Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion


Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu, Nilai Rampasan RM1.53 Bilion
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) — Polis berjaya membongkar kegiatan sebuah makmal memproses dadah yang dipercayai didalangi sindiket antarabangsa menerusi empat serbuan di sekitar Lembah Klang pada Selasa lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya turut menahan masing-masing tiga lelaki dan wanita warga asing berusia 24 hingga 39 tahun dalam serbuan itu dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.53 bilion.
Beliau berkata siasatan mendapati sindiket terbabit menyewa sebuah banglo tiga tingkat di Cheras dan Sungai Chua, Kajang untuk memproses dan menyimpan dadah berkenaan di sebuah premis berasingan di Kajang sebelum diedarkan ke pasaran antarabangsa.
Hasil serbuan terbabit, polis merampas 18,537 kilogram dadah jenis kokain, ketamin dan methylenedioxymethamphetamine (MDMA).
“Kita percaya sindiket ini aktif sejak April lepas dan disyaki menggunakan pelbagai cara untuk mengedar dadah, termasuk menggunakan kaedah kontena dengan mengisytiharkan maklumat palsu dalam borang kastam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.
BACA: Polis Bongkar Makmal Proses Dadah, Tahan Tujuh Lelaki Hussein berkata pihaknya turut merampas dan menyita tiga kereta jenis Cherry Omoda, Toyota Vios, Honda Accord, dua kenderaan Toyota Forklift dan sebuah lori jenis Isuzu yang dianggarkan bernilai RM389,000.
Tiga lelaki tempatan terbabit disyaki bertindak sebagai penjaga stor serta menguruskan rumah kediaman dan premis perniagaan yang dijadikan makmal haram memproses dadah, manakala tiga wanita warga asing ialah teman wanita mereka.
“Ujian saringan air kencing mendapati tiga lelaki positif dadah jenis ketamin dan methamphetamine serta seorang daripada mereka mempunyai satu rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.
“Kesemua mereka direman tujuh hari hingga 23 Dis ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 19532,” katanya.
Sumber: BERNAMA
The post Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu, Nilai Rampasan RM1.53 Bilion appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/20/makmal-proses-dadah-didalangi-sindiket-antarabangsa-diserbu-nilai-rampasan-rm1-53-bilion/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sindiket Pekerja Asing Bangladesh Dakwa 232 Individu Seleweng Rm2 68 Bilion

Sindiket Pekerja Asing Bangladesh Dakwa 232 Individu Seleweng Rm2 68 Bilion

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 131 hits
B Nantha KumarAgensi Anti Rasuah Bangladesh memulakan tindakan undang undang terhadap 232 individu termasuk pemilik pengerusi pengarah urusan dan pengarah syarikat melibatkan 100 agensi pekerja asing atas dakwaan penglibatan dalam sindiket ...
Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 53 hits
IMF menyambut baik keputusan Kesatuan Eropah untuk memberikan pinjaman sebanyak 90 bilion kepada Ukraine Dana pinjaman ini dilaporkan mempunyai sokongan yang kuat daripada penderma EU memilih untuk meminjamkan wang kepada Ukraine daripada m...
Individu Wasiatkan Rm1 Juta Kepada Tabung Legasi Komuniti Tunku Sebelum Meninggal Dunia Kpn

Individu Wasiatkan Rm1 Juta Kepada Tabung Legasi Komuniti Tunku Sebelum Meninggal Dunia Kpn

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 134 hits
Seorang individu yang memilih untuk tidak dikenali telah mewasiatkan sumbangan bernilai RM1 juta kepada Yayasan Tunku Abdul Rahman sebelum meninggal dunia bagi menyokong generasi muda yang berpotensi tetapi berdepan kekangan kewangan untuk ...
Roadside Beggar Spits At Driver After Being Refused Rm1 In An Intense Video

Roadside Beggar Spits At Driver After Being Refused Rm1 In An Intense Video

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 151 hits
AT TIMES we may find beggars on the streets or even when we are having our meals It is becoming an increasing occurrence too to find them on the road peddling food stuff like fruits We have every reason to sympathise with such people assumi...
Ejen Hartanah Dedah Tanah Belakang Rembayung Dijual Dengan Harga Rm1 9 Juta Boleh Untung Jika Buat Bisnes Parkir

Ejen Hartanah Dedah Tanah Belakang Rembayung Dijual Dengan Harga Rm1 9 Juta Boleh Untung Jika Buat Bisnes Parkir

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 191 hits
Sejak awal minggu ini restoran Rembayung menjadi bualan ramai selepas pempengaruh terkenal Khairul Aming mendedahkan dirinya merupakan pemilik perniagaan makanan itu yang dijadualkan dibuka pada tahun hadapan Restoran berkonsepkan suasana k...
Mati Dalam Tahanan Polis Keluarga Ahli Perniagaan Terima Pampasan Rm1 1 Juta

Mati Dalam Tahanan Polis Keluarga Ahli Perniagaan Terima Pampasan Rm1 1 Juta

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 169 hits
Mati Dalam Tahanan Polis Keluarga Ahli Perniagaan Terima Pampasan RM1 1 Juta KUALA LUMPUR 8 Dis Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan polis dan kerajaan membayar pampasan RM1 1 juta kepada keluarga seorang ahli perniagaan yang me...
Mahathir 40 Bilion Dan Bayang Kekayaan Yang Tak Terjawab

Mahathir 40 Bilion Dan Bayang Kekayaan Yang Tak Terjawab

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 91 hits
Guitizia SpadaBaru baru ini Yahoo Finance meletakkan nama Mahathir dalam senarai pemimpin terkaya dunia dengan anggaran USD 40 bilion Ya betul USD 40 bilion bukan angka kecil dan bukan angka yang boleh disorok dalam poket baju Melayu Nama b...
Reformasi Madani Pacu Keyakinan Pelabur Malaysia Catat Pelaburan Tertinggi Rm384 4 Bilion Sepanjang 2025

Reformasi Madani Pacu Keyakinan Pelabur Malaysia Catat Pelaburan Tertinggi Rm384 4 Bilion Sepanjang 2025

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 91 hits
Kerajaan MADANI terus memperkukuh agenda reformasi nasional apabila Malaysia mencatatkan nilai pelaburan tertinggi sebanyak RM384 4 bilion sepanjang tahun 2025 Pencapaian ini secara jelas mencerminkan tahap keyakinan yang semakin kukuh dala...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan