiviti yang dilakukannya. Dia sekadar berjalan-jalan mengambil anginpetang sambil mencuci mata melihat tingkah kanak-kanak yang riang bermain. Sesekali senyumnya terukir nipis apabila ada yang mencuit hati.

“Boleh saya duduk?” tegur satusuara. Lunak dan lembut menyapa telinga. Jelita berpaling.

“Awak… Eh, duduklah.” Pelawanya kepada si gadis yang menegur. Gadis berbaju kebarung putih berkain batik itu turut melabuhkan punggung disebelahnya.

“Saya Jelita, awak? Kita ni dah dua kali jumpa tapi tak tahu nama langsung.” Ujar Jelita ramah.

“Delaila.”

Jelita mengangguk. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan lagi. Dia mati ayat.

“Awak memang selalu tunggu bas dekat situ juga ke?” soal Jelita tetiba. Delaila sekadar mengerling sekilas sebelum mengangguk perlahan.

“Mama! Kakak tu cakap dengan hantu.” Ujar seorang kanak-kanak kecil yang kebetulan lalu dihadapan mereka. Jelita terpempan sejenak. Delaila disebelahnya dikerling namun riak gadis itu cukup tenang.

“Budak tu mesti selalu dimomokkan dengan cerita hantu. Sorry.” Ujar Jelita. Terasa serba salah pula. Mujur kanak-kanak itu bukan anak mahupun adiknya. Jika tidak, sudah pasti berdetus-detus cubitan yang bakal dihadiahkan.

“Jelita, hati-hati bila awak tunggu bas dekat situ.” Tanpa sebarang isu, Delaila berpesan padanya. Jelita kelam tidak faham namun tetap dianggukkan kepala tanda hormat.

Dikerling jam dipergelangan tangan. Hari sudah menginjak ke senja, kaki langit juga sudah berubah warna. Jelita bangkit, mengibas sedikit bajunya.

“Delaila, saya minta diri dulu. Esok kita jumpa lagi, InsyaaAllah.”

Delaila yang memandangnya sekadar tersenyum. Mengangguk sedikit.

******

Petang itu Jelita bersendirian lagi. Seperti biasa, dia hanya ditemani kicauan gagak yang berterbangan juga sebuah novel ditangan. Jam dipergelangan dikerling, hampir menjejak enam empat puluh lima petang. Bayang-bayang kenderaan pengangkutan awam yang ditunggu masih tidak muncul. Dia mengeluh kasar. Pandangannya dikalih ke kiri dan kanan, sengaja mencuci mata.

“Bosannya. Delaila tak ada pulahari ni. Tak kerja kut…” omelnya sendirian. Ya, dia baruperasan, Delaila juga tidak muncul.

“Dah lama tunggu bas?” tegur satu suara. Jelita lipat maut berpaling. Lambat-lambat dia mengangguk.

Seorang lelaki sudah pun duduk tidak jauh darinya. Berpakaian ringkas, T-shirt tanpa kolar berwarna hitam dipadankan dengan seluar dari jenis jeans berwarna biru. Dikenakan pula dengan topi berlambang NY berwarna hitam, poch bag diselimpang dibahu kiri dan akhir sekali mengenakan selipar dari jenama Fipper. Sekilas Jelita mengecam penampilan lelaki tersebut.

“Bas dekat sini lambat. Saya selalu nampak awak tunggu bas dekat sini.” Ujar lelaki itu lagi. Tersenyum memandangnya. Jelita diam, tidak menjawab. Curiga menyerbu benaknya. Beg tangan dipegang kejap, novel ditangan juga tidak dilepaskan.

“Apa kata kita naik teksi, kongsi bayar. Saya rasa bas lambat lagi ni.”

Lelaki tersebut masih tidak putus asa. Masih cuba untuk memancing perbualan. Jelita pantas menggeleng.

Lama suasana diisi sepi. Jelita masih berwaspada. Pandangannya tidak putus-putus menjengah ke dada jalan. Mengharap akan bas yang dinanti muncul serta merta.

“Awak…” tegur lelaki tersebut sambil menyentuh tangannya.

“Hei!!” Jelita terkejut. Tindakannya spontan memukul lelaki tersebut dengan novel ditangan.

Pergelutan diantara Jelita dan lelaki tersebut berlaku. Situasi antara mereka agak tegang namun masih belum ada sesiapa yang datang menolong walau jeritan Jelita sudah bergema berkali-kali. Mungkin disebabkan kawasan tersebut agak sunyi jadi tidak ramai yang menyedari akan hal tersebut.

“Lepaskan dia!!!” Satu suara muncul entah dari mana dan terus menyerang lelaki itu. Jelita tertolak kebelakang. Hampir-hampir sahaja jatuh tersembam.

“Delaila…” 

Getusnya saat matanya jatuh pada seorang gadis yang sedang menyerang lelaki tersebut bertubi-tubi tanpa memberi sebarang peluang untuk lelaki itu mempertahankan diri. Akan tetapi, Delaila dihadapannya itu sama sekali tidak sama dengan yang sering dilihatnya. Hanya pakaian yang dikenakan gadis itu yang membuatkan diacam akan gerangan empunya diri.

“Kau!!! Kau dah mati!!!” Pekik lelaki itu histeria.

Lintang pukang langkahnya berlari setelah dapat melepaskan diri dari serangan Delaila. Delaila hanya memandang kelibat lelaki itu. Sedikit pun dia tidak berpaling ke arah Jelita dibelakangnya.

“Delaila…” sekali lagi Jelita bersuara. Benaknya memberat dengan pelbagai persoalan. Melihat keadaan Delaila yang sememangnya tidak sama seperti selalu membuatkannya ingin tahu hal yang sebenar.

“Baliklah Jelita, bas awak dah sampai.” Ujar Delaila. Masih tidak berpaling muka.

Jelita menjengah ke tengah jalan raya. Ya, apa yang dikatakan Delaila itu benar. Jelita buru-buru menahan kenderaan tersebut. Saat dia berpaling untuk memandang Delaila, kelibat gadis itu sudah tiada.

******

Dia sekadar duduk di ruang tamu. Merenung kosong skrin televisyen yang gelap tidak bersiaran. Lampu diruang tamujuga tidak dihidupkan, sekadar bertemankan cahaya dari lampu diruang makan. Kata-kata Jelita siang itu sedikit mengganggunya. Masih jelas dibenaknya isi perbualan mereka tengahari itu.

“Jelita tunggu bas dekat mana?” soal Yadt sewaktu mereka sama-sama keluar daripejabat untuk makan tengahari.

“Dekat bus stop simpang jalan tu kak. Kenapa?”

“Bus stop depan sana tu? Kenapa tak tunggu dekat depan sini?” soal Yadt lagi.

Jelita sengih. “Depan sana tu terang sikit, dekat sini sunyi.” Jawabnya jujur. Sememangnya dia punya pilihan yang lebih dekat namun yang dekat itu agak menyeramkan berbanding perhentian bas yang jauh disimpang jalan itu.

“Hati-hati. Bas area sini lambat sikit. Satu jam sekali tak silap akak.” Ujar Yadt lagi.

Jelita pantas mengangguk. Mengiakan kata-kata seniornya itu. Sekilas, dia terpandang gadis berbaju kebarung putih dipadankan dengan kain batik turun dari tingkat tiga bangunan pejabatnya. Gadis yang sama yang ditemuinya sewaktu diperhentian bas tempoh hari. Dia yakin. Gadis itu memandangnya dan tersenyum, sama seperti petang itu.

“Err..Kak Yadt, siapa perempuan yang pakai baju kebarung putih tu?” soal Jelita.

.“Yang mana?” Yadt turut menebar pandangan, mencari kelibat gadis yang diperkatakan Jelita.

“Ada tadi, dia turun dari tingkat tiga. Haritu saya jumpa dia dekat bustop tapi tak tahu pula dia pun kerja dekat sini.” Ujar Jelita lagi.

Yadt disebelahnya berkerut kening cuba untuk mengingat satu persatu pekerja yang dikenalinya.

“Akak tak perasan pula. Dah, jomlah kita pergi makan.” Ujar Yadt mengakhiri topik perbualan mereka. Jelita akur, dia terus membuntuti langkah seniornya itu. Sesekali dia berpaling kearah pintu masuk yang menghubungkan tangga untuk ke tingkat dua dan tiga bangunan. Namun tiada sesiapa yang dilihatnya disitu.

Keluhan dihempas perlahan. Terasa ada mata yang sedang memerhatikannya. Dia berpaling kekiri, arah yang betul-betul mengunjur ke pintu dapur. Gadis berbaju kebarung putih itu sedang berdiri disitu. Berdiri sambil memandang kepadanya dengan pandangan yang sukar dimengertikan. Dalam takut-takut dia cuba bersuara.

“De...Delaila?” tergagap-gagap dia bersuara. Seluruh tubuh mulai dicengkam kesejukkan walau cuaca malam tidak membawa tanda yang hari akan hujan.

Gadis berbaju kebarung itu sekadar memandangnya tanpa memberi sebarang reaksi. Yadt memberanikan diri untuk mendekati si gadis yang masih pegun tidak berganjak.

 Dalam kecutnya tangkai hati, dia masih cuba untuk memberanikan diri kerana penampilan si gadis yang elok dipandangannya. Tiada langsung riak hodoh yang dipamerkan walau hakikatnya dia tahu akan keadaan yang sebenar.

“Delaila… aku minta maaf. Aku tak dapat bela kau.” Ujar Yadt.

Wajah dingin Delaila berubah rona. Kesedihan jelas terpancar dari panahan matanya. Perlahan-lahan tangisan gadis itu kedengaran sayu dan hiba. Yadt juga turut sama merasakan kesedihan itu. Apa yang berlaku kepada Delaila terjadi dihadapan matanya dan dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa.

*******

Seperti kebiasaannya, Jelita menunggu diperhentian bas yang sama. Harapannya Delaila akan muncul, banyak persoalan yang ingin ditanya. Dia perlukan jawapan. Mungkin apa yang disangkanya benar, tetapi biarlah segalanya terjawab dari mulut Delaila sendiri. Dia tidak mahu bersangka-sangka. Baginya Delaila tidak pernah mengancam serta menakutkannya. Gadis itu baik.

Hampir satu jam dia menanti namun Delaila tetap tidak memunculkan diri. Jelita melepas keluhan kecil. Terasa hampa. Bas yang dinanti tiba seperti kebiasaannya. Jelita melangkah meniti tangga bas, mencari tempat duduk. Pandangannya dilontar ke luar tingkap kenderaan tersebut yang sudah pun bergerak. Sekilas dia terpandang susuk tubuh Delaila dibahu jalan, sedang melambai kearahnya dengan senyuman. Penampilannya? Kemas dan cantik seperti selalu. Berkebarung putih, dipadankan dengan kain batik, rambutnya disanggul kemas dan dilengkapkan dengan klip rambut sederhana berbentuk kerawang. Jelita turut tersenyum, seakan pasti bahawa Delaila nampak senyumannya. Ucapan terima kasihnya sarat didalam senyuman tersebut. Dan dia yakin, Delaila tahu apa yang ingin dia sampaikan tanpa perlu dilantunkan suaranya. Benarlah, kejadian alam mempunyai rahsianya yang tersendiri...

Kredit: Maira

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://coffeecakearticle.blogspot.com/2019/04/dah-lama-runggu-bas-siapakaj-sebenarnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lepas Tu Sorang Staff Dia Tarik Aku Kisah Seram Menginap Di Bilik Hotel Orang Mati Dibunuh

Lepas Tu Sorang Staff Dia Tarik Aku Kisah Seram Menginap Di Bilik Hotel Orang Mati Dibunuh

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 1492 hits
Assalamualaikum Nama aku Amer Eddiey Ni aku nak cerita lah jugak peristiwa yang terjadi pada diri aku Masa tu aku dari Terengganu nak ke Batu Pahat Aku saja jer pusing pergi kat PD masa tuh sebab aku nak lihatlah jugak pantai dia Boleh lah ...
Cepatnya Kau Kencing Tak Nak Aku Temankan Ke Hihihi Kisah Seram Pelajar Uitm Ketika Di Tandas Jam 3 Pagi

Cepatnya Kau Kencing Tak Nak Aku Temankan Ke Hihihi Kisah Seram Pelajar Uitm Ketika Di Tandas Jam 3 Pagi

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 1025 hits
Nama aku Ira Aku merupakan mahasiswi UiTM Tapi aku tak nak bagitahulah UiTM mana Terpaksa dirahsiakan atas sebab sebab tertentu Kisah ini merupakan pengalaman aku yang tak mungkin aku lupakan Nak kata seram atau tidak itu terpulanglah kepad...
Nak Sebenarnya Anak Makcik Tu Dah Mati Dua Bulan Sudah Aksiden Depan Upm Kisah Gadis Misteri Yang Menumpang Kereta Saya

Nak Sebenarnya Anak Makcik Tu Dah Mati Dua Bulan Sudah Aksiden Depan Upm Kisah Gadis Misteri Yang Menumpang Kereta Saya

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 1088 hits
Kejadian ini dikatakan berlaku pada tahun 1980 an Hari itu hari Sabtu Seperti biasa pada sebelah petang Mazlan akan bertolak dari KL balik ke kampung orang tuanya di Melaka Tetapi hari itu Mazlan bertolak lewat sedikit Dia bertolak ketika m...
Abang Saya Takut Bang Saya Nak Keluar Bang Tolonglah Kisah Seram Semasa Menginap Hotel Murah Di Sabah

Abang Saya Takut Bang Saya Nak Keluar Bang Tolonglah Kisah Seram Semasa Menginap Hotel Murah Di Sabah

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 5307 hits
Kisah seramKisah yang ingin saya kongsikan di sini adalah berkenaan dengan sebuah hotel murah yang terletak di Sabah Saya dan isteri saya berasal dari Perak Saya bertugas sebagai seorang guru manakala isteri saya pula adalah seorang suri ru...
Siapakah Ted Bundy Ini Kisah Benar Hidup Individu Syaitan Bertopengkan Manusia

Siapakah Ted Bundy Ini Kisah Benar Hidup Individu Syaitan Bertopengkan Manusia

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 574 hits
Membunuh sekurang kurangnya 30 orang wanita dengan memukul kepala mangsa dan jasadnya dibuang ke hutan terpencil Pada masa sama dia akan datang ke tempat pembuangan mayat untuk melakukan seks dengan mayat yang mereput Kisah Benar Hidup Indi...
Kamu Menggangu Majlis Kami Kisah Seram Semasa Bertugas Di Banglo Terbiar

Kamu Menggangu Majlis Kami Kisah Seram Semasa Bertugas Di Banglo Terbiar

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 750 hits
Masa itu aku dan dua orang kawan ku ditugaskan untuk menjaga kawasan perumahan yang tidaklagi ditinggali Kawasan tersebut berada di atas bukit yang tersembunyi dalam semak samun Dengar cerita kawasan perumahan tersebut di punyai oleh orang ...
Kisah Seram Semasa Menyewa Rumah Pengamal Ilmu Hitam Di Tingkat 10

Kisah Seram Semasa Menyewa Rumah Pengamal Ilmu Hitam Di Tingkat 10

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 1008 hits
Namaku Nana Aku merupakan pengantin baru Disebabkan suamiku seorang pembantu doktor kerjanya tak tentu masa Kami berpindah di satu kawasan apartment berdekatan dengan hospital suamiku berkhidmat Pada mulanya aku tidak bersetuju untuk berpin...
Ke Kenapa Awak Buat Saya Macam Ni Kisah Seram Dendam Maya

Ke Kenapa Awak Buat Saya Macam Ni Kisah Seram Dendam Maya

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 782 hits
Cerita yang akan aku sampaikan ini adalah kisah dari kiriman surat seorang sahabat lamaku Rizal Kami sudah lama tak berhubung selepas tamat sekolah menengah Lepas zaman persekolahan Rizal menghilangkan diri Jadi agak mengejutkan bila aku te...
Muka Dia Pon Mcm Tak Pernah Nmpak Tapi Bdn Dia Rambut Dia Lebih Kurang Mcm M Kisah Seram Mendiami Bilik Arwah

Muka Dia Pon Mcm Tak Pernah Nmpak Tapi Bdn Dia Rambut Dia Lebih Kurang Mcm M Kisah Seram Mendiami Bilik Arwah

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 874 hits
Aku Cik Kisah yang aku nak kongsikan ni dah hampir 5 tahun berlalu di mana sekarang aku dah habis belajar Aku bekas pelajar ipta nun jauh di utara Tapi kisah ni bukan kisah seram di ipta tu tp kisah seram ni aku dan kawan2 aku alami saat2 a...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan

Effective Market Research On A Budget



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Buasir Otak Tv Buang 4 Huruf Belakang Jadi Jenama Telefon Be Like

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Menangkan Jackpot Di Game Jekpot88 Di Berbagai Permainan

Tukar Lesen Memandu Malaysia Ke Lesen Nsw Australia