Makan Kurma Boleh Bantu Bukaan Servik Lebih Besar Mudah Untuk Bersalin Doktor Kongsi Cara Betul Makan Kurma


Makanan sunah seperti kurma sangat digalakkan untuk diamalkan oleh ibu hamil termasuklah ketika dalam proses bersalin. Dr Zubaidi Hj Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (PERDIM) berkongsi fakta berkenaan kenyataan ini.

Kurma adalah antara makanan jenis buah yang sangat kaya dengan pelbagai nutrien. Ia kaya dengan gula (80%) dan selebihnya adalah protein, serat dan mineral penting seperti kalsium, zat besi, magnesium, manganese, potassium, sodium, phosphorus,  selenium dan zink. Kurma juga mempunyai vitamin yang pelbagai. Antaranya vitamin A,  B kompleks termasuk folate; C, E dan K.
Di dalam 100gm kurma terkandung 282kcal yang terdiri daripada karbohidrat 75gm, lemak baik 0.4gm dan protein 2.45gm. Ia mempunyai indeks glisemik yang sederhana (bergantung kepada jenis kurma). Sebagai contoh, kurma khalas mempunyai indeks glisemik 35.5, barhi 49.7 dan bo ma’an 30.5.
Jadi, dapat dirumuskan bahawa kurma mempunyai indeks glisemik yang rendah. Walaupun manis, ia mempunyai banyak serat yang melambatkan penyerapan gula dalam darah. Dianggarkan terdapat 8gm serat di dalam 100gm kurma.
Diakui bermanfaat
Secara amnya pengambilan kurma sememangnya bagus untuk orang yang sihat, apatah lagi wanita hamil. Dr Zubaidi berpendapat, pengambilan kurma yang betul (tidak diambil secara berlebihan) memberikan manfaat kepada wanita hamil sama ada di awal kehamilan malah pada minggu terakhir sebelum melahirkan anak.
Ramai pengkaji mendapati bahawa pengamalan kurma terutamanya pada minggu akhir kehamilan membantu proses kelahiran kerana ia meningkatkan tindak balas rahim terhadap hormon oksitosin. Hormon ini bertindak dengan mengecutkan rahim. Dengan itu, ia dapat mengurangkan pendarahan yang biasa berlaku selepas bayi dikeluarkan daripada rahim.
Selain daripada itu, kurma memiliki banyak nutrisi yang sangat penting untuk digunakan semasa proses melahirkan anak. Kurma mengandungi lemak asid tepu dan tidak tepu seperti asid oleic, asid linoleic dan asid linolenic yang mampu membekalkan banyak tenaga di mana anda amat memerlukannya semasa melahirkan anak.
Asid-asid lemak ini juga sangat penting untuk membina bahan prostaglandin (yang digunakan dalam proses pengecutan rahim). Selain itu, tannin dan kalsium dalam kurma juga penting dalam aktiviti pengecutan otot-otot rahim. Mari kenali nutrisi kurma lainnya, yang memberikan kebaikan kepada wanita hamil.
Gula ringkas glukosa dan fruktosa, mudah dihadam untuk ditukarkan kepada tenaga yang banyak. Serat, membantu memudahkan proses pembuangan air besar dan mengelakkan sembelit yang biasanya menjadi masalah utama bagi wanita yang hamil akibat saiz rahim yang semakin membesar. Antara lain, pengambilan serat yang banyak dapat mengurangkan risiko diabetes akibat kehamilan (gestational diabetes). Potassium, mengekalkan kestabilan antara mineral dan air bagi mengawal tekanan darah yang lebih baik. Magnesium, mengelakkan rasa kejang pada rahim sebelum berlakunya proses kelahiran (sepanjang kehamilan). Folate, membentuk saraf tunjang bayi yang berada dalam rahim bagi mengelakkan kecacatan neural tube defects. Vitamin K, membantu pembekuan darah selepas kelahiran anak bagi mengelakkan kehilangan darah yang banyak.
Bantu bukaan servik
Banyak kajian yang menunjukkan pengambilan kurma membantu bukaan pangkal rahim (servik) dengan lebih mudah dan besar. Dalam kajian yang diterbitkan dalam Journal of Obstetrics and Gynaecology pada 2011, ia menunjukkan wanita yang mengambil enam biji kurma sehari, sekurang-kurangnya empat minggu sebelum melahirkan anak mengalami proses kelahiran yang lebih mudah.
Mereka yang  mengamalkan kurma tidak mengalami pecah selaput ketuban ketika dimasukkan ke hospital untuk melahirkan anak, mudah memulakan proses kelahiran tanpa memerlukan ubat pitocin dan memendekkan fasa pertama dalam proses kelahiran.
Hal ini berlaku kerana pengambilan kurma melembutkan pangkal rahim. Jadi, memudahkan pangkal rahim membuka ‘jalan’ kelahiran bagi bayi dalam rahim untuk keluar. Mereka yang lebih sukar untuk memulakan proses kelahiran juga didapati lebih mudah bertindak balas dengan ubat pitocin berbanding dengan mereka yang tidak mengamalkan kurma sepanjang kehamilan.
Dalam penulisan yang diterbitkan dalam The Journal of Midwifery and Reproductive Health), mereka yang mengamalkan kurma mempunyai bishop scores (satu penilaian terhadap kesediaan wanita yang mahu melahirkan anak dengan mudah), pembukaan ‘jalan’ kelahiran lebih luas kerana pangkal rahim lebih lembut dan mudah bertindak balas terhadap ubat pitocin, jika ia diberikan pada wanita yang mengalami masalah memulakan proses kelahiran.
Pengambilan kurma sememangnya memberikan kesan yang sangat baik. Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Obstetrics and Gynaecology pada 2017,pengamalan kurma ketika hamil terutamanya di peringkat akhir kehamilan, memberikan kesan positif kepada proses kelahiran tanpa memudaratkan ibu dan bayi yang dilahirkan.
Cara betul makan kurma
Dalam banyak kajian yang dinyatakan tadi, terbukti pengambilan kurma sangat bermanfaat untuk wanita hamil. Jadi,anda boleh amalkan empat hingga enam biji kurma sehari.
Disarankan ambil dua hingga tiga biji pada waktu pagi dan dua hingga tiga biji pada waktu malam. Kurma boleh dimasukkan ke dalam minuman sebagai pemanis bagi menggantikan gula. Jika tidak pun, campurkan kurma yang dipotong kecil dengan sayur-sayuran atau buah-buahan segar.
Bagi wanita yang tiada masalah kesihatan, boleh ambil enam hingga lapan biji sehari. Jika berada pada minggu akhir kehamilan (36 minggu ke atas), boleh ambil lapan hingga 10 biji sehari, bergantung kepada berat badan, ketinggian dan aktiviti seharian.
Namun begitu, wanita yang ada masalah diabetes semasa hamil, perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Dicadangkan agar meninggalkan karbohidrat ringkas seperti kuih-muih dan kek tetapi menggantikannya dengan kurma yang lebih semula jadi dan merupakan karbohidrat kompleks.
The post Makan Kurma Boleh Bantu Bukaan Servik Lebih Besar & Mudah Untuk Bersalin! Doktor Kongsi Cara Betul Makan Kurma appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/makan-kurma-boleh-bantu-bukaan-servik-lebih-besar-mudah-untuk-bersalin-doktor-kongsi-cara-betul-makan-kurma/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Diana Amir Kongsi Tip Kemas Mainan Anak Dengan Cara Paling Mudah Dan Jimat Masa Ibu

Diana Amir Kongsi Tip Kemas Mainan Anak Dengan Cara Paling Mudah Dan Jimat Masa Ibu

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 573 hits
Pelakon dan pengacara Diana Amir mempunyai cara tersendiri untuk mendisiplinkan anak anaknya Menerusi perkongsian di akaun Instagram Diana berkongsi tip untuk memastikan anak anak mengemas kembali mainan selepas menggunakannya Anak anak kes...
Boleh Ke Anak Duduk Diam Dalam Car Seat Untuk Perjalanan Jauh Ibu Ini Kongsi 5 Tip Mudah

Boleh Ke Anak Duduk Diam Dalam Car Seat Untuk Perjalanan Jauh Ibu Ini Kongsi 5 Tip Mudah

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 438 hits
Baby Car Seat atau kerusi keselamatan bayi antara barangan yang penting yang perlu ada dalam setiap kereta bagi yang mempunyai anak Selain dapat mengurangkan risiko bayi tercampak keluar kereta baby car seat juga memudahkan untuk travel wal...
Bukaan 4cm Ada Tanda Darah Untungnya Doktor Tetap Jaga Solat Ibu Bersalin Ini

Bukaan 4cm Ada Tanda Darah Untungnya Doktor Tetap Jaga Solat Ibu Bersalin Ini

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 573 hits
Ibu bakal bersalin ini sudah menunjukkan tanda tanda melahirkan bayi dalam kandungan Sudah ada tanda darah dan bukaan 4cm Doktor perlu bantu ibu ini pecahkan air ketuban untuk melancarkan proses kelahiran Tiba tiba doktor teringat sesuatu B...
Cara Mudah Dan Lebih Sistematik Untuk Jual Produk Fizikal Secara Online

Cara Mudah Dan Lebih Sistematik Untuk Jual Produk Fizikal Secara Online

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 592 hits
Sebagai seorang peniaga online yang menggunakan medium Facebook sebagai platform untuk iklankan barang yang dijual pernah tak anda rasa seperti cara dan sistem bisnes yang digunapakai sekarang ini tak berapa kemas dan menyukarkan bakal pela...
Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Mudah

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Mudah

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 3769 hits
Hi Korang Assalamulaikum Salam Jumaat Hari ini Iday nak share cara cara mandi wajib paling mudah Mandi wajib ni penting sebab kalau tak betul cara mandi nanti ibadat lain tidak sah Cara mandi wajib ini boleh digunakan untuk kedua dua lelaki...
Betul Ke Kalau Perut Besar Ibu Susah Nak Bersalin Dan Kandungan Saiz Kecil Kurang Sihat

Betul Ke Kalau Perut Besar Ibu Susah Nak Bersalin Dan Kandungan Saiz Kecil Kurang Sihat

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 484 hits
Ada sesetengah orang kata bahawa saiz perut yang kecil adalah petunjuk kepada proses bersalin yang mudah Bagaimana pula dengan perut bersaiz besar Adakah ia mitos Bermula dari saat perut mula kelihatan pasti mama perasan ada mata mata yang ...
Ini Cara Buat Fillet Ikan Mak Mak Boleh Cuba Untuk Galakkan Anak Makan Ikan

Ini Cara Buat Fillet Ikan Mak Mak Boleh Cuba Untuk Galakkan Anak Makan Ikan

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 537 hits
Ikan masak apapun sedap tapi sayang anak anak sekarang tidak suka ikan kerana tidak mahu bersusah payah membuang tulang Mak mak ambik jalan mudah bagi lauk yang tak bertulang seperti isi ayam Jangan kecewa masalah tulang ikan boleh diatasi ...
Nak Elak Gigi Anak Berlubang Rosak Boleh Cuba Sapu Flourida Doktor Pergigian Kongsi 13 Info Mengenainya

Nak Elak Gigi Anak Berlubang Rosak Boleh Cuba Sapu Flourida Doktor Pergigian Kongsi 13 Info Mengenainya

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 462 hits
Gigi rosak dan berlubang banyak terjadi kepada kanak kanak Kadangkala si kecil belum pun mencecah 2 tahun gigi sudah mula rosak Pelbagai faktor yang menjadi punca seperti pemakanan kurang penjagaan dan sebagainya Sapuan flourida mampu menge...
Nak Sembuhkan Sakit Tonsil Makan Aiskrim Vanilla Betul Ke Ini Jawapan Doktor

Nak Sembuhkan Sakit Tonsil Makan Aiskrim Vanilla Betul Ke Ini Jawapan Doktor

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 517 hits
Nak Sembuhkan Sakit Tonsil Makan Aiskrim Vanilla Betul Ke Ini Jawapan Doktor Pernah dengar tak orang cakap bahawa dengan makan aiskrim vanilla dapat menyembuhkan sakit tekak dan tonsil Tapi dah banyak kali ulang makan aiskrim vanilla masih ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game