Wanita Tanpa Make Up Lebih Disukai Lelaki Teserlah Keayuan Dan Kecantikan Aslinya Betul Ke


Wanita Tanpa Make Up Lebih Disukai Lelaki.. Teserlah Keayuan Dan Kecantikan Aslinya.. Betul Ke? Mungkin ramai sudah tahu yang kebanyakan lelaki sememangnya suka melihat wanita tanpa mekap. Namun begitu tidak ramai yang tahu apa sebab di sebaliknya. Di sini kami bongkar rahsia lelaki mengapa mereka sebenarnya suka wanita yang tidak bersolek.
1. Suka Wanita Yang Yakin
Lelaki memandang keyakinan seorang wanita itu sebagai sesuatu yang seksi. Bukan mudah untuk seseorang wanita untuk meninggalkan alat solek mereka tanpa keyakinan yang tinggi. Sekiranya anda berani keluar dengannya tanpa secalit pun mekap di wajah, jelas kelihatan keseksian anda kerana keyakinan anda itu.
2. Tidak Suka Wanita Obses
Lelaki sukakan wanita yang cantik tetapi tidak suka dengan wanita yang terlalu obses dengan kecantikan. Walaupun mahu ke kedai mamak, anda sudah mengenakan solekan yang tebal seperti mahu ke majlis makan malam! Kaum lelaki tidak mahu pasangan mereka terlalu bergantung kepada solekan sehingga menganggapnya sebagai ‘tuhan’ dan tidak boleh hidup tanpanya.
3. Suka Melihat Anda Ketika Bangun Tidur
Apa yang pasti, anda tidak akan mengenakan sebarang mekap sekiranya anda tidur dan lelaki menganggap rupa paras wanita yang baru bangun tidur itu sangat seksi. Bukan itu sahaja, wajah anda yang natural itu membuatkan si dia terbayang-bayang rupa paras anda ketika tidur di sebelahnya setelah anda berdua berkahwin kelak.

4. Lelaki Tidak Suka Menunggu
Setiap kali anda ada temu janji dengannya, pasti si dia harus menunggu anda di dalam kereta kerana anda mengambil masa terlalu lama untuk bersiap. Lelaki sememangnya tidak suka menunggu, jadi dia lebih suka anda keluarnya tanpa mengenakan apa-apa solekan untuk menjimatkan masanya.
5. Cantik Luaran Tidak Penting
Pada peringkat awal perhubungan, cantik luaran sememangnya dipandang lelaki. Tetapi lama kelamaan, sekiranya anda cantik tetapi tidak pandai mengambil hati, kuat merajuk, suka membebel atau sering menyusahkannya, si dia akhirnya akan merasa bosan. Jadi, cantik luaran dan dalaman itu sama-sama penting untuk memikat hati lelaki.
5 Mitos Berkahwin Dengan Janda Atau Duda

Dara atau janda? Duda atau teruna? Tentunya apabila memperkatakan hal yang satu ini, pastinya ramai yang mempunyai pendapat yang berbeza. Soal status ini amat mempengaruhi seseorang dalam membuat calon pasangan pilihan. Selalunya status janda dan duda sering mendapat persepsi yang berbeza daripada golongan masyarakat.
Ketika memulakan hubungan dengan orang yang sudah berumah tangga sebelumnya (janda atau duda) ada-ada sahaja mitos yang menyelubungi status mereka. Mungkin akan ada ahli keluarga yang menentang hubungan yang terjalin lantaran pasangan berstatus duda atau janda.
Status janda atau duda cenderung disertai konotasi negatif di mata masyarakat Timur. Apalagi yang memicu status tersebut adalah penceraian. Anggapan ketidaksetiaan dalam rumah tangga sering membuatkan mereka dianggap tidak sebaik orang yang belum pernah berkahwin sebelumnya.
Mitos-mitos ini cenderung ke arah negatif, dan jika dipercayai, akan membuatkan anda ragu-ragu untuk menjalin hubungan dengan mereka yang berstatus janda atau duda.
Jika anda sedang menjalin hubungan dengan pasangan yang berstatus duda/janda, berikut beberapa mitos tentang janda dan duda yang perlu anda semak. Kenali dan pastikan anda mengetahui fakta di sebaliknya.
Orang Yang Gagal
Mereka yang bercerai bukan bererti mereka gagal dalam berumah tangga. Anda harus memandang daripada perspektif yang berbeza. Mereka adalah orang yang berani dalam mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah yang berlarutan. Penceraian bukanlah kegagalan. Boleh jadi mereka belum berjumpa pasangan yang tepat. Kini mereka menantikannya, pasangan hidup yang sesungguhnya untuk mereka.
Cari Pasangan Hanya Kerana Anak
Keadaan ini sering kali wujud ketika anda sedang menjalinkan hubungan dengan janda atau duda yang memiliki anak. Apa yang salah dengan kehadiran seorang anak? Jika anda benar-benar sayangkan pasangan anda, sudah tentu anda sudah bersedia untuk membesarkan anak yang bukan darah daging sendiri.
Tanya pada diri anda, jika belum bersedia menjadi ibu/bapa segera, lebih baik lupakan sahaja hasrat anda untuk berkahwin dengan pasangan yang berstatus duda/janda. Walau bagaimanapun mereka yang berstatus duda/janda berkahwin semula bukan hanya kerana anak-anak semata-mata tetapi juga cinta. Tujuan utama mereka mendirikan rumah tangga tentulah kerana cinta selain anak-anak kerana tanpa cinta, mana mungkin sesebuah rumah tangga itu akan berkekalan.
Tidak Akan Ragu-Ragu Untuk Bercerai
Penceraian adalah sesuatu yang serius dan biasa diambil setelah pertimbangan matang. Pastikan anda tahu masalah yang dialami pasangan dalam perkahwinan sebelumnya. Dengan cara ini, anda berdua dapat ‘belajar’ daripada masalah masa lalu dan lebih.
Anggapan mengatakan mereka yang berstatus duda/janda lebih mudah atau tanpa ragu-ragu mengambil keputusan untuk bercerai apabila ada masalah tidak boleh diterima seratus peratus. Ini kerana keputusan untuk bercerai biasanya diambil selepas tiada lagi persefahaman dan jalan penyelesaian untuk menyelamatkan sesebuah rumah tangga.
Belum Move On
Jangan pernah terfikir pasangan anda yang berstatus duda/janda masih memikirkan tentang bekas pasangan mereka. Hal ini kerana apabila mereka sudah bersedia untuk membina hidup baharu ini bermakna mereka sudah benar-benar telah melupakan kisah lalu.
Bercerai tidak bererti mereka ego atau hanya mementingkan diri sendiri semata-mata. Mereka melakukan ini kerana tidak bertemu dengan kedamaian dalam rumah tangga. Selalunya ada alasan kukuh di sebalik penceraian. Sebelum memutuskan perpisahan, tentu mereka telah memikirkannya semasak-masaknya tindakan mereka tersebut. Maka adalah tidak wajar sekiranya masyarakat menganggap golongan duda/janda ini berpisah hanya kerana ego.
The post Wanita Tanpa Make Up Lebih Disukai Lelaki.. Teserlah Keayuan Dan Kecantikan Aslinya.. Betul Ke? appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/wanita-tanpa-make-up-lebih-disukai-lelaki-teserlah-keayuan-dan-kecantikan-aslinya-betul-ke/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Anak Mak Lebih Menghormati Bakal Mertua Betul Ke

Lelaki Anak Mak Lebih Menghormati Bakal Mertua Betul Ke

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 414 hits
Lelaki Anak Mak Lebih Menghormati Bakal Mertua Betul Ke Pasti ramai wanita di luar sana seram apabila sebut mommy s boy Acap kali kita melihat dan mendengar kisah rumah tangga yang bergolak gara gara berpunca daripada pasangan anda adalah a...
Wanita Dan Kecantikan Memang Tidak Boleh Dipisahkan Ketahui Pakaian Yang Menutup Aurat Dengan Sempurna

Wanita Dan Kecantikan Memang Tidak Boleh Dipisahkan Ketahui Pakaian Yang Menutup Aurat Dengan Sempurna

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 695 hits
Wanita Dan Kecantikan Memang Tidak Boleh Dipisahkan Ketahui Pakaian Yang Menutup Aurat Dengan Sempurna Wanita dan bercantik cantik memang tidak dapat dipisahkan Seharian tidak jumpa cermin seakan tidak lengkap hidupnya Pantang terlihat cerm...
P Ki Melayu C Bai B Bi Wanita Ini Kongsikan Makian Racist Yang Lebih Teruk Daripada Edi Rejang

P Ki Melayu C Bai B Bi Wanita Ini Kongsikan Makian Racist Yang Lebih Teruk Daripada Edi Rejang

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 717 hits
Belum lagi reda berkenaan isu Edi Rejang yang mencetuaskan kepincangan perkauman wujud pula isu ini Gambar yang menunjukkan seorang pemuda berbangsa cina memperlekehkan kaum melayu dan melontarkan kata kata kesat yang jauh lebih teruk darip...
Makan Kurma Boleh Bantu Bukaan Servik Lebih Besar Mudah Untuk Bersalin Doktor Kongsi Cara Betul Makan Kurma

Makan Kurma Boleh Bantu Bukaan Servik Lebih Besar Mudah Untuk Bersalin Doktor Kongsi Cara Betul Makan Kurma

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 693 hits
Makanan sunah seperti kurma sangat digalakkan untuk diamalkan oleh ibu hamil termasuklah ketika dalam proses bersalin Dr Zubaidi Hj Ahmad Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor doktor Islam Malaysia berkongsi fakta berkenaan kenyataan in...
Biasanya Anak Kedua Ni Lebih Comel Betul Ke

Biasanya Anak Kedua Ni Lebih Comel Betul Ke

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 630 hits
Biasanya Anak Kedua Ni Lebih Comel Betul Ke Begitulah hampir sebagian besar anak kedua atau anak tengah tidak pernah di sebut sebut dan bahkan kerap dilupakan begitu saja Bukan hanya saat anak kedua masih anak anak atau bahkan saat masih ba...
8 Rahasia Kecantikan Dari Wanita Wanita Australia

8 Rahasia Kecantikan Dari Wanita Wanita Australia

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 235 hits
8 Rahasia kecantikan dari wanita wanita Australia Beberapa di antaranya adalah kakadu plum pepaya kaolin clay minyak emu dan tea tree oil
Alat Make Up Yang Wajib Dimiliki Oleh Wanita

Alat Make Up Yang Wajib Dimiliki Oleh Wanita

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 511 hits
Kecantikan merupakan hal terpenting yang harus dimiliki oleh setiap wanita di seluruh dunia Untuk mempercantik dirinya seorang wanita akan menggunakan berbagai alat make up dan juga melakukan beberapa perawatana agar terlihat lebih menarik ...
Wanita Yang Tidur Mendengkur Lebih Rentan Dengan Masalah Kesehatan Dibanding Pria

Wanita Yang Tidur Mendengkur Lebih Rentan Dengan Masalah Kesehatan Dibanding Pria

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 273 hits
Wanita yang Tidur Mendengkur Lebih Rentan dengan Masalah Kesehatan Dibanding pria Sebuah penelitian di Inggris menyebut bahwa wanita yang mendengkur lebih rentan mengalami masalah pada jantung mereka
Hidup Wanita Jadi Lebih Sukar Dan Tertekanselepas Berkahwin

Hidup Wanita Jadi Lebih Sukar Dan Tertekanselepas Berkahwin

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 386 hits
Hidup Wanita Jadi Lebih Sukar Dan Tertekan Selepas Berkahwin Ingat seepas kahwin bolehlah buat kerja rumah sama sama dan kukuhkan ekonomi rumah tangga bersama Rupanya tidak Kerja atau tidak semua isteri yang buat Belum lagi cerita lagi pasa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord