Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan


Elak Tergelincir Di Bilik Air, Ini 6 “Design” Selamat Yang Perlu Dititikberatkan
Ungkapan ‘rumahku syurgaku’ cukup untuk menggambarkan bahawa rumah merupakan tempat perlindungan yang sepatutnya memberikan rasa yang selesa dan selamat kepada penghuninya.
Bukan itu sahaja, setiap sudut ruang di dalam dan luar rumah perlu dijaga dengan baik bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Dari ruang tamu, tempat untuk ahli keluarga berkumpul, ruang meja makan untuk menikmati juadah bersama hinggalah ke ruangan bilik air, semuanya perlu dititikberatkan.
Namun begitu, masih ramai yang kurang menyedari bahawa susun atur dan reka bentuk yang kurang baik mampu menjerumus kepada perkara yang tidak diingini.
Sebagai contoh, ruangan bilik air sewajarnya perlu menjadi ruang yang paling selamat terutamanya kepada golongan warga emas dan kanak-kanak.
Bayangkan, sekiranya pemasangan jubin yang tidak sesuai dipasang, sudah tentu kecelakaan seperti tergelincir, akan berlaku.
Oleh itu, ikuti perkongsian dari Hello Doktor tentang cara untuk memastikan ruangan bilik air anda kekal selamat.
Kepentingan design bilik air cantik dan simple tetapi selamat Sewaktu anda merancang untuk membina rumah atau membuat pengubahsuaian terhadap bilik air, apakah perkara utama yang anda fikirkan?
Biasanya kita lebih mementingkan reka bentuknya seperti design bilik air cantik dan simple. Tidak ramai yang menitikberatkan soal keselamatan dan fungsi dalam bilik mandi tersebut.
Bilik air boleh direka dengan unsur-unsur keselamatan di samping tidak mengabaikan reka bentuk dan tata hias dalaman yang menarik.
Antara kepentingan bilik air yang cantik dan selamat ialah ia boleh mengelakkan sebarang kejadian buruk yang sebenarnya boleh dicegah lebih awal.
Antaranya ialah seperti renjatan elektrik, terjatuh, tergelincir atau sebagainya.
BACA: 4 Fakta Buruk Tentang Berus Gigi, Nombor 1 Paling Tak Sangka Cara design bilik air cantik dan simple tetapi selamat Jika anda ingin mengubah suai bilik air di rumah, ada beberapa tip atau perkara yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk keselamatan penghuni rumah yang lain.
Antaranya ialah:
1. Guna jubin yang kasar Antara punca utama mengapa ramai individu mudah jatuh dalam tandas atau bilik air adalah kerana permukaan lantai yang licin.
Ini termasuklah penggunaan jubin atau mozek dengan permukaan yang licin.
Walaupun kebanyakannya dilihat sangat elegan dan cantik, namun penggunaan jubin yang licin sememangnya sangat tidak sesuai apatah lagi jika terdapat warga emas di kediaman anda.
Gantikan dengan jubin yang lebih kasar permukaannya agar dapat mengurangkan risiko terjatuh atau tergelincir.
2. Pasangkan bar pemegang Jika anda lihat di kebanyakan tandas-tandas untuk orang kelainan upaya, biasanya terdapat palang besi atau plastik yang dipasang pada dinding dan pintu tandas.
la merupakan bar pemegang yang berfungsi sebagai tempat untuk berpegang apabila berjalan dalam bilik air.
Selain itu, ia berfungsi sebagai tempat berpaut apabila warga emas hendak jatuh atau mengurangkan impak dan mengelakkan risiko terjatuh.
3. Pasang pemanas air dengan ciri keselamatan Warga emas mempunyai keadaan atau struktur kulit yang lebih nipis atau lembut berbanding individu lain. Oleh itu, mereka tidak sesuai untuk mandi dengan suhu air yang sangat panas.
Jika anda memasang alat pemanas air, pastikan ia mempunyai ciri keselamatan seperti butang yang mudah untuk menukarkan suhu air.
Selain itu, pastikan juga anda membuat ujian terhadap alat pemanas tersebut sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi memastikan ia berfungsi dengan baik dan mengelakkan renjatan elektrik.
BACA: Tandas Bau Hancing & Berkerak? Anda ‘Wajib’ Cuba Cara Ini 4. Lampu yang cerah Pencahayaan atau lampu yang menarik dan cantik merupakan antara elemen penting dalam reka bentuk bilik air yang elegan.
Namun perlu diingat, jika ada warga emas yang tinggal dengan anda, pastikan pencahayaan dalam bilik air berada dalam keadaan optimum.
Ini untuk memastikan agar mereka dapat melihat dengan baik dan mengelakkan risiko terjatuh dalam bilik air.
Memandangkan warga emas kerap membuang air kecil pada waktu malam, maka lampu yang baik sangat penting untuk keperluan mereka.
5. Kabinet yang boleh dicapai Nak pasang kabinet dalam design bilik air cantik dan simple? Pastikan kabinet atau rak dalam bilik air anda boleh dan mudah dicapai oleh golongan warga emas.
Jika kabinet ini terlalu tinggi atau terlalu rendah, ia boleh merisikokan warga emas untuk terjatuh, tergelincir dan juga terhantuk.
Oleh itu, letakkan rak dan barangan mandian pada jarak dan ketinggian yang selesa untuk dicapai oleh mereka.
6. Gunakan pelapik lantai Antara produk penting untuk mengelakkan kejadian terjatuh dalam bilik air ialah penggunaan pelapik lantai.
Cuba pasang pelapik lantai untuk mengelakkan kaki mudah tergelincir apabila memasuki bilik air.
Pastikan juga ia sentiasa dicuci kerana lumut mudah membiak dan menyebabkan cengkaman pelapik pada lantai semakin longgar.
Kesimpulan Enam tip di atas boleh membantu anda memastikan reka bentuk bilik air bukan sahaja cantik, tetapi selamat.
Selain itu, pastikan juga lantai bilik air sentiasa diberus dan dicuci bersih kerana ia boleh menyebabkan permukaan lantai menjadi licin jika jarang dicuci.
Kesannya, anda akan mudah jatuh dan tergelincir ketika sedang mandi.
BACA JUGA: Nampak Macam Baharu, Ini Cara Mudah Hilangkan Kotor Pada Kasut Putih Sumber: Hello Doktor
The post Elak Tergelincir Di Bilik Air, Ini 6 “Design” Selamat Yang Perlu Dititikberatkan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/20/elak-tergelincir-di-bilik-air-ini-6-design-selamat-yang-perlu-dititikberatkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Air Kelihatan Bersih Tetapi Tidak Semestinya Selamat Isu Ppcps Dan Penyelesaian Lestari

Air Kelihatan Bersih Tetapi Tidak Semestinya Selamat Isu Ppcps Dan Penyelesaian Lestari

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 142 hits
Penulis Prof Madya Ts Dr Sunarti binti Abd Rahman Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah Air bersih sering dianggap sebagai sumber yang selamat selagi ia jernih tidak berbau dan boleh diminum Namun dalam realiti dunia...
Terengganu Pemuda Dikhuatiri Lemas Tergelincir Di Jeti Ketika Air Pasang Besar

Terengganu Pemuda Dikhuatiri Lemas Tergelincir Di Jeti Ketika Air Pasang Besar

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 194 hits
BernamaCHUKAI Seorang pemuda dikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir ketika air pasang besar di Jeti Geliga Che Akob dekat sini semalam Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamad Hanif Che Khalid b...
Balenciaga Release Homeless Fashion Where The Shoes And Clothes Are All Worn Out Foolishness Or Design Ingenuity

Balenciaga Release Homeless Fashion Where The Shoes And Clothes Are All Worn Out Foolishness Or Design Ingenuity

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 135 hits
MOST of us can agree that a luxury item should be of good quality design and more often than not withstand the test of time As technology improves shouldn t things get better and not worse It appears so until we are to witness some of the n...
Selamat Bercuti Warga Sekolah

Selamat Bercuti Warga Sekolah

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 60 hits
Selamat Bercuti Warga Sekolah Setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga sekolah atas komitmen usaha dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi sepanjang tempoh persekolahan ini Ambillah kesempatan cuti ini unt...
Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 134 hits
19 Disember 2025 Jumaat Aku jarang berkongsi cerita tentang keluarga di media sosial Hanya pada waktu waktu tertentu atau musim tertentu sahaja Selebihnya biarlah ia kekal di belakang tabir itu yang paling aku selesa Dan hari ini genaplah u...
Cara Pilih Platform Ai Bot Kripto Yang Selamat

Cara Pilih Platform Ai Bot Kripto Yang Selamat

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 118 hits
Cara Pilih Platform AI Bot Kripto Yang Selamat Bila bercakap tentang AI bot kripto satu soalan yang wajib ditanya ialah Platform The post appeared first on
Proses Lengkap Dari Design Hingga Printing Kotak Packaging Panduan Untuk Pelanggan Baru

Proses Lengkap Dari Design Hingga Printing Kotak Packaging Panduan Untuk Pelanggan Baru

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 113 hits
Bagi usahawan yang baru pertama kali menempah kotak packaging custom prosesnya mungkin nampak rumit Sebenarnya jika anda faham setiap langkah yang terlibat tempahan kotak akan menjadi lebih mudah cepat dan hasilnya jauh lebih memuaskan Dala...
Guru Dan Isteri Maut Anak Selamat Kenderaan Terbabas Dalam Parit

Guru Dan Isteri Maut Anak Selamat Kenderaan Terbabas Dalam Parit

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 72 hits
Juwan Riduanam hmetro com mySUAMI isteri maut selepas kenderaan dinaiki terbabas dan terbalik ke dalam parit di Jalan Kuala Penyu Bandau FOTO Ihsan PDRM Beaufort Suami isteri maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki terbabas da...
Apa Sebenarnya Tugas Syarikat Design Printing Dalam Sesebuah Jenama

Apa Sebenarnya Tugas Syarikat Design Printing Dalam Sesebuah Jenama

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 140 hits
Dalam dunia perniagaan hari ini imej jenama memainkan peranan besar dalam mempengaruhi kepercayaan dan keputusan pembelian pelanggan Namun ramai usahawan masih menganggap syarikat design dan printing hanya bertugas mencetak semata mata Haki...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan