Kamu Menggangu Majlis Kami Kisah Seram Semasa Bertugas Di Banglo Terbiar




Masa itu aku dan dua orang kawan ku ditugaskan untuk menjaga kawasan perumahan yang tidaklagi ditinggali.Kawasan tersebut berada di atas bukit yang tersembunyi dalam semak samun.Dengar cerita kawasan perumahan tersebut di punyai oleh ‘orang kenamaan’ dan dulunya dihuni oleh ramai orang vip. Kenapa kawasan tersebut kosong hingga masa ni pun menjadi tanda tanya memandangkan rumah rumah disana masih cantik. Ada dalam tiga deretan yang terdiri dari banglo banglo besar.

Dipendekkan cerita. Malam tersebut seperti yang di nyatakan diawal cerita,aku,Sadik dan Samrin ditugaskan mengawal disana.Sadik dan Samrin berada di dalam pondok manakala aku berjaga diluar pagar.

Aku masih ingat jam waktu atu menunjukkan pukul 9 malam.

Tiba tiba aku terkejut melihat kedatangan beberapa kereta mewah yang beratur di pintu gate.
Siapa mereka? Dari mana? Soalan tersebut hanya mampu bergema di fikiran.

“Buka pagar ni saudara…kita nak masuk” tiba-tiba menjengah seorang lelaki dalam perumuran 50 an dengan memakai baju batik melalui jendela kereta yang separuh terbuka.Aku masih tercengang.

“Saudara dengar kah?”

“Minta maaf ..encik dari mana dan apa tujuan masuk kedalam?” 

Aku masih hairan melihat sebaris kereta kereta yang entah dari mana datangnya yang sedang menunggu untuk masuk. Perumahan terbiar tu memang sudah lama tidak ada pengunjung.

“Kita dijemput datang. Ada majlis besar. Saudara tidak tahu kah?

Majlis?Sumpah kami tidak diberi apa apa maklumat tentang majlis malam itu. Takut aku yang tidak terperasaan aku hanya memberi isyarat tunggu.

“Sekajap encik”

Aku berlalu untuk ke pondok bertanyakan Sadik dan Samrin kalau kalau mereka tahu.

Demi saja ku masuk cuma Sadik yang ada disitu dan sedang terlelap.
“Sadik”Aku menepuk bahunya.Sadik terbangun dan terus ku tanyakan jika dia tahu tentang majlis malam itu.Sadik hanya menggeleng geleng lemah dan meneruskan tidurnya.Kebetulan Sadik kurang sihat. Aku cuba mencarimemo dari atasan. Tapi hampa.

Siapa yang buat majlis disini? Aku cuba menghubungi pegawai tapi ganjilnya tiada isyarat langsung. Berkali kali ku cuba lagi. Line masih gagal.

“Saudara….kita sudah lambat”

Aku terus kembali ke pintu gate.Lelaki tersebut keluar dan bersandar di keretanya.Wajahnya kelihatan tidak semesra tadi.

“Benarkan kita masuk sekarang….”

Entah kenapa..aku tanpa banyak soal terus membuka kunci pintu gate. Orang tersebut terus memberi isyarat untuk kereta kereta lain masuk.

Mataku hanya mampu melihat sebuah demi sebuah kereta kereta mewah yang becermin gelap itu masuk ke kawasan perumahan tersebut dan alangkah terkejutnya bila ku lihat kawasan perumahan yang selama ini gelap menjadi terang benderang. Siapa yang buka semua lampu?

Aku terpaku.Mulutku terkunci.Majlis siapa?Selama ku berjaga disitu..tidak pernah ada tetamu tetamu apalagi majlis majlis keramaian diadakan disana.

“Anak…”

Spontan aku menoleh. Terlihat sepasang lelaki dan wanita dalam perumuran 40an.Aku menatap keduanya tanpa berkedip.

“Dah nak mula majlis nya ya?”

“Aa..aa…dah nak……” tergagap gagap aku menjawab.

Aneh.Siapa mereka?Yang lelaki memakai sepersalinan baju melayu lama. Yang perempuan memakai baju kebaya lama dengan rantai emas bertingkat tingkat seperti yang selalu dipakai pengantin dimajlis berbedak. Rambutnya disanggul tinggi dengan selendang bewarna hijau tua tersandang dibahunya. Rautnya sama dengan pelakon zaman P.Ramlee tapi aku tidak ingat siapa.

“Makcik nak kemana?” Hairan kerana aku tidak melihat sebuah kereta pun diletakkan berhampiran mereka.

“Ohhh…kita ni dari bawah bukit..tu rumah kita. Kita selalu nampak anak anak ni” Aku menoleh ke semak samun yang dikatakan rumahnya.Hatiku mulai gementar. Kawasan tu tidak ada penempatan selain banglo banglo tinggal ini.

“kita jalan dulu yah..kita ditunggu”

Dan aku menyaksikan tubuh keduanya bagai melayang berjalan menuju ke kawasan perumahan.Ya Allah apa yang ku saksikan.

Aku terus meluru mendapatkanSadik di pondok. Sadik masih terlelap dengan lenanya dan aku berusaha sedaya upaya untuk membangunkannya tapi Sadik bagai tidur mati.

“Sadik Sadik…bangun sadik!”

 Aku terpaksa mengherdik dengan suara yang sedikit keras supaya dia tersedar. Namun, Sadik masih terkulai seolah tidak sedarkan diri.Lalu aku teringat akan Samrin. Aku melihat alat penghubung yang terletak diatas meja. Hairan.kenapa Samrin meronda tidak membawa alat tersebut. Dimana Samrin?

Dengan hati berani takut dengan perlahan aku keluar dari pondok dan terus menuju ke kawasan perumahan yang terang dengan lampu dan cucul.Sejak bila cucul cucul itu terpasang pun aku tidak ingat.

Terlihat kereta kereta mewah tadi tersusun rapi dihadapan sebuah rumah utama yang agak besar dan aku pasti acaraitu di adakan disana.Rumah tersebut yang biasanya suram dihari lain nampak besar dan meriah.Kedengaran hiruk pikuk didalam seolah olah majlis besar besaran.

Dengan lafaz bismillah aku memulai dengan langkah kaki kanan dan melangkah ke bendul pintu yang lagaknya seperti sebuah gerbang.

Demi saja aku masuk, lampu lampu terpadam. Suara riuh rendah tadi pun senyap. Hati ku semakin gementar. Entah kenapa,kakiku terus melangkah dan akhirnya aku berada di tengah tengah ruangan kosong.

Ruang tersebut gelap dan anehnya cuma diterangi dengan cahaya lilin. Lilin??

Alangkah terperanjatnya aku apabila melihat seorang lelaki duduk membelakangi aku dan dikelilingi oleh empat batang lilin yang besar.

Perlahan dan bertawakal, aku menghampiri lelaki itu dengan berhati hati.

” Samrin!” 

Alangkah terkejutnyaaku melihatkan Samrin duduk disitu seperti orang tidak sedarapa apa.

” Samrin..Samrin…kenapa kau sini..bangun bangun”
Aku menggoncang bahu nya dengan sekuat hati.

“Aku dimana ni Li!”

Samrin terus berdiri dengan wajah yang ketakutan.

“Bangun cepat..kita keluar” Dan belum sempat kami melangkah terlihat sekumpulan manusia manusia berdiri sederet menghalangi kami.

“kamu mengganggu majlis kami!”

Jerit salah seorang dari kumpulan tersebut. Suaranya berdentum seperti guruh. Disebalik samar samar cahaya aku dapat melihat ruas wajahnya yang pelik. Keningnya dan semua orang yang ada disana sangat tebal dan bercantum.Mata mereka tidak bersinar seperti manusia biasa. Aku sudah mengetahui yang mereka bukanlah manusia.

“Pulangkan dia!” 

dia menunjuk ke arah Samrin. ya Allah.Samrin kelihatan gementar. Aku tahu ini kali pertama Samrin mengalami perkara menakutkan.

“Kalau kamu keras…kami kurung kamu disini!”

Dan wajah wajah mereka mulai berubah menjadi bengis dan mereka mulai menghampiri kami. Aku seolah berada diruang dimensi lain. Semangatku melayang jauh. Fikiran ku statik.

Tiba-tiba aku teringat untuk membaca ayat kursi. Dengan perasan gementar aku mula membaca . Mula mula bacaanku berterabur dan mereka ketawa mengejekku. Kali ke tiga ayat kursi ku, aku mulai rasa yakin. Ayat kursi ku ulang 7 kali dan tumit ku pusing sekuat kuatnya ke dasar lantai dengan spontan. Tedengar pekikkan kemarahan memenuhi ruang. Bau busuk seperti bangkai mula menyengat hidung.Tiba-tiba rumah tersebut bagai mahu runtuh.

‘Mereka’ terus bertempiaran lari dan ada yang terbang menyusup keluar melalui jendela dengan menjerit jerit.Tanpa berlengah, aku menarik Samrin keluar dan terus berlari menuju ke pondok.

Sadik terbangun sebaik saja kami berada di dalam.

“Kamu dari mana?”

 Aku hanya terdiam.Malas untuk membuka cerita kerana aku tahu Sadik penakut.

“Aku dengar orang beteriak tadi..siapa?”

 Sadik menggosok gosok matanya yang merah.

“Takde apa apa…tidurlah balik” 

Aku memberi isyarat mata pada Samrin supaya berahsia.Samrin yang pucat lesi masih diam. Aku nampak dia menggeletar.

Sadik duduk semula sambil mengurut urut pangkal lehernya.

“Seram aku nak tidur lagi….tadi aku mimpi …mimpi rumah yg kita jaga ni ada orang buat majlis…ramai orang datang..dengan kereta besar besar…meriah..rupanyamacam majlis orang nikah kawin ..yang aneh aku nampak kau yang jadi pengantinnya!”

Sadik menunjuk Samrin yang pucat. Terlopong Samrin. Samrin memandang aku dengan pandangan cemas.

“Tapi aneh betul mimpi aku tu…kau pun ada Ali, aku nampak kau tarik Samrin dan orang orang ramai yg mengeliling kamu dah betukar jadi hantu…rasa macam real pun ada”

 Sadik melurut bulu roma tangannya yang tegak berdiri.Aku dan Samrin berpandangan sesama sendiri.

Malam itu aku terpaksa memujuk Samrin supaya tetap bertugas malam itu kerana tanggungjawab. Semua ini adalah dugaan untuk orang orang yang menjalankan amanah.Selagi kita beriman kepada Allah selagi itu kita akan di uji.

Memang di dunia ini…bukan hanya kita yang tinggal tapi juga ada ‘mereka’.Lalu aku terkenang akan sepasang lelaki dan wanita yang katanya tinggal di dalam semak dibawah jalan.Ya Allah. Sungguh pengetahuan kami amat terbatas dan memang tiada yang mustahil tanpa izinMu.

Wallahualam

Penulisan: Hud

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://coffeecakearticle.blogspot.com/2019/04/kamu-menggangu-majlis-kami-kisah-seram.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Seram Semasa Menyewa Rumah Pengamal Ilmu Hitam Di Tingkat 10

Kisah Seram Semasa Menyewa Rumah Pengamal Ilmu Hitam Di Tingkat 10

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 1055 hits
Namaku Nana Aku merupakan pengantin baru Disebabkan suamiku seorang pembantu doktor kerjanya tak tentu masa Kami berpindah di satu kawasan apartment berdekatan dengan hospital suamiku berkhidmat Pada mulanya aku tidak bersetuju untuk berpin...
Abang Saya Takut Bang Saya Nak Keluar Bang Tolonglah Kisah Seram Semasa Menginap Hotel Murah Di Sabah

Abang Saya Takut Bang Saya Nak Keluar Bang Tolonglah Kisah Seram Semasa Menginap Hotel Murah Di Sabah

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 5497 hits
Kisah seramKisah yang ingin saya kongsikan di sini adalah berkenaan dengan sebuah hotel murah yang terletak di Sabah Saya dan isteri saya berasal dari Perak Saya bertugas sebagai seorang guru manakala isteri saya pula adalah seorang suri ru...
Lepas Tu Sorang Staff Dia Tarik Aku Kisah Seram Menginap Di Bilik Hotel Orang Mati Dibunuh

Lepas Tu Sorang Staff Dia Tarik Aku Kisah Seram Menginap Di Bilik Hotel Orang Mati Dibunuh

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 1535 hits
Assalamualaikum Nama aku Amer Eddiey Ni aku nak cerita lah jugak peristiwa yang terjadi pada diri aku Masa tu aku dari Terengganu nak ke Batu Pahat Aku saja jer pusing pergi kat PD masa tuh sebab aku nak lihatlah jugak pantai dia Boleh lah ...
Muka Dia Pon Mcm Tak Pernah Nmpak Tapi Bdn Dia Rambut Dia Lebih Kurang Mcm M Kisah Seram Mendiami Bilik Arwah

Muka Dia Pon Mcm Tak Pernah Nmpak Tapi Bdn Dia Rambut Dia Lebih Kurang Mcm M Kisah Seram Mendiami Bilik Arwah

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 918 hits
Aku Cik Kisah yang aku nak kongsikan ni dah hampir 5 tahun berlalu di mana sekarang aku dah habis belajar Aku bekas pelajar ipta nun jauh di utara Tapi kisah ni bukan kisah seram di ipta tu tp kisah seram ni aku dan kawan2 aku alami saat2 a...
Siapa Punya Kerja Tu Pengalaman Seram Semasa Malam Raya Di Sarawak

Siapa Punya Kerja Tu Pengalaman Seram Semasa Malam Raya Di Sarawak

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 645 hits
Kampung mak saya terletak di salah sebuah daerah di Sarawak dan majoriti penduduk di kampung ini adalah dari kaum Melanau Sejak 4 tahun kebelakangan ini keluarga saya menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung mak Jika sebelum ini kami sekel...
Cepatnya Kau Kencing Tak Nak Aku Temankan Ke Hihihi Kisah Seram Pelajar Uitm Ketika Di Tandas Jam 3 Pagi

Cepatnya Kau Kencing Tak Nak Aku Temankan Ke Hihihi Kisah Seram Pelajar Uitm Ketika Di Tandas Jam 3 Pagi

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 1070 hits
Nama aku Ira Aku merupakan mahasiswi UiTM Tapi aku tak nak bagitahulah UiTM mana Terpaksa dirahsiakan atas sebab sebab tertentu Kisah ini merupakan pengalaman aku yang tak mungkin aku lupakan Nak kata seram atau tidak itu terpulanglah kepad...
Dah Lama Tunggu Bas Kisah Seram Siapakah Sebenarnya Delaila

Dah Lama Tunggu Bas Kisah Seram Siapakah Sebenarnya Delaila

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 741 hits
Cuaca petang masih lagi cerah walau jam sudah menginjak ke pukul enam setengah petang Jelita masih lagi duduk di perhentian bas Sekejap sekejap dia menjengah ke tengah jalan raya dan kemudian beralih mengerling jam dipergelangan tangan Nove...
Ke Kenapa Awak Buat Saya Macam Ni Kisah Seram Dendam Maya

Ke Kenapa Awak Buat Saya Macam Ni Kisah Seram Dendam Maya

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 820 hits
Cerita yang akan aku sampaikan ini adalah kisah dari kiriman surat seorang sahabat lamaku Rizal Kami sudah lama tak berhubung selepas tamat sekolah menengah Lepas zaman persekolahan Rizal menghilangkan diri Jadi agak mengejutkan bila aku te...
Kisah Kematian Ayahku

Kisah Kematian Ayahku

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 444 hits
Kisah kematian ayah akuAda sekali tu member ajak aku interview untuk bekerja di Penang Aku dan rakan rakan mencuba nasib Jawatan sementara untuk 6 bulan Jadi la kot buat cari modal untuk mancing ikan kelah di Pahang nanti Alhamdulillah aku ...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik