Bayaran Perkeso 2026 Jadual Bayaran Faedah


Jadual Bayaran PERKESO merupakan panduan lengkap yang menghimpunkan maklumat terkini berkaitan jenis faedah, kadar bayaran serta jadual pembayaran yang disediakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi tahun 2026.
Artikel ini bertujuan membantu pekerja, majikan dan pencarum memahami hak perlindungan keselamatan sosial mereka, sekali gus memastikan kebajikan dan keselamatan kewangan terus terpelihara.
Apa itu Bayaran PERKESO Bayaran PERKESO ialah caruman keselamatan sosial yang diwajibkan ke atas majikan dan pekerja di Malaysia bagi memberikan perlindungan kewangan serta kebajikan kepada pekerja sekiranya berlaku kemalangan, penyakit berkaitan pekerjaan, keilatan atau kematian.
Caruman ini dikendalikan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia, yang bertujuan memastikan pekerja sektor swasta mendapat bantuan perubatan, pampasan dan faedah kewangan apabila menghadapi risiko semasa atau akibat bekerja.
Melalui bayaran PERKESO, pekerja dan tanggungan mereka dilindungi daripada beban kewangan yang berat, sekali gus menjamin keselamatan sosial dan kesejahteraan hidup dalam jangka panjang.
Tarikh Bayaran PERKESO 2026 Berikut adalah jadual penuh bayaran PERKESO 2026 yang telah dikeluarkan. Penerima disarankan merujuk jadual dan merancang kewangan dengan lebih teratur.
Tarikh bayaran tertakluk kepada sebarang perubahan oleh PERKESO.
Bil.BulanTarikh Bayaran FaedahHariCatatan1Januari30 Januari 2026Jumaat–2Februari11 Februari 2026Rabu17 Februari 2026 bersamaan Tahun Baru Cina3Mac16 Mac 2026Isnin21 Mac 2026 bersamaan Hari Raya Aidilfitri4April20 April 2026Isnin–5Mei22 Mei 2026Jumaat27 Mei 2026 bersamaan Hari Raya Aidiladha

30 Mei 2026 bersamaan Pesta Keamatan

1 Jun 2026 bersamaan Perayaan Hari Gawai Dayak6Jun1 Julai 2026Rabu–7Julai31 Julai 2026Jumaat–8Ogos1 September 2026Selasa–9September1 Oktober 2026Khamis–10Oktober30 Oktober 2026Jumaat–11November1 Disember 2026Selasa8 November 2026 bersamaan Hari Deepavali12Disember21 Disember 2026Isnin25 Disember 2026 bersamaan Hari Krismas Maklumat Lanjut Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan bayaran PERKESO 2026, anda boleh rujuk pada butiran berikut:
Portal PERKESO: https://www.perkeso.gov.my/ Facebook PERKESO: https://www.facebook.com/PERKESO.Official Alamat: Menara PERKESO, Jalan Ampang, Kuala Lumpur No. telefon: 1-300-22-8000 Email: [email protected] Soalan Lazim (FAQ) PERKESO 1. Siapakah yang dikategorikan sebagai pekerja di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969? Pekerja yang dimaksudkan adalah seorang yang diambil bekerja dengan bergaji di bawah satu kontrak perkhidmatan atau kontrak perantisan dengan seorang majikan, sama ada kontrak itu nyata atau disifatkan ada atau dengan lisan atau dengan bertulis, dalam atau berhubung dengan kerja sesuatu perusahaan yang diliputi di bawah Akta.
2. Adakah pekerja sementara / pekerja tidak tetap wajib dilindungi oleh PERKESO? Pekerja sementara atau tidak tetap adalah wajib didaftarkan dengan PERKESO.
3. Bagaimanakah majikan boleh memaklumkan kepada PERKESO mengenai pekerja yang telah berhenti kerja? Makluman pemberhentian pekerja boleh dibuat melalui Portal ASSIST. Berikut adalah panduan ringkas untuk pengemaskinian maklumat tersebut :

1. Klik pada My Sites dan pilih REGISTRATION.
2. Kemudian, pilih dan klik UPDATE, pilih Update Add Employee Resigned Date
3. Klik pada ikon Action
4. Sekiranya melibatkan semua pekerja yang berhenti pada tarikh yang sama
a. Klik All
b. Update Employee Resign Date

Atau

Sekiranya masih lagi terdapat pekerja lain yang masih aktif
a.  Klik Specific
b. Update Employee Resign Date
c. Dalam kotak Please Select, pilih maklumat pekerja berdasarkan Kad Pengenalan / Nama Pekerja / Social Security No (SSN)
d. Klik butang Action

5. Klik Save & Continue
6. Muat naik dokumen sokongan (Surat pemberhentian pekerja)
7. Klik Save & Continue
8. Klik Submit
9. Proceed for Submission? Klik Confirm
10. Nombor Request Case Update dijana (Sila simpan nombor tersebut untuk rujukan)
11. Klik OK
4. Apakah had umur pekerja untuk mencarum? Semua pekerja yang layak perlu didaftar tanpa mengira berapakah umur mereka. Untuk pekerja yang berumur 60 tahun ke bawah, majikan perlu membayar caruman jenis pertama dan apabila berumur mencapai umur 60 tahun genap, majikan hanya perlu membayar caruman jenis kedua sahaja. Pekerja yang berumur lebih 55 tahun semasa pertama kali masuk kerja di perusahaan yang layak di bawah Akta dan belum pernah mencarum, perlu membayar caruman jenis kedua.
5. Apakah tindakan boleh dikenakan terhadap majikan yang gagal mendaftar atau gagal mencarum? Bagi majikan yang gagal mendaftar, tindakan kompaun boleh dikenakan. Jika gagal jelaskan kompaun, tindakan Pendakwaan boleh diambil. Manakala majikan yang gagal mencarum, boleh terus diambil tindakan pendakwaan.
6. Bagaimanakah menentukan kadar caruman? Kadar caruman pekerja adalah berdasarkan kepada gaji pekerja iaitu termasuk upah, kerja lebih masa, komisen dan caj perkhidmatan, bayaran cuti tahun, sakit, bersalin, rehat, kelepasan am, elaun insentif, sara hidup dan sebagainya. Semua pembayaran sama ada mengikut jam, harian, mingguan, bulanan, hasil kerja adalah dianggap gaji. Kadar caruman bulanan bagi syer majikan dan syer pekerja adalah seperti ditunjukkan pada Jadual Caruman berdasarkan 65 kategori.
7. Di manakah pembayaran caruman boleh dilakukan? 1. Pembayaran Caruman PERKESO boleh dibuat melalui saluran-saluran berikut :
2. Portal ASSIST PERKESO (Bayaran secara FPX)
3. Direct Debit Authorisation (DDA)
Pembayaran di kaunter Bank (Majikan perlu membawa cetakan ACR semasa hadir di kaunter)
a. Panel Bank yang dilantik sebagai ejen pemungut
   i.   Maybank
   ii.  RHB Bank (Tunai sahaja)
   iii. Public Bank
4. Perbankan Internet
8. Bagaimanakh cara untuk membayar caruman PERKESO / Sistem Insurans Pekerjaan (LINDUNG KERJAYA)? Berikut disertakan langkah-langkah untuk menjana ACR/ECR dan cara pembayaran caruman PERKESO & Sistem Insurans Pekerjaan (LINDUNG KERJAYA) :

1. Klik My Sites
2. Pilih PERKESO – Caruman/SIP – Caruman
3. Klik Caruman Majikan
4. Pilih Add Contribution (Portal)/Klik Kemasukan Data
5. Pilih bulan caruman yang hendak dibayar dan klik ubah (imej tangan) untuk kemaskini
Pilih bulan caruman yang hendak dibayar dan klik ubah untuk kemaskini bulan caruman
*Sekiranya tiada bulan caruman tersebut, klik Tunggakan Caruman > Pilih bulan caruman & tahun

6. Klik ikon pensel > Masukkan jumlah gaji pekerja. (Kadar caruman akan dikira secara automatik)
7. Klik Simpan Draf
8. Klik Lengkap
9. Klik Hantar
10. Klik Pengesahan
11. Kaedah Pembayaran (PERKESO Kutipan/SIP Kutipan)
 a. Cetak ACR/ECR (Kaunter Bank- Maybank/ RHB Bank/Public Bank)
 b. Teruskan ke pembayaran (Online Banking melalui FPX) > Tandakan ACR/ECR berkenaan > Tambah ke dalam troli > Teruskan ke ringkasan > Teruskan > Masukkan maklumat bank > Proses FPX
9. Bagaimanakah cara untuk mendaftar ID Portal? Berikut ialah cara untuk mendaftar ID Portal :

1. Layari Portal ASSIST
2. Lengkapkan pendaftaran ID Portal
3. Terima kata laluan sementara
4. Log masuk menggunakan kata laluan tersebut
5. Rujuk Quick Reference Guide (QRG) pendaftaran ID Portal
10. Bagaimanakah cara untuk mendaftar majikan baharu secara dalam talian? Bagi pendaftaran majikan baharu hendaklah mendaftar ID Portal dahulu sebelum pendaftaran majikan dibuat di PORTAL ASSIST. Sila ikuti langkah-langkah seperti berikut:

1. Klik My Sites dan klik Pendaftaran
2. Klik Pendaftaran
3. Lengkapkan maklumat majikan
4. Klik Simpan & Teruskan
5. Klik Tambah Pekerja Baru
6. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Pekerja tersebut di bahagian “Search Existing Employee” dan tekan “Search”, secara automatik maklumat pekerja baharu tersebut akan wujud.
*Sekiranya tiada rekod, klik pada Pendaftaran Pekerja Baru dan lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.

7. Klik Simpan
8. Klik Simpan & Teruskan
9. Klik Simpan & Teruskan
10. Klik Tambah Dokumen
11. Muat naik Borang 1, Borang 2, Borang SIP 1, Borang SIP 2, Salinan Kad Pengenalan Majikan, Salinan dokumen pendaftaran SSM
12. Klik Tambah Dokumen
13. Klik Simpan & Teruskan
14. Isikan maklumat “Confirmation from Employer/ Employer’s Representative”
15. Klik Hantar
11. Bagaimanakah cara untuk mendaftar pekerja baharu? Bagi pendaftaran majikan baharu hendaklah mendaftar ID Portal dahulu sebelum pendaftaran majikan dibuat di PORTAL ASSIST. Sila ikuti langkah-langkah seperti berikut:

1. Klik My Sites
2. Klik Pendaftaran
3. Lengkapkan maklumat majikan
4. Klik Simpan & Teruskan
5. Klik Tambah Pekerja Baru
6. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Pekerja tersebut di bahagian “Search Existing Employee” dan tekan “Search”, secara automatik. Maklumat pekerja baharu tersebut akan wujud.
*Sekiranya tiada rekod, klik pada Pendaftaran Pekerja Baru dan lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.

7. Klik Simpan
8. Klik Simpan & Teruskan
9. Klik Simpan & Teruskan
10. Klik Tambah Dokumen
11. Muat naik Borang 1, Borang 2, Borang SIP 1, Borang SIP 2, Salinan Kad Pengenalan Majikan, Salinan dokumen pendaftaran SSM
12. Klik Tambah Dokumen.
13. Klik Simpan & Teruskan
14. Isikan maklumat “Confirmation from Employer/ Employer’s Representative”
15. Klik Hantar
16. Klik Pengesahan
12. Bagaimanakah cara untuk mendaftar pekerja asing baharu? Berikut merupakan langkah-langkah untuk mendaftar pekerja baharu:

1. Klik My Sites
2. Klik Pendaftaran
3. Klik Kemaskini
4.Klik Kemaskini Tambah Pekerja Baru
5. Klik ikon pensel untuk ubah/kemaskini
6. Klik Tambah Pekerja
*Masukkan Nombor Kad Pengenalan Pekerja tersebut di bahagian “Search Existing Employee” dan tekan “Search”, secara automatik maklumat pekerja baharu tersebut akan wujud.*Sekiranya tiada rekod, klik pada Pendaftaran Pekerja Baharu dan lengkapkan semua maklumat yang diperlukan

7. Klik Simpan
8. Klik Simpan dan Teruskan
9. Klik Simpan dan Teruskan
10. Klik tambah dokumen (Muat naik Borang 2 – Pendaftaran Pekerja & Salinan Kad 11 Pengenalan Pekerja
11. Klik Simpan dan Teruskan
12. Klik Hantar
13. Klik Pengesahan
13. Bagaimanakah cara untuk membuat rayuan Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB)? Berikut merupakan langkah-langkah untuk membuat rayuan FCLB :

1. Klik My Sites
2. Klik PERKESO – Caruman/SIP – Caruman
3. Klik FCLB
4. Klik Permintaan untuk rayuan
5. Tandakan Notis ID FCLB
6. Klik Pilih
7. Klik Simpan dan teruskan
8. Klik Tambah Dokumen (Surat Rasmi/Rayuan)
9. Klik Simpan dan Teruskan
10. Klik Hantar
11. Klik Pengesahan
14. Bagaimanakah cara untuk muat turun Borang 8A Berikut merupakan langkah-langkah untuk muat turun Borang 8A:

1. Klik My Sites
2. Klik Utama
3. Klik Maklumat Caruman & Kutipan
4. Pilih Maklumat Pembayaran Caruman
5. Pilih Bulan Caruman & klik muat-turun Borang 8A di dalam ruangan Tindakan download assist icon
15. Bagaimanakah cara untuk cetak resit bayaran? Berikut merupakan langkah-langkah untuk cetak resit bayaran:

1. Klik My Sites
2. Klik Utama
3. Klik Senarai Dokumen
4. Pilih Senarai Dokumen yang Dijana
5 Klik Modul
6.Pilih PERKESO – Pembayaran
Muat Turun Resit Bayaran
16. Bagaimanakah cara untuk mengemaskini maklumat pekerja tempatan / pekerja asing: Berikut merupakan langkah-langkah untuk kemaskini tarikh berhenti kerja pekerja tempatan/pekerja asing :

1. Klik My Sites
2. Klik Pendaftaran
3. Klik Kemaskini
4. Klik Kemasini tambah tarikh berhenti kerja Pekerja Tempatan/Pekerja Asing
5. Klik ikon pensel untuk ubah/kemaskini
* Klik Semua (sekiranya semua pekerja berhenti pada tarikh yang sama)
*Klik Khusus (Pilih pekerja yang berhenti sahaja)
6. Catat Tarikh Berhenti Kerja Pekerja (pilih tarikh melalui kalender)
7. Cari pekerja tersebut (Masukkan Nombor KPPN/Nombor KSPA/Nama Pekerja)
8. Klik Pilih
9. Klik Simpan & Teruskan
10. Klik Simpan & Teruskan
11. Klik Hantar
12. Klik Pengesahan
17. Bagaimana cara untuk mengemaskini tarikh berhenti kerja pekerja tempatan / pekerja asing? Berikut merupakan langkah-langkah untuk kemaskini tarikh berhenti kerja pekerja tempatan/pekerja asing :

1. Klik My Sites
2. Klik Pendaftaran
3. Klik Kemaskini
4. Klik Kemasini tambah tarikh berhenti kerja Pekerja Tempatan/Pekerja Asing
5. Klik ikon pensel untuk ubah/kemaskini
* Klik Semua (sekiranya semua pekerja berhenti pada tarikh yang sama)
*Klik Khusus (Pilih pekerja yang berhenti sahaja)

6. Catat Tarikh Berhenti Kerja Pekerja (pilih tarikh melalui kalender)
7. Cari pekerja tersebut (Masukkan Nombor KPPN/Nombor KSPA/Nama Pekerja)
8. Klik Pilih
9. Klik Simpan & Teruskan
10. Klik Simpan & Teruskan
11. Klik Hantar
12. Klik Pengesahan
18. Bagaimanakah perkiraan caruman PERKESO dibuat sekiranya pekerja berhenti pada pertengahan bulan? Majikan hanya perlu membuat pembayaran caruman berdasarkan kepada jumlah gaji pekerja yang dibayar kepada pekerja untuk bulan itu.
19. Kenapakah Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) dikenakan kepada majikan? Majikan adalah berliabiliti untuk membayar caruman bulanan dalam tempoh 15 hari dalam bulan yang berikutnya caruman itu kena dibayar dan adalah terpakai mulai pembayaran caruman untuk bulan Julai 2015. Contohnya caruman bulan Januari hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 15 Februari. FCLB dikenakan kerana lewat membayar caruman dan kadarnya ialah sebanyak 6 peratus setahun bagi setiap satu hari caruman lambat dibayar. Sekiranya, faedah dikira adalah kurang dari RM5, faedah sebanyak RM5 sebulan adalah dikenakan.
20. Bagaimanakah pembayaran FCLB boleh dilakukan? Pembayaran FCLB boleh dibuat melalui saluran-saluran berikut :

1. Portal ASSIST PERKESO ( Bayaran secara FPX )
2. Pembayaran di kaunter (Majikan perlu membawa cetakan Notis FCLB semasa hadir di kaunter)
a. Pejabat PERKESO
i.  Pembayaran dalam bentuk cek, kiriman wang dan wang pos sahaja.

b. Panel Bank yang dilantik sebagai ejen pemungut
i.  RHB Bank
ii. Public Bank (Mulai 1 Mac 2018)
Baca juga:
LINDUNG Kendiri PERKESO – Khas Untuk Peniaga, Pekerja Sendiri, Rider & Freelancer! LINDUNG Kasih PERKESO: Perlindungan Wanita Dengan Hanya RM120 Setahun Hilang Kerja? Bantuan Tak Putus! Ini 5 Sebab Perlu Daftar LINDUNG Kerjaya PERKESO

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/bayaran-perkeso-2026/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bayaran-perkeso-2026

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Togetherland 2025 Kini Masuk Percuma Sehingga 4 Januari 2026

Togetherland 2025 Kini Masuk Percuma Sehingga 4 Januari 2026

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 138 hits
Menjelang musim perayaan Togetherland by World Christmas Market 2025 kini dibuka dengan kemasukan percuma bagi semua pengunjung susulan ramalan hujan sepanjang Disember 2025 Waktu operasi kekal seperti biasa termasuk happy hour harian sehin...
Platform Media Sosial Pesanan Internet Lebih Lapan Juta Pengguna Dianggap Berlesen Mulai Jan 2026 Mcmc

Platform Media Sosial Pesanan Internet Lebih Lapan Juta Pengguna Dianggap Berlesen Mulai Jan 2026 Mcmc

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 158 hits
nbsp PUTRAJAYA 15 Dis Semua penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial yang mempunyai lapan juta atau lebih pengguna di Malaysia akan secara automatik dianggap berdaftar sebagai pemegang Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikas...
6 Tempat Cantik Malaysia Wajib Pergi Tahun 2026 Serta 60 Diskaun Untuk Dinikmati

6 Tempat Cantik Malaysia Wajib Pergi Tahun 2026 Serta 60 Diskaun Untuk Dinikmati

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 143 hits
Dari bandar kecil hingga pulau tersembunyi ada banyak tempat yang tenang cantik dan penuh pengalaman unik cukup untuk membuatkan anda terfikir Kenapa baru sekarang aku sampai sini 1 Perlis Wang Kelian Berkabus Terminal Bas Terdekat Padang B...
Ambang Pengecualian E Invois Dinaikkan Kepada Rm1 Juta Mulai 2026 Pm Anwar

Ambang Pengecualian E Invois Dinaikkan Kepada Rm1 Juta Mulai 2026 Pm Anwar

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 121 hits
KOTA KINABALU 6 Dis Kerajaan bersetuju menaikkan nilai ambang pengecualian pelaksanaan e invois daripada RM500 000 kepada RM1 juta berkuat kuasa mulai 2026 sebagai langkah mengurangkan beban kewangan dan kos pematuhan yang ditanggung perusa...
Persiapan Kelengkapan Sekolah 2026 Bersama Hari Hari

Persiapan Kelengkapan Sekolah 2026 Bersama Hari Hari

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 185 hits
Persiapan Kelengkapan Sekolah 2026 Bersama Pusat Pakaian Hari Hari Saya ni sejenis mak yang kalau boleh tak nak buat benda last minute Setiap kali hujung tahun je otak dah mula ligat fikir pasal sekolah anak Baju sekolah cukup ke Seluar mas...
Vape Diharamkan 2026 Fasa Tarikh Pelaksanaan

Vape Diharamkan 2026 Fasa Tarikh Pelaksanaan

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 203 hits
Vape Diharamkan 2026 sepenuhnya setelah banyak kajian dan perbincangan antara kementerian serta pihak berkaitan dengan tujuan utama untuk melindungi kesihatan awam Untuk maklumat lebih terperinci sila rujuk laman web rasmi Kerajaan Malaysia...
Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 201 hits
Masuk sahaja tahun baharu ramai terus fokus pada azam dan perancangan besar Namun hakikatnya awal tahun 2026 adalah masa paling sesuai untuk menyemak semula perkara asas dalam kehidupan Dari rutin harian kewangan hinggalah kesejahteraan dir...
Fahmi Sasar Pelaksanaan Ekyc Akaun Media Sosial Dikuatkuasakan Suku Kedua 2026

Fahmi Sasar Pelaksanaan Ekyc Akaun Media Sosial Dikuatkuasakan Suku Kedua 2026

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 112 hits
KOTA MARUDU 26 Nov Kerajaan menyasarkan pelaksanaan pengesahan identiti pengguna secara digital atau electronic Know Your Customer bagi semua platform media sosial menjelang akhir suku kedua 2026 sebagai langkah menguatkuasakan had umur min...
Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Temporary Road Closure In Bukit Bintang For I Lite U Launch

Adun Kuala Perlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Baharu

30 Contoh Azam Tahun Baru 2026 Tips Kewangan

Telecom Tower Catches Fire In Kuala Kangsar

Cara Tambah Income Tanpa Modal Besar Strategi Selamat Realistik Untuk Orang Biasa

Positif Dalam Negatif


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Dah Hampir 5 Hari Blog Ni Senyap Tanpa Khabar

Quick Healthy Recipes Ebook Free

Untuk Diri Sendiri

Ada Orang Belanja Pergi Spa

Dilema Data Pencil

Data Raya Dalam Pembangunan Pertanian Pintar Tingkatkan Produktiviti