Muka Dia Pon Mcm Tak Pernah Nmpak Tapi Bdn Dia Rambut Dia Lebih Kurang Mcm M Kisah Seram Mendiami Bilik Arwah



Aku Cik (bukan nama sebenar). Kisah yang aku nak kongsikan ni dah hampir 5 tahun berlalu (masa aku di matrikulasi) di mana sekarang aku dah habis belajar. Aku bekas pelajar ipta nun jauh di utara (yg digelar tempat jin bertandang). Tapi kisah ni bukan kisah seram di ipta tu, tp kisah seram ni aku dan kawan2 aku alami saat2 akhir keberadaan kami disebuah matrikulasi (hint:matrikabg long di malaysia).

Cerita ni memang betul betul bagi kesan kat kami (8 sekawan). Atau lebih beri kesan pada aku dan roomates aku (4 org semuanya satu bilik)sebab cerita ni asalnya terjadi oleh salah seorang penghuni bilik ni sebelum kami.

Kami berlapan memang rapat walaupun bukan satu modul (jurusan di matrik) atau lebih kepada kami ni jiran tetangga.bilik aku, bilik depan dan bilik sebelah. Ruang tengah2 dalam bilik memang besar so kami solat jemaah sama2, g masjid sama2. Ni memang aku puji la perangai kawan2 aku yang memang mendorong kawan2 lain jadi baik.so. Apa2 yang terjadi, kami akan share.

Masa mula2 aku dan roomates duduk dalam bilik tu, kami tak ada rasa apa2 yang pelik pon dan alhamdulilah, kami tak ada kena ganggu sepanjang setahun duduk situ. Cuma ada salah seorang daripada roomate aku ni ada pendamping family dia nak kandia., tp dia ni warak sikit cuma kadang2 kalau ‘benda’ family dia tu kacau dia ‘ringan2’, aku la yang akan tolong sikit memandangkan aku berani sikit.

Masuk semester ke 2, dan smpai la masa kami akan menduduki peperiksaan besar. Disebabkan ni sem 2 @ sem akhir sebagai pelajar matrik satu tahun, jadi kami struggle habis la. Sengkang mata, sengkang ape semua kami buat. Tidur lewat tak payah citer la, memang hari2 tidur lewat kecuali kalau ada exam. Plus kami tak takut study smpai lewat malam sbb kami berlapan akan sma2 study, cuma dibilik masing2 ja. Tapi pintu bilik masing2 terbukak luas sbb kami leh jerit2 panggil nama (in case takut). Sebab, sejak menjak tu, kami dengar cerita seram macam2. Katanya ada budak meniggal dalam toilet laa dulu. Cerita pasal bilik no.7 tingkat 2 setiap blok ‘dikunci’ sebab tempat ustaz simpan ‘benda2’ kat situ. Dan macam2 lagi. Tapi yang paling terkesan cerita pasal budak mati dalam toilet tu.

Sebab cerita tu sangat misteri sebab pihak atasan merahsiakan blok mana dan bilik air mana. Tapi kami berlapan ni buat tak tahu ja dan anggap cerita xberasas sebab xde cerita sahih. Ada satu malam, aku dan roomates semua tengah study la dlm pkol 10 mlm. Tiba2 pintu bilik diketuk. Memandangkan aku punya meja study memang dekat dengan pintu, jadi, aku buka la pintu smbil menyanyi. Tercengang sekejap kat pintu sebab ade warden dari blok lain datang dengan seorang lagi student.

Warden “boleh saya masuk?”
Aku “eh masukla cikgu.”

Warden tu masuk dengan budak perempuan tu salam kami semua. Sampai ja kat salah seorang roomate aku ( M) warden tu macam terkejut, pastu dia cepat2 tersedar dan minta kami ambil wudhuk, dan buat bulatan di tengah2 bilik yang luas tu untuk baca yassin.Macam kena elektrik, kami terus pergi toilet, cuma sebelah bilik ja, ambil wudhuk, tutup pintu dan ikut bacaan yassin yang diketuai warden perempuan tu walaupun kami tak tahu menahu tujuan utama yassin tu.
Lps baca yassin, warden dan student peremuan tu minta diri nak balik, and lagi sekali warden tenung muka ( M) dan terus keluar. Esok nya kami tanya kawan yan dari bilik lain warden ada datang tak.

Semua cakap tak ada pon. Okey, ada 2 misteri di situ…

1) Kenapa baca yassin tetiba.

2) Kenapa macam terkejut tengok M.

Selang beberapa hari pertanyaan misteri tu hilang macam tu jek, sebab masing2 sibuk persiapan exam. Tup tup! Kawan aku dari bilik atas menimbulakn misteri ke 3.

Kawan “wey, ko dengar tak cerita pasal budak meninggal dalam toilet tu? ”

Aku “ha..kenapa?”

Kawan ” seram weyh.aku dengar arwah tu dari blok kita..! ”

Aku ” ish, betul ke? Ko memandai jek. Ko tahu ke bilik mana?”

Kwn ” ko tak rasa ke bilik ko tu sejuuuuuk giler.setiap masa sejuk

Aku ” hahahah… Rahsianyaa kena la byk mengaji dlm bilik..best kan bilik aku.sejuk jek.rsa mcm nk tidur jekkan?”

Tanpa sebarang syak wasangka aku dgn kwn aku tu, aku terus biarkan misteri ke3 tu..

Aku ” wey nokkk, apesal ko da lama xdtg bilik aku ha? ”

Kwn ” ala, tak ada apa…mls nk turunla bilik kau jauh.”

Harey punye kwn, aku jek yang kene menapak ke bilik dia yan tinggi tu klu ada apa2 soalan nak tanya.Sampai lagi 2 hari sebelum kami menghabiskan last paper dan saat2 akhir kami sebagai pelajar matrikulasi, kami struggle lagi malam tu. Esok siang, kami akan pulangkan kunci bilik. Jadi akan berbaki satu malam, pintu bilik tak kan berkunci. Malam tu kami study macam biasa, masing2 pintu bilik buka sikit, biar angin malam masuk. Tiba2, S dari bilik sebelah datang tanya ada sapa2 nak pegi toilet?

Masa tu dalam pukul 1.30 pagi.Roomte aku si A ni memang agak penakut. Jadi dia rela untuk ikut si S ke toilet. Selang beberapa seconds, datang lagi sorang dari bilik sebelah tanya aku nak g toilet ke tak. Aku pun layankan la sebab memang niat nak buang segala hajat sebelum tidur. Smpai depan toilet, si S masih menuggu giliran di toilet cangkung dan A masih di dalam (kami tak suka toilet duduk)

Aku ” S, asal lama sgt.A iyak ke?”

S ” tak la, tadi ada org pakai toilet ni ”

Aku ” siapa? Orang aras ni yang rajin berjaga tengah malam kite berlapan jek kot..hehe”

Dengan muke S tengah berfikir

” entah la, tak pernah nampak budak tu. Budak study kat bilik tv kot, sebab tadi dia keluar toilet, senyum kat org, pastu menghala ke bilik tv.”

Aku ” hmmm..pelik..jarang org study kat bilik tv”

S ” tula, lg pelik sebab dia pakai kasut sport, sluar, tshirt n muka macam berpeluh peluh. Mcm org bru balik besukan!”

S ” Muka dia pon mcm tak pernah nmpak.tapi….bdn dia, rambut dia lebih kurang mcm M ”

Aku dah mula tak sedap hati. Lepas je habis membuang hajat, aku berempat dengan roomate semua turunkan tilam kat tengah2 bilik tidur sama2.

Esok, lepas habis 2nd last paper, petang tu kami beratur la nak pulangkan kunci bilik memandangkan esok lepas habis paper terus balik ke rumah masing2. Jadi, kami pun beratur tunggu giliran. Dekat kunci setiap orang ada tag tulis nombor bilik. Aku dgn roomate aku perasan kenapa orang2 yang beratur sama2 ternmpk tag kunci kami and dorang akan berbisik sama sendiri dengan muka yang aku tak boleh nak describe.

Tambahan lagi, kami perasan sejak menjak ni, setiap orang yang lalu depan bilik kami, semua akan jenguk ke dalam dengan muka seram (memandangkan bilik kami aras bwh dan jadi laluan utama orang nak ke kelas dan kami suka buka pintubesar2 setiap pagi untuk sarapan sama2 dkt tengah2 bilik tu sebelum ke kelas).

On da spot, terbayang semua conversation aku dengan kawan aku pasal bilik kami dan pasal budak mati dalam toilet tu.Smpai saja turn kami untuk pulang kunci bilik, penyelia asrama (PA)

PA “okey adik2 manis…bilik mana ni semua?”Roomate ” bilik …………., Puan”

Daripada muka PA tu tengah tunduk pandang kertas untuk cari nama kami, terus dia angkat kepala lepas dengar nombor bilik kami disebut. Dia memerhati setiap sorang dari kami dan mata dia berhenti pada roomate aku si M sama macam warden dulu pandang. Lepas tu dia senyum sambil tanya dan mata ralit kembali keatas kertas.

PA “okey tak duduk bilik tu?” Sambil senyum

Aku terus ambil peluang untuk nak bertanya setiap misteri yang dah bersarang dalam pale otak aku ni.

Aku “macam ni la puan. Memandangkan puan dah bertanya macam tu, kami pon ada banyak soalan nak tanya puan”

Roomate aku yang lain semua tekejut namun diam tanda setuju

PA “okey, kalau macam tu kamu semua duduk dulu, bagi saya habiskan kerja saya sikit”

Kami akur duduk di sofa di satu sudut pejabat itu memandangkan hanya tinggal beberapa pelajar sahaja lagi yang mahu memulang kunci. Setelah selesai, PA itu datang dan duduk bersama kami.

PA ” owrite, nak tanya apa?”

Aku pon memulakan langkah bercerita macam2 misteri yang melanda kami sejak sem 2 smpai ke hari ni. Start dari warden datang baca yassin, budak2 macam takut lalu depan bilik kami dan pasal kematian di toilet tu. Lepas sahaja bercerita, kami menunggu PA pula yang bercerita. Tapi take note, kami tak cerita psl budak perempuan di toilet tu.

PA” Sebenarnya, bilik kamu tu kami dah tak buka untuk setahun lepas. Batch kamu ni, kami terpaksa buka sebab intake ramai. Ya, memang cerita pasal kematian di toilet tu betul. 2 tahun yang lepas, ada seorang pelajar prempuan modul 1, pandai dan baik. Dia disenangi semua termasuk warden2. Satu malam, dia sakit demam katanya. Roomate dia bagi la panadol dan dia rehat.

Esok pagi, dia tak larat ke kelas dan katanya sakit perut. Roomate dia kata tak apalah, nanti pkul 10 dia tak ada kelas, nanti dia bawak ke hep untuk ke klinik. Kemudian datang seorang makcik cleaner ke saya bagitahu ada satu tandas air da penuh smpai mencurah keluar dan bila dijenguk dari bawah pintu toilet,ada pelajr pengsan. Jadi saya dan beberapa lagi orang pergi pecahkan pintu toilet, malangnya kami terlambat mungkin, pelajar tersebut dah tak ada.Kami bawa jenazah ke biliknya dan uruskan dengan pihak atasan dan keluarga. Biliknya kami buka untuk sahabat2 datag melawat jenazah kali terkahir. Namun disebabkan terlampau ramai yang datang melawat, jadi kami bawa jenazah ke bilik tv yang lebih besar. Beliau meninggal pada sem 2 dan tak sempat nak ambil peperiksaan akhir. Paling saya sedih, keluarganya seolah olah sudah bersedia dan tahu semuanya. Mereka sangat redha dan terima wlupun sedih.

Akhirnya, jenazah dibawa ke rumah diringi beberapa pensyarah. Bilik yang dimaksudkan tu adalah bilik kamu semua. Tapi jangan risau, tilam yang arwah guna dan kami guna untuk letakkan jenazah, kami dah buang sebelum bilik tu dibuka semula selepas setahun. Bilik air yang dimaksudkan pula adalah bilik air yang cangkung tu. Kalau kamu perasan, ada bekas pecah dekat pintu tu. Hmmmmm, mungkin pelajar yang lain dah tahu pasal bilik tu, sebab tu la dorang takut dengan bilik Kamu.

Tapi sy pun tekejut dan alhamdulilah, sebab tak ada apa2 jadi kat kamu semua. Bukan sebab ape, sebab bilik tu dah tak berpenghuni setahun.!”

Tercengang kami semua dengar dan pandang sesama sendiri macam tak percaya. Dan PA tu sambung lagi..

” Budak tu baik sangat. Saya nak describe dia macam mana pon saya tak tahu. Orangnya kecil2 comel putih, suka senyum…ha..macam kamu!”

Kata PA tu sambil tunjuk ke arah roomate aku M. M ape lagi merah terus muka sebab takut. Lepas dah terjawab semua, kami balik ke bilik masa tu dah nak maghrib. Sampai di bilik, masing2 senyap dan buat tak tahu ja. Malam tu, kami berlapan buat keputusan untuk lepak dekat bilik sebelah sebab da takut duduk bilik aku. huhuhu. Kami pun bercerita setiap perbualan yang terjadi antara kami berempat dengan puan PA. Dan akhirnya terjawab juga. Warden yang datang ke bilik kami adalah salah seorang warden yang rapat dengan arwah.

Bacaan yassin pula dibuat sebab pada tarikh tersebut genap lah 2tahun pemergian arwah. Warden terkejut biila nampak M sebab fizikal M sama mcm fizikal arwah. Manakala perempuan yang kami terserempak keluar dari toilet (di mana tempat arwah ditemui ) yang berfizikal seperti M, kami konklusikan sebagai arwah yang mungkin datang ataupun apa2 sahaja makhluk Allah yang menyerupai arwah. wallahualam.Dan kawan2 serta mereka2 yang takut nila lalu depan bilik kmi mungkin dah tahu cerita disebalik bilik kami, namun masing2 takut nak bercerita. Lepas ja berbual bual, kami sambung study untuk last paper esok dan kami tidur bersama.kali ni bukan berempat, malah berlapan.hehee..

Keesokkan harinya, setelah selesai paper, makaa habislah sudah semseter kami. Ahli keluarga sudah menunggu. Memandangkan keluarga aku lambat, jadi aku menghantar seorang demi seorang dengan perasaan sedih sayu. Semua roomate aku dah balik tinggal aku sorang. Masa tu tak ada perasaan takut dalam diri.Yang ada hanya rasa tak percaya aku terlibat dalam kisah2 seram misteri ni.

Masa masuk mendaftar dulu, aku adalah org pertama yang buka pintu bilik itu. Dan di saat akhir,aku jugalah orang terakhir yang menutup pintu bilik tu.Untuk pengetahuan semua, bilik kami tu ditutup semula untuk semester berikutnya berdasarkan sumber2 yang masih ada di sana (pelajar dua tahun). Dan smpai sekarang, aku tak tahu lagi perihal bilik tu. Apa yang dah berlaku, aku jadikan pengalaman yang tak akan kulupakan sepanjang berada di matrikulasi selama setahun.

Punca kematian tidak akan dikongsikan walaupun puan PA ada ceritakan kepada kami. Walaubgaimana pun aku bersyukur sebab aku berpeluang untuk bacakan yassin kepada arwah.

Sekian kisah seram misteri yang aku dan kawan2 alami. Cerita ni berdasarkan kisah benar dan mungkin ada yang ditokok tambah untuk melancarkan jalan cerita. Mungkin ada yang kata tidak seram, namun cubalah letak diri anda ditempat kami yang menghuni bilik yang selama ni diperkatakan orangg, dan hanya pada hari terakhir di biliktu, baru anda tahu biik anda rupanya yang dimaksudkan sebagai ‘Bilik Arwah’.

Diigtkan sekali lagi, cerita ini dikongsi sebagai hiburan seram anda. Untuk percaya atau tidak, anda nilai la sendiri. Kepada kawan2, yang terasa disebut sebut, sila lah sedar ?.Tambahan, cerita ini bukan berniat untuk mengaibkan, tetapi untuk hiburan sahaj. maaf dipohon..sekian..assalamualaikum.

-cik S-


Kredit : FS

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://coffeecakearticle.blogspot.com/2019/03/muka-dia-pon-mcm-tak-pernah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lepas Tu Sorang Staff Dia Tarik Aku Kisah Seram Menginap Di Bilik Hotel Orang Mati Dibunuh

Lepas Tu Sorang Staff Dia Tarik Aku Kisah Seram Menginap Di Bilik Hotel Orang Mati Dibunuh

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 1531 hits
Assalamualaikum Nama aku Amer Eddiey Ni aku nak cerita lah jugak peristiwa yang terjadi pada diri aku Masa tu aku dari Terengganu nak ke Batu Pahat Aku saja jer pusing pergi kat PD masa tuh sebab aku nak lihatlah jugak pantai dia Boleh lah ...
Bahana Kering Rambut Dalam Bilik Air Gadis Ditemui Mati

Bahana Kering Rambut Dalam Bilik Air Gadis Ditemui Mati

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 409 hits
Seorang gadis Lilya Novikoka 26 tahun ditemui meninggal dunia di dalam bilik mandi rumahnya dalam satu kejadian yang berlaku di Rusia baru baru ini Melalui hasil siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Siasatan Rusia punca kematian Lilya...
Kisah Dapat Tawaran Haji Tapi Duit Simpanan Hanya Ada 6k Saja

Kisah Dapat Tawaran Haji Tapi Duit Simpanan Hanya Ada 6k Saja

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 361 hits
Original Content Duit simpanan hanya ada RM6 000 tapi boleh pergi haji Inilah kisah saya Saat terima surat tawaran alangkah gembira tak terkata Namun bila semak account Tabung Haji saya cuma ada RM6k Itupun rasanya hampir 2 tahun tak keluar...
Viral Seram Sejuk Rumah Terbuka Hari Raya Muncul Tetamu Tak Diundang Rambut Mengerbang Duduk Atas Balang Kuih Raya

Viral Seram Sejuk Rumah Terbuka Hari Raya Muncul Tetamu Tak Diundang Rambut Mengerbang Duduk Atas Balang Kuih Raya

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 1184 hits
Penampakan lembaga seperti wanita dengan rambut mengerbang di ruang tamu semasa rumah terbuka Hari Raya di Jelebu Negeri Sembilan Foto ihsan Ramlah Kassim KEMERIAHAN sambutan Syawal sebuah keluarga besar bertukar seram sejuk dengan kehadira...
Allahyarhamah Tempah Hampir 50 Pasang Baju Untuk Rizman Ruzaini Kongsi Kisah Sama Arwah Faziani Rohban

Allahyarhamah Tempah Hampir 50 Pasang Baju Untuk Rizman Ruzaini Kongsi Kisah Sama Arwah Faziani Rohban

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 399 hits
Please follow and like us 0 Beberapa minggu sebelum sambutan Syawal pengasas produk kecantikan Dnars Faziani Rohban Ahmad telah kembali ke rahmatullah selepas terlibat sebuah kemalangan jalan raya di Pattani Thailand Kejadian sedih itu berl
Kisah Benar Terima Mesej Telegram Nama Arwah

Kisah Benar Terima Mesej Telegram Nama Arwah

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 799 hits
TERIMA MESEJ TELEGRAM NAMA ARWAH Tak tahu macam mana ingin mulakan entry ini Berdebar dan masih menjadi persoalan dalam fikiran sehingga kini Al kisah tengah malam tadi sedang browse Instagram tiba tiba saya terima mesej masuk melalui apps ...
Dah Lama Tunggu Bas Kisah Seram Siapakah Sebenarnya Delaila

Dah Lama Tunggu Bas Kisah Seram Siapakah Sebenarnya Delaila

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 736 hits
Cuaca petang masih lagi cerah walau jam sudah menginjak ke pukul enam setengah petang Jelita masih lagi duduk di perhentian bas Sekejap sekejap dia menjengah ke tengah jalan raya dan kemudian beralih mengerling jam dipergelangan tangan Nove...
Cepatnya Kau Kencing Tak Nak Aku Temankan Ke Hihihi Kisah Seram Pelajar Uitm Ketika Di Tandas Jam 3 Pagi

Cepatnya Kau Kencing Tak Nak Aku Temankan Ke Hihihi Kisah Seram Pelajar Uitm Ketika Di Tandas Jam 3 Pagi

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 1069 hits
Nama aku Ira Aku merupakan mahasiswi UiTM Tapi aku tak nak bagitahulah UiTM mana Terpaksa dirahsiakan atas sebab sebab tertentu Kisah ini merupakan pengalaman aku yang tak mungkin aku lupakan Nak kata seram atau tidak itu terpulanglah kepad...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp