Siapakah Ted Bundy Ini Kisah Benar Hidup Individu Syaitan Bertopengkan Manusia


Membunuh sekurang-kurangnya 30 orang wanita dengan memukul kepala mangsa dan jasadnya dibuang ke hutan terpencil. Pada masa sama, dia akan datang ke tempat pembuangan mayat untuk melakukan seks dengan mayat yang mereput. 

Kisah Benar Hidup Individu Syaitan Bertopengkan Manusia - Ted BundyPada musim bunga dan musim panas tahun 1974, polis di Pacific Northwest, US berada dalam keadaan panik. 
Wanita-wanita kolej di seluruh Washington dan Oregon telah hilang paling kurang sorang dalam masa sebulan & polis mempunyai beberapa petunjuk tentang siapa dalang di sebalik semua ini.
Dalam tempoh 6 bulan, enam wanita telah diculik dan beberapa wanita lain telah melaporkan bahawa mereka cuba diumpan oleh seorang lelaki.
Kebanyakkan mangsa menggambarkannya sebagai seorang yang kacak dan berkarisma, Ciri-ciri yang digunakannya untuk mendapatkan kepercayaan mereka.
Satu-satunya keterangan yang dimiliki oleh pihak polis adalah bahawa wanita-wanita ini didatangi oleh seorang pemuda yang tampan dan menarik serta memakai anduh pada lengannya, cuba mengumpan mereka ke arah sebuah kereta Volkswagen Bettle berwarna coklat.
Lelaki itu mengenalkan dirinya sebagai Ted.
Selepas mendedahkan laporan ini kepada orang ramai, pihak polis dihubungi oleh empat orang yang mengenal pasti lelaki tersebut, bernama Ted Bundy.Siapakah Ted Bundy?Empat orang tersebut adalah bekas teman wanitanya, kawan rapatnya, salah seorang rakannya, dan profesor psikologi yang mengajar Ted.
Walaupun ia merupakan satu amaran, namun polis tak merasakan bahawa Ted adalah suspek dalam kes kehilangan pelajar wanita tersebut sebab fikirkan tak mungkin seorang pelajar jurusan undang-undang tanpa rekod jenayah boleh melakukan perkara sebegitu.
Perkara ini memberikan banyak peluang kepada Ted Bundy sepanjang kerjayanya sebagai seorang pembunuh yang membolehkan dia membunuh sekurang-kurangnya 30 mangsa di 7 buah negeri dalam tahun 1970-an.
Ted Bundy telah menipu ramai orang, termasuk polis yang tidak mengesyakinya, pengawal penjara yang dia berjaya larikan diri, wanita-wanita yang dimanipulasi, isterinya yang dinikahinya selepas ditangkap.
Malah, dia sendiri berkata, "Saya adalah anak har*m yang paling kejam pernah anda semua temui,".
KEHIDUPAN AWAL TED BUNNYTed Bundy dilahirkan di Vermont, 4,485 kilometer dari tempat di mana dia melakukan pembunuhannya yang pertama. Ibunya bernama Eleanor Louise Cowell dan bapanya tidak diketahui.Ted Bundy semasa muda remajaUntuk mengelakkan sebarang kesulitan, dia dibesarkan oleh nenek dan datuknya yang kejam sebagai anak mereka sendiri.
Lebih buruk, Ted percaya yang ibu kandung dia merupakan kakak kandung sebab dah lama membesar bersama semasa tinggal dengan atuk dan nenek.
Ted dan ibunya selalu dipukul datuknya, mereka pon larikan diri ke Washington untuk tinggal bersama sepupunya ketika Ted berusia 5 tahun.
Di sana, Eleanor bertemu dan berkahwin dengan seorang tukang masak hospital, Johnnie Bundy, secara rasminya menjadikan Ted sebagai anak angkat.
Ted tak suka bapa tirinya itu sebab dia cakap Johnie Bundy ni orang yang tidak bijak dan bergaji rendah.
Tak banyak yang diketahui mengenai zaman kanak-kanak Ted sebab dia bagi penerangan yang bercanggah namun gambaran boleh dibuat bahawa dia mempunyai zaman kanak-kanak yang biasa.
Walaupun Ted menyifatkan dirinya sebagai seorang yang suka alone dan suka mengintip wanita pada waktu malam, namun ramai yang mengenali Ted dari sekolah menengah menggambarkannya sebagai seorang yang terkenal dan sangat disukai.

KEHIDUPAN DI KOLEJ DAN SERANGAN PERTAMA
Ted Bundy tamat sekolah menengah pada tahun 1965 dan selepas mendaftar di Universiti Puget Sound sebelum berpindah ke University Washington untuk mempelajari bahasa Cina.Kehidupan Ted Bundy di kolejPastu dia berhenti sekejap daripada belajar pada tahun 1968 tapi kembali ke kolej dalam jurusan psikologi.
Time Ted berhenti belajar untuk seketika, dia balik rumah & time itulah dia dapat tahu buat pertama kalinya bahawa wanita yang dia anggap sebagai kakanya, adalah ibu kandungnya.
Sekembalinya Ted ke Universiti Washington, dia bercinta dengan Elizabeth Kloepfer yang bekerja sebagai setiausaha di kolej perubatan kampus tersebut. Elizabeth adalah antara 4 orang yang melaporkan Ted sebagai suspek dalam pembunuhan di Northwest Pacific.
Di antara empat orang yang lain ialah bekas pegawai polis Seattle, Ann Rule, yang bertemu Ted ketika mereka berdua bekerja di pusat panggilan di mana mereka membantu orang yang ingin membunuh diri.
Pada tahun 1973, Ted diterima masuk ke University Puget Sound dalam jurusan undang-undang, tetapi lepas beberapa bulan, dia stop pergi kelas. Ketika inilah kehilangan wanita yang pertama bermula.
Serangan pertama Ted Bundy pada bulan Januari 1974 bukanlah pembunuhan sebenar sebaliknya serangan terhadap Karen Sparks, seorang pelajar dan penari berusia 18 tahun di University of Washington.
Ted pecah masuk ke apartmen Karen dan memukulnya menggunakan rod besi sehingga tidak sedarkan diri sebelum menggunakan objek yang sama secara seksual ke atas mangsanya itu.
Serangan tersebut membuatkan Karen berada dalam keadaan koma selama 10 hari dan mengalami kecacatan kekal.

PEMBUNUHAN PERTAMA TED BUNDY
Mangsa Ted seterusnya yang juga merupakan mangsa pembunuhan pertama adalah Lynda Ann Healy, pelajar Universiti Washington.
Sebulan selepas serangan pertama terhadap Karen Sparks, Ted memecah masuk ke sebuah apartmen pada awal pagi, memukul Lynda sehingga pengsan dan membawanya masuk ke dalam kereta Ted.
Sejak itu, Lynda tidak pernah lagi dijumpai namun beberapa tahun kemudian serpihan tengkoraknya dijumpai di salah satu lokasi di mana Ted buang mayatnya. 
Selepas itu, Ted terus jadikan pelajar perempuan di kawasan tersebut sebagai sasaran.
Taktik biasa dia adalah tumpangkan pelajar wanita yang muda atau menghampiri wanita dengan memakai anduh lalu meminta tolong mereka memasukkan sesuatu ke dalam keretanya. Ted akan memukul mangsanya sampai pengsan sebelum mengikat, merogol dan membunuh mangsanya.
Mayat tersebut kemudiannya akan dibuang di kawasan hutan yang terpencil. Tapi, mayat-mayat tu tak ditinggalkan macam tu je. 
Kadang-kala Ted akan datang tempat pembuangan mayat tersebut untuk buat hubungan seks bersama mayat yang mereput.
Dalam beberapa situasi, Ted akan potong kepala mangsanya dan menyimpan tengkorak di dalam apartmentnya. Ted juga tidur bersama-sama tengkorak tersebut.Koleksi tengkorak mangsa yang disimpan oleh ted BundyDalam tempoh lima bulan berikutnya, Ted telah menculik dan membunuh lima lagi pelajar perempuan di Northwest Pacific.
Mangsa-mangsa tersebut adalah Donna Gail Manson, Susan Elaine Rancourt, Roberta Kathleen Parks, Brenda Carol Ball, dan Georgann Hawkins.
Disebabkan kehilangan yang begitu kerap ini, polis minta siasatan besar-besaran dilakukan dan minta beberapa agensi kerajaan yang lain untuk bantu mencari mangsa-mangsa yang hilang.
Salah satu daripada agensi tersebut adalah Jabatan Perkhidmatan Kecemasan Washington, tempat di mana Ted bekerja ketika melakukan jenayah tersebut.
Di situ, Ted bertemu dengan Carole Ann Boone, di mana dia jalinkan hubungan cinta untuk beberapa tahun ketika pembunuhan diteruskan.
PERPINDAHAN DAN PENANGKAPAN TED BUNDY
Ketika pencarian terhadap penculik diteruskan, banyak keterangan saksi muncul yang tunjukkan Ted adalah pelakunya tapi time beberapa mayat ditemui di dalam hutan, Ted diterima masuk ke sekolah undang-undang di Utah dan berpindah ke Salt Lake City.
Kat sana, dia teruskan addiction dia untuk merogol dan membunuh wanita muda, termasuk seorang wanita yang menumpang keretanya di Idaho dan 4 remaja perempuan di Utah.
Mengetahui tentang pembunuhan yang berlaku serta perpindahan Ted ke lokasi jenayah tersebut berlaku, bekas kekasihnya Elizabeth Kloepfer menghubungi pihak polis buat kali kedua untuk menegaskan semula syak wasangkanya terhadap Ted Bundy, sebagai pembunuh tersebut.
Amaran kedua ini tidak membawa kepada penahanan Ted, namun ketika para penyiasat mengumpulkan makluamat berkaitan dengan 5 pembunuhan terbaru di Utah dan Idaho itu, nama Ted muncul sebagai salah satu suspek utama.
Tidak hiraukan apa yang berlaku, Ted teruskan pembunuhannya. Kali ini menghala ke Colorado dari rumahnya di Utah di mana 3 lagi wanita dibunuh.
Akhirnya, pada Ogos 1975, Ted Bundy ditahan oleh pegawai polis ketika memandu melalui pinggir bandar Salt Lake City, dan polis menemui topeng, gari, serta objek tumpul di dalam keretanya.Senjata serangan dan pembunuhan Ted BundyWalaupun barang-barang tersebut tak mencukupi untuk menahanannya, seorang pegawai polis menyedari bahawa Ted juga merupakan suspek dalam pembunuhan yang terdahulu lalu meletakkannya di bawah pengawasan.
Pegawai-pegawai polis tersebut kemudiannya menemui kereta Volkswagen Beetle yang telah dijual oleh Ted, di mana mereka menemui rambut yang secocok dengan 3 daripada mangsanya.
Dengan bukti ini, mereka masukkan nama Ted ke dalam senarai suspek yang mana dia kemudiannya dikenalpasti oleh salah seorang wanita yang cuba diculiknya.
Ted Bundy telah disabitkan atas kesalahan menculik & menyerang lalu dihantar ke penjara sementara polis menguruskan kes pembunuhannya.Ted Bundy ditangkap polis
TED BUNDY MELARIKAN DIRI DARI PERBICARAANNYA
Bagaimanapun, ini bukanlah merupakan penamat terhadap pembunuhan oleh Ted Bundy. Tak lama kemudian, Ted berjaya melarikan diri daripada jagaan pihak berkuasa. Malah ia berlaku sebanyak dua kali.
Kali pertama pada tahun 1977 yang mana dia melarikan diri dari perpustakaan undang-undang di mahkamah di Aspen.
Dia dibenarkan untuk masuk ke dalam perpustakaan tersebut tanpa gari kerana dia bertindak sebagai peguam bagi pihaknya dalam kes tersebut.
6 hari kemudian, Ted ditangkap semula. Enam bulan lepas melarikan diri buat kali pertama, Ted sekali lagi meloloskan diri.
Kali ini dengan melalui ruangan merangkak di bahagian syiling yang dihasilkannya menggunakan gergaji. Dia berjaya melarikan diri ke Florida.Ted Bundy ditangkapPada 15 Januari 1978, selepas 2 minggu pelariannya, Ted memecah masuk ke sebuah rumah dihuni pelajar-pelajar wanita di Universiti Florida .
Dalam hanya 15 minit, Ted serang secara seksual dan membunuh Margaret Bowman dan Lisa Levy, manakala Kathy Kleiner dan Karen Chandler cedera teruk.
Masih dalam pelarian selepas 3 minggu melakukan pembunuhan di Florida, Ted culik Kimberly Diane Leach berusia 12 tahun dari sekolahnya, lalu dibunuh.
Seminggu kemudian Ted diberkas oleh pihak polis yang menjumpai bukti dikaitkan jenayah Ted di Universiti Florida di dalam sebuah kereta
Sepanjang perbicaraannya, Ted sabotaj dirinya sendiri dengan mengabaikan nasihat peguamnya dan mengambil alih dalam mempertahankan diri.
Malah orang yang at first pertahankan Ted kemudiannya akan berpaling dan dedahkan apa yang mereka gambarkan tentang Ted.
Joseph Aloi, pegawai penyiasat yang berusaha bagi pihak Ted pernah berkata, "Gambaran saya terhadap Ted adalah dia seorang yang hampir sama dengan syaitan."
Ted Bundy akhirnya disabitkan atas kesemua tuduhan dan diletakkan dalam senarai hukuman mati di penjara di Florida.
Semasa dalam penjara, dia didera oleh tahanan lain termasuklah dirogol oleh oleh empat banduan. Ketika perbicaraan sedang berlangsung, Ted berkahwin Carole Ann Boone yang mana mereka mendapat seorang anak.
Ted Bundy's wife and Ted Bundy's daughter:Ted Bundy with his wife and daughterTed Bundy akhirnya menemui ajalnya di atas kerusi elektrik pada 24 Januari 1989. Ratusan orang berkumpul di luar mahkamah untuk meraikan kematiannya.Mayat ted bundyTed Bundy mati di atas kerusi elektrikAntara gambar-gambar mangsa yang dibunuh oleh Ted Bundy dengan sangat kejam: (sorry saya tak letak di sini, kalau nak tengok, klik link artikel asal di bawahhh sekali ye)
Kalau nak tengok full documentary kes Ted Bundy ni korang boleh je search kat Netflix, Conversations With A Killer The Ted Bundy Tapes.Conversations with a killer ted bundy tapes on NetflixFilem Extremely Wicked Shockingly Evil and Vile yang berdasarkan kisah pembunuhan Ted Bundy ni pon keluar bulan January 2019 kalau tak silap. Korang boleh tengok juga dah release kat Malaysia.

Dilakonkan oleh Zac Efron.TED BUNDY MOVIE - filem extremely wicked shockingly evil and vileWatak Ted Bundy dilakonkan oleh Zac EfronArtikel asal: https://twitter.com/soulusiMY/status/1089756330728947713



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sayidahnapisah.com/2019/06/siapakah-ted-bundy-ini-kisah-benar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Kisah Pembunuhan Yang Benar

5 Kisah Pembunuhan Yang Benar

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 425 hits
Jenayah merupakan satu perbuatan yang dilakukan bertentangan dengan undang undang Tidak kira tempat atau umur jenayah sering berlaku dan tidak dapat dihalang secara total Pembunuhan merupakan salah satu daripada bentuk jenayah yang sering d...
Kisah Benar Terima Mesej Telegram Nama Arwah

Kisah Benar Terima Mesej Telegram Nama Arwah

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 811 hits
TERIMA MESEJ TELEGRAM NAMA ARWAH Tak tahu macam mana ingin mulakan entry ini Berdebar dan masih menjadi persoalan dalam fikiran sehingga kini Al kisah tengah malam tadi sedang browse Instagram tiba tiba saya terima mesej masuk melalui apps ...
Beramal Kerana Allah Kisah Benar Petang Tadi Sebagai Catatan Muhasabah Dimasa Depan

Beramal Kerana Allah Kisah Benar Petang Tadi Sebagai Catatan Muhasabah Dimasa Depan

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 412 hits
Selesai muktamar hari ini jam 7 00 petang terus kami bergegas keluar Tempat yang dituju ialah kedai kedai makan sekitar kawasan muktamar Saya beli popia satar dan sahabat saya perwakilan Kluang beli keropok lekor Belilah lebih sikit untuk m...
Kisah Benar Lelaki Terperangkap Dalam Badan Budak 12 Tahun

Kisah Benar Lelaki Terperangkap Dalam Badan Budak 12 Tahun

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 555 hits
Seorang lelaki berusia 25 tahun menceritakan penderitaannya apabila dirinya terperangkap dalam badan budak berusia 12 tahun Tomasz Nadolski dari Olesnica Poland mengalami keadaan genetik yang dikenali sebagai penyakit Fabry yang menjejaskan...
Kisah Buaya Putih Kembar Manusia

Kisah Buaya Putih Kembar Manusia

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 900 hits
Di Pangkalan Balak Melaka terdapat satu legenda yang berlegar di kalangan penduduk setempat mengenai seekor buaya putih yang menjadi penunggu di Sungai Linggi Buaya tersebut dikatakan mempunyai saudara kembar iaitu seorang manusia Sama ada ...
Kisah Benar Gangguan Di Jalan Felda Aring Gua Musang

Kisah Benar Gangguan Di Jalan Felda Aring Gua Musang

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 1312 hits
Dari fb Ossasuke Hikaru Kisah laluan menakutkan sepanjang perjalanan di Felda Aring hari jumaat lepas pada waktu malam Post nie bukan utk menakutkan sesiapa Tapi berhati lah Fikir dulu sebelom membuat keputusan Selepas turun dari Cameron Hi...
Dah Lama Tunggu Bas Kisah Seram Siapakah Sebenarnya Delaila

Dah Lama Tunggu Bas Kisah Seram Siapakah Sebenarnya Delaila

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 741 hits
Cuaca petang masih lagi cerah walau jam sudah menginjak ke pukul enam setengah petang Jelita masih lagi duduk di perhentian bas Sekejap sekejap dia menjengah ke tengah jalan raya dan kemudian beralih mengerling jam dipergelangan tangan Nove...
Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 Siapakah Yang Layak Memohon

Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 Siapakah Yang Layak Memohon

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 502 hits
Artikel kali ini saya nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan Bantuan Sara Hidup Rakyat yang akan menggantikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia Untuk pengetahuan semua permohonan BSH dibuka kepada semua yang layak kecuali pemegang Kad Deb...
5 Filem Jepun Adaptasi Dari Kisah Benar Yang Mampu Buatkan Anda Sedih

5 Filem Jepun Adaptasi Dari Kisah Benar Yang Mampu Buatkan Anda Sedih

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 1291 hits
Di Jepun terdapat beberapa peristiwa sebenar yang telah membuatkan rakyatnya merasa sedih Terdapat peristiwa dimana anak anak ditinggalkan oleh ibu sehingga mati dan juga kisah mengenai anjing yang begitu setia kepada tuannya Peristiwa peri...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut