Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif



SESUDAH SUBUH

Bersama anak menantu dan empat cucu. (Seorang cucu
tak kelihatan). LAMA saya tidak mencatat sesudah Subuh. Kali ini terbuka hati untuk mencatat sesudah subuh sebagai pembuka kata pada hari mulia Jumaat 27 Jamumadil Akhir 1447. Untuk catatan saya mahu mengimbau apa yang berlaku semasa mengunjungi Taif dalam rangka mengerjakan umrah bersama isteri, anak menantu dan tiga cucu bulan lepas. Sudah tiga Jumaat saya kembali ke tanah air dari mengerjakan umrah.
Kenangan yang cukup mengetik hati sepanjang umrah dan ziarah ketika itu ialah semasa bekereta kabel bersama cucu di Taif.


Buat kali kedua dalam hidup saya, itulah menaiki kereta kabel. Kali pertama di Langkawi kira-kira 10 tahun lepas. Walaupun saya kerap mengembara tetapi kereta kebal bukan satu kebutuhan. Kalau bukan kerana diheret cucu-cucu, tidak ada keperluan untuk saya menaiki kereta kabel. Namun menaiki kereta kabel di bumi bersejarah Taif itu memberi sesuatu pengertaina sangat signifikan buat saya.Betapa dari atas gunung ganang ketinggian 1,700 hingga 1,900 meter dari paras laut itu dapat saya saksikan panorama bukit bukau gunung ganang pasir yang menggerikan berselerakan di bawah. Arah perjalanan kereta kabel itu katanya menuruti lereng dan lurah jejak perjalanan Rasulullah SAW dalam misi dakwahnya dari Makkah yang jaraknya kira-kira 90 kilometer. 
Jalan raya itu dikatakan denai
dilalui Rasulullah?
Rasulullah bergerak ke Taif dari Makkah mempunyai serampang dua mata, bagi mencari lokasi dan kawasan perlindungan baru dan berdakwah. Peninggal di Makkah itu bukan juga difaktor kerana berlkunya peristiwa menyedihkan Rasulullah, apabila isteri tercintanya Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib yang menjadi idoa dan pelindungnya, wafat. Kewafatan kedua orang disayangi itu menguatkan Rasulullah untuk ke Taif, dan peristiwa itu juga dikenali sebagai tahun berduka atau Am al-Huzn.
Bumi Taif yang dikuasai oleh satu kaum Thaqif yang merupakan kabilah berkuasa ke atas bumi Taif. Kaum ini tidak senang dengan kedatangan Rasulullah. Mereka masih belum beriman dan merupakan penyembah berhala. Di Taif pada masa itru dibina berhala besar bernama al-Lat.
Apabila Rasulullah cuba menyampaikan syariat Allah dan mengajak manusia ke jalan kebenaran, baginda ditolak oleh kaum ini. Sedruan Rasulullah diejek-ejek, bahkan Rasulullah diserang dengan batu-batu sehingga luka dan berdarah yang dilakukan bebudak suruh kaum Thaqif. Ada riwayat mengatakan Rasulullah SAW sampai patah gigi. Penolakan ke atas Rasulullah ini sesuatu yang memedihkan dan dalam masa sama menguji keimanan dan ketaatan Rasulullah dalam menyampaikan dakwah

Kerana sebagai orang mendatang dan membawa diri untuk mencari perlindungan, Rasulullah tidak mempunyai apa-apa kekuatan, tidak membawa sebarang senjata jauh sekali tentera. Apa yang dimiliki iman dan keyakinan kepada Pencipta saja. Segala kehinaan dan penolakan itu diterima dengan penuh rela dan pasrah. Apa yang boleh bagi Nabi Muhmmad SAW lakukan hanya berdoa kepada Allah sahaja. 
Doanya "Ya Allah, aku mengadu kepada-Mu kelemahan diriku ini dan kehinaanku dimata manusia".  Sebenarnya kalau mahu baginda boleh meminta bantuan malaikat bahkan sudah pun ditawarkan oleh malaikat untuk menghancur bumi Taif, tetapi ditolak mulia Rasulullah. Penolakan itu merupakan satu tanggungjawab dan keyakinan baginda bahawa perjuangan haq itu pasti akan menang suatu hari.
Penolakan ini menunjukkan beliau bukan tidak syukur menerima tawaran, tetapi sebagai menguji kesabaran dan ketabahan dirinya sendiri dengan keyakinan kepada Allah bahawa pihak yang benar itu akhirnya akan menang.
Ternyata Rasulullah berjaya, dakwah yang dilakukan dengan penuh didiksi, sabar dan tabah, serta tidak habis habis berdoa, perlahan-lahan menyebabkan pintu hati dan jiwa kaum Thqif terbuka menerima ajakan Rasulullah itu. Akhirnya berhala megah al-Lat yang bersemayam gagah di Taif dihancurksan. Kemuncak penerimaan kaum Thaqif kepada Islam selepas berlakunya peristiwa Fathul Makkah (630M) berbondong bondong masyarakat di Taif memeluk Islam. 

Sambil melayani panorama menajkub dari atas kereta kabel, saya menguntik kembali helai sejarah Taif dan kehebatan perjuangan Rasulullah; ketabahan, kepasaraan dan kesediaan menerima penghinaan itu, sambil memadankan dengan perjuangandilalui  Datuk Sri Anwar Ibrahim dilalui yang kini menjadi perdana menteri. Ada keseirasan apa dilalui Anwar itu dengan apa dihadapi Rasulullah kira-kira 1400 tahun lampau. 

Apakah Anwar mengutip falsafah perjuangannya dari peristiwa di Taif ini?
Perjalanan politik Anwar merentasi setiap geografi perjuangan menuruni curam menaiki gunung seperti perjalanan Raasulullah ke Taif untuk mencari perlindungan serta berdakwah. Sesama di Taif baginda diejak, dipersenda, diperlekeh, dinesta malahan dilontar dengan batu. 
Nah begitu juga Anwar sebaik beliau melangkah ke dunia politik dari Abim (1982) bagi memperluaskan benua juangnya, beliau diejak malahan diseksa diringkup dalam penjara. Namun kesangsaraan itu semua tidak dihiraukan, penjara bukan pusara buat perjuangannya. Beliau tetap memberi keyakinan bahawa perjuangannya untuk menenegakkan keadilan sosial dan sistem pemerintah telus adil diteruskan juga.
Anwar tidak ada apa-apa kudarat untuk melawan segala serangan dan tribulasi itu cuma  berbekalkan keyakinan dan idealisme perjuangan utuh, akhirnya ia berjaya. Dengan kegigihan dan tidak mengenal erti kalah, lawan tetap lawan, aspirasinya mewujudkan Madani diejek sebagai permaidani oleh Dr Mahathir Mohad itu kini sudah menahtahi dunia Malaysia.

Cuma sedikit berbeza kalau kaum Thaqif hampir kesemua menerima seruan Rasulullah beriman kepada Allah, sedikit berbeza di Malaysia, para penentang dan pembenciannya masih tersisa. 
Hari ini apa jua yang Anwar lakukan dipersenda, diejak dan dilihat, semua tidak kena dan salah. Mereka berkata tidak pun berfakta, tetapi fitnah (ada tujuh pemfitnah negara waktu ini) dan auta. Terbaharu pembentukan kabinet Madani dua hari lepas juga dilihat sebagai satu kesalahan dan kegagalan Anwar.
Apapun, pengajaran besar yang boleh dimbil dalam menghadapi segala titik bengik dan kebencian ini kita hadapilah dengan semangat doa yang dilapaz Rasulullah ketika beliau diserang semasa di Taif dahulu; "Ya Allah aku mengadu kepada-Mu kelemahan diriku dan kehinaanku dimata dunia", sebagai azmat dalam kita mendokong Datuk Seri Anwar Ibrahim daan kerjaan Madani. Dan mudah-mudahan pembencian Anwar dan kerajaan Madani ini akhirnya dibuka taufik dan hidayah oleh Allah seperti jua kaum Thaqif yang suatu masa itu masih sesat dan kufur. [wm.kl.6:53 am 19/12/2025] 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2025/12/pengajaran-dakwah-nabi-muhammad-di-taif.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teringin Tahu Kemajuan Bangunan Semasa Era Zaman Nabi Muhammad Saw Ini Jawapannya

Teringin Tahu Kemajuan Bangunan Semasa Era Zaman Nabi Muhammad Saw Ini Jawapannya

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 120 hits
Kemajuan Bangunan Semasa Era Zaman Nabi Muhammad SAWMenjelang 18 12 2025 hari Khamis Apabila pola tidur berubah inilah keadaannya Kemaskinikan blog pada pagi sekitar jam 1 00 pagi hingga jam 3 00 pagi membuat kesempatan pembacaan beberapa b...
Bekas Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad Meninggal Dunia

Bekas Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 211 hits
Bekas Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad Meninggal Dunia Bekas Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad dilapor meninggal dunia pada usia 81 tahun Menurut Astro Awani berita pemergian Allahyarham dimaklum...
Muhammad Irfan Raih Emas Ketujuh Berturut Turut Cipta Rekod Baharu Temasya

Muhammad Irfan Raih Emas Ketujuh Berturut Turut Cipta Rekod Baharu Temasya

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 111 hits
Muhammad Irfan Raih Emas Ketujuh Berturut turut Cipta Rekod Baharu Temasya BANGKOK 16 Dis Jaguh lempar cakera negara Muhammad Irfan Shamsuddin berada dalam kelas tersendiri selepas merangkul pingat emas sambil mencipta rekod baharu temasya ...
Fakta Menarik Tentang Banjir Nabi Nuh As

Fakta Menarik Tentang Banjir Nabi Nuh As

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 116 hits
Fakta Menarik Tentang Banjir Nabi Nuh AS Peristiwa banjir Nabi Nuh AS adalah salah satu tanda besar kekuasaan Allah dan peringatan buat manusia sepanjang zaman Tempoh Waktu Kejadian Al Quran tidak menyebut tarikh tepat kejadian banjir Berla...
Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 155 hits
Pertanyaan Ketika Nabi kita Muhammad Shallallahu Alaihi Wa Sallam mengikatkan batu ke perutnya dan mengatakan kepada para sahabatnya bahwa beliau sama sekali belum melihat roti putih Lantas mengapa para sahabat tidak meminta kepada Nabi Sha...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan

Sukan Sea Thailand Detik Detik Penuh Mendebarkan Pecutan Emas Aisyah Zubir


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Japan Jatuh Cinta Dengan Osaka

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025