Khairy Bidas Dap Anjing Suruhan Selepas Pendakwa Minta Hentikan Kes Zahid


agendaily.com05/092023
Khairy Jamaluddin dipecat UMNO ekoran pertembungan dengan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

DAP menjadi sasaran kritikan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar susulan pembebasan yang diberikan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kes rasuah Yayasan Akalbudi.

Bekas Ketua Pemuda UMNO yang menjadi mangsa politik Zahid itu menghalakan kecamannya terhadap DAP dengan menggelar parti itu sebagai ‘anjing suruhan’ kerana melihat sahaja salahguna kuasa berlaku dalam kerajaan campuran.

Dalam catatan di Instagram membalas respons Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, beliau berkata DAP “tiada lagi sempadan merah”.

“Lebih teruk daripada apa yang mereka gunakan untuk menuduh MCA dulu,” tambahnya.

“Anjing suruhan dan membiarkan penyalahgunaan kuasa.

“Tapi mereka tahu ia tidak penting. 95% pengundi Cina masih akan terus menyokong mereka.”

Terdahulu, Loke dalam satu kenyataan lewat malam tadi berkata peguam negara yang akan bersara Tan Sri Idrus Harun harus menjelaskan langkah kerajaan untuk menggugurkan 47 pertuduhan rasuah terhadap Presiden UMNO itu.

Beliau berkata Idrus harus menjelaskan secara terbuka faktor-faktor yang menyebabkan tindakan Jabatan Peguam Negara memohon supaya Zahid itu dilepas tanpa dibebaskan (DNAA).

Beliau berkata permohonan DNAA adalah prerogratif peguam negara untuk “menamatkan prosiding sementara membuat siasatan lebih terperinci”.

Terdahulu, Zahid dilepaskan daripada kesemua 47 pertuduhan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar untuk melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid, apabila pihak pendakwaan memutuskan untuk memberhentikan prosiding, kerana mereka berhasrat menyiasat kes itu dengan lebih mendalam.

“Mahkamah ini membuat keputusan untuk melepaskan tanpa membebaskan. Sebelum saya tangguhkan, saya ingin menyatakan di sini bahawa, apa sekalipun kuasa Peguam Negara di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 254 Kanun Acara Jenayah untuk memulakan dan menarik balik pertuduhan pada bila-bila masa sebelum penghakiman dibuat, tidak boleh dipersoalkan.

“Andainya pihak pendakwaan memutuskan dalam masa terdekat bahawa mereka tidak akan meneruskan pendakwaan, bahawa banyak masa kehakiman yang barharga akan terbuang di samping membazirkan banyak wang pembayar cukai, dan dengan ini, mahkamah ditangguhkan,” katanya dipetik laporan media.

Bagi pertuduhan pecah amanah, Zahid didakwa menggunakan dana itu untuk membuat enam pembayaran bagi penggunaan kad kredit peribadinya, polisi insurans dan lesen kenderaan peribadinya, pemindahan wang ke firma guaman dan sumbangan kepada Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, cawangan Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India di sini, antara 13 Jan 2014 dan 23 Dis 2016.

Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan itu boleh membawa hukuman penjara antara dua dan 20 tahun serta dengan sebatan dan juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Zahid juga didakwa dengan lapan pertuduhan menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi membantu syarikat-syarikat berkenaan mendapatkan projek MyEG, membekalkan cip pasport, dan dilantik sebagai pengendali pusat sehenti visa migran, masing-masing di Pakistan dan Nepal.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di cawangan Maybank Dataran Maybank di Jalan Maarof, Bangsar, antara 15 Julai 2016, dan 15 Mac 2018. Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Beliau yang juga Presiden UMNO, turut berdepan dengan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan melibatkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di bank yang sama di Jalan Maarof, Bangsar dan Marhaba Enterprise Sdn Bhd, Fahrenheit88, 179 Jalan Bukit Bintang, di sini, antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/09/khairy-bidas-dap-anjing-suruhan-selepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Adalah Anjing Suruhan Kj

Dap Adalah Anjing Suruhan Kj

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 119 hits
KUALA LUMPUR Bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menyifatkan DAP tiada lagi sempadan merah atau tidak berprinsip susulan reaksi parti itu terhadap langkah pihak pendakwaan memohon melepas tanpa membebaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Ha...
Dap Jadi Menikus Dalam Kes Zahid

Dap Jadi Menikus Dalam Kes Zahid

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 124 hits
DAP LU PUNYA MULUT JADI BISU DLM KES ZAHIDAhli Parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan mempersoalkan sikap berdiam diri wakil rakyat daripada DAP yang suatu ketika begitu lantang mengenai isu keadilan tetapi sunyi sepi berhubung pelepasan tan...
Selepas Zahid Hamidi Bebas Mampukah Ph Menang Dua Prk Johor Dan Mampukah Anwar Bertahan Lagi Di Pru16

Selepas Zahid Hamidi Bebas Mampukah Ph Menang Dua Prk Johor Dan Mampukah Anwar Bertahan Lagi Di Pru16

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 190 hits
Pertama tamanya sebelum terlupa dan agar dilihat seperti tidak sama bersyukur ingin diucapkan tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi kerana tidak lagi bergelar kluster mahkamah bermula hari ini Ia berikutan beliau telah ...
Zahid Umno Akan Lakukan Sesuatu Selepas Adun Dilapor Hadir Majlis Pn

Zahid Umno Akan Lakukan Sesuatu Selepas Adun Dilapor Hadir Majlis Pn

papar berkaitan - pada 25/8/2023 - jumlah : 186 hits
Mohamad FadliKUALA LUMPUR Presiden Umno Zahid Hamidi menunggu laporan tentang wakil rakyat parti itu menghadiri majlis anjuran Perikatan Nasional di Johor Saya akan terima laporan ini dan kita akan lakukan sesuatu katanya kepada pemberita s...
Dah Takde Solusi Nak Hentikan Anak Mereka Sendiri Norman Abby Didakwa Beri Green Light Viralkan Kes Sondol

Dah Takde Solusi Nak Hentikan Anak Mereka Sendiri Norman Abby Didakwa Beri Green Light Viralkan Kes Sondol

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 179 hits
Hari ini nama anak gadis aktor Norman Hakim dan Abby Abadi Marissa Dania menjadi topik trending di aplikasi X selepas seorang wanita tampil membuat pendedahan mengejutkan
Kes Zahid Calar Maruah Negara Di Peringkat Antarabangsa

Kes Zahid Calar Maruah Negara Di Peringkat Antarabangsa

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 126 hits
HARAKAHDAILY 10 9 2023Ahmad Fadhli ShaariKUALA LUMPUR Isu pelepasan 47 kes rasuah melibatkan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuktikan negara ini akan menuju ke arah diperintah oleh golongan kaya sekiranya rakyat berdiam diri ...
Don T Worry About Dap Gerakan Was Worse Zahid Tells Party Members

Don T Worry About Dap Gerakan Was Worse Zahid Tells Party Members

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 150 hits
Ahmad Zahid Hamidi called on Umno members to throw their support behind Pakatan Harapan s candidate in Simpang Jeram Nazri Abdul Rahman PETALING JAYA Ahmad Zahid Hamidi has assured Umno members not to worry about the party s cooperation wit...
Jangan Risau Dap Gerakan Lagi Teruk Zahid Beritahu Ahli Umno

Jangan Risau Dap Gerakan Lagi Teruk Zahid Beritahu Ahli Umno

papar berkaitan - pada 27/8/2023 - jumlah : 205 hits
freemalaysiatoday com 26 Aug 2023Presiden Umno itu juga mengingatkan jentera parti Simpang Jeram tidak terpengaruh dengan sentimen negatif yang dimainkan pembangkang Zahid Hamidi menggesa ahli Umno untuk menyokong calon Pakatan Harapan di S...
Pembebasan Zahid Dap Minta Idrus Beri Penjelasan Terbuka

Pembebasan Zahid Dap Minta Idrus Beri Penjelasan Terbuka

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 152 hits
mallaysiakini comDiterbitkan Sep 5 2023 8 12 AMDAP mengakui sebarang keputusan untuk menamatkan prosiding pendakwaan bagi melakukan siasatan lebih mendalam adalah hak budi bicara peguam negara Pun begitu parti terbabit berpendapat penjelasa...
Airasia Santan Menu Baru Harga

Ulu Tiram Attack Suspect Not Ji Member Initial Link Made Due To Father S Past Says Igp

Muslims Rebuke Rais Yatim S No No To Sarawak S Proposal Of Conducting Friday Sermons In English

Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Resepi Sos Hijau Vietnamese Rolls

Syafiq Kyle Transisi Dari Ustaz Adam Ke Meth Killer

Isu Isteri Cikgu Buang Hadiah Rm2 Pemberian Murid

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha Azrel Ismail



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Pet Expo Midvalley 2024

Drama Lara Kasih

Goh Sze Fei Naib Juara Kejohanan Asia 2024

Luvia Band Lelah Dan Kalah Chord

Berkuasa Di Dunia Kuasai Pertambangan By Dr Haji Mura Riau Dosen Adi

Cara Buat Kad Guru Malaysia Online Dan Cara Dapatkan Sijil Guru Malaysia