Kucing Terkenal Jellybean Pergi Selamanya
Kucing Terkenal JellyBean ‘Pergi’ Selamanya
Tidak dinafikan, ramai di antara kita suka dan merupakan pencinta kucing apatah lagi telatah dan kenakalan mereka sentiasa menceriakan sesiapa sahaja
Ramai yang memilih untuk memelihara si bulus ini sejak dari kecil lagi, tak ubah menjaga seorang anak sendiri. Bermula dari makan minum, sehingga aspek kesihatan dijaga rapi.
Disebabkan itu, kehilangan si bulus sudah tentunya meninggalkan kesan terhadap pemilik haiwan itu. Lebih-lebih lagi mengenangkan setiap momen bersama.
Begitulah yang terpaksa dilalui oleh seorang pecinta kucing yang cukup dikenali ramai, Johan Eskandar Mohamad Najib.
Dalam satu perkongsiannya di Instagramnya, Johan and His Cat memberitahu salah seekor kucing peliharaannya JellyBean telah ‘pergi’ buat selamanya.
“Dah lebih sebulan johan simpan ni..”
Menurutnya, kucing betina itu sudah tiada pada 25 November lalu, namun dia memilih untuk diam seketika sebelum mengumumkannya sebulan kemudian
“Dah lebih sebulan johan simpan ni dan lama juga Johan tak update sebab mmg takde mood but now dah sampai masa nya sebab banyak followers Johan pun sayangkan Jellybean.
“Jellybean dah tinggalkan kita semua pada 25/11 Princess saya dah takde,” luahnya.
Menerusi rakaman CCTV yang dikongsikannya, mendedahkan Jellybean berada dalam keadaan sihat dan cergas bermain selepas makan tetapi sebaliknya berlaku.
“Dalam keadaan Jellybean sihat, baru lepas bermain dan makan.. Allah ambil dia. Kejadian yang sangat tiba-tiba, bila teringat memamg rasa macam mimpi. Kalau dia sakit kita boleh ada masa nak get ready ni tiba-tiba,” kongsinya lagi.
Lebih meruntun hati, hari ini Johan akan menyambut hari kelahirannya untuk pertama kalinya tanpa Jellybean selepas 10 tahun.
https://www.instagram.com/p/DSz5S5ak8Ol/?img_index=5
“Jellybean bukan sekadar kucing, dia princess Johan, baby johan, princess semua orang.
“Alhamdulillah apa-apa pun Johan dah redha dengan ketentuan Allah. Tanda Allah pandang kita tu dia bagi ujian kan. Syukur Allah pinjam kan Jellybean 10 tahun.
“Esok birthday Johan, birthday kali ni Jellybean takde untuk terus kuat Johan decide untuk ke tanah suci lagi untuk terus berdoa. In Sha Allah balik nanti Johan lebih bersemangat,” katanya lagi.
Perkongsian itu turut mencuri perhatian rata-rata warga maya yang turut bersedih dengan pemergian si bulus itu.
Sumber: Instagram Johan And His Cats
BACA: “9 Tahun Besarkan”, Evian ‘Pergi’ Selamanya
The post Kucing Terkenal JellyBean ‘Pergi’ Selamanya appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/29/kucing-terkenal-jellybean-pergi-selamanya/