Amaran Kepada K Jaan M Sia Ini Dap X Tahu Perintah


 

Kehakiman Islam tidak ada konsep DNAA
KUALA LUMPUR: Isu rasuah mestilah diselesaikan secara holistik, adil dan bukannya wujud unsur kezaliman.

Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Islam meletakkan yang dituduh mesti dibicarakan sehingga selesai.
“Ada kisah menarik iaitu pengurusan projek yang tidak betul pernah berlaku dalam sejarah Islam iaitu zaman Rasulullah berlaku dan Khulafa al-Rasyidin juga berlaku.
“Saya nak sebut pasal Sultan Muhammad Al-Fateh yang mengarahkan seorang arkitek bukan Islam (Kristian ortodoks) supaya mengurus pembinaan masjid di Istanbul mengikut pelan yang dikehendaki oleh baginda.
“Tiba-tiba dia lakar dengan cara tidak betul pembinaannya salah, sultan sangat murka lalu sultan menghukum potong tangan, hukum yang zalim dan salah.
“Maka dia (arkitek) mengadu kepada hakim yang terkenal di Istanbul, dia buat pengakuan. Ini menandakan bahawa berlaku pembahagian kuasa dalam sistem pemerintahan Islam. Ini berlaku dalam Islam, mendahului Barat.
“Di mana, bila dilihat kepada dua perkara ini, hakim memanggil sultan dibicarakan di mahkamah, dibicarakan mengikut hukum qisas kerana perbuatan zalim,” katanya ketika perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke 12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat, kelmarin.
Mengulas lanjut. beliau yang juga Presiden PAS berkata, hukum qisas mesti dipotong tangan baginda kerana itu hak hukuman, manakala hak pengampunan diberi kepada mangsa bukan para raja, lembaga pengampun.
“Hak pengampunan qisas diberi kepada yang dizalimi itu sama ada diam pun cukup berbayar diat (pampasan) lalu dia menerima hukuman pampasan dibayar secara hidup sehingga dia meninggal dunia itu lebih baik daripada potong tangan sultan.
“Ini berlaku menunjukkan tidak ada keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) dalam kehakiman. Dalam Islam tidak ada DNAA, tidak ada dilepaskan tanpa dibebaskan. Masih digunakan hukuman,” katanya.
Beliau berkata, perkara yang disebutkan itu sering kali mendapat perhatian pihak yang tidak bersetuju dengan pandangannya.
“Bila saya sebut perkara ini berkaitan lembaga pengampunan lalu ada pihak buat report polis, acap kali ada pihak buat repot polis, saya terpaksa berjumpa polis. Berapa puluh kali saya tidak ingat..” katanya. – HARAKAHDAILY 15/9/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Amaran kepada K'jaan M'sia. Ini DAP X tahu perintah. 
Lihat pula komen ini..
(i) Apa hal pula L/G Eng melenting? 

Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin - Foto Jabatan Penerangan
 Di KL, Lim Guan Eng (PH-Bagan) melenting apabila diminta penjelasan mengenai keputusan kerajaan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 
Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin (PN-Putrajaya) yang mencelah ucapan Guan Eng ketika perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) pernah membuat perancangan untuk menukar Peguam Negara sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu.
Menurutnya, perkara itu juga disuarakan oleh Datuk Seri Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) yang sekarang dilantik mengemudi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.



(ii) DAP tak pandai perintah negeri, ini buktinya. Rumah digadai pemaju, penduduk desak campur tangan KM P.Pinang.

Setiausaha Sulit Ketua Menteri Pulau Pinang, Lai Hon Meng menandatangani memorandum penduduk disaksikan Habibur, Saiful, Nor Zamri, Yaacob dan penduduk.
Di GeorgeTown, penduduk perumahan Taman Halaman Indah, Jawi mendesak campur tangan kerajaan negeri menyelesaikan isu kediaman mereka yang didakwa digadai pemaju kepada ceti dan syarikat peminjam wang.
Sehubungan itu mereka menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow di Komtar semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Isu Gadaian Tanah Taman Halaman Indah, Habibur Rahman Seeni Mohamed berkata, mereka semakin buntu kerana perlu membayar sejumlah RM21,000 setelah rundingan dengan pelikuidasi yang dilantik syarikat peminjam wang. 

Adun Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff (tengah) dan Habibur (paling kanan) memegang memorandum penduduk untuk diserahkan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.
Katanya pihak terbabit memberi tempoh sehingga Oktober ini bagi menjelaskan bayaran tersebut.
“Seramai 155 pemilik kediaman Taman Halaman Indah dianiayai pemaju yang kini diisytihar muflis.
“Seramai 115 daripada 155 pemilik kediaman digesa supaya membayar RM21,000 untuk mendapatkan hak milik geran rumah, jika tidak rumah mereka akan dilelong,” katanya ketika ditemui.
Manakala pembeli lain pula berdepan dengan lain-lain syarikat pemberi pinjaman wang dan ceti yang mahu masalah pemilikan geran diselesaikan di mahkamah.

Penduduk berhimpun di perkarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) semalam menuntut kerajaan negeri campur tangan.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Setiausaha Sulit Ketua Menteri Pulau Pinang, Lai Hon Meng oleh Habibur.
Penyerahan memorandum turut disaksikan Adun Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff, Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah PAS Negeri Pulau Pinang, Yaacob Omar dan Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) PAS Pulau Pinang, Saiful Lizan.
Habibur juga berkata, seramai 155 penduduk yang dianiaya terbabit membeli kediaman mereka bernilai RM42,000 sehingga RM80,000 ke atas dengan pembelian tunai.


“Sebelum ini kami berdepan dengan penantian yang cukup panjang apabila kecewa rumah yang dibeli sejak 2010 menjadi projek terbengkalai,” ujarnya.
Bagaimanapun pada tahun 2018, kekecewaan mereka terubat dengan campur tangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Dato’ Zuraida Kamaruddin yang menjanjikan masalah mereka akan diselesaikan.
Pada tahun 2019, penduduk mendapat kunci rumah, namun mereka dikejutkan pula dengan kediaman dimiliki digadai pemaju kepada syarikat peminjam wang dan ceti.
Kata Habibur, pemaju menggadaikan geran rumah mereka kepada sembilan ceti termasuk syarikat-syarikat peminjam wang.
Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan seramai 155 penduduk perumahan Taman Halaman Indah mendakwa ditipu dan dianiaya pemaju perumahan yang menggunakan kelulusan kuasa penuh (PA) daripada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk menggadai hartanah mereka.
Masalah bertambah rumit apabila pemaju berkenaan diisytihar muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia pada tahun 2020.
Malah, kegagalan pemaju melunaskan hutang dengan pemberi pinjaman wang dan ceti menyebabkan masalah itu dibebankan kepada penduduk.
Itulah sebenarnya wajah DAP.
Sekian.



Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2023/09/amaran-kepada-kjaan-msia-ini-dap-x-tahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Komtar Banjir Kilat Lambang Dap Madani M Sia Goyang Ada Ular Sawa

Komtar Banjir Kilat Lambang Dap Madani M Sia Goyang Ada Ular Sawa

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 112 hits
Banjir kilat di Komtar lambaang DAP Madani M sia goyang Hujan lebat lebih 2 jam Komtar antara lokasi dilanda banjir kilatGeorgetown Kompleks Tun Abdul Razak antara kawasan yang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan lebih dua j...
Sekularisme Dap M Sia Ke Arah Ikut Perancis Undang Petaka

Sekularisme Dap M Sia Ke Arah Ikut Perancis Undang Petaka

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 270 hits
Larangan memakai abaya di sekolah sekolah di Perancis dikatakan atas alasan terancam susulan kemunculan golongan minoriti yang disifatkan sebagai telah merampas agama dan mencabar republik dan sekularisme negara itu Sekolah Perancis halang ...
Pemimpin Kafir Dap Tafsir Al Quran Apa Tindakan K Jaan Pmx

Pemimpin Kafir Dap Tafsir Al Quran Apa Tindakan K Jaan Pmx

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 383 hits
Howard jangan kurang ajar dengan IslamDEWAN Pemuda PAS Negeri Perak telah meneliti ucapan Howard Lee Ahli Parlimen Ipoh Timor menerusi video di akaun TikTok beliau baru baru ini Ternyata ucapan beliau amatlah dangkal dan mengandungi unsur p...
Dap Campak K Jaan Ke Laut Ahmad Fadhli Shaari

Dap Campak K Jaan Ke Laut Ahmad Fadhli Shaari

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 118 hits
Foto daripada media sosial Logo DAP di cek kerajaan dedah tatakelola PH BNKOTA BHARU Tindakan pemimpin DAP menggunakan logo parti itu pada replika cek sumbangan kerajaan yang diberi kepada sekolah di Perak mendedahkan tatakelola sebenar ker...
Isu Dap Tetap Dimainkan Bila Pilihanraya

Isu Dap Tetap Dimainkan Bila Pilihanraya

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 150 hits
Kelakar aku tengok benda ni Pertama sekali tiada siapa dalam PH yang percaya dan berharap DAP akan jaga kesucian agama Islam ini Bahkan bukan sahaja DAP tetapi kesemua parti dalam Malaysia termasuklah parti yang pakai label agama pada naman...
No Anwar No Dap No Bersatu Of Umno S Unity Govt And Selective Criticism

No Anwar No Dap No Bersatu Of Umno S Unity Govt And Selective Criticism

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 178 hits
The full resolution during the Umno 2020 general assembly that was held in March 2021 was No Anwar No DAP and No Bersatu Barisan Nasional linchpin s collaboration with Pakatan Harapan should be viewed holistically In the evolving scene of M...
Islam X Pemerintahan Adalah Kepala Otak Bahlol Dap

Islam X Pemerintahan Adalah Kepala Otak Bahlol Dap

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 132 hits
DAP kekalkan sekular Islam tiada peranan dalam pemerintahanDi Muar DAP mengekalkan perlembagaan yang memperjuangkan sekularisme dan Malaysian Malaysia walaupun ada pemimpin dari kalangan gabungan Umno BN minta menarik perlembagaan tersebut ...
Dap Adalah Anjing Suruhan Kj

Dap Adalah Anjing Suruhan Kj

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 155 hits
KUALA LUMPUR Bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menyifatkan DAP tiada lagi sempadan merah atau tidak berprinsip susulan reaksi parti itu terhadap langkah pihak pendakwaan memohon melepas tanpa membebaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Ha...
Khairy Bidas Dap Anjing Suruhan Selepas Pendakwa Minta Hentikan Kes Zahid

Khairy Bidas Dap Anjing Suruhan Selepas Pendakwa Minta Hentikan Kes Zahid

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 331 hits
agendaily com05 092023Khairy Jamaluddin dipecat UMNO ekoran pertembungan dengan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi DAP menjadi sasaran kritikan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar susulan pembebasan yang diberikan kepada...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024