Sekularisme Dap M Sia Ke Arah Ikut Perancis Undang Petaka


 
Larangan memakai abaya di sekolah-sekolah di Perancis dikatakan atas alasan terancam susulan kemunculan golongan minoriti yang disifatkan sebagai telah ‘merampas agama dan mencabar republik dan sekularisme’ negara itu. (FOTO: AFP)
Sekolah Perancis halang 300 pelajar Islam pakai abaya
PARIS: Sekolah Perancis telah bertindak menghantar berpuluh-puluh kanak-kanak perempuan pulang ke rumah kerana enggan menanggalkan abaya yang dipakai mereka  pada hari pertama tahun persekolahan.

Seorang menteri kerajaan Perancis, Gabriel Attal berkata, bermatlamat menentang larangan pakaian Muslim, hampir 300 pelajar wanita Muslim  muncul memakai abaya pada hari pertama persekolahan di negara itu, lapor media penyiar, BFM pada hari ini, Selasa (5 Sept).
“Kebanyakan pelajar tersebut kemudian bersetuju untuk menukar pakaian (abaya) itu, tetapi 67 daripadanya enggan dan dihantar pulang,” katanya.
Terdahulu, kerajaan Perancis pada bulan lalu, telah mengumumkan bahawa ia mengharamkan abaya dipakai di sekolah-sekolah di negara itu atas alasan ia melanggar peraturan sekularisme dalam pendidikan yang telah menyaksikan tudung Muslim sebelum ini diharamkan atas alasan ia merupakan paparan pegangan agama.
Tindakan terbaharu Perancis  itu menggembirakan golongan kanan politik tetapi golongan kiri keras berpendapat ia mewakili penghinaan terhadap kebebasan awam.
Attal dalam  kenyataan menambah bahawa pelajar-pelajar terbabit telah diberikan surat yang ditujukan kepada keluarga mereka mengatakan bahawa ‘sekularisme bukan kekangan, ia adalah kebebasan’.
“Jika mereka muncul di sekolah sekali lagi dengan memakai pakaian (abaya) itu akan ada ‘dialog baru’,” tegas Attal.
Lewat Isnin (4 Sept), Presiden Emmanuel Macron mempertahankan langkah kontroversi itu, mengatakan terdapat golongan ‘minoriti’ di Perancis yang disifatkan beliau sebagai telah ‘merampas agama dan mencabar republik dan sekularisme’, yang membawa kepada ‘akibat terburuk’ seperti pembunuhan tiga tahun lalu guru, Samuel Paty kerana menunjukkan karikatur Mohamed semasa kelas pendidikan sivik.
“Kami tidak boleh bertindak seolah-olah serangan pengganas, pembunuhan Samuel Paty, tidak berlaku,” katanya dalam temu bual dengan saluran You Tube HugoDecrypte.
Dalam pada itu, sebuah persatuan yang mewakili umat Islam telah memfailkan usul kepada Majlis Negara, mahkamah tertinggi Perancis untuk aduan terhadap pihak berkuasa negeri, bagi injunksi terhadap larangan abaya dan qamis, pakaian lelaki yang setara dengan abaya.
Sementara itu, usul Tindakan untuk Hak Umat Islam (ADM) dilaporkan akan dibuat penelitian kemudian.
Undang-undang yang diperkenalkan pada Mac 2004 melarang ‘pemakaian papan tanda atau pakaian yang mana pelajar kononnya menunjukkan pertalian agama’ di sekolah, yang termasuklah salib Kristian yang besar, kippa Yahudi dan tudung Islam. – HARAKAHDAILY  5/9/2023 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sekularisme DAP M'sia ke arah ikut Perancis. Undang petaka!
Lihat juga komen ini..
(i) T.kasih Tuan Hj Annuar Musa yang menolak  hasrat menjadikan Malaysia Negara Sekular oleh DAP. 

Hj Annuar Musa
Menurut Tuan Hj Annuar Musa, kini tiada obligasi ahli Umno mengundi PH. Lebih lebih lagi DAP yang menjadi tonggak PH dan pelindung PAN mengisytiharkan pendirian meneruskan dasar Malaysian Malaysia (yang diperkenalkan Lee Kuan Yew) dan hasrat menjadikan Malaysia Negara Sekular.
Dasar ini ditentang hebat oleh Umno dan seluruh umat Melayu, Islam dan Bumiputera zaman berzaman, tetapi cuba dipertahankan Presiden Umno kini.
Justeru ahli dan penyokong Umno berpeluang besar membuktikan pendirian mereka mengutamakan Ukhuwah Islamiah dan semangat Muafakat Nasional dengan memastikan undi Melayu tidak berpecah.
(ii) Al-hamdulillah. Masalah Rasuah, rakyat perlu bangkit tentu hala tuju negara. 
Dato' Seri Tuan Ibrahim Tuan Man
Di Muar, Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cabaran yang ada pada waktu ini ialah untuk membina keyakinan terhadap negara.
Ini, katanya kerana beberapa isu termasuk yang berkaitan dengan pertuduhan rasuah terhadap pemimpin tertentu telah menjejaskan maruah negara kepada masyarakat luar.
“Pihak pendakwaan tidak meneruskan kes terhadap pendakwaan kepada Timbalan Perdana Menteri, ini soal maruah negara,” ujarnya dalam ceramah Grand Finale PERIKATAN NASIONAL Simpang Jeram, di sini, malam tadi.
Sekian, hanya sekadar sedutan secara ringkas.


Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2023/09/sekularisme-dap-msia-ke-arah-ikut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tindakan Senarai Hitam Amira Aisya Ikut Undang Undang Proses Teratur Kata Jppm

Tindakan Senarai Hitam Amira Aisya Ikut Undang Undang Proses Teratur Kata Jppm

papar berkaitan - pada 2/9/2023 - jumlah : 245 hits
Dilaporkan semalam bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 Ogos membenarkan permohonan Amira Aisya Abd Aziz untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap JPPM PETALING JAYA Penyenaraian hitam Timbalan Presiden Muda Amira Aisya Ab...
Komtar Banjir Kilat Lambang Dap Madani M Sia Goyang Ada Ular Sawa

Komtar Banjir Kilat Lambang Dap Madani M Sia Goyang Ada Ular Sawa

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 111 hits
Banjir kilat di Komtar lambaang DAP Madani M sia goyang Hujan lebat lebih 2 jam Komtar antara lokasi dilanda banjir kilatGeorgetown Kompleks Tun Abdul Razak antara kawasan yang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan lebih dua j...
Amaran Kepada K Jaan M Sia Ini Dap X Tahu Perintah

Amaran Kepada K Jaan M Sia Ini Dap X Tahu Perintah

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 305 hits
Kehakiman Islam tidak ada konsep DNAAKUALA LUMPUR Isu rasuah mestilah diselesaikan secara holistik adil dan bukannya wujud unsur kezaliman Ahli Parlimen Marang Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata Islam meletakkan yang dituduh mesti d...
Tni Ungkap Kondisi Luka Prajurit Lawan Arah Di Tol Mbz Pegang Komitmen Usut Tuntas Perkara

Tni Ungkap Kondisi Luka Prajurit Lawan Arah Di Tol Mbz Pegang Komitmen Usut Tuntas Perkara

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 265 hits
Pomdam Jaya Jayakarta turun tangan mengusut kasus kecelakaan beruntun di ruas Tol Layang MBZ Sabtu pagi kemarin
Begini Kondisi Anggota Tni Yang Lawan Arah Di Tol Mbz Hingga Sebabkan Kecelakaan Beruntun

Begini Kondisi Anggota Tni Yang Lawan Arah Di Tol Mbz Hingga Sebabkan Kecelakaan Beruntun

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 203 hits
7 kendaraan yang terlibat dengan korban 1 luka berat 2 luka ringan dievakuasi ke RS Siloam Bekasi kata polisi
Kecelakaan Beruntun Di Tol Mbz Penyebabnya Mobil Anggota Tni Lawan Arah

Kecelakaan Beruntun Di Tol Mbz Penyebabnya Mobil Anggota Tni Lawan Arah

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 194 hits
Kepala Induk PJR Tol Jakarta Cikampek Kompol Ricky Akmaja mengatakan kecelakaan itu mengakibatkan sejumlah korban luka luka
Rmk 12 Tumpu Ke Arah Merealisasikan Negara Berpendapatan Tinggi

Rmk 12 Tumpu Ke Arah Merealisasikan Negara Berpendapatan Tinggi

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 216 hits
Rancangan Malaysia Ke 12 akan menumpukan untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi seiring dengan jiran jiran di Asia yang semakin membangun dan kaya Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Kerajaan dalam tujuan berkena...
Prajurit Lawan Arah Di Tol Mbz Sedang Mabuk Ini Jawaban Tni

Prajurit Lawan Arah Di Tol Mbz Sedang Mabuk Ini Jawaban Tni

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 213 hits
Kapendam Jaya Kolonel Inf Herbert menjelaskan kondisi Lettu GDW saat kecelakaan terjadi
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah