Wanita Dan Kecantikan Memang Tidak Boleh Dipisahkan Ketahui Pakaian Yang Menutup Aurat Dengan Sempurna


Wanita Dan Kecantikan Memang Tidak Boleh Dipisahkan! Ketahui Pakaian Yang Menutup Aurat Dengan Sempurna! Wanita dan bercantik-cantik memang tidak dapat dipisahkan. Seharian tidak jumpa cermin seakan tidak lengkap hidupnya. Pantang terlihat cermin, pasti berhenti sebentar lalu membetulkan apa yang patut, sekalipun tiada cacat celanya.

1. Menutup Kepala Dan Betis Di Hadapan Lelaki Ajnabi Dari Fatimah binti Qais diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w berkata; “Sesungguhnya aku tidak suka jika tudungmu terlepas atau terbuka kain yang menutupi kedua betismu.” Hadis Riwayat Muslim

2. Melabuhkan Pakaian Firman Allah s.w.t yang bermaksud; “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan jilbab (pakaian) mereka ke atas tubuh mereka; cara yang demikian untuk mereka lebih dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

3. Menutup Bahagian Dada Firman Allah s.w.t yang bermaksud; “Dan, janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” Surah An-Nur:31.

4. Tidak Menyamai Pakaian Agama Lain “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka.” Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud

5. Tidak Bertelanjang “Ada dua golongan penghuni neraka yang belum pernah aku lihat… dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang.” Hadis Riwayat Muslim

6. Elakkan Wangian Yang Mengghairahkan Wangi-wangian jika dipakai untuk menghilangkan bau yang kurang enak di badan adalah diharuskan. Akan tetapi, jika ia dipakai dengan tujuan untuk memikat lelaki asing sehingga mengghairahkan si lelaki untuk mendekatinya, maka beringatlah akan peringatan Baginda Nabi s.a.w. Hal ini berbeza bagi pasangan suami isteri yang berwangi-wangian untuk menggembirakan pasangan masing-masing, ia dinilai sebagai ibadah.

7 – Tidak Menyerupai Pakaian Lawan Jenis Sebaiknya, elakkan daripada memakai pakaian berlainan jenis sehingga menyukarkan orang lain untuk mengenal pasti jantina kita. Berpakaianlah sesuai dengan keperibadian kita sebagai seorang wanita Muslim yang sentiasa memelihara diri tatkala keluar dari rumah.
Artikel Lain

Tak Susah Pun Untuk Jadi Wanita Hebat Hendak jadi wanita hebat tidaklah sukar seperti yang disangka. Sesiapa sahaja boleh menjadi wanita hebat jika tahu caranya. Mungkin anda boleh ikut beberapa tip ini dan menjadi seorang wanita hebat.

1-Dapatkan sinar Jika anda kelihatan cantik, anda akan rasa cantik. Tidak ada perkara lain yang boleh menyebabkan anda cantik melainkan kulit wajah yang bersih, bersinar dan segar. Sesetengah produk kulit amat mahal. Untuk berjimat, anda boleh elak beli produk berjenama dan buat sendiri rawatan penjagaan kulit wajah sendiri. Sebagai contoh, gunakan yogurt sebagai masker yang ditampal pada wajah selama 20 minit.

2-Keseronokan bekerja Jika setiap hari Isnin anda rasa amat sukar untuk pergi bekerja, sudah tiba masanya mendapatkan kerja yang disukai. Dianggarkan setiap tahun setiap orang akan menghabiskan masa lebih kurang 1800 jam di tempat kerja. Ramai wanita masih kekal melakukan kerja yang mereka kurang suka kerana mereka tidak tahu apa sebenarnya yang mahu mereka buat. Bagi mengenalpasti apa kerjaya yang sesuai dengan diri, boleh buat senarai 10 perkara yang anda suka buat. Setelah anda menemui kerjaya baru itu, anda perlu berani mengambil keputusan menceburinya kerana ganjaran yang menunggu amat berbaloi.

3-Panahan cinta Jika teman lelaki anda sentiasa menghampakan dan membuatkan diri tidak gembira, mulalah fikir secara serius sama ada dia berbaloi. Walaupun semua orang perlukan Putera Impian namun perhubungan adalah dalam kawalan anda sendiri. Jika ia tidak berhasil seperti yang diharapkan, anda perlu keluar daripada perhubungan itu. Hidup ini amat singkat. Jika anda masih bujang dan mencari The One, anda perlu bersifat terbuka. Tetapi sebelum anda mencari teman lelaki, pastikan anda berada dalam keadaan gembira, sihat dan yakin. Jangan bergantung pada lelaki sahaja untuk mendapatkan perkara ini kerana anda pasti tidak akan mendapatkannya. Anda perlu berada dalam keadaan positif untuk menarik lebih ramai ramai lelaki positif.

4-Carilah BFF Kawan baik atau BFF kadangkala tidak ada yang berkekalan. Kawan akan datang dan pergi. Secara fizikal atau emosional, amat sukar untuk mencari pengganti. Bagi mencari kawan baru, anda perlu keluar bersosial. Jika dijemput menghadiri sebarang majlis, jangan berdiam diri seperti tunggul kayu. Bersembanglah dan bergaul dengan tetamu lain. Menjadi seorang sukarelawan juga adalah satu cara untuk mencari kawan baru. Bersikap jujurlah dalam mencari kawan wanita. Wanita kerap kali berasa sukar untuk bersikap mempercayai kawan-kawan mereka. Beritahu ada sebarang masalah atau isu berbangkit. Jika kawan-kawan ini berbaloi, mereka akan tetap bersama anda dan menyelesaikannya bersama-sama.

5-Gunakan masa Masa adalah musuh anda. Satu cara untuk melawannya adalah menjadi teratur. Mulalah dengan mengurangkan masa terhadap perkara yang lebih mengambil masa seperti memasak. Masak hidangan dalam kuantiti banyak apabila anda ada masa lebih dan kemudian sejuk bekukan makanan tersebut. Cara ini akan memudahkan anda menyediakan makanan dengan cepat pada hari berikutnya. Perkara seterusnya yang boleh anda lakukan adalah melakukan perkara yang anda suka. Masa amat berharga untuk dibazirkan. Jadilah seorang yang mementingkan diri sendiri dan guna masa lapang untuk melakukan perkara yang anda suka.
The post Wanita Dan Kecantikan Memang Tidak Boleh Dipisahkan! Ketahui Pakaian Yang Menutup Aurat Dengan Sempurna! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/wanita-dan-kecantikan-memang-tidak-boleh-dipisahkan-ketahui-pakaian-yang-menutup-aurat-dengan-sempurna/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Mudah Ahli Sukan Wanita Menutup Aurat Syabas

Bukan Mudah Ahli Sukan Wanita Menutup Aurat Syabas

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 682 hits
5 wanita berhijab yang hebat di arena sukanBukan mudah mahu menjadi ahli sukan wanita apatah lagi yang perlu menutup aurat Di Malaysia ramai atlet wanita bertudung pernah dikecam netizen kerana mengenakan pakaian sedikit ketat dan dikatakan...
Agama Bangsa Tanah Air Tidak Boleh Dipisahkan Presiden Pas

Agama Bangsa Tanah Air Tidak Boleh Dipisahkan Presiden Pas

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 361 hits
KUALA LUMPUR Hubungan agama bangsa dan tanah air sama sekali tidak boleh dipisahkan bahkan dengan kepentingan bersama dan sejarah telah menyatukan PAS dan Umno Demikian ditegaskan Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Himpu...
5 Perkara Penting Ini Boleh Buat Wanita Sentap Lelaki Tolong Hadam

5 Perkara Penting Ini Boleh Buat Wanita Sentap Lelaki Tolong Hadam

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 542 hits
5 Perkara Penting Ini Boleh Buat Wanita Sentap Lelaki Tolong Hadam Kalau tetiba tengok wanita sentap itu maknanya anda ada terlepas beberapa tanggung jawab yang penting patut anda tunaikan Haa bukan buat buat saja buat ya tetapi pasti ada s...
Aurat Wanita Terbuka Ketika Solat

Aurat Wanita Terbuka Ketika Solat

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 733 hits
Soal Ketika seorang perempuan duduk tahyat lalu terselak kainnya di bahagian kaki hingga nampak jari jari kakinya apakah batal atau tidak sembahyangnya Jawab Jika terbuka aurat dengan tidak sengaja di tengah mendirikan sembahyang adalah bat...
Hapus Cukai Pintu Pakaian Tutup Aurat Bagi Atlet Islam Terengganu 2019

Hapus Cukai Pintu Pakaian Tutup Aurat Bagi Atlet Islam Terengganu 2019

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 451 hits
Berita baik untuk rakyat Terengganu apabila tidak perlu membayar cukai taksiran atau cukai pintu bagi semua premis kediaman di negeri ini tahun hadapan Menurut Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar semua cukai yang tertunggak juga akan dihapu...
Lupa Lirik Boleh Masuk Final Memang Zamani Ke Wajib Juara Gv5 Ogy Ahmad Daud

Lupa Lirik Boleh Masuk Final Memang Zamani Ke Wajib Juara Gv5 Ogy Ahmad Daud

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 433 hits
Lupa Lirik Boleh Masuk Final Memang Zamani Ke Wajib Juara GV5 Ogy Ahmad Daud Lupa Lirik Boleh Masuk Final Memang Zamani Ke Wajib Juara GV5 Ogy Ahmad Daud
Pemain Takraw Diwajibkan Menutup Aurat Dalam Semua Kejohonan Psm

Pemain Takraw Diwajibkan Menutup Aurat Dalam Semua Kejohonan Psm

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 329 hits
Alhamdulillah Allahuakbar tahniah PSMdalam sukan syariat dipertahankan PERSATUAN Sepaktakraw Malaysia akan mewajibkan semua pemain lelaki dan wanita memakai pakaian menutup aurat ketika beraksi dalam semua kejohanan mulai April depan Presid...
Cara Wanita Korea Menjaga Kecantikan Kulit

Cara Wanita Korea Menjaga Kecantikan Kulit

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 401 hits
Produk kecantikan Korea menguasai pasaran sejak 2016 Eksport produk penjagaan kulit Korea yang juga dikenali sebagai K Beauty telah melebihi import di Korea Selatan Hari ini pasaran kecantikan Korea menduduki tempat di sepuluh teratas di se...
Pelaporan Ppsr Boleh Diambil Pada 29 November 2018

Pelaporan Ppsr Boleh Diambil Pada 29 November 2018

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 427 hits
Semua murid tahun 6 boleh mengambil Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah pada 29 November 2018 mulai jam 10 00 pagi di sekolah masing masing Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2018 melalui mySMS 15888 Perkhidma...
Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah

4 Lelaki Didakwa Culik 2 Warga Asing

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida

Kadet Upnm Didakwa Sebabkan Cedera Pada Junior