Walk Out Jalan Akhir Sekiranya Tuntutan Tidak Dipenuhi Kata Penganjur Hartal Doktor Kontrak


Ahmad Mustakim Zulkifli Tindakan akan dilakukan sekiranya perbincangan dengan pihak-pihak terlibat temui jalan buntu.

Petugas kesihatan awam yang menjadi barisan hadapan negara berdepan risiko setiap hari. Hampir 23,000 doktor kontrak dilaporkan sedang berkhidmat dengan kumpulan  Gerakan “Hartal Doktor Kontrak” mahu mengadakan “walk out” dari tempat kerja sekiranya kerajaan tidak memberikan sebarang respons dan penyelesaian dalam masa 26 hari terhadap permasalahan yang dihadapi mereka, kata salah seorang penganjur.
Menurut seorang doktor kontrak yang terlibat dalam gerakan itu yang ingin dikenali sebagai Dr Wan, tindakan mereka melaksanakan “walk out” itu akan dilakukan di semua hospital di seluruh negara pada satu hari ditetapkan akan tetapi enggan mendedahkannya.
“Gerakan hartal ini bermula dari awal Jun di laman Facebook. Ada pungutan suara untuk mengadakan hartal. Ia bukan untuk memberi amaran, tetapi satu ‘wake-up call’ kepada kerajaan untuk memberi respons terhadap keperluan kami,” katanya kepada MalaysiaNow.
Dr Wan berkata, tindakan itu merupakan fasa terakhir selepas memorandum dan sesi libat urus diadakan bersama kerajaan, hospital dan persatuan berkaitan.
“Ideanya ialah pada hari yang ditetapkan, doktor-doktor kontrak ini diajak untuk tidak bekerja supaya kerajaan sedar kepentingan peranan yang dimainkan doktor kontrak,” katanya.
Beliau mendakwa setakat ini belum ada doktor kontrak yang dikenakan tindakan, akan tetapi ugutan dan ancaman dikeluarkan jabatan kesihatan negeri kepada mereka.
Seramai lebih kurang 23,000 doktor kontrak dilaporkan sedang berkhidmat dengan kumpulan paling senior mula berkhidmat pada tahun 2016.
Beliau berkata, kontrak doktor yang memulakan perkhidmatan pada tahun itu tamat pada hujung tahun ini namun kerajaan masih belum memberikan kata putus mengenai status mereka.
“Sepatutnya 70% diserap sebagai doktor tetap, tetapi sehingga kini hanya lebih kurang 700 sahaja yang diserap,” katanya.
Katanya, gerakan itu kini mendapat sokongan daripada pelbagai lapisan fraterniti kesihatan, termasuk doktor senior, pakar dan konsultan.
Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dalam satu sidang media pada 30 Jun mengatakan isu doktor kontrak yang belum diserap akan dibawa ke Kabinet.
“Kertas kerja disiapkan dan kita akan lihat keputusan jemaah menteri nanti,” kata Adham.
Difahamkan, pasukan media sosial gerakan “Hartal Doktor Kontrak” belum memberikan sebarang maklum balas terhadap kenyataan Adham.
Sementara itu, doktor kanan yang berkhidmat bersama kementerian kesihatan, Dr Rafidah Abdullah menyatakan solidaritinya bersama gerakan tersebut.
Sambil menyifatkan tindakan mengugut doktor kontrak sebagai pengecut, Rafidah berkata tiada salahnya mengambil pandangan semua orang dan mencari jalan penyelesaian yang dipersetujui semua.
“Ada lebih 23000 pegawai perubatan kontrak: saya nak ketelusan berapa peratusan yang dapat tetap dari masa ke semasa. Juga saya nak lihat ketelusan pemilihan ke jawatan tetap. Apa kriteria dan bagaimana ia dibuat,” menurutnya dalam satu bebenang di Twitternya.
Cubaan untuk mendapatkan komen daripada Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun masih belum berjaya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/walk-out-jalan-akhir-sekiranya-tuntutan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Perlu Ugut Kenakan Tindakan Disiplin Pada Doktor Kontrak Lancar Mogok Kata Puad

Tak Perlu Ugut Kenakan Tindakan Disiplin Pada Doktor Kontrak Lancar Mogok Kata Puad

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 234 hits
FMT Reporters June 29 2021 Puad berkata terdapat lebih kurang 23 000 doktor berstatus kontrak pada masa ini yang mahu pembelaan dilantik ke jawatan tetap PETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi menggesa kerajaan membuka...
Mogok Pegawai Perubatan Kontrak Tak Dapat Dielak Jika Tuntutan Tak Dipenuhi

Mogok Pegawai Perubatan Kontrak Tak Dapat Dielak Jika Tuntutan Tak Dipenuhi

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 166 hits
Sekumpulan pegawai perubatan kontrak akan melakukan mogok yang dirancang pada akhir bulan Julai sekiranya kerajaan tidak menyelesaikan isu mengenai penempatan tetap mereka Seorang pegawai perubatan kontrak yang bercakap dengan Malaysiakini ...
23 000 Doktor Kontrak Mahu Mogok

23 000 Doktor Kontrak Mahu Mogok

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 338 hits
PETALING JAYA Sekumpulan pegawai perubatan kontrak yang mewakili 23 000 kalangan perjawatan itu memberi kata dua kepada kerajaan untuk melakukan mogok pada akhir Julai ini sekiranya masih tidak menyelesaikan isu mengenai penempatan tetap me...
Cuepacs Saran Mogok Doktor Kontrak Tidak Diteruskan

Cuepacs Saran Mogok Doktor Kontrak Tidak Diteruskan

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 372 hits
Cuepacs bersedia menjadi penghubung bagi menyelesaikan masalah dihadapi oleh pegawai perubatan muda berkenaan isu penyerapan dalam perkhidmatan Petugas kesihatan memberikan vaksin kepada warga emas di Hospital Pakar KPJ Tawakkal Kuala Lumpu...
Isu Doktor Kontrak Dibawa Ke Kabinet Kkm

Isu Doktor Kontrak Dibawa Ke Kabinet Kkm

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 187 hits
Tunggu keputusan jemaah menteri setelah kertas kerja siap Dr Adham Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba PUTRAJAYA Isu pegawai perubatan kontrak yang belum diserap ke jawatan tetap akan dibawa ke Mesyuarat Kabinet kata Menteri Kesihata...
Doktor Kontrak Perlu Bersyukur Graduan Lain Sengsara

Doktor Kontrak Perlu Bersyukur Graduan Lain Sengsara

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 232 hits
Doktor kontrak perlu bersyukur graduan lain sengsara NASIB seorang graduan perakaunan seperti saya beginilah selepas terima skrol tiada kerja tersedia Terpaksa cari di sana sini siang dan malam Berbeza betul dengan kawan kawan graduan perub...
Guna Kontrak Eu Selamatkan Industri Minyak Sawit Kata Pekebun Kecil

Guna Kontrak Eu Selamatkan Industri Minyak Sawit Kata Pekebun Kecil

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 209 hits
June 18 2021 Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia berkata negara perlu menghantar isyarat kuat bahawa perjanjian masa depan akan terikat kepada eksport minyak sawit PETALING JAYA Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia mahu keraj...
Doktor Kata 50 50 Untuk Hidup Uchee Fukada Dedah Hidap Knser Usus

Doktor Kata 50 50 Untuk Hidup Uchee Fukada Dedah Hidap Knser Usus

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 284 hits
Pelakon Uchee Fukada mendedahkan dia pernah didi agnosis mengh idap kanser usus sekitar lima tahun lalu Cerita Uchee atau nama sebenarnya Nurlina Syafiqah Zakbah 30 tahun 2016 menjadi titik hitam dalam hidupnya apabila doktor tidak mampu me...
Serapkan Doktor Kontrak Ke Pekhidmatan Awam Pemuda Ph

Serapkan Doktor Kontrak Ke Pekhidmatan Awam Pemuda Ph

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 224 hits
Serapkan doktor kontrak ke pekhidmatan awam Pemuda PHOleh June 27 2021Pemuda Pakatan Harapan mengkritik layanan kerajaan terhadap doktor berstatus kontrak yang tidak disahkan sebagai kakitangan tetap hospital kerajaan meskipun telah 5 tahun...
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Lirik Lagu 123 Iman Troye Ft Mal Hamka

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien