Kisah Seram Semasa Menyewa Rumah Pengamal Ilmu Hitam Di Tingkat 10



Namaku Nana. Aku merupakan pengantin baru. Disebabkan suamiku seorang pembantu doktor, kerjanya tak tentu masa. Kami berpindah di satu kawasan apartment berdekatan dengan hospital suamiku berkhidmat. Pada mulanya aku tidak bersetuju untuk berpindah ke apartment tu tapi rumah yg aku diami jauhdari tempat suamiku berkerja jadi aku terpaksa bersetuju dengan cadangan suamiku untuk berpindah. Kenapa aku kurang bersetuju? Rumah yang kami jumpa itu terletak di blok paling hujung dan nampak usang. Di blok terletaknya rumah aku itu tak ramai yang menetap di situ. Ada la dalam dua tiga rumah yang berpenghuni. Selebihnya dibiarkan kosong entah kenapa. Sejujurnya aku tidak selesa dengan suasana sunyi sebegitu tapi demi suami tercinta, aku relakan untuk tinggal di situ kerana suami harus melaporkan diri dalam masa terdekat setelah cuti kahwin tamat. Aku cuba memberi peluang untuk tinggal di situ selama beberapa bulan. Mungkin aku akan biasa dengan kesunyian itu.

Sebelum kami masuk ke rumah itu, suami telah memanggil beberapa kenalannya untuk membaca Yasin dan solat hajat sempena merasmikan kediaman baru kami. Gangguan bermula pada hari pertama. Sedang aku sibuk mengemaskan pinggan mangkuk untuk menghidangkan sedikit juadah setelah suamiku dan rakan-rakannya selesai membaca yasin dan solat hajat, aku dengar namaku disapa halus persis bisikan angin di petang hari. “Nanaaa…” Lembut sekali suara itu memanggilku. Aku menoleh ke belakang kerana kusangkakan mungkin ada antara rakan suamiku yang membawa isteri bersama, namun tiada sesiapa yang berada bersama-samaku di dapur. Aku fikir itu mungkin mainan perasaanku lalu aku teruskan kerja. Kesibukan melayan tetamu menyebabkan aku lupa akan kejadian itu. Tetamu kami beransur pulang setelah jam menginjak ke tengah malam. Entah apa yang seronok mereka bualkan. Aku mengambil keputusan untuk masuk tidur dulu sementara suamiku melayan rakan-rakannya. Aku yang keletihan setelah seharian mengemas rumah terus tertidur sebaik saja aku baring di atas katil. Secara logiknya bila kita kepenatan, tidur pastinya lena dan sukar untuk terjaga bukan?Sedang nyenyak aku berdengkur atas katil, aku merasakan pipiku dibelai halus. Menyangkakan itu suamiku, aku pegang tangan yang membelai-belai pipiku itu.Terasa kukunya yang tajam, terus aku terjaga dari tidur. Aku lihat suamiku yang sedang berulit mimpi di sebelahku. Tangan siapa yang membelaiku tadi? Aku terus tarik selimut dan aku cuba lupakan kejadian tadi. Aku fikir aku mungkin bermimpi kerana kepenatan.

Pagi menjelma setelah azan Subuh berkumandang. Aku bingkas bangun untuk mandi dan solat sebelum menyiapkan sarapan kepada suamiku. Hari itu dia bakal mula bertugas kembali. Aku memilih untuk tidak berkerja kerana aku masih belajar di peringkat sarjana muda (research) lagi. Jadi suami memberi peluang untuk aku meneruskan pengajian yang berbaki dua semester itu. Aku kejutkan suamiku yang masih lena di atas katil. Dia bingkas bangun sambil menggeliat. “Sayang, kenapa sayang menangis semalam? Abang ada buat sayang terasa ke?” Soalan suamiku itu meninggalkan tanda tanya buatku. Bila masa aku menangis? “Sayang mengigau kot. Penat sangat mungkin sebab tu abang tak kacau, abang biarkan aje.” Terus suamiku lekas bangun dan masuk ke bilik air. Aku yang masih bingung itu cuba untuk melenyapkan rasa tidak senang di dalam hatiku. Mungkin benar, aku bermimpi semalam kerana terlalu penat.

Aku petik suis lampu di dapur. Terbeliak mataku bila melihat keadaan dapur yang berselerak. Sampah yang sudah aku ikat kemas-kemas bertaburan di atas lantai. Tulang-tulang ayam bersepah-sepah terkeluar dari plastik sampah yang dikoyakkan. Kenapa sampai begini sekali keadaan dapurku? Aku fikir suamiku malas berkemas lalu dia tinggalkan dapur sebegitu rupa. Terjerit-jerit aku memanggil suamiku. Suamiku terkoncoh-koncoh datang ke dapur. “Kenapa jerit-jerit pagi-pagi buta ni? Malu sikit dengan jiran!” Suamiku menyahut dari pintu dapur. Akutunjukkan keadaan sampah yang berselerak di atas lantai macam digigit anjing itu kepada suamiku. “Kot ye pun malas, buang la sampah betul-betul bang,” marahku kepadanya. Suamiku berkerut mendengar tuduhan aku kepadanya. “Abang dah ikat sampah tu semua elok-elok semalam.” Kami terdiam, pening memikirkan penjelasan yang rasional untuk situasi yang kami alami. “Tikus punya kerja kot. Takpe la sayang, nanti abang pasang perangkap tikus.”

Mungkin benar kata suamiku. Rumah usang begini, pasti tikus bersarang di ceruk-ceruk. Rumahku berada di tingkat 10, dan terdapat sebuah stor kecil yang berkunci di sebelah dapurku. Semasa kami melawat rumah, aku telah dimaklumkan oleh tuan rumah agar tidak membuka stor itu kerana tuan rumah meletakkan barang-barang peribadinya. Aku fikir mungkin cik tikus ni bersarang di dalam bilik stor kecil ni. “Abang kena mintak balik duit maintenance kita bayar ni. Apa sewakan rumah kat orang tapi banyak tikus. Jenuh sayang nak kemas kalau hari-hari tikus sepahkan sampah.” Suamiku mengangguk perlahan sebelum kembali ke bilik tidur untuk bersiap-siap. Setelah suamiku keluar bekerja, aku menghabiskan masa pagi itu dengan mengemaskan barang-barang yang kami bawa. Aku membawa turun sampah-sampah yang aku sudah bungkus kemas-kemas untuk aku buang ke tong sampah besar di bawah blok itu. Sementara menunggu lif untuk ke bawah, aku meninjau kawasan apartment itu. Dinding kusam dengan cat bercapuk, tidak kurang juga dengan lumut yang melekat di dinding lobi. Suatu pemandangan yang tidak enak lagi menjijikkan tapi aku tidak mampu untuk menyewa di kawasan yang lain. Nak rumah murah, hadap je la kawasan macam ni, fikirku sendirian. Sedang aku meninjau kawasan di tingkat 10, aku perasan melalui ekor mataku akan kehadiran seseorang di hadapan rumahku. Terus aku palingkan muka untuk melihat siapakah gerangan manusia yang berdiri di depan rumahku itu? Tapi tiada sesiapa pun di situ. Ting! Lif telah tiba di depanku. Aku angkut sampah-sampahku dan terus memasukilif tersebut. Takde sapa kot, perasaan je tadi. Aku cuba sedapkan hatiku.

Aku naik kembali ke tingkat 10 setelah selesai membuang sampah dan membeli sedikit barang dari kedai runcit di bawah. Sewaktu aku terkial-kial mencari kunci, aku dengar suara orang berbual-bual di dalam rumahku. Aku tekapkan telinga ke pintu untuk mendengar suara berbual itu. Senyap, hanya bunyi angin yang aku dengar. Cepat-cepat aku buka pintu untuk melihat jikalau ada penceroboh ke apa.Tiada apa yang ganjil di dalam rumahku. Hanya kipas dibiarkan berpusing. Eh, bukan dah tutup semua ke tadi? Aku musykil kerana aku pasti aku telah mematikan semua suis sebelum keluar tadi. Ah, mungkin terlupa la ni. Aku segera ke dapur untuk menyiapkan makanan sebelumsuamiku pulang pada jam 2 nanti. Segala persoalan aku biarkan berlalu sepi.

Segala gangguan ini hanyalah gangguan biasa jadi aku diamkan saja kerana aku tidak mahu dilabel penakut oleh suamiku pulak nanti. Minggu pertama di rumah itu, aku tidak begitu takut kerana suamiku berkerja shift pagi. Jadi dia adadi rumah menemaniku, tidak la aku takut sangat. Gangguan seperti namaku dipanggil, sampah berselerak di lantai pada waktu pagi, suara orang berbual-bual, suis kipas atau lampu terbuka sendiri itu sering berlaku. Boleh dikatakan setiap hari aku kena kemaskan sampah yang berselerak. Suamiku telah memasang perangkap tikus namun tidak ada seekor tikus pun Berjaya diperangkap. Minggu kedua di situ, keadaan bertambah teruk.Semuanya kerana aku yang bengang dek tikus-tikus yang setiap malam menyepahkan sampah di dapur. Lalu aku memecahkan kunci mangga stor kecil di dapurku dengan penukul. Tujuanku cuma satu, aku mahu memasang perangkap di dalam stor kecil itu kerana aku yakin tikus-tikus durjana ini berkampung di dalam stor itu. Stor kecil itu berselerak dengan kertas-kertas kusam di dalam kotak. Dinding bilik juga kelihatan sangat comot. Terdapat tulisan cakar ayam macam budak lima tahun yang baru belajar menulis di setiap penjuru dinding. Aku tidak dapat memahami tulisan-tulisan tu. Jadi, aku tutup kembali stor itu setelah aku meletakkan perangkap tikus.

Selepas kejadian itu, aku meneruskan rutin harian seperti biasa pada waktu siang. Minggu kedua, suamiku bertugas shift malam. Ini bermakna aku bakal berseorangan pada waktu malam. Aku juga semakin sibuk menyiapkan tugasan pengajianku yang memaksa aku untuk berjaga malam. Aku tidak memikirkan sangat gangguan yang aku alami kerana aku masih berkeras menidakkan kewujudan dunia ghaib. Selepas suamiku keluar pada jam 9 malam, aku membancuh kopi kerana aku ingin menyambung menulis thesisku. Aku mula menaip di komputer riba. Waktu perlahan-lahan menginjak ke lewat malam. Aku mengurut kepalaku perlahan-lahan. Pening melihat skrin komputer.Aku mahu meletakkan cawan bekas kopi sebelum aku tidur. Sewaktu aku berjalan ke dapur,sengaja aku tidak membuka lampu kerana mahu jimatkan elektrik. Berpandukan cahaya dari bilik tidurku, aku berjalan menuju ke singki dapur. Selepas aku membasuh cawan,tanpa sengaja aku terpandang ke arah stor kecil itu. Aku lihat ada susuk tubuh persis seorang wanita berdiri kaku di hadapan stor. Hampir saja aku terjerit saat aku terlihat wanita itu. Terus aku berlari masuk ke bilik tidur. Aku kunci pintu itu rapat-rapat. Aku bernasib baik kerana terdapat bilik air di dalam bilik tidur utama. Aku mengambil wuduk sebelum aku tidur. Sengaja aku pasang alunan surah-surah sekuat mungkin, cuba mengusir segala puaka yang berada di dapur itu. Sebelum aku terlelap, aku dapat dengar dengan jelas bunyi cakaran pada pintu bilikku. Sepertinya sesuatu di luar itu marah kepadaku. Aku kuatkan lagi speaker radio sebelum aku benar-benar diulit mimpi.Aku terjaga pada esoknya. Radio sudah berhenti memainkan surah al-quran. Eh, sepatutnya radio ni terus berbunyi. Kenapa senyap je ni? Aku bangkit dari pembaringanku. Jam menunjukkan pukul 7 pagi. Suamiku bakal pulang sebentarlagi. Segera aku berwuduk dan solat subuh gajah. Aku harus segera menyiapkan sarapan. Aku berkira-kira untuk keluar dari bilikku. Kejadian semalam bermain-main di fikiran. Radio yang sudah lama senyap itu aku pasang kembali. Aku pulastombol pintu sambil membaca fatihah serta tiga qul. Keadaan sunyi sepi. Aku kuatkan diri dan terus ke dapur untuk menyediakan makanan. Sampah masih berselerak seperti biasa. Aku terus mengemas sampah itu dan menggoreng mi. Suamiku pulang, bersarapan sedikit sebelum dia tidur. Aku ke ruang tamu untuk menyapu rumah. Sesuatu yang pelik membuatkan aku tertanya-tanya. Aku lihat banyak rambut gugur terlekat di penyapuku. Rambut-rambut itu panjang sekali. Rambutku hanya paras telinga. Bulu romaku meremang mengenangkan kejadian semalam. Mungkin aku sudah membebaskan sesuatu dari stor itu?

Aku merahsiakan perkara ini dari suamiku, tidak mahu dibebel olehnya kerana melanggar peraturan tuan rumah yang mungkin akan menyebabkan deposit kami hanggus. Aku cuba berfikir secara logik. Mungkin habuk dan rambut itu terbang dari luar dan masuk melalui lubang bawah pintu. Sepanjang aku berada di rumah itu, tidak pernah sekali aku melihat jiran-jiranku. Aku difahamkan oleh tuan rumah bahawa selang tiga baris dari rumahku, satu pasangan kekasih berbangsa Filipina menetap di situ. Di sebelah rumah mereka, ada sekumpulan pekerja Indonesia tinggal bersama-sama. Namun,tidak pernah sekali pun aku melihat mereka. Mungkin mereka semua sibuk berkerja mencari duit. Senja menjelang, mengusir matahari dari terus memancarkan sinarannya. Aku dilanda keresahan, beberapa jam lagi aku bakal berseorangan di rumah ini. Kejadian semalam menghantui fikiranku. Aku duduk di hadapan tv, menonton drama petang tapi fikiranku tidak tertumpu pada drama itu. Thesis yang perlu aku siapkan itu masih tidak sempurna. Ditambah pula dengan tugasan tambahan yang harus aku buat menyebabkan penulisan thesis tergantung. Tabiat aku ini lebih suka untuk menulis pada waktumalam. Ilham lebih banyak muncul pada waktu malam. Tetapi, kelibat wanita semalam asyik berulang-ulang di mindaku. Aku tidak melihat wajahnya semalam kerana wanita itu membelakangi aku, mukanya dihadapkan ke arah pintu stor.

Aku bingkas bangun, tv aku biarkan terpasang. Aku harus menyiapkan makan malam kerana suamiku akan membawa bekal ke tempat kerjanya. Aku menyediakan bahan masakan sambil bernyanyi perlahan. Asyik dengan suara sendiri, aku sedar bahawa ada suara lain muncul sebagai penyanyi latar mengikut nyanyianku. Maghrib bakal tiba sebentar lagi. Bulu romaku berdiri, aku tidak berani untuk palingkan wajahku ke belakang. Suara itu diam saat aku berhenti bernyanyi. Entah datang dari mana semangat aku yang rimas diganggu, aku jerit kuat-kuat kepada entiti di belakangku. “Jangan kacau lah! Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku!” Bulu roma dileherku berdiri tiba-tiba. Aku dapat rasakan entiti itu mendekatiku. Menggigil aku dibuatnya namun aku kuatkan diri. Jangan takut Nana, jangan takut! Semakin lama, semakin dekat benda tu berdiri belakang aku. Rapat sehingga aku dapat rasakan bunyi nafas perlahan dicuping telinga.

Azan Maghrib berkumandang. Aku yang kaku berdiri tadi kini mampu bergerak, rasa seperti terlepas dari bahaya. Aku sudah mampu menoleh kebelakang lalu aku pandang sekeliling ruang dapur. Tidak ada apa-apa yang ganjil melainkan pintu stor yang aku sudah tutup rapat itu tiba-tiba saja terbuka sedikit. Aku terus menghempas pintu itu, sebagai tanda aku tidak takut padahal dalam hati aku Allah saja yang tahu betapa kecut perut aku waktu itu. Gangguan itu baru permulaan kepada malam yang paling panjang buatku! Selepas suamiku keluar, aku sengaja membiarkan lampu di ruang tamu dan dapur terbuka keranaaku tidak mahu melihat kelibat wanita itu lagi. Aku bancuh kopi di dalam termos, aku capai sedikit jajan dan aku terus masuk ke bilikku. Aku kunci kemas pintu bilikku, malam ini aku tidak akan keluar dari bilikku. Saat itu, aku rasa bilik aku adalah tempat paling selamat. Aku duduk di meja study lalu terus menyambung kerjaku. Aku biarkan radio terpasang kuat dengan alunan ruqyah. Aku dapat dengar bunyi pintu dihempas kuat berulang kali yang datang dari arah dapur. Mungkin benda itu panas bila dengar surah ruqyah. Rasakan!Aku buat bodoh saja.

Sedang aku leka menulis, tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Keadaan gelap gelita.Radio yang aku pasang tadi senyap serta-merta. Berbekalkan cahaya di komputer ribaku, aku bangun perlahan-lahan menuju ke pintu bilikku. Kotak suis utama berada di ruang tamu. Aku berkira-kira untuk keluar namun hatiku terasa berat sekali untuk keluar. Aku pekap telinga di pintu. Aku dapat dengar dengan jelas suara wanita menangis diluar bilik berselang seli dengan bunyi ketawa. Aku mula gelisah, kaki dan badanku menggigil ketakutan. Ya Allah, bala apa lakali ni? Aku rasa seperti mahu menangis saja pada waktu itu. Sedang aku berdiri kaku di hadapan pintu bilik, aku dengar bunyi pintu bilik air dikuak. Aku segera toleh ke arah bilik air yang terbuka luas. Pantulan cahaya dari komputer terkena pada cermin di bilik air, membuatkan mataku terbuntang luas. Aku nampak dengan jelas wajah wanita itu! Berambut panjang menutupi separuh mukanya, mata di sebelah kiri kelihatan jelas warna merah memandangku dengan pandangan tajam. Aku yang terkesima itu terus menggapai kunci kereta, handbag dan berlari keluar daribilikku. Sewaktu aku melepasi ruang tamu, kelibat wanita yang sama berdiri di sebalik almari buku sambil memandangku yang sedang berlari keluar.

Aku berlari menuju ke lif di lobi utama. Pintu rumah aku kunci tergopoh-gopoh. Aku capai selipar sebelum aku berlari pecut ke arah lif. Rumahku selang empat buah rumah yang dibiarkan kosong sebelum sampai ke lif. Jarak itu aku rasakan seperti jauh berbatu-batu. Sedang aku berlari, telingaku menangkap bunyi hilaian tawa yang halus datang dari rumahku. Aku lajukan langkahku menerpa ke arah lif. Aku tekan butang ke bawah, lif masih di tingkat 15. Lambatlah pulak lif ni! Aku dengar bunyi gesekan kaki mendekatiku. Segera aku toleh ke arah bunyi itu. Tiada sesiapa berada di lobi kecuali aku seorang. Cepatcepat aku tekan butang lif, memaksanya untuk turun segera. Hatiku dihambat kerisauan. Aku berdoa agar wanita itu tidak mengekori aku.Tidak sanggup rasanya nak melihat matanya yang merah dengan pandangan yang tajam itu!

Ting! Lif akhirnya terbuka luas. Segera aku masuk ke dalam lif.Sewaktu pintu lif mahu tutup, aku perasan kelibat wanita itu berdiri kaku di celah lorong kawasan rumahku. Aku pejam mata cuba bertenang. Sebaik saja aku tiba di ground floor, aku bergegas ke parkir kereta dan masuk ke dalam kereta. Aku pulas kunci, hidupkan enjinlalu aku pandu kereta menuju ke hospital suamiku bertugas. Aku meninggalkan pesanan ringkas buatnya. Oleh kerana suamiku agak sibuk pada malam itu, aku mengambil keputusan untuk menunggu di ruang parkir. Aku ingin melelapkan mata sebentar kerana suamiku menyuruhku menunggunya di dalam kereta. Aku turunkan tingkap sedikit, lalu aku pejamkan mata. Tidurku terganggu apabila aku rasakan seperti ada tangan yang membelai halus wajahku. Mataku tidak dapat dibuka, seperti ada gam yang melekat di kelopak mata. Suara suara halus berbisik kedengaran. Aku cuba paksa diriku untuk bangun namun mataku masih terpejam. Aku tidak dapat menggerakkan tanganku. Geram dengan keadaan itu, akupaksa diriku untuk bangun. Akuterjaga secara tiba-tiba dengan menjerit Allahuakbar! Tidak berani untuk sambung tidur, aku terus meninggalkan pesanan kepada suamiku supaya dia segera datang ke parkir kereta. Aku dapat merasakan ada sesuatu yang mengikutiku sekarang.

Suamiku datang pada pukul 5 pagi. Wajahnya terlihat seribu kerisauan. Aku menceritakan pengalaman yang baru aku lalui malam ini. Dia menyuruhku untuk pergi ke restoren mamak berdekatan dengan hospitalnya. Aku akur dengan arahannya. Lagi pula, parkir di kawasan hospital suamiku itu berhadapan dengan kawasan belukar dan hutan kecil. Keadaan sunyi itu mungkin mengundang bahaya kepadaku. Setelah suamiku tiba, aku akhirnya bercerita perihal pintu stor yang aku pecahkan itu serta segala gangguan yang aku alami sebelum ini. Berkerut-kerut muka suamiku mendengar ceritaku. Nasib baik dia tidak marahkan aku kerana melanggar syarat yang ditetapkan oleh tuan rumah. Sebenarnya, dia juga turut diganggu tapi gangguan yang dialaminya tidaklah sebegitu menakutkan, sekadar mendengar nama dipanggil dan ketukan pintu utama yang bertalu-talu tapi tiada siapa di luar rumah. Jadi, suami aku beranggapan mungkin budak-budak jiran yang sengaja mengacau. Aku menggesanya untuk segera keluar berpindah dari situ. Namun, suamiku enggan berpindah. Faktor kewangan juga merupakan salah satu punca dia mahu terus menyewa di situ. Akhirnya aku bersetuju untuk terus tinggal di situ tetapi suamiku harus mencari ustaz yang boleh menghalau wanita itu dari rumah kami.

Kami pulang ke rumah semula. Sewaktu menunggu lif tiba, seorang wanita berumur lingkungan 50-an menyapa akudan suami. Nama mak cik itu Cik Nab. Dia tinggal selang dua tingkat dari rumahku. Setelah memaklumkan nombor rumah kami, Cik Nab kelihatan terperanjat sekali. “Kenapa Acik?” soalku kepadanya. Dia menggeleng-geleng kepalanya.“Siapa kasi kamu sewa rumah tu? Kamu deal dengan siapa sebelum masuk sewa situ?” Kami tertanya-tanya, apa maksud soalan Cik Nab ni? “Kami deal dengan Encik Azhar,Acik. Kenapa acik tanya macam marah je ni?” suamiku membalas soalan Cik Nab dengan sopan. Terbuntang luas mata Cik Nab mendengarkan jawapan suamiku. “Kamu kena keluar dari rumah tu sekarang! Rumahitu tak pernah ada penghuni! Si Azhar itu dah meringkuk dalam penjara dah lama dah. Dia bunuh bini dia yang mengandung anak pertama sebab dia tu pengamal ilmu hitam. Acik rasa kamu semua dalam bahaya kalau terus tinggal kat situ. Entah setan apa yang si Azhar tu kurung dalam rumah dia tu. Sebab tu mana ada orang sewa kat aras kamu. Semua tak tahan kena usik.” Bersungguh-sungguh CikNab bercerita, cuba mengusir kami dari rumah yang baru kami sewa.

“Tapi acik, ada geng pekerja Indonesia dgn budak Filipina menyewa kat rumah aras kami tu,” aku lekas menyangkal kenyataan Cik Nab. “Kamu pernah nampak ke diorang tu?”Kami berdua terdiam. Benar, aku mahupun suamiku tak pernah terserempak langsung dengan jiran kami. Pernah juga aku ketuk pintu mereka, berhajat mahu berkenalan tapi tiada siapa pun membuka pintu. “Dengar cakap acik. Acik dah duduk sini lama dah. Tingkat 10 tu dah bertahun-tahun kosong takde siapa pun nak sewa. Dulu-dulu tahun 90-an memang ada yang sewa,tapi lepas kes Azhar sembelih bini dia tu semua cabut lari. Mayat bini dia tu dibakar dan dipuja. Pihak polis pun tak dapat cari kat mana dia simpan abu mayat bini dia. Jangan degil, nak. Kamu tak tahu dengan siapa kamu berurusan haritu. Boleh jadi yang bawa kamu masuk itu jin syaitan yang Azhar bela.” Aku termangu selepas mendengar cerita Cik Nab. Suamiku juga turut terbungkam diam membisu.

“Kami dah buat solat hajat dengan baca yasin, cik. Takkan tak boleh halau benda tu?” Suamiku cuba menyangkal cerita Cik Nab, masih cuba mempertahankan rumah sewa yang baru dua minggu kami diami. Cik Nab melepaskan nafas, kecewa barangkali apabila kami masih berkeras. “Dulu anak acik sendiri beli rumah sebelah rumah kamu sewa tu. Lepas kes tu, dia tetapberdegil nak duduk kat rumah dia itu. Segala ustaz dia panggil, pagarkan rumah tapi kelibat bini Azhar tu masih berlegar-legar di aras 10. Sampah sarap dalam rumah habis disepah-sepahkan, main suis lampu, panggil-panggil nama, kacau masa orang tidur, semua anak acik merasa. Kemuncaknya, bila menantu acik mengandung tapi gugur selepas ditegur sesuatu masa dekat bilik air, anak acik mengalah dan berpindah keluar. Dia sekelamin merupakan orang terakhir tinggal dekat aras 10.” Mendengarkan cerita itu, suamiku akur. Kami segera mengemaskan barang-barang peribadi kami sebelum keluar dari rumah itu. Sempat aku terlihat kelibat wanita itu berdiri di depan pintu stor. Cepat-cepat aku lari menuju ke arah suamiku. Kami menumpang di rumah adik iparku sementara kami mendapat rumah sewa yang baru. Barang-barang kami yangmasih ada di situ kami upah orang untuk angkut keluar.

Walaupun aku telah keluar dari rumah itu, aku sering merasa seperti diperhatikan. Seakan-akan kelibat wanita itu menghantui hidupku. Tidurku sering diganggu sehingga aku selalu meracau-racau. Suamiku mengambil keputusan untuk membawaku berjumpa denganUstaz Malik yang dikatakan berpengalaman dalam mengubati penyakit ghaib. Apabila aku berhadapan dengan Ustaz Malik, jiwaku dilanda ketakutan teramat sangat. Tanpa sedar, aku mula meracau. Ustaz Malik berhempas pula cuba mengusir jin yang cuba menumpang di dalam badanku. Setelah aku sedar, aku seperti orang bingung. Kata Ustaz Malik, rumah yang kami sewa itu dipenuhi dengan makhluk-makhluk belaan seseorang. Aku dikatakan telah mencabar makhluk-makhluk di situ dan aku jugak telah membebaskan satu makhluk yang dikurung. Makhluk itu mendekatiku untuk menjadikanaku sebagai tuannya. Aku berasa menyesal kerana mengikut perasaan marah sehingga tidak menjaga kata-kataku. Aku juga turut menyesal kerana ingkar akan pantang larang yang ditetapkan. Makhluk yang cuba mendekatiku itu katanya roh isteri tuan rumah yang dibunuh kerana dia mengamalkan ilmu hitam. Rohnya diseru lalu dijadikan sebagai Pontianak yang dikurung di dalam stor kecil itu. Berkat doa dan usaha Ustaz Malik dengan pertolongan Allah, makhluk Pontianak itu berjaya diusir kembali kepada tempat asalnya. Sampai sekarang aku dan suamiku masih tertanya-tanya, dengan siapakah kami berurusan tempoh hari? Benarkah lelaki itu Encik Azhar atau cuma jelmaan jin iblis belaannya?

Selepas kes ini, hidupku bagai terancam. Deria keenam semakin sensitif terhadap kehadiran makhluk halus. Kata orang, jika kita pernah dirasuk, ditubuh kita ni sudah ada portalyang terbuka, membolehkan banyak makhluk lain menumpang dan mengacau. Sejauh mana kebenarannya, aku tidak tahu. Pengajaran dari kisah ini, sebelum menyewa rumah sila siasat latar belakang rumah itu. Selidik darijiran tetangga dulu. Sekian, terima kasih.

Sumber: FS

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://coffeecakearticle.blogspot.com/2019/03/kisah-seram-semasa-menyewa-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abang Saya Takut Bang Saya Nak Keluar Bang Tolonglah Kisah Seram Semasa Menginap Hotel Murah Di Sabah

Abang Saya Takut Bang Saya Nak Keluar Bang Tolonglah Kisah Seram Semasa Menginap Hotel Murah Di Sabah

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 5502 hits
Kisah seramKisah yang ingin saya kongsikan di sini adalah berkenaan dengan sebuah hotel murah yang terletak di Sabah Saya dan isteri saya berasal dari Perak Saya bertugas sebagai seorang guru manakala isteri saya pula adalah seorang suri ru...
Kamu Menggangu Majlis Kami Kisah Seram Semasa Bertugas Di Banglo Terbiar

Kamu Menggangu Majlis Kami Kisah Seram Semasa Bertugas Di Banglo Terbiar

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 790 hits
Masa itu aku dan dua orang kawan ku ditugaskan untuk menjaga kawasan perumahan yang tidaklagi ditinggali Kawasan tersebut berada di atas bukit yang tersembunyi dalam semak samun Dengar cerita kawasan perumahan tersebut di punyai oleh orang ...
Siapa Punya Kerja Tu Pengalaman Seram Semasa Malam Raya Di Sarawak

Siapa Punya Kerja Tu Pengalaman Seram Semasa Malam Raya Di Sarawak

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 646 hits
Kampung mak saya terletak di salah sebuah daerah di Sarawak dan majoriti penduduk di kampung ini adalah dari kaum Melanau Sejak 4 tahun kebelakangan ini keluarga saya menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung mak Jika sebelum ini kami sekel...
Muka Dia Pon Mcm Tak Pernah Nmpak Tapi Bdn Dia Rambut Dia Lebih Kurang Mcm M Kisah Seram Mendiami Bilik Arwah

Muka Dia Pon Mcm Tak Pernah Nmpak Tapi Bdn Dia Rambut Dia Lebih Kurang Mcm M Kisah Seram Mendiami Bilik Arwah

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 919 hits
Aku Cik Kisah yang aku nak kongsikan ni dah hampir 5 tahun berlalu di mana sekarang aku dah habis belajar Aku bekas pelajar ipta nun jauh di utara Tapi kisah ni bukan kisah seram di ipta tu tp kisah seram ni aku dan kawan2 aku alami saat2 a...
Ke Kenapa Awak Buat Saya Macam Ni Kisah Seram Dendam Maya

Ke Kenapa Awak Buat Saya Macam Ni Kisah Seram Dendam Maya

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 828 hits
Cerita yang akan aku sampaikan ini adalah kisah dari kiriman surat seorang sahabat lamaku Rizal Kami sudah lama tak berhubung selepas tamat sekolah menengah Lepas zaman persekolahan Rizal menghilangkan diri Jadi agak mengejutkan bila aku te...
Lepas Tu Sorang Staff Dia Tarik Aku Kisah Seram Menginap Di Bilik Hotel Orang Mati Dibunuh

Lepas Tu Sorang Staff Dia Tarik Aku Kisah Seram Menginap Di Bilik Hotel Orang Mati Dibunuh

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 1535 hits
Assalamualaikum Nama aku Amer Eddiey Ni aku nak cerita lah jugak peristiwa yang terjadi pada diri aku Masa tu aku dari Terengganu nak ke Batu Pahat Aku saja jer pusing pergi kat PD masa tuh sebab aku nak lihatlah jugak pantai dia Boleh lah ...
Dah Lama Tunggu Bas Kisah Seram Siapakah Sebenarnya Delaila

Dah Lama Tunggu Bas Kisah Seram Siapakah Sebenarnya Delaila

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 743 hits
Cuaca petang masih lagi cerah walau jam sudah menginjak ke pukul enam setengah petang Jelita masih lagi duduk di perhentian bas Sekejap sekejap dia menjengah ke tengah jalan raya dan kemudian beralih mengerling jam dipergelangan tangan Nove...
Sarah Kami Nak Balik Kau Jangan Ikut Kisah Misteri Bermalam Di Rumah Kawan

Sarah Kami Nak Balik Kau Jangan Ikut Kisah Misteri Bermalam Di Rumah Kawan

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 787 hits
Assalamualaikum dan hai semua Nama aku Ayin Aku perempuan tau So hari ni aku nak cerita pasal pengalaman aku dengan kawan aku nama Akila masa kitorang tumpang tidur rumah sorang kawan kitorang Kisah dia takde la seram mana Tapi korang baca ...
Seram 34 Foto Foto Suasana Dalam Rumah Mayat

Seram 34 Foto Foto Suasana Dalam Rumah Mayat

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 459 hits
Ada dikalangan kita semua pernah memasuki rumah mayat dan ada yang tidak pernah Jika ada sekalipun yang pernah memasuki rumah mayat pasti hanya sekadar dibilik pengecaman mayat dimana disana ditempatkan beratus ratus mayat yang digelar seba...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Gleneagles Follow Up


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Revolutionizing Mobile Connectivity With Affordable Mobile Prepaid Plans

Richeese Cafe Di Klia 2

Klang Valley Rail Network Fulfils Larger Objectives But Needs Improvement

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang