Nak Sebenarnya Anak Makcik Tu Dah Mati Dua Bulan Sudah Aksiden Depan Upm Kisah Gadis Misteri Yang Menumpang Kereta Saya



Kejadian ini dikatakan berlaku pada tahun 1980-an. Hari itu hari Sabtu. Seperti biasa, pada sebelah petang Mazlan akan bertolak dari KL balik ke kampung orang tuanya di Melaka. Tetapi hari itu, Mazlan bertolak lewat sedikit. Dia bertolak ketika masuk waktu senja.
Mazlan memandu keretanya sendirian. Di luar, hujan gerimis sedang turun mencurah-curah. Terasa sunyi pula hati Mazlan saat itu. Tambah terasa pilu apabila teringat hubungannya dengan Maria sudah putus kerana gadis itu telah bertunang dengan orang lain. Nampaknya, hasrat Mazlan hendak mendirikan rumah tangga terbantut lagi. 
Sampai di Serdang, Mazlan memperlahankan keretanya. Ketika memandu di hadapan kampus UPM itulah Mazlan terpandang seorang gadis duduk seorang diri di perhentian bas sambil memegang payung dan meriba beg. Mungkin gadis itu menunggu bas hendak pulang ke rumahnya, fikir Mazlan.
Lalu Mazlan membelok ke perhentian bas. Tepat di hadapan gadis itu, Mazlan memberhentikan kereta dan menurunkan cermin tingkap.
“Saudari nak ke mana?” tanya Mazlan.
“Saya nak balik rumah,” jawab gadis itu.
“Rumah awak kat mana?” soal Mazlan lagi.
“Kat Rasah Jaya,” gadis itu menjawab ringkas.
Mendengar jawapan itu, Mazlan segera mempelawa gadis itu naik ke keretanya.
“Saya nak balik ke Melaka. Marilah tumpang kereta saya,” pelawa Mazlan.
“Terima kasih, menyusahkan encik aje. Tak apalah, biar saya balik naik bas aje,” tolak gadis itu.
“Apa pula susahnya, saya nak balik ke Melaka, awak pula nak balik ke rumah awak di Rasah Jaya, saya boleh turunkan awak kat Rasah Jaya, lepas tu saya baliklah ke Melaka. Naiklah,” ajak Mazlan bersungguh-sungguh. 
Terasa pula belas kasihan di hatinya jika meninggalkan gadis itu seorang diri menunggu bas di saat-saat hujan gerimis di waktu senja seperti itu.Mungkin disebabkan Mazlan mengajak bersungguh-sungguh, maka gadis itu akhirnya bersetuju mengikut Mazlan.
“Sorry, basah kereta encik,” tutur gadis itu sambil membetulkan duduknya.
“Tak apa, campak aje barang-barang awak tu kat belakang,” balas Mazlan.
Setelah gadis itu mencampakkan payung dan begnya ke tempat duduk di belakang, Mazlan dan gadis itu masing-masing diam. Hanya terdengar deru bunyi enjin kereta. Namun Mazlan cuba menghidupkan suasana.
“Macam mana awak boleh ada kat bus stop tu tadi?” tanya Mazlan bagai tak kena.
“Saya belajar kat UPM,” jawab gadis itu.
“Tahun berapa?” tanya Mazlan lagi.
“Tahun tiga,” jawab gadis itu ringkas.
“Ambil course apa?” Mazlan terus menyoal.
“Buat veterinary,” jawab gadis itu.
“Oh, doktorlah ni,” usik Mazlan.
“Belum lagi,” balas gadis itu merendah diri.Dalam cahaya samar-samar senja itu, Mazlan sempat mencuri pandang ke arah gadis itu. Cantik juga awek ni, getus hati Mazlan. Teringat dia akan hubungannya dengan Maria sudah putus. Terasa tidak salah jika dia mengambil gadis ini sebagai pengganti, fikir Mazlan lagi.
“Lupa pula saya nak mengenalkan diri. Nama saya Mazlan, Nama awak siapa?” Mazlan baru teringat yang dia belum mengenalkan diri dan belum tahu nama gadis itu.
“Er, nama saya Aziah,” jawabnya sambil tersenyum manis.
“aa, are you single?” tanya Mazlan semakin bersemangat.
“Yes, I am single,” jawab Azizah, kemalu-maluan.
Mendengar jawapan Aziah itu, hati Mazlan kembang berbunga. Terasa ada harapan menanti jauh di hadapan. Apa salahnya dia mencuba. Mana tahu gadis ini jodohnya.
Sampai di Rasah Jaya, Aziah minta Mazlan tolong hantarkan dia ke satu kawasan perumahan. Namun sampai di satu simpang di kawasan perumahan itu, Aziah meminta Mazlan memberhentikan keretanya.
“Sampai kat sini aje,” ujar Aziah.
“Rumah awak kat mana?” soal Mazlan.
“Rumah No 16, ikut barisan rumah kat depan ni,” jawab Aziah sambil menunjuk ke arah sederetan rumah dari simpang berkenaan.
“Tak apalah, biar saya hantar awak sampai kat depan rumah awak,” ujar Mazlan menawarkan.
“Eh jangan, nanti ayah saya marah sebab dia tak kenal encik,” jawab Aziah menolak.
Logik juga, fikir Mazlan. Mana-mana ayah pun mungkin akan marah jika mendapati anak gadisnya berani menumpang kereta lelaki yang tidak dikenali pada waktu malam dengan tidak ditemani oleh sesiapa.
Namun, terasa sayu pula hati Mazlan bila Aziah melangkah turun dari keretanya. Terasa belum puas dia berbual-bual dengan gadis itu.
Sehingga sampai di kampungnya di Melaka, Mazlan masih terkenang-kenangkan Aziah. Terasa rindu pula dia akan gadis yang baru dikenalinya itu.
Malam itu, terlalu sukar Mazlan hendak melelapkan mata. Teringin dia hendak bertemu lagi dengan Aziah esok. Tapi bila teringatkan kata-kata Aziah tentang ayahnya, Mazlan rasa serba salah.Walaupun Mazlan akhirnya dapat juga melelapkan mata, namun bangun pagi esoknya, dia segera teringatkan Aziah.
Pagi itu, Mazlan bergegas pergi ke keretanya. Dia melihat-lihat tempat Aziah duduk semalam. Selepas itu dia melihat pula ke tempat duduk di belakang.
Alangkah terkejutnya Mazlan apabila terlihat payung dan beg Aziah masih ada di tempat duduk di belakang. Bukan main gembiranya hatinya kerana kini dia mempunyai alasan yang kuat untuk bertemu gadis itu. Masa balik ke KL petang nanti, Mazlan nekad hendak singgah di rumah gadis itu.
Ketika Mazlan menghentikan keretanya di hadapan rumah Aziah, dia nampak seorang makcik sedang menyapu halaman rumah itu.
“Assalamualaikum makcik,” sapa Mazlan dengan hormat.
“Wa alaikum salam,” jawab makcik itu lembut.
“Ini rumah Aziah ke?” tanya Mazlan.
“Ya... siapa ni?” soal makcik itu. Wajahnya berubah bila mendengar nama Aziah.
“Ni, saya nak pulangkan balik barang-barang Aziah yang tertinggal kat kereta saya masa dia tumpang balik ke sini semalam,” ujar Mazlan sambil menunjukkan payung dan beg Aziah kepada makcik itu.
Makcik itu bertambah hairan bila melihat barang-barang yang ditunjukkan oleh Mazlan.
“Mari masuk dulu nak...” pelawa makcik itu lemah.
Terasa serba salah pula Mazlan bila melihat wajah makcik itu kurang senang semasa dia tunjukkan barang-barang Aziah. Tapi Mazlan terima juga pelawaan makcik itu. Sambil berjalan masuk ke dalam rumah, Mazlan melihat sekeliling kalau-kalau ada Aziah.
Sampai di ruang tamu, Mazlan terpandang gambar Aziah tergantung di dinding.
“Ha, tu gambar Aziah makcik,” ujar Mazlan. 
Makcik itu tidak terus menjawab. Dia bagaikan mengumpulkan kekuatan terlebih dahulu.
“Nak, Aziah tu memang anak makcik. Gambar tu memang gambar dia. Dia belajar kat UPM tahun tiga. Buat course veterinary. Barang-barang ni semua memang dia yang punya. Tapi kamu tau tak mana Aziah tu sekarang?” soal makcik itu.
“Tak tau makcik. Tapi semalam dia tumpang kereta saya,” jawab Mazlan kebingungan.
“Nak, sebenarnya anak makcik tu dah mati dua bulan sudah aksiden depan UPM,” ujar makcik itu lemah.
Mendengar perjelasan makcik itu, kepala Mazlan terasa pening. Fikirannya bercelaru. Sukar dia hendak percaya bahawa Aziah yang baru ditemuinya semalam sebenarnya sudah meninggal dunia dua bulan yang lalu.


Cerita di atas berdasarkan kisah benar pada tahun 1980-an. Tetapi nama orang dan jalan cerita telah diubahsuai.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://coffeecakearticle.blogspot.com/2019/06/nak-sebenarnya-anak-makcik-tu-dah-mati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sarah Kami Nak Balik Kau Jangan Ikut Kisah Misteri Bermalam Di Rumah Kawan

Sarah Kami Nak Balik Kau Jangan Ikut Kisah Misteri Bermalam Di Rumah Kawan

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 787 hits
Assalamualaikum dan hai semua Nama aku Ayin Aku perempuan tau So hari ni aku nak cerita pasal pengalaman aku dengan kawan aku nama Akila masa kitorang tumpang tidur rumah sorang kawan kitorang Kisah dia takde la seram mana Tapi korang baca ...
Gagal Curi Kereta Suspek Lempar Anak Kucing Ke Dinding Sehingga Mati

Gagal Curi Kereta Suspek Lempar Anak Kucing Ke Dinding Sehingga Mati

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 464 hits
Gagal curi kereta suspek lempar anak kucing ke dinding sehingga matiSeekor anak kucing dilempar ke dinding sehingga mati oleh seorang individu yang berang perancangannya untuk mencuri sebuah kereta gagal Menurut sumber kejadian itu berlaku ...
Kisah Anak Terdengar Perbualan Ibu Sapulah Air Liur Dikepala Abang Baru Senang Nak Masuk

Kisah Anak Terdengar Perbualan Ibu Sapulah Air Liur Dikepala Abang Baru Senang Nak Masuk

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 767 hits
Seorang cikgu wanita yang tengah asyik mengajar mata pelajaran matematik di kelas 2 berlian terhenti setelah melihat telatah seorang anak muridnya Dia melihat budak tu meludah atas tangan dan gosok2 kat kepala dia Disebabkan perasaan yg pen...
Misi Nak Limau Takpelah Kak Akak Makan La Yer Pengalaman Misteri Bertugas Di Wad Bersalin

Misi Nak Limau Takpelah Kak Akak Makan La Yer Pengalaman Misteri Bertugas Di Wad Bersalin

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 474 hits
Saya bertugas sebagai seorang jururawat di wad bersalin di sebuah hospital kerajaan Saya ditugaskan bekerja secara syif malam Macam biasa rutin saya ialah akan check semua pesakit dalam wad bersalin tu sebelum pukul 12 malam sebab tidak mah...
Viral Kisah Polis Pencuri Roti Ini Sebenarnya Berlaku

Viral Kisah Polis Pencuri Roti Ini Sebenarnya Berlaku

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 753 hits
Kalau nampak orang tengah susah jangan ingat Allah tengah uji orang tu sebaliknya Allah tengah uji kita Itulah kata kata yang paling menjadi ingatan setiap rakyat Malaysia Ungkapan Sarjan Mejar Sharudin itu menjadi bualan diseluruh pelusuk ...
Boncengan Naik Motor Dua Ibu Ibu Di Kebumen Tewas Tersambar Kereta Api

Boncengan Naik Motor Dua Ibu Ibu Di Kebumen Tewas Tersambar Kereta Api

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 322 hits
Kasubbag Humas Polres Kebumen Kompol Suparno menjelaskan dari informasi saksi di lapangan korban berboncengan mengendarai sepeda motor Korban menyeberangi perlintasan kereta dari utara ke selatan Saat bersamaan kereta api melintas dari arah...
Nak Beraya Sakan Boleh Tapi Bekalan Ubat Anak Jangan Lupa Ni Ubat Ubatan Wajib Bawa Balik

Nak Beraya Sakan Boleh Tapi Bekalan Ubat Anak Jangan Lupa Ni Ubat Ubatan Wajib Bawa Balik

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 770 hits
Pastinya ramai yang dah pulang ke kampung halaman untuk beraya Bagi yang masih lagi dalam proses mengemaskan barang anak anak pastikan barangan penting anak tidak tertinggal Bukan saja baju dan kelengkapan raya tetapi paling penting adalah ...
Lan Siro Dah Dua Bulan Bawa Grab Food

Lan Siro Dah Dua Bulan Bawa Grab Food

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 669 hits
Pelakon Lan Siro yang sudah lapan bulan tidak mendapat tawaran berlakon berkongsi kini menjadi penunggang Grab Food di sekitar Lembah Klang Lan atau nama sebenarnya Azlan Mokhtar yang juga pelakon filem Malay Regiment berkata dia turut menj...
Kisah Pilu Pria Lumpuh Ditinggal 4 Anaknya Saat Saya Lumpuh Anak Saya Jadi Orang Asing

Kisah Pilu Pria Lumpuh Ditinggal 4 Anaknya Saat Saya Lumpuh Anak Saya Jadi Orang Asing

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 375 hits
Kasih orang tua ayah dan ibu selalu tulus Mereka rela melakukan apa saja untuk membahagiakan anak anaknya Namun sebagai anak terkadang malah melupakan berbagai pengorbanan yang dilakukan orang tua Berperilaku mengecewakan hingga membuat ora...
Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Gleneagles Follow Up

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Revolutionizing Mobile Connectivity With Affordable Mobile Prepaid Plans

Richeese Cafe Di Klia 2

Klang Valley Rail Network Fulfils Larger Objectives But Needs Improvement

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang