Abang Saya Takut Bang Saya Nak Keluar Bang Tolonglah Kisah Seram Semasa Menginap Hotel Murah Di Sabah


Kisah seramKisah yang ingin saya kongsikan di sini adalah berkenaan dengan sebuah hotel murah yang terletak di Sabah. Saya dan isteri saya berasal dari Perak. Saya bertugas sebagai seorang guru manakala isteri saya pula adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Pada suatu hari, kami bercadang ingin bercuti di Sabah, kerana waktu itu adalah cuti sekolah pertengahan tahun. Jadi, pada hari itu juga kami tempah tiket dan terus terbang ke Sabah.

Dipendekkan cerita, sampai saja di Sabah. Kami mencari sebuah hotel yang selesa dan berbaloi dengan harga. Kami ini jenis berjimat sikit. Kalau lagi murah hotel itu, lagi okay bagi kami. Apa yang penting bagi kami ialah boleh buat tidur, mandi dan merehatkan badan. Ada semua itu, bagi kami okay dah. Sama ada bilik kecil atau besar, kami tidak kisah. Lagi pula, gaji saya pun takda lah sebesar mana. Maklum saja lah, waktu itu saya baru saja jadi cikgu. Isteri pula tidak bekerja.
Ketika mencari hotel, kami terjumpa seorang pakcik, umurnya kira-kira dalam 40-an. Kerana sudah penat berjalan mencari hotel, kami pun bertanya pada pak cik tersebut, “Pak cik, tumpang tanya. Pak cik tahu tak kat mana ye hotel murah di kawasan terdekat ni?” Pak cik itu menjawab “Oh, kalau nak cari hotel murah, pergi dekat sana”, katanya sambil menunjukkan jalan yang patut kami lalui.
Pak cik itu menyambung lagi, “Tapi kalau adik nak hotel yang lagi murah, pergi hotel dekat hujung sana tu. Tapi kat sana, kena tahan sikitlah. Dengar cerita, kat sana tu keras sikit. Ada hantu ke apa, yang itu saya tak tahu. Saya cuma dengar-dengar cerita sahaja”, kata pak cik itu sambil menunjukkan sebuah hotel yang agak susah kelihatan kerana hotel tersebut berada agak terlindung. Macam dalam hutan dan yang ngerinya, dalam kawasan itu yang ada hanya hotel itu sahaja. Tidak ada bangunan lain.
Saya ini jenis yang berani sikit. Sebenarnya acah-acah berani saja. Lagipun saya memang suka benda-benda yang menyeramkan macam ni. Jadi, saya pun mengambil keputusan untuk menginap di hotel murah kat sana tu. Isteri saya pun membalas “Abang, tak payahlah tidur kat sana. Kan pak cik itu dah cakap, hotel sana keras”.
Saya : “Alah awak ni, pak cik itu pun cakap dia dengar-dengar cerita sahaja. Takda apa-apa lah awak, jangan risau”.Isteri : “Saya tetap taknak jugak bang. Lagipun dalam hutan tu bang, seram tahu tak?”Saya: “Okay, okay. Macam ni, kita tidur dulu sana, kalau ada apa-apa gangguan, abang janji kita terus check out. Okay?”Isteri: “Ye lah ye lah”, sambil menganggukkan kepala dan memuncungkan mulut sedepa.

Sampai di lobi hotel tersebut, kami pun terus mendaftar masuk. Masuk saja bilik, memang tak sangka bilik itu memang besar dan selesa. Harganya pula memang cukup murah, hanya RM49 untuk satu malam. Memang terbaik, tandas bersih, ada astro, pendingin hawa, katil besar dan siap ada beranda untuk menghisap rokok. Selepas kami check in dalam pukul 12 tengah hari itu, sehari itu kami duduk berehat di hotel sahaja, sambil menonton televisyen dan bersembang-sembang. Kami juga sempat mandi kolam di hotel tersebut.
Apabila tiba waktu malam, oleh kerana terlalu keletihan, pada pukul 10 malam kami terus tidur. Keesokan paginya, saya kejutkan isteri untuk bangun solat subuh. Selesai solat subuh, saya pun saja la mengusik isteri saya, “Ha macam-mana, kena kacau hantu tak malam tadi?”. Isteri saya hanya tersenyum malu tak terkata. Saya pun gelak-gelak saja. Hari itu, kami berjalan-jalan meronda di Sabah

Dipendekkan cerita lagi, tiba waktu malam, lebih kurang pada pukul 10 malam, kami agak keletihan. Sebenarnya saya yang keletihan, sebab saya yang memandu kereta sewa dan saya juga yang angkat barang-barang ketika membeli belah siang tadi. Tidak lama selepas itu, saya pun tertidur. Kira-kira dalam pukul 4 pagi, tiba-tiba isteri saya kejutkan saya dalam keadaan yang cemas, “Abang, abang, bang, bangun bang. Saya nak keluar dari hotel ini bang”. Waktu itu, mukanya kelihatan agak cemas dan ketakutan

Dalam keadaan mamai, saya pun menjawab, “Apa kena dengan awak ni? Abang mengantuklah”. Tapi isteri saya terus berkata, “Abang, saya takut bang. Saya nak keluar, bang. Tolonglah”. Mukanya kelihatan sangat ketakutan dan hampir-hampir nak menangis. Isteri saya ini memang manja sikit orangnya, tapi alhamdulillah dia selalu mendengar kata

Saya pun tengok keadaan dia macam ketakutan sangat. Mungkin isteri saya tu kena ganggu kot. Oleh kerana saya sudah berjanji akan terus check out kalau ada kena ganggu ke apa ke, jadi saya pun terus bangun, pasang lampu dan kemas barang-barang kami. Tanpa membuang masa, kami terus check out. Disebabkan masa itu, saya masih mengantuk dan isteri saya pun nampak macam sangat ketakutan, saya pun senyap saja dalam kereta sewaktu tengah memandu sambil mencari hotel lain. Lagipun saya nak bagi dia tenang-tenang dulu

Sampai sahaja di hotel lain, kami terus mendaftar masuk. Sampai di bilik, saya pun duduk la kat kerusi tu, tunggu bini saya tidur dahulu. Sebelum dia terlena, dan dia pun nampak macam da okay, saya pun tanya la dia “Kenapa dengan awak tadi tu?”. Isteri saya menjawab, “Ada hantu bang kat hotel tu. Dalam pukul 12 tengah malam tadi, macam ada bayang-bayang orang yang lalu dekat beranda hotel tu bang. Pada masa tu saya buat tidak tahu saja sebab tak nak ganggu abang tidur”

“Saya pun cuba la tidur tapi sekali tu saya terdengar bunyi macam ada orang ketuk-ketuk kat bawah katil kita. Perlahan saja saya dengar bunyi ketukan itu. Masa itu, bulu roma saya dah meremang dah, habis semua naik berdiri. Tapi saya masih buat tidak tahu dan akhirnya saya dapat melelapkan mata. Tetapi dalam pukul 3 pagi lebih macam tu, saya terjaga,” kata isteri saya menyambung ceritanya

Menurut cerita isteri saya, dia terjaga kerana bunyi ketukan itu menjadi semakin kuat. Dek kerana sakit hati, isteri saya membaling bantal ke bawah katil tanpa dia melihat ada apa kat bawah katil itu. Namun secara tiba-tiba, muncul satu makhluk yang merangkak laju lalu masuk ke dalam tandas. Kerana ketakutan, isteri saya terus mengejutkan saya bangun tidur dan mengajak saya berpindah ke hotel lain


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://coffeecakearticle.blogspot.com/2019/06/abang-saya-takut-bang-saya-nak-keluar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lepas Tu Sorang Staff Dia Tarik Aku Kisah Seram Menginap Di Bilik Hotel Orang Mati Dibunuh

Lepas Tu Sorang Staff Dia Tarik Aku Kisah Seram Menginap Di Bilik Hotel Orang Mati Dibunuh

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 1535 hits
Assalamualaikum Nama aku Amer Eddiey Ni aku nak cerita lah jugak peristiwa yang terjadi pada diri aku Masa tu aku dari Terengganu nak ke Batu Pahat Aku saja jer pusing pergi kat PD masa tuh sebab aku nak lihatlah jugak pantai dia Boleh lah ...
Kamu Menggangu Majlis Kami Kisah Seram Semasa Bertugas Di Banglo Terbiar

Kamu Menggangu Majlis Kami Kisah Seram Semasa Bertugas Di Banglo Terbiar

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 790 hits
Masa itu aku dan dua orang kawan ku ditugaskan untuk menjaga kawasan perumahan yang tidaklagi ditinggali Kawasan tersebut berada di atas bukit yang tersembunyi dalam semak samun Dengar cerita kawasan perumahan tersebut di punyai oleh orang ...
Cepatnya Kau Kencing Tak Nak Aku Temankan Ke Hihihi Kisah Seram Pelajar Uitm Ketika Di Tandas Jam 3 Pagi

Cepatnya Kau Kencing Tak Nak Aku Temankan Ke Hihihi Kisah Seram Pelajar Uitm Ketika Di Tandas Jam 3 Pagi

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 1071 hits
Nama aku Ira Aku merupakan mahasiswi UiTM Tapi aku tak nak bagitahulah UiTM mana Terpaksa dirahsiakan atas sebab sebab tertentu Kisah ini merupakan pengalaman aku yang tak mungkin aku lupakan Nak kata seram atau tidak itu terpulanglah kepad...
Kisah Anak Terdengar Perbualan Ibu Sapulah Air Liur Dikepala Abang Baru Senang Nak Masuk

Kisah Anak Terdengar Perbualan Ibu Sapulah Air Liur Dikepala Abang Baru Senang Nak Masuk

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 767 hits
Seorang cikgu wanita yang tengah asyik mengajar mata pelajaran matematik di kelas 2 berlian terhenti setelah melihat telatah seorang anak muridnya Dia melihat budak tu meludah atas tangan dan gosok2 kat kepala dia Disebabkan perasaan yg pen...
Kisah Seram Semasa Menyewa Rumah Pengamal Ilmu Hitam Di Tingkat 10

Kisah Seram Semasa Menyewa Rumah Pengamal Ilmu Hitam Di Tingkat 10

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 1057 hits
Namaku Nana Aku merupakan pengantin baru Disebabkan suamiku seorang pembantu doktor kerjanya tak tentu masa Kami berpindah di satu kawasan apartment berdekatan dengan hospital suamiku berkhidmat Pada mulanya aku tidak bersetuju untuk berpin...
Dah Lama Tunggu Bas Kisah Seram Siapakah Sebenarnya Delaila

Dah Lama Tunggu Bas Kisah Seram Siapakah Sebenarnya Delaila

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 743 hits
Cuaca petang masih lagi cerah walau jam sudah menginjak ke pukul enam setengah petang Jelita masih lagi duduk di perhentian bas Sekejap sekejap dia menjengah ke tengah jalan raya dan kemudian beralih mengerling jam dipergelangan tangan Nove...
Saya Nak Ajak Bincang Tapi Dia Sebab Sebenar Abang Botak Hentak Cermin Kereta

Saya Nak Ajak Bincang Tapi Dia Sebab Sebenar Abang Botak Hentak Cermin Kereta

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 963 hits
Saya Nak Ajak Bincang Tapi Dia Sebab Sebenar Abang Botak Hentak Cermin Kereta Selepas tular di media sosial mengenai seorangi individu yang memecahkan cermin kereta sebuah produa Axia pihak polis telah bertindak menahan lelaki tersebut yang...
Muka Dia Pon Mcm Tak Pernah Nmpak Tapi Bdn Dia Rambut Dia Lebih Kurang Mcm M Kisah Seram Mendiami Bilik Arwah

Muka Dia Pon Mcm Tak Pernah Nmpak Tapi Bdn Dia Rambut Dia Lebih Kurang Mcm M Kisah Seram Mendiami Bilik Arwah

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 919 hits
Aku Cik Kisah yang aku nak kongsikan ni dah hampir 5 tahun berlalu di mana sekarang aku dah habis belajar Aku bekas pelajar ipta nun jauh di utara Tapi kisah ni bukan kisah seram di ipta tu tp kisah seram ni aku dan kawan2 aku alami saat2 a...
Pemilik Pulang Beraya Kucing Menginap Di Hotel

Pemilik Pulang Beraya Kucing Menginap Di Hotel

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 609 hits
WAWANCARA Menjelang perayaan Aidilfitri perkhidmatan hotel kucing sebagaimana tahun tahun sebelumnya cukup sibuk apabila mendapat sambutan dengan bertambahnya tempahan bilik Kebanyakan pemilik kucing yang bakal berhari raya di kampung masin...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Revolutionizing Mobile Connectivity With Affordable Mobile Prepaid Plans

Richeese Cafe Di Klia 2

Klang Valley Rail Network Fulfils Larger Objectives But Needs Improvement

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang