Apa Yang Menarik Di Dima Garden Kuala Ketil Kedah


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar pembaca dan rakan-rakan semua? Alhamdulillah semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Baiklah, kepada yang belum tahu, baru-baru ini aku ada menyertai FAM TRIP kelolaan QTT Group PLT dan KembaRojak. Salah satu lokasi penginapan dan aktiviti adalah di sebuah lokasi yang cukup menarik, yang sebenarnya baru sahaja dibuka pada tahun 2023 iaitu DIMA GARDEN

In shaa Allah dalam artikel kali ini aku akan kongsikan pengalaman aku bermalam di sini, serta aktiviti apa yang ada dan apa yang boleh anda jangkakan apabila berada di DIMA GARDEN. Selamat membaca

{tocify} $title={KANDUNGAN}
APA YANG MENARIK DI DIMA GARDEN, KUALA KETIL, KEDAH?

DIMA GARDEN merupakan sebuah lokasi yang terletak berdekatan dengan pekan Kuala Ketil iaitu sekitar 5 minit sahaja. Bermula dengan kandang kuda sahaja, kini Dima Garden menawarkan pelbagai aktiviti menarik termasuklah penginapan

Diasaskan oleh Datuk IR Mansor Musa, perkataan DIMA itu merupakan gabungan nama beliau dan juga isterinya iaitu D (Datuk) I (Ir) M (Mansor) A (Afiza). Sudah 6 bulan beroperasi, Dima Garden mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada orang ramai, yang datang bukan sahaja untuk menginap tetapi juga melakukan aktiviti menarik yang tersedia di sini. 
Untuk pengetahuan anda semua, lokasi Dima Garden dan rumah ibubapa aku yang terletak di Merbau Pulas adalah sangat dekat! Hanya mengambil masa sekitar 10 minit sahaja. Untuk ke bandar Sungai Petani, aku dan keluarga perlu melalui jalan yang terletak berhadapan dengan Dima Garden ini



PENGALAMAN MENGINAP SELAMA 2 HARI 1 MALAM DI DIMA GARDEN!
Baiklah, sekarang tibalah masanya untuk aku ceritakan pula tentang penginapan. Alhamdulillah, untuk malam terakhir kami semua dapat bermalam di Dima Garden, Kuala Ketil. Untuk makluman, keseluruhan Dima Garden ini adalah berkeluasan sebanyak 12 hektar. Luas betul!
Sehingga kini pula terdapat 23 buah unit yang tersedia buat pengunjung yang ingin menginap di Dima Garden ini.

Untuk penginapan kali ini aku menginap dan bermalam di bilik jenis Kabin. Bilik jenis ini boleh memuatkan sehingga empat orang pengunjung. Untuk rekaan bilik ini sememangnya sangat ringkas. Hanya ruang tidur dan juga tandas


Walaupun ringkas, untuk bilik jenis kabin ini cukup selesa, lengkap dengan kemudahan seperti peralatan membuat air, pendingin hawa, seterika dan sebagainya. Lebih menarik lagi, lokasinya yang berada betul-betul berhadapan dengan kolam renang. 

Selain dari bilik jenis kabin, terdapat beberapa lagi penginapan di Dima Garden yang tersedia iaitu jenis Cengal, Akasia dan juga Kapsul. Untuk jenis Cengal adalah seperti bilik di bawah :-


Bilik jenis Cengal kelihatan seperti sebuah rumah melayu klasik dan cukup selesa. Boleh memuatkan dua orang pengunjung. 


Dua lagi jenis penginapan adalah Akasia iaitu jenis rumah pokok yang mempunyai 4 unit memuatkan dua pengunjung manakala 1 lagi unit boleh memuatkan seramai 5 pengunjung. 
Jenis bilik terakhir adalah jenis Kapsul yang boleh memuatkan seramai dua orang pengunjung. Terdapat tandas dan bilik mandi yang selesa disediakan berdekatan dengan bilik jenis ini. 
HARGA PENGINAPAN DI DIMA GARDENBerikut adalah senarai harga mengikut penginapan yang tersedia di Dima Garden, Kuala Ketil, Kedah.
JENIS PENGINAPANSABTU & AHAD ISNIN - JUMAATKABIN
(4 PAX)RM310.00RM290.00CENGAL
(2 PAX)RM295.00RM275.00

JENIS PENGINAPANSABTU & AHAD ISNIN - JUMAATAKASIA 1
(2 PAX)RM255.00RM235.00AKASIA 2 & 3
(2 PAX)RM215.00RM195.00AKASIA 4
(2 PAX)RM295.00RM275.00AKASIA 5
(5 PAX)RM517.50RM497.50

JENIS PENGINAPANSABTU & AHAD ISNIN - JUMAATKAPSUL TYPE A
(3 PAX)RM202.50RM182.50KAPSUL TYPE B
(2 PAX)RM175.00RM155.00

KEMUDAHAN DI DIMA GARDEN, KUALA KETIL
Baiklah, apa pula kemudahan yang tersedia buat mereka yang menginap atau datang ke sini? Banyak sebenarnya kemudahan yang tersedia termasuklah kolam renang, vending machine, ruang makan, ruang barbeku, surau, tandas awam dan juga dewan terbuka

Kolam renang yang tersedia memang sangat luas, mempunyai dua bahagian, satu untuk dewasa, satu untuk kanak-kanak. Kedalaman bagi kolam renang dewasa tidaklah terlampau dalam. Untuk mereka yang memilih menginap di bilik jenis Kabin atau Cengal, kolam renang terletak berhadapan sahaja dengan bilik anda


Selain itu, terdapat juga ruang barbeku dengan beberapa meja untuk berehat di sekitar bilik jenis Kapsul dan Akasia. Pondok rehat pula tersedia bagi penginapan jenis Cengal manakala untuk jenis Kabin pula tersedia meja dan tempat duduk khas


KAWASAN PERSEKITARAN DIMA GARDEN, KUALA KETIL
Suasan sekitar Dima Garden sememangnya sangat cantik dan tenang. Walaupun berada dekat dengan jalan utama, tetapi kawasan ini agak tenang dan sunyi daripada bunyi-bunyian kenderaan lalu-lalang



Aku sendiri sempat bersarapan dengan tenang berhadapan dengan kolam renang. Oh ya, bercakap mengenai sarapan, jangan risau pihak Dima Garden turut menyediakan sarapan untuk para pengunjung

Sekiranya anda ingin mencari makanan sendiri, anda bolehlah mencari di pekan Kuala Ketil yang terletak hanya 5 minit sahaja atau ke Lotus Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani yang terletak sekitar 10 minit sahaja. 
AKTIVITI - AKTIVITI MENARIK DI DIMA GARDEN!
Baiklah, selain penginapan yang menarik, Dima Garden turut menawarkan aktiviti-aktiviti lasak yang menarik. Sehingga kini terdapat tiga akviti yang disediakan iaitu ATV Ride, Horse JoyRide dan juga Archery.


Berikut adalah harga yang ditawarkan bagi setiap aktiviti yang disediakan :-
ATV RIDERM30 / 15 MinitRM45 / 30 Minit
HORSE JOYRIDE (2 PUSINGAN) DEWASA : RM12KANAK-KANAK (12 TAHUN) : RM10
MEMANAHRM 10 / 7 arrows
Untuk ATV Ride, terdapat tiga litar yang disediakan, iaitu litar bagi mereka yang mula belajar, litar untuk penunggangan biasa-biasa dan akhir sekali litar ekstrem. Untuk kuda pula, pengunjung dapat merasai pengalaman menaiki kuda sebanyak dua pusingan. 
DEWAN TERBUKA UNTUK ACARA / PERKAHWINAN!
Baiklah, sekiranya anda masuk sahaja ke kawasan Dima Garden melalui jalan utama, pastinya anda akan melihat sebuah dewan terbuka yang luas. Sebenarnya itulah dewan yang khas untuk sebarang acara termasuklah acara perkahwinan

Menariknya, terdapat sebuah lokasi disebelahnya lengkap dengan pelamin dengan dekorasi ala taman. Untuk yang berminat mengadakan acara atau perkahwinan disini anda bolehlah mengambil pakej-pakej yang tersedia seperti pakej perkahwinan jasmine, azalea. Untuk pakej perkahwinan, harga pakej bermula RM17,900 sehingga RM24,900.
Selain itu terdapat juga pakej-pakej lain seperti pakej dinner dan pakejhi tea lavender serta pakej team building.

Alhamdulillah, keberadaan aku dan rakan-rakan disitu sempatlah juga menikmati juadah kenduri yang enak di dewan terbuka itu

KESELURUHANNYADatuk Ir Mansor Musa menunggang kuda kegemaran beliau
Dima Garden merupakan sebuah lokasi percutian yang lengkap untuk semua. Selain dapat menikmati penginapan yang cukup selesa, pengunjung juga mempunyai pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan. 
Datuk Ir Mansor Musa selaku pengasas Dima Garden turut menyatakan bahawa akan ada beberapa penambahan dan juga tarikan terbaru yang akan dijalankan dimasa hadapan. Tahniah diucapkan

Oleh itu, kepada anda yang berada di sekitar daerah Kulim, Baling, Kuala Muda dan seluruh Malaysia bolehlah datang menginap dan melakukan pelbagai aktiviti di DIMA GARDEN, KUALA KETIL, KEDAH

DIMA GARDEN, KUALA KETIL

LOKASI : Lot 3472, Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil, 09400 Sungai Petani, Kedah
TELEFON : 010 461 08380124236675
FB : https://www.facebook.com/p/Dima-Garden-100086694420940/IG : https://www.instagram.com/dimagardensungaipetani/TIKTOK : https://www.tiktok.com/@dimagardensungaipetani
#DimaGarden #DimaStable #DimaATV #JomMaiKedah #KembaRojak #KedahWhereItAllBegan #EscapeToBeautifulNature #QttGroupTravel #NatureBasedTravelers #KolaGlobalTravel


Artikel ini dihasilkan dari program QTT X KembaRojak FAM TRIP BALING yang berlangsung dari 13 Januari 2024 - 17 Disember 2024 anjuran QTT Group PLT, Global Travel Sdn Bhd (KOLA) & KembaRojak.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2024/01/apa-yang-menarik-di-dima-garden-kuala.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Weng Valley Destinasi Pelancongan Penuh Tarikan Menarik Di Baling Kedah

Weng Valley Destinasi Pelancongan Penuh Tarikan Menarik Di Baling Kedah

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 235 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBaru baru ini aku dan rakan rakan blogger influencer berkesempatan melawat Weng Valley yang terletak di Baling Kedah Pelbagai aktiviti telah dijalankan bermula seawal jam 9 00 pagi sehinggalah ke sebelah p...
Tempat Makan Menarik Wajib Kunjungi Di Daerah Baling Kedah

Tempat Makan Menarik Wajib Kunjungi Di Daerah Baling Kedah

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 245 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBaling merupakan sebuah daerah yang terletak di negeri Kedah Darul Aman Seperti yang anda sedia maklum baru baru ini aku berkesempatan melawat beberapa tempat menarik di daerah ini terutamanya di bandar Ba...
Afc Asian Cup Dah Jadi Penjaga Gol Pula Tindakan Bintang Kedah Curi Perhatian Asia

Afc Asian Cup Dah Jadi Penjaga Gol Pula Tindakan Bintang Kedah Curi Perhatian Asia

papar berkaitan - pada 16/1/2024 - jumlah : 174 hits
Gelagat yang ditampilkan oleh pemain tengah Kedah Darul Aman FC Moses Atede mencuri perhatian ramai di Piala AFC 2023 Pemain kelahiran Bahrain itu membantu negaranya untuk berdepan pasukan ke 22 dunia Korea Selatan bagi aksi pertama Kumpula...
Mb Kedah Usah Bicara Tukar Kerajaan Bangunkan Negeri Dahulu

Mb Kedah Usah Bicara Tukar Kerajaan Bangunkan Negeri Dahulu

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 215 hits
Keangkuhan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang membayangkan Kerajaan Persekutuan akan bertukar sedikit waktu lagi dalam sidang medianya semalam dibidas Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Taufiq Johari Bagi Ketua Angkatan ...
Tiru Gaya Anwar 25 Tahun Dulu Tapi Ceroi Hapa Pun Hang Tak Boleh Buat Malu Kedah Ja Kena 3 Jam Menonong Blah Gitu Ja

Tiru Gaya Anwar 25 Tahun Dulu Tapi Ceroi Hapa Pun Hang Tak Boleh Buat Malu Kedah Ja Kena 3 Jam Menonong Blah Gitu Ja

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 180 hits
SHAZLEE ZAINORDINIngatkan panglima perang Ingatkan pembela orang miskin Sembang kemain langkah mayat saya Kat TikTok pumpang 24 jam Baru kena 3 jam dgn SPRM Keluar terus balik ka bang Awat xda angkat tangan Awat sampai laa membisu Dah laa j...
Rentasan 1525 Gempar Pas Restui Mb Kedah Berkaraoke Jam 2 Pagi

Rentasan 1525 Gempar Pas Restui Mb Kedah Berkaraoke Jam 2 Pagi

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 191 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1525 1 ANTARA PRINSIP DAN GILA KUASA 2 POLITIKUS CEMAS CAKAP BESAR BUKAN MAIN 3 MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH 4 BERKARAOKE JAM 2 PAGI ITU INSAN HEBAT
Kilang Beras Di Kedah Didenda Rm12 000 Sorok Bekalan Jual Beras Hancur

Kilang Beras Di Kedah Didenda Rm12 000 Sorok Bekalan Jual Beras Hancur

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 218 hits
SITI NUR ZAWANISebuah kilang beras di Kedah didenda RM12 000 atas dua kesalahan menjual 250kg beras gred hancur kepada pihak tidak berlesen dan menyimpan bekalan yang tidak direkodkan Ketika pertuduhan dibacakan di Mahkamah Majistret Yan de...
Persoalan Sama Ada Perbicaraan Kes Mb Kedah Terus Atau Di Gantung Terjawab Pagi Ini

Persoalan Sama Ada Perbicaraan Kes Mb Kedah Terus Atau Di Gantung Terjawab Pagi Ini

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 210 hits
KUALA LUMPUR Persoalan sama ada perbicaraan kes Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor di Mahkamah Sesyen Selayang diteruskan atau digantung akan terjawab dalam prosiding pada pagi ini Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023