Ini 5 Azam Tahun Baharu Yang Boleh Bantu Anda Jadi Lebih Produktif


Ini 5 Azam Tahun Baharu Yang Boleh Bantu Anda Jadi Lebih Produktif
Setiap kali tahun baharu menjelang, ramai menganggap ia sebagai titik untuk menutup lembaran lama dan memberi ruang kepada perubahan.
Ramai juga yang mula melihat kembali perjalanan hidup yang telah dilalui. Ada impian yang tercapai dan ada juga perancangan yang tertangguh.
Dalam kehidupan, matlamat dan harapan lah yang membuatkan seseorang teruskan hidup.
Oleh itu, penting untuk kita menetapkan azam untuk meneruskan tahun baharu dengan penuh tujuan.
Kali ini, Sk akan mencadangkan beberapa azam yang boleh dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan yang lebih teratur, menurut portal Country Living.
1. Jadualkan rehat berkala daripada media sosial Kajian dalam portal Country Living menunjukkan bahawa penggunaan media sosial secara berlebihan boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan mental dan berpotensi menyebabkan ketagihan.
Oleh itu, pertimbangkan untuk menetapkan had penggunaan harian melalui fungsi screen time atau aplikasi lain.
Selain itu, amalkan waktu rehat seperti mengurangkan penggunaan selepas jam 9 malam atau mengambil jeda lebih lama pada hujung minggu dan ketika bercuti.
Lebih baik lagi, tinggalkan telefon anda di luar bilik tidur untuk tempoh tertentu atau ambil cuti sepenuhnya daripada penggunaan telefon.
2. Mulakan rutin senaman baharu Menurut portal Country Living, aktiviti fizikal tidak semestinya membebankan.
Difahamkan, ia boleh menjadi menyeronokkan jika anda menemui jenis senaman yang sesuai dengan minat dan keupayaan diri.
Dinasihatkan untuk cuba terokai aktiviti seperti berbasikal, pilates atau menyertai kelas kecergasan di gim berhampiran.
Selain itu, rancang jadual senaman berkala melalui video bersama rakan untuk saling mengingatkan dan mengekalkan komitmen.
Jika anda belum biasa bersenam secara konsisten, mulakan dengan latihan yang ringan dan mudah terlebih dahulu sebelum meningkatkan intensitinya secara berperingkat.
3. Kemas dan susun semula almari pakaian anda Portal Country Living turut menasihatkan untuk tidak perlu menunggu musim pembersihan besar-besaran untuk mula mengurangkan barangan yang tidak diperlukan.
Ambil langkah awal dengan menyusun pakaian di dalam almari dan laci.
Periksa setiap helaian satu demi satu, lalu buang pakaian yang rosak dan asingkan pakaian yang tidak dipakai lebih daripada setahun untuk disumbangkan.
Almari yang lebih teratur pasti memberikan rasa puas, dan selalunya anda akan sedar bahawa anda sebenarnya tidak memerlukan sebanyak mana yang disangka.
4. Pelajari bahasa baharu Menurut portal Country Living, mempelajari bahasa baharu dapat meningkatkan daya ingatan.
Selain itu, ia juga menjadikan pengalaman melancong ke negara lain lebih menyeronokkan dan mudah.
Kini, terdapat pelbagai aplikasi yang boleh digunakan untuk mempelajari bahasa asing mengikut masa dan fleksibiliti anda.
5. Beri lebih perhatian kepada simpanan kewangan Ramai mudah terleka dengan perbelanjaan harian seperti membeli barangan dapur dan membayar bil bulanan sehingga terlupa untuk merancang simpanan dan pelaburan, lapor portal Country Living.
Walaupun kita sedar menangguhkan perkara ini bukanlah satu langkah yang bijak, ia sering berlaku.
Oleh itu, dinasihatkan untuk luangkan masa untuk mengkaji cara yang lebih berkesan dalam mengurus kewangan serta melaburkan wang pada tahun akan datang.
Difahamkan, ia tidaklah sesukar yang disangka.
BACA: Jangan Amalkan, Ini Rupanya 5 Kesan Buruk Makan Lewat Malam Sumber: Country Living
The post Ini 5 Azam Tahun Baharu Yang Boleh Bantu Anda Jadi Lebih Produktif appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/29/ini-5-azam-tahun-baharu-yang-boleh-bantu-anda-jadi-lebih-produktif/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Razak Dipenjara 15 Tahun Amp Didenda Rm11 38 Bilion Titik Noktah Baharu Dalam Sejarah Kes 1mdb

Najib Razak Dipenjara 15 Tahun Amp Didenda Rm11 38 Bilion Titik Noktah Baharu Dalam Sejarah Kes 1mdb

papar berkaitan - pada 27/12/2025 - jumlah : 144 hits
Bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak hari ini berdepan detik paling besar dalam karier politiknya apabila Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun serta denda RM11 38 bilion selepas beliau disabitkan bersalah te...
Tidur Awal Sebelum 10 Malam Hidup Lebih Produktif

Tidur Awal Sebelum 10 Malam Hidup Lebih Produktif

papar berkaitan - pada 29/12/2025 - jumlah : 94 hits
Tidur Awal Sebelum 10 Malam Hidup Lebih Produktif Ini Sebabnya Tidur merupakan asas penting untuk memastikan tubuh dan minda berfungsi dengan optimum namun ramai yang mengabaikannya kerana rutin harian yang padat dan gaya hidup moden yang s...
Azam Tahun Baru 2026 Idea Realistik Yang Mudah Kekal Konsisten

Azam Tahun Baru 2026 Idea Realistik Yang Mudah Kekal Konsisten

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 256 hits
Setiapkali hujung tahun ramai antara kita mula memikirkan azam Tahun Baru Masuk sahaja tahun 2026 persoalan yang sama kembali bermain di fikiran azam apa yang patut dibuat dan mampukah kita kekal konsisten Hakikatnya azam Tahun Baru 2026 ti...
30 Contoh Azam Tahun Baru 2026 Tips Kewangan

30 Contoh Azam Tahun Baru 2026 Tips Kewangan

papar berkaitan - pada 28/12/2025 - jumlah : 178 hits
Azam Tahun Baru 2026 anda apa kali ini Kalau belum ada inilah masanya untuk menetapkan azam baru dan tekad agar menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya Untuk mengetahui kalendar 2026 Hari Kelepasan Am serta Kalendar Akademik sila rujuk Jom...
Selamat Tahun Baru 2026 Contoh Ucapan Azam

Selamat Tahun Baru 2026 Contoh Ucapan Azam

papar berkaitan - pada 22/12/2025 - jumlah : 198 hits
Selamat tahun baru 2026 Memandangkan kita bakal melangkah ke tahun 2026 ini adalah masa yang paling sesuai untuk bermuhasabah dan merancang lembaran baru yang lebih gemilang Untuk mengetahui kalendar 2026 Hari Kelepasan Am serta Kalendar Ak...
Ringgit Catat Lonjakan Baharu Tembus Paras Tertinggi Dalam Lima Tahun

Ringgit Catat Lonjakan Baharu Tembus Paras Tertinggi Dalam Lima Tahun

papar berkaitan - pada 27/12/2025 - jumlah : 97 hits
Ringgit terus mempamerkan prestasi cemerlang apabila mata wang tempatan itu dibuka lebih kukuh pada Jumaat sekali gus mencatat satu lagi rekod baharu dalam tempoh lima tahun berbanding dolar Amerika Syarikat Dalam dagangan awal pada jam 8 p
Harga Bitcoin Hari Ini Bagaimana Anda Boleh Jana Income Usdt Tanpa Perlu Trade Bitcoin Secara Manual

Harga Bitcoin Hari Ini Bagaimana Anda Boleh Jana Income Usdt Tanpa Perlu Trade Bitcoin Secara Manual

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 127 hits
Harga Bitcoin Hari Ini Bagaimana Anda Boleh Jana Income USDT Tanpa Perlu Trade Bitcoin Secara Manual Ramai orang mencari maklumat The post appeared first on
Berani Bertanya Selamat Dirawat Mengapa Keyakinan Pesakit Boleh Menyelamatkan Nyawa

Berani Bertanya Selamat Dirawat Mengapa Keyakinan Pesakit Boleh Menyelamatkan Nyawa

papar berkaitan - pada 24/12/2025 - jumlah : 101 hits
Penulis Prof Madya Dr Mohd Ismail Ibrahim Dr Mohd Hanif Mohd Nawawi Pensyarah Pakar Kesihatan Awam Jabatan Perubatan Masyarakat Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Calon Kedoktoran Kesihatan Awam Kampus Kesihatan Universiti Sains Mal...
Bayaran Perkeso 2026 Jadual Bayaran Faedah

Panduan Beli Rumah Pertama Tahun 2026

5 Langkah Audit Kewangan Peribadi Setiap Hujung Tahun

10 0 0 1 Piso Wifi Pause Time Definitive Guide

Ada Orang Belanja Pergi Spa

Kucing Terkenal Jellybean Pergi Selamanya

Dah Hampir 5 Hari Blog Ni Senyap Tanpa Khabar

Data Raya Dalam Pembangunan Pertanian Pintar Tingkatkan Produktiviti


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kalendar Akademik 2026 Versi Kartun Kumpulan A Dan B

Mockup Produk Realistik Kenapa Ia Lebih Meyakinkan

Firth Of Cro Kapal Besi Terdampar Di St Margaret S Bay 1894

Malaysia Gemilang Meraih Kemenangan Yang Membanggakan

Barang2 Dibawa Keluar Tanpa Beritahu Dr Fie Berang Dengan Nubhan Kejam Kamu

Jawapan Tenang Syed Saddiq Beri Bayangan Soal Kahwin Dengan Bella Astillah Hanya Untuk Keluarga